Sebelum kita jawab soalan di atas,
kenapa tidak ada yang bertanya, terutamanya orang Melayu, adil ke
PDRM saman ibu bapa jika anak mereka menunggang motosikal tanpa
lesen?
ALLAH itu Maha Adil, Dia beri kita
mata, mulut, otak dan tak terkira lagi nikmatnya. Dengan nikmat yang
terlalu banyak Dia berikan, takkan kita tak boleh ikut arahanNya
untuk menutup aurat demi kebaikan kita suami isteri?
Takkan semua suami-suami yang
berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak boleh menggesa atau
menasihati isteri masing-masing menutup aurat dengan sempurna.
Tak kesian ke para-para isteri yang
berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, jika lengan didedahkan pun boleh
sebabkan suami-suami masuk neraka, apatah lagi mendedahkan rambut?
ANAK TIADA LESEN, IBU BAPA KENA SAMAN
KUALA TERENGGANU: Polis mengeluarkan
saman terhadap 68 ibu bapa dan penjaga kerana membiarkan anak mereka
yang tidak mempunyai lesen menunggang motosikal.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu,
Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, berkata saman berkenaan
dikeluarkan sepanjang Ops Lumba Haram dan Motosikal yang dilaksanakan
polis trafik daerah Kuala Terengganu yang diketuai Ketua Bahagian
Ketenteraman Awam dan Trafik daerah, Asisten Superintendan Mohd
Faudzi Muhammad, selama dua hari mulai Jumaat lalu.
Sumber: Berita Harian, 11 Februari 2009
“Ada dua golongan ahli neraka yang
belum pernah aku (Nabi Muhammad SAW) melihatnya, iaitu; kaum lelaki
memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul
orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka
(sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan
badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan
melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang
condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu
baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak
sekian, sekian (yang cukup jauh).” (Hadits riwayat Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan