KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131118

Jika anak kita dapat 5A UPSR perlu banyak istighfar


Lanjutan isi ceramah Ustaz Khaidir bin Ngah di Surau Alamanda, Senawang ialah apabila kita mendapat nikmat atau kejayaan perlulah kita bertasbih, bertahmid dan beristighfar. Bila anak kita dapa 5A UPSR, 8A PMR dan seterusnya kita bukan hanya ucap Alhamdulillah kita juga kena banyak beristighfar.

Ini adalah kerana dalam usaha kita untuk membantu anak kita mendapat 5A UPSR mungkin anak kita tidak sempurna solat mereka, kita pula tidak sempat nak solat jemaah di masjid kerana sibuk menghantar anak kita ke tusyen terutamanya waktu maghrib dan isya.

Kalau umat Islam berjaya menakluki kota Mekah, ALLAH suruh Nabi saw dan para sahabat beristighfar banyak-banyak dan bertaubat, takkanlah setakat dapat 5A UPSR kita tak boleh nak suruh semua pelajar yang dapat 5A banyakkan beristighfar dan bertaubat?

Surah An-Nasr

1. Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -
2. Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai,
3. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Tiada ulasan: