KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20131114

Sukarnya kekal haji mabrur, bab wuduk pun dah gagal


Haji mabrur atau sekurang-kurangnya haji maqbul, itu apa yang kita semua harapkan, tapi hanya ALLAH yang menentukan. Untuk mengekalkan amalan baik kita di tanah suci sekembalinya dari Malaysia sampai kita menghembuskan nafas yang terakhir juga menentukan samada mabrur, maqbul atau sebaliknya haji kita.

Kalau kita solat jemaah 5 waktu di masjid di tanah suci, di Malaysia juga kita perlu kekalkan solat jemaah 5 waktu di masjid atau surau.

Tapi ada satu bab yang saya sendiri terlepas pandang, hinggalah diperingatkan oleh isteri. Iaitu bab jimat air semasa ambil wuduk.

Pili air wuduk di Masjid Nabi, kita pulas macamana kuat pun, airnya akan mengalir perlahan saja. Boleh pula ambil wuduk dengan air yang sedikit dan perlahan.

Sampai Malaysia, tengok orang keliling laju saja air ambil wuduk, kita pun terikut sama.

Kenalah beringat lepas ni, supaya buka pili air tu pada tahap yang paling sedikit ketika ambil wuduk, yang penting meratakan air ke anggota wuduk.

Tak kiralah dah pergi haji atau belum pergi haji, marilah kita ikut cara Nabi saw dengan berjimat ketika mengambil wuduk, tak kiralah kita ni kaya raya, gaji berpuluh ribu sebulan, jimat tetap jimat, bukan kedekut, bukan kerana bil air mahal, yang penting kita berjimat kerana ikut cara Nabi saw, kerana sayangkan Nabi saw.

Yang balik haji baru-baru ini atau dah bertahun-tahun balik haji, harap kita ambil wuduk seperti di Masjid Nabi dan Masjdil Haram agar kemabruran atau kemaqbulan haji kita berkekalan.

Itu baru bab wuduk, belum lagi bab aurat, bab baca Quran, solat sunat, menegakkan syariat Islam dan seterusnya.

Semoga ada pihak dapat mencipta pili air yang murah dari plastik yang pulas macamana pun airnya perlahan untuk di pasang di tempat wuduk masjid-masjid dan surau-surau seluruh Malaysia.

1 ulasan:

ujang kutik berkata...

T.Kasih kerana mengingatkan.