Sebelum maghrib tadi dalam perjalanan
ke Masjid Bandar Baru Senawang, saya dan isteri memerhatikan gelagat
betapa ramainya orang Melayu yang berumur lepak di warung-warung tepi
jalan di Taman Satria dan Taman Desa Melor sedangkan waktu maghrib
makin hampir dan di masjid selepas maghrib ada ceramah sambutan Maal
Hijrah.
Alangkah baiknya semangat kempen
pilihanraya menggunakan kereta dengan pembesar suara digunakan untuk
berkempen kepada orang Melayu yang ramai lepak di kedai kopi sebelum
maghrib agar mereka segera bersiap untuk solat Maghrib di masjid atau
surau berhampiran.
Lebih cantik kalau van-van jenazah
dilengkapkan dengan pembesar suara pergi ke pasar-pasar malam dan
warung-warung 30 minit sebelum maghrib beri peringatan kepada orang
Islam untuk siap solat maghrib.
Kalau orang beli suratkhabar lama lalu
setiap rumah dengan pembesar suara kita tak marah, takkan kita kempen
dengan pembesar suara di warung-warung dan pasar-pasar malam, orang
Melayu kita nak marah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan