Syarak Mengata , Adat Menurut
"Adat Bersendikan Hukum. Hukum Bersendikan Kitab ALLAH. Syarak Mengata , Adat Menurut". ALLAH menjadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk kita saling kenal mengenal. Sebarang pertanyaan hubungi Rozmal bin Malakan , rozmal@yahoo.com , FB : Rozmal Malakan www.facebook.com/Rozmal
KASIH SAYANG
20180130
20180128
20171228
20171115
Syarikat berpendapat graduan baharu tidak bersedia untuk bekerja
Syarikat berpendapat graduan baharu tidak bersedia untuk
bekerja
Kadar pengangguran mengikut bidang pengajian
Kadar pengangguran graduan, mengikut tahap pengajian
Sumber : Laman web Bank Negara Malaysia, Laporan Tahunan
2016
Pengangguran Belia di Malaysia: Perkembangan dan
Pertimbangan Dasar
20170301
Orang putih pun berbangga dengan Golok Rembau
Orang putih pun berbangga dengan Golok Rembau yang orang
Rembau sendiri tak tahu adanya Golok Rembau yang terkenal di seluruh dunia.
Baru tahu?
In Malaysia, all Golok are consider to be Parang (but not
vice versa)
Golok Rembau is a golok and it is also a parang.
Parang is a generic name for the traditional South East
Asian bladed tools with a single primary cutting edge larger (i.e. longer and
wider) than pisau (i.e. knife).
A certain type of parang with a "straighter" blade
profile is called a Golok.
Golok Rembau is a golok in a shape of the Tumbok Lada, commonly
found in Malaysia. This golok has an angular hilt and a curved blade. A ricasso
or finger coil on the blade after the handle is a common design in most Golok
Rembau. The blade has a pointy tip with a slight drop point and is
approximately 23 to 40 cm in length. The edge along the blade has a S shape curvature.
While most Golok Rembau use a convex edge, some are made with somewhat hollow
or flat ground on the edge near the finger coil for small whittling purposes.
The scabbard is usually made of wood, however cheap leather sheath can also be
found.
PERASMIAN MUZIUM NEGERI SEMBILAN
Pada hari ini dalam tahun 1954, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu,
Sir Gerald Templer telah merasmikan pembukaan Muzium Negeri Sembilan yang
terletak berhampiran Bangunan Kerajaan di Seremban. Muzium ini yang pada
asalnya merupakan sebuah istana lama di Ampang Tinggi telah dipindahkan ke
Seremban semasa pemerintahan Yam Tuan Ulim pada tahun 1860an atas inisiatif
Penasihat British En. M.C Sheppard. Di
antara bahan yang paling menarik dari segi sejarah, ialah ’GOLOK REMBAU’ yang
pernah dianugerahkan oleh Yam Tuan Pertama kepada Temenggong pada tahun
1770.
Kalau ramai kakitangan kerajaan macam ni boleh tutup syarikat
Kalau ramai kakitangan kerajaan macam ni boleh tutup
syarikat
Firemen come up with novel way to rescue victims
Saturday, 28 January 2017
TEMERLOH: After experiencing
difficulty in rescuing flood victims in 2014, the Mentakab Fire and Rescue
Department here has come up with an innovative way to transport rescue boats to
the water using a self-made floating trailer.
Its chief Mohd Kamarudin Mohd
Saufi said most rescue work during the floods involved transporting victims to
safer grounds or to relief centres.
To overcome this problem, the
Mentakab firemen created a motorised trailer, where a “motorcyclist” pulls the
trailer carrying the boat through areas where the flood water levels are low.
The boat is only released in deeper waters.
Mohd Kamarudin said he spent
RM3,000 to assemble an engine, braking system and battery salvaged from a new
Modenas motorcycle to create the special rescue trailer.
“We made use of discarded
materials like steel, plastic water tanks, tyres and rollers to support the
frame of the trailer. The trailer can carry the rescue boat with five people on
board.
“We plan to build a bigger frame
to carry a bigger boat to rescue more victims,” he added.
20170223
Balu jurutera diundang malang
Balu jurutera diundang malang
23 Feb 2017
Port Dickson: Siapa sangka kehidupan serba mewah yang pernah
dinikmati keluarga ini suatu ketika dulu hilang sekelip mata, malah mereka
mengikat perut hampir setiap hari selepas ketua keluarga meninggal dunia akibat
serangan jantung dua tahun lalu.
Keperitan bermula selepas empat hari suami Zainurita Haron,
53, meninggal dunia, dia bersama lima anaknya berusia antara tiga sehingga 27
tahun dihalau dari rumah sewa di Kajang, Selangor.
Zainurita berkata, lima anaknya sudah tamat sekolah, tetapi
dua anak angkat yang dibela sejak kecil berusia lima dan 14 tahun masih
belajar.
“Suami pergi mengejut dan kami langsung tiada wang simpanan
menyebabkan beberapa anak saya menamatkan pengajian kerana tidak mampu
menanggung perbelanjaan mereka.
“Semua permohonan bantuan saya ditolak kerana kami dianggap
keluarga berada. Ramai tidak percaya keadaan kami, malah ada yang menuduh saya
menipu kerana pendapatan suami ketika dia meninggal melebihi RM15,000,” katanya
ketika menerima sumbangan Pertubuhan Kebajikan Asnaf dan Setia Kasih (PERKASIH
N9) di rumah sewanya di Fasa 1, Bandar Springhill, di sini, semalam.
Katanya, walaupun arwah suami bergaji besar sebagai jurutera
cari gali minyak di dua syarikat swasta, dia perlu membayar hutang bagi
membebaskan dirinya daripada muflis.
“Sebaik hutang selesai, dia menghadap Ilahi ketika bertugas
di pelantar minyak. Apa yang memeranjatkan, majikan suami hanya menyerahkan
RM2,000 sebagai kos pengurusan jenazah tanpa sebarang pampasan.
“Saya diberitahu, majikan tidak dapat bantu walaupun suami
meninggal ketika bertugas. Rumah kami duduk ini rumah keempat sejak setahun
lalu dan pemiliknya memberikan notis untuk kami mengosongkan dalam tempoh
seminggu.
“Mana lagi kami nak pindah sedangkan untuk makan pun
berjimat,” katanya yang menyewa rumah RM500 sebulan.
Zainurita berkata, sebelum ini dia menjual nasi lemak bagi
menampung perbelanjaan namun selepas keretanya rosak sejak tiga bulan lalu,
mata pencariannya terputus.
- Harian Metro
Langgan:
Catatan (Atom)