KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120304

Tawaran bina wakaf untuk ibu bapa di sekolah agama


Assalamualaikum, kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiahkan wakaf pondok bacaan untuk kegunaan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor, Seremban atas nama arwah ibu bapa atau orang lain yang tersayang bolehlah sertainya seperti maklumat di bawah ini.

TAWARAN MENYERTAI PROJEK WAKAF PONDOK BACAAN

“Untuk Mereka Yang Tersayang”

A. PENGENALAN

Menyedari betapa pentingnya untuk mempertingkatkan budaya membaca di kalangan para pelajar pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor (PIBG SMADKPM) memperkenalkan Projek Pembinaan Wakaf Pondok Bacaan di sekolah ini.


B. OBJEKTIF

1. Memberi kemudahan kepada para pelajar untuk berinteraksi, bertukar pendapat serta berbincang secara berkumpulan.

2. Mewujudkan satu suasana pembelajaran yang akan mendorong pelajar lebih bersemangat untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

3. Memberi peluang kepada individu untuk menyumbang dalam pembinaan wakaf pondok bacaan ini untuk dihadiahkan kepada arwah yang tersayang.

4. Memberi peluang kepada individu, syarikat atau mana-mana pihak untuk menyumbang dalam pembinaan wakaf pondok bacaan ini sebagai tujuan promosi.


C. CIRI-CIRI PONDOK WAKAF

1. Keluasan tapak ialah 10 kaki x 12 kaki.

2. Lantai dan bangku (4 sisi) kemasan jubin

3. Tiang jenis roman

4. Atap jenis awning

5. Dilengkapi pelindung kilat/petir

6. Papantanda (WAKAF HJ ALI BIN ALI / SUMBANGAN SYARIKAT ABC / TERATAK HJ ABU BIN ABU , PONDOK HAJJAH ANI BINTI ALI dan sebagainya)

7. Kos 1 pondok RM 8,000.00 (RM70/kaki persegi)


D. PENYERTAAN

1. Terbuka kepada umum

2. Mereka yang tidak berkemampuan untuk menyumbang untuk kos keseluruhan wakaf, boleh menyumbang ikut kemampuan kaki persegi (RM70/ka pe). Nama wakaf sumbangan berkumpulan akan ditentukan oleh pihak pengurusan sekolah.

3. Ahli PIBG SMADKPM , bekas ahli PIBG serta bekas pelajar SMADKPM digalakkan untuk menyertai.


E. BAYARAN

1. Tunai, cek atau bank in

2. Nama Akaun : PIBG SMA DATO' KLANA PETRA MAAMOR

3. No Akaun : 05012010009585

4. Bank : BIMB

5. Nama dan no tel untuk dihubungi : Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com YDP PIBG SMADKPM

6. Bayaran : __ RM 8,000 (1 wakaf) ; RM ___ ( ___ kaki per) ; RM ___ Sumbangan

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sekolah ini telah dibawah penguasaan JPelajaran negeri. bila dh dibwh kawalan Jb pelajran,rasanya wakaf ni bakal diruntuhkn oleh future pengetua sb pengetua sklh agama ini nanti, rasanya dilantik ikut pegangan yg kurnag beragama, tapi lbh pd ppoltik. selalnya bla dh masuk bwh seliaan JPN, lebih nk moden secara physical, -cantik, indah, moden, mereka tak mau -pondok2, buat dri kayu..etc

Tanpa Nama berkata...

siapa yang komen ni. Bahasa dan ejaan huru hara. Lebih baik jangan komen.

Tanpa Nama berkata...

Amat memalukan bahasa yang digunakan dan ejaan yang tunggang langgang. Pendapat pun kuno sangat. Masyarakat kini tak ingin pengetua yang lebih pada politik. Cuma segelintir puak yang berfikiran macam saudara. Kalau sekolah fizikal saja yang moden tapi pengisian rohani secara keseluruhannya dikuasai puak2 tertentu yang ingin berpolitik, hantarlah anak2 dan puak2 saudara saja kesekolah tersebut.Nyatakan pengetus sekolah tersebut lebih kepada politik dan ikut pegangan yang kurang beragama.Nyatakan dengan jelas ......