Surah Adz Dzariyaat ayat yang ke 7 ;
“Demi langit yang mempunyai jalan-jalan”, pada nota bawah al
Quran menyebut yang dimaksud dengan jalan-jalan ialah garis edar
bintang-bintang dan planet-planet.
Saya bukan ahli tafsir, saya bukan ahli
falak, bukan ahli aeronotik. Saya harapkan ahli tafsir dan ahli sains
Islam dapat meneliti lebih lanjut ayat ini.
Ini adalah kerana kapalterbang dan
roket juga perlu mengikuti jalan-jalan tertentu di langit, laluan
penerbangan tertentu, ketinggian tertentu, garislintang garisbujur
tertentu untuk terbang atau pergi ke angkasa lepas.
Apakah binatang Buraq yang membawa
kekasih kita Nabi Muhammad saw perlu juga melalui jalan-jalan
tertentu di langit untuk terbang dari Mekah ke Palestin kemudian naik
ke langit?
Itu sebabnya subjek Pendidikan Islam
perlu dijadikan wajib lulus SPM, kerana fakta sejarah dalam al Quran
lebih banyak dari subjek Sejarah itu sendiri. Fakta sains dalam al
Quran mendahului mana-mana saintis di dunia ini.
Adz Dzaariyat bermaksud “Angin Yang
Menerbangkan”.
ALLAH Maha Bijaksana, kita bodoh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan