Untuk mensifarkan rasuah dan
menyelamatkan negara, Malaysia perlukan kakitangan kerajaan Islam
yang soleh bukannya pintar. Mereka yang soleh sudah pasti pintar,
mereka yang pintar tidak semestinya soleh.
Mula tunding jari
17 Nov 2013
Isu pegawai imigresen di KLIA, LCCT
disogok seludup warga asing
Kuala Lumpur: Pendedahan rasuah pegawai
imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan
Terminal Tambang Murah (LCCT), bagi ‘melepaskan’ warga asing yang
menggunakan dokumen palsu, semalam menyebabkan beberapa pihak mula
menuding jari.
Kesatuan Perkhidmatan Imigresen
Semenanjung Malaysia (KPISM) mempersoalkan mengapa hanya imigresen
dipersalahkan kerana tanggungjawab di pintu masuk turut membabitkan
pihak berkuasa lain.
“Misalnya proses permohonan pekerja
asing membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Tenaga
Kerja dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA),” kata
Penolong Setiausaha KPISM, Mohd Fauzi Jamaluddin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan