Siapa yang ada peluang untuk belajar
dengan Tuan Hj Adam, pergilah belajar. Jangan lepaskan peluang ini.
Tuan Hj Adam pernah mengajar di Senawang, seorang yang amat-amat
sabar dan begitu lemah lembut. Rugi kalau pencinta ilmu terutamanya
orang N.Sembilan tidak kenal siapa dia Tuan Hj Adam. Amat susah
sekarang ini mencari orang seperti Tuan Hj Adam, apatah lagi di
N.Sembilan. Antara pesanan yang sering beliau ulang-ulang dalam
kuliah beliau ialah banyakkan istighfar.
52 tahun jadi imam
27 November 2013
JUASSEH – Setelah berkhidmat hampir
52 tahun sebagai imam, Ustaz Adam Omar, 90, dianugerahkan Tokoh Khas
Imam sempena Sambutan Maal Hijrah Maal Hijrah 1432H, peringkat daerah
Kuala Pilah, yang diadakan di sini, kelmarin.
Bekas imam Masjid Kampung Parit Ranjau
Hantu berkata, anugerah itu merupakan satu penghargaan buat dirinya
selepas berkhidmat sebagai imam bermula pada 1960 hingga 2012.
Menurut Ustaz Adam, beliau mendalami
ilmu agama Islam sejak berumur 14 tahun lagi di Pondok Paya Rumput,
Melaka dengan kerelaan hatinya.
Dalam pada itu, beliau turut memberi
nasihat kepada masyarakat Islam agar menjadikan al-Quran dan Sunnah
sebagai panduan utama kerana ia sahaja dapat menyatupadukan ummah.
“Sekiranya kita berpandukan Al-Quran,
sudah pasti kehidupan kita akan berjaya di dunia dan akhirat,”
katanya ketika ditemui selepas menerima Anugerah Tokoh Khas Imam di
Masjid Kariah, Desa Anggerik, dekat sini, kelmarin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan