Stesen keretapi Rembau telah
dinaiktaraf. Servis komuter telah bermula di stesen Rembau. Mereka
yang kerja di KL boleh berulang alik dari Rembau naik komuter. Tapi
sayang, ramai orang Rembau tak nak duduk Rembau, sedangkan nilai
hartanah di Rembau ini semakin meningkat.
Rumah teres 2 tingkat di Rembau ketika
ini hampir mencecah setengah juta ringgit. Bukan di Rembau saja,
malahan di sepanjang stesen laluan landasan keretapi berkembar harga
rumah pun semakin mahal, di Gemas, di Gemenceh.
Tapi orang kita tak sedar, mereka lebih
gemar tinggal di ibu kota, di rumah pangsa yang sempit, yang
bertingkat-tingkat tingginya, yang kemudahan lifnya adakalanya rosak.
Separuh mungkin tiada pilihan untuk tinggal di rumah pangsa ini.
Tapi separuh ada pilihan, ada tanah di
kampung.
Akhirnya yang membeli rumah-rumah di
Rembau yang mencecah setengah juta ringgit ini, tak lama lagi mungkin
RM1 juta ialah orang luar, bukan orang Rembau, bukan orang
N.Sembilan.
Orang luar Rembau ini kemudian akan
beli pula tanah-tanah ladang, tanah kebun, tanah getah, tanah kampung
di Rembau.
Silap haribulan orang luar Rembau ini
akan beli pula tanah adat apabila status tanah adat ini akan ditukar
status ke tanah perumahan.
Akhirnya anak cucu orang Rembau yang
tinggal di ibukota akan beli pula rumah pangsa yang akan didirikan di
Rembau pada masa akan datang mungkin pada harga setengah juta ringgit
kerana nak beli apartment di ibukota pada ketika itu mungkin harganya
sampai RM2 juta atau lebih.
Ini semua boleh berlaku kerana Rembau
dah ada stesen komuter, tak lama lagi keretapi elektrik akan lalu
Rembau, keretapi laju pun akan lalu Rembau.
Tapi kita orang Rembau , orang beradat
, tidak dapat nak selesaikan masalah tanah adat yang terbiar. Tidak
dapat membangunkan tanah adat untuk dijadikan projek perumahan khusus
untuk anak cucu orang Rembau.
“Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan