KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131127

DULU kutip sampah 3 kali seminggu, KINI 2 kali saja


Elok juga dibuat sistem macam ni. Kalau tidak orang kita sampai bila-bila tak tahu macamana nak amalkan konsep kitar semula untuk memelihara alam sekitar sepertimana yang dianjurkan Islam sejak sekian lama, cuma kita umat Islam yang tidak amalkan.

Orang Seremban tolong semak jadual kutip sampah di tempat masing-masing, jika tidak sampah tu akan busuk dan berulat kerana jadual kutip sampah ditukar hanya 2 kali seminggu.

Sampah makanan dan yang tidak boleh dikitar semula, masukkan dalam plastik dan masukkan dalam tong yang disediakan. Jika tidak ianya tidak akan dikutip.

1 hari yang untuk dikitar semula, sampah kitar semula tersebut hendaklah dimasukkan dalam plastik dan diletakkan ditepi jalan, bukan dalam tong sampah. Sampah kebun seperti rumput dan daun pun akan dikutip pada 1 hari ini, tapi perlu diasingkan plastiknya.

Faham ke tidak ni?

Kalau tak faham bolehlah bertanya talian HOTLINE SWM.

Topik ini sepatutnya boleh menjadi tajuk Teks Khutbah Jumaat di N.Sembilan terutamanya di Seremban

*********************

Kutip sisa: SWM laksana kaedah 2 + 1

SEREMBAN - SWM Environment Sdn. Bhd. telah memulakan pelaksanaan sistem kutipan baharu sisa pepejal menerusi kaedah 2 + 1 secara berperingkat-peringkat di Johor, Melaka dan negeri ini sejak 1 September lalu.

Pengurus Besar Kumpulannya, Adnan Ibrahim memberitahu, sistem yang diperkenalkan itu bertujuan bagi memudahkan pengguna mencari dan memperolehi maklumat mengenai kawasan perumahan malah laluan (jalan) yang terlibat dengan proses kutipan sampah.

Jelasnya, kaedah 2 + 1 bermaksud kutipan sisa isi rumah atau organik akan dilakukan mengikut kekerapan dua kali seminggu manakala bahan kitar semula, sampah pukal dan sisa kebun pula akan dikutip sebanyak sekali seminggu.

Bagi sebarang aduan atau pertanyaan, sila hubungi talian hotline 1-800-88-7472 atau layari www.swmenvironment.com/microsite untuk maklumat lanjut.



Tiada ulasan: