KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100531

Solat Hajat bersama ADUN Paroi 1 Jun

SOLAT HAJAT SELAMATKAN SUKARELAWAN GAZA
Tarikh : 1 Jun 2010 / Selasa
Masa : 7.15 malam
Tempat : Surau Taman Alamanda , Senawang
Bersama YB Hj Mohamad Taufek , ADUN Paroi

Tazkirah selepas Maghrib oleh ADUN Paroi

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

3000 buaya di pantai Melaka dan Ulama N.Sembilan


Kecoh sekarang ini serangan dan kemunculan buaya-buaya sepanjang pantai Melaka dan Negeri Sembilan. Kisah dan kronologi kemunculan buaya ini pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/05/video-buaya-sedang-berenang-di-pantai.html

Sungai yang terdapat banyak buaya berhampiran pantai Melaka dan Negeri Sembilan ialah Sungai Linggi. Sungai ini berada dalam Negeri Sembilan tetapi muara sungai ini berada di sempadan Melaka dan Negeri Sembilan.

Terdapat lebih daripada 3000 ekor buaya di Sungai Linggi ini. Tetapi tidak pernah kedengaran serangan buaya di Sungai Linggi ini sejak dari dahulu lagi. Kenapa ?

Buaya-buaya di Sungai Linggi ini adalah merupakan sahabat-sahabat kepada ulama-ulama di Negeri Sembilan, antaranya Almarhum Tuan Shaykh Muhammad Sa’id bin Tuan Shaykh Jamaluddin al-Linggi dan Almarhum Tuan Guru Haji Ahmad @ Ali Bin Haji Musa.

Apakah manusia sekarang ini telah memungkiri perjanjian yang dibuat dulu bersama keturunan buaya-buaya ini ? Apakah habitat buaya ini telah diceroboh dan diganggu ?

Tanyalah kepada cucu-cucu ulama ini yang masih hidup lagi, jika inginkan jawapannya.

***********************************
PERJANJIAN MANUSIA DAN BUAYA DI SUNGAI LINGGI ?

Ini hanyalah satu legenda lama. Pada zaman dahulu kala orang kampung dan buaya di Sungai Linggi, Negeri Sembilan dikatakan ada membuat satu perjanjian.

"Kita jangan usik-usik. Kita buat hal masing-masing. Insya-Allah kita akan selamat sehingga ke anak cucu," begitulah kononnya bunyi perjanjian itu dan ia mungkin benar kerana belum ada terdengar serangan buaya ke atas manusia sehingga sekarang di Sungai Linggi seperti mana yang terjadi di sungai-sungai di negeri Sarawak.

Menurut Yaacob, data daripada Perhilitan menunjukkan ada lebih kurang 3,000 ekor buaya di Sungai Linggi dan ia boleh diketahui dengan petanda 'di mana ada buaya, di situlah ada burung bangau.'

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0716&pub=utusan_malaysia&sec=Pelancongan&pg=pl_01.htm&arc=hive

MANAQIB TUAN SHAYKH MUHAMAD SAID AL-LINGGI

Al-marhum Tuan Shaykh Muhammad Sa’id bin Tuan Shaykh Jamaluddin al-Linggi , seorang ulama dan guru tariqah yang terbesar di Negeri Sembilan. Allahyarham kembali menemui Allah pada 12 Rabiulawal dalam usia 62.

Allahyarham Tuan Shaykh Muhammad Sa’id merupakan seorang guru pengembang Tariqah Ahmadiah, bukan sahaja di negerinya (Negeri Sembilan) tetapi di seluruh Malaysia termasuk juga beberapa buah negara di rantau ini seperti Indonesia, Pattani, Singapura dan Kampuchea.

Satu lagi kelebihan Almarhum adalah bersahabat dengan buaya. Terdapat satu sungai di negeri Kedah yang tidak digunakan oleh sesiapa pun kerana buaya di dalam sungai itu sungguh garang. Suatu hari dalam perjalanan Tuan Shaykh Muhammad Sa’id merasa letih dan mahu mandi. Beliau berhajat untuk mandi di sungai itu tetapi dilarang oleh penduduk kampung itu. Namun kerana mahu mandi juga, Allahyarham tidak mempedulikan larangan itu. Beliau terus terjun ke dalam sungai itu dan beberapa ekor buaya yang dikatakan garang mengelilinginya. Digosoknya buaya itu seekor demi seekor. Orang kampung yang tadi cemas mula kehairanan dengan melihat kejadian itu.

Cucu yang tertua dan terkehadapan pula adalah Tuan Shaykh Murtaza bin Shaykh Ahmad bekas Mufti Negara Kerajaan Negei Sembilan Darul Khusus.

http://www.ahmadiah-idrisiah.com/article1.php

TUAN GURU HAJI ALI

Tuan Guru ini ialah Haji Ahmad @ Ali Bin Haji Musa. Allahyarham dilahirkan dalam tahun 1926 di kampung ini. Ibunya bernama Jumah Binti Pawang Jali. Allahyarham Haji Ali mula berguru dengan Tuan Sheikh Ahmad Said Mufti Negeri Sembilan di Pondok Rasah, Seremban lebih kurang 5 tahun dalam tahun 1930an. Dari Sheikh Ahmad inilah beliau mewarisi amalan tarekat Ahmadiah.

Malam hari kematiannya, hujan turun dengan lebat. Banyak kawasan yang tidak pernah banjir telah dinaiki air. Muridnya bernama Zamri Zakaria dan Haji Nizarfar Hamthan menyaksikan pokok-pokok kayu rebah ke bumi ketika mereka memandu kereta untuk membuat laporan kematian di Balai Polis Rantau, tetapi anehnya apabila dalam perjalanan pulang tiada pula pokok-pokok yang tumbang. Terdapat juga dakwaan melihat buaya-buaya Sungai Linggi naik ke tebing sungai.

http://lebaikampung.blogspot.com/2007/02/haji-ali-bin-haji-musa-1926-1998.html

Rakyat makin susah ambil lesen memandu


Saya mengambil lesen memandu semasa di Amerika Syarikat dulu. Begitu mudah dan murah sekali, walaupun saya rakyat asing di sana. Tak perlu hadir kuliah berjam-jam, tak perlu buat temu janji untuk ujian memandu. Walaupun mudah dan murah ambil lesen di sana, rata-rata pemandu di sana lebih berhemah dari kita di Malaysia.

Nak ambil lesen L di sana cukup mudah dan murah. Pergi ke pejabat DOT atau JPJ di sana. Ambil ujian objektif 25 soalan. Tak silap saya kalau betul 20 soalan dah lulus lesen L. Boleh terus dapat lesen L dan terus memandu, dengan syarat ada orang yang berlesen di sebelah. Dan bayaran lesen L ni hanya USD 20.

Kalau gagal ujian objektif. Boleh datang keesokan hari. Dia akan beri set soalan yang lain. Ada 3 set soalan tak silap saya, A , B dan C. Setiap set lebih kurang sama je soalannya. Kalau gagal lagi boleh ulang lagi keesokan hari.


Nak ambil lesen memandu pula, lepas dapat lesen L, terus juga pergi pejabat DOT. Untuk ujian memandu. Kalau lulus, bayar USD 20 dan terus boleh memandu. Kalau gagal datang keesokan harinya, sampailah lulus. USD 20 sah untuk tiga tahun.

Mudah dan murah kan dapat lesen memandu di sana.

Kemudian saya tengok sekali lagi laman web DOT terkini, tak banyak perubahan, masih sama sistemnya dan kosnya http://www.iowadot.gov/mvd/ods/types.htm
( C (Non-commercial-Operator) 16 2 Years , 5 Years, Knowledge, Vision, Driving $8 $20 )

TAPI PELIK di Malaysia ni. Makin lama makin mahal dan makin susah nak ambil lesen memandu.

Kerajaan, Menteri Pengangkutan dan Pengarah JPJ cik abang oi, pemandu kita makin beradab ke di jalanraya bila makin susah ambil lesen ni ? Remaja bawah umur tanpa lesen akan berkurangan ke dengan sistem semakin susah dan mahal ini ? Orang dewasa tanpa lesen akan berkurangan ke ?

Apa nak di kata, kita rakyat ni umpama mentimun je. Di gelek ke , menggelek ke, kita terpaksa terima sajalah apa sahaja keputusan yang dibuat. Mahal mahal-lah apa nak buat. Kalau tak mampu tak payahlah ambil lesen, pandu sahajalah, kalau kena tangkap sendirilah tanggung.

Rasuah akan berkurangan atau bertambah ke kalau makin susah rakyat nak ambil lesen memandu ni ?

Artikel sebelum ini :

Semakin ramai remaja bawah umur memandu tanpa lesen di http://waghih.blogspot.com/2010/05/remaja-johor-14-tahun-nasib-baik-tak.html

Kehidupan rakyat 1Malaysia makin susah http://waghih.blogspot.com/2010/03/kehidupan-rakyat-1malaysia-makin-susah.html

*************************

KOS BELAJAR MEMANDU DINAIKKAN ?

Utusan Malaysia TAPAH 30 Mei – Kos belajar memandu mungkin akan dinaikkan apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan kurikulum pembelajaran yang baru pada hujung tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan (gambar) berkata, kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan kerana ia bertujuan meningkatkan kualiti pemanduan bakal pemandu baru di negara ini.

Katanya, walaupun kenaikan kos itu akan menimbulkan perdebatan di kalangan masyarakat namun negara masih mengenakan bayaran paling rendah bagi mendapatkan lesen memandu.

“Apabila kita perkenalkan kurikulum baru ini, saya jangkakan pasti ada kenaikan kos. Kenaikan harga untuk mendapatkan lesen ini memang akan berlaku kerana kita pentingkan kualiti cara pemanduan.

“Kita perlu membelanjakan lebih sedikit untuk mendapatkan sesuatu yang baik dan berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penutupan Program Satu Komuniti satu JPJ Bersama Masyarakat Orang Asli kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Dr. Mah Hang Soon; Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Salim Parlan dan Pengarah JPJ Perak, Jaafar Mohamed.

Solah menambah, kurikulum baru itu selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendidik dan membentuk pemandu berhemah di negara ini.

Katanya, ia melibatkan jumlah masa belajar memandu, pemilihan spesifik kenderaan, elemen ujian memandu serta kelas lesen memandu dan cara mendapatkan lesen memandu.

Beliau memberitahu, kurikulum baru yang diberi perubahan untuk kali ketiga itu kini dalam peringkat akhir pelaksanaan.

Jelas Solah, ia melibatkan kajian dan kerjasama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan beberapa ahli akademik.

“Kita akan laksanakan kurikulum baru ini secepat yang mungkin. Perubahan yang akan dibuat melibatkan perubahan dalam aspek latihan dan ujian.

“Kali ini kita ada kumpulan penyelidik yang menjalankan kajian bagi merangka draf. Perubahan bukan dibuat dengan sewenang-wenangnya, tetapi melibatkan pelbagai kajian,” katanya.

Pada majlis tersebut, seramai 585 peserta Orang Asli menerima Lesen Memandu Percubaan Motosikal B2 secara sah.

Di bawah program Satu Komuniti Satu JPJ, semua masyarakat Orang Asli berumur 21 tahun dan ke atas hanya dikenakan RM100 untuk mendapatkan lesen memandu percubaan tersebut.

Program tersebut bermula 27 Mac lalu dan semua kursus, latihan serta ujian dijalankan oleh anggota serta kakitangan JPJ.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0531&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

Pelajar Universiti yg ada laptop tak berjaya


Ada seorang pelajar Asasi Sains Universiti Malaya telah meninggalkan komen dalam Blog saya pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/05/remaja-13-tahun-kita-guna-internet-beli.html

Pelajar UM ini kata, pelajar Asasi Sains yang ada laptop tak berjaya dengan cemerlang.

Berikut komen pelajar tadi :
saya pelajar asasi sains UM..laptop x banyak digunakan dalam kursus ini.. pelajar gunakan untuk bermain game online dan download..kebnyakan pelajar yang punya laptop tak berjaya dengan cemerlang

Artikel saya sebelum ini mengenai perlukah laptop dibekalkan kepada semua rakyat pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/05/rakyat-malaysia-makin-bodoh-komputer.html

Lawan zionis israel dengan senjata DOA


Kita hanya mampu melawan zionis israel dengan Senjata DOA.
Usaha kemanusian membantu penduduk Gaza mesti diteruskan !
Bantahan terhadap keganasan israel tiada noktahnya !

*****************
DOA MERUPAKAN SENJATA BAGI ORANG MUKMIN

BANDAR SERI BEGAWAN, Doa itu sifatnya luhur, nilainya tinggi dan harganya tidak ternilai kerana ia berupa munajat semata-mata kepada Allah dan urusan langsung dengan Allah.

Manfaat doa kepada orang yang beriman amat besar dan ini bukan cakap semata-mata dan bukan juga teori para sarjana, tetapi adalah perkhabaran daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Antara perkhabaran Nabi mengenai doa itu sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud : “ Adalah doa itu otak ibadat.” (Hadis diriwayatkan oleh At-Termidzi daripada Anas).

Katanya lagi doa itu senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya tujuh petala langit dan bumi. (Hadis riwayat At-Termidzi).

Doa bukan sahaja terbatas bagi manusia, bahkan makhluk lain juga berzikir dan berdoa dan hasil daripada doa mereka itu, kadang-kadang turut dinikmati juga oleh kita manusia.

http://www.pelitabrunei.gov.bn/news/pelita/5apr/berita03.htm

Saksikan Mukjizat AlQuran 5 Jun di Seremban


MAJLIS WACANA ILMU
Tajuk : Al-Quran, Mukjizat Yang Terpinggir
Tarikh : 5 Jun 2010 /(Sabtu)
Masa : 9 malam
Tempat : PASTI Al-Ikhwan, Taman Paroi Jaya, Seremban.

Ahli Panel :-
1. Ustaz Basit bin Wahab
2. Ustaz Nasaruddin bin Ali
3. Ustaz Hafizi

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Buaya Oh Buaya Kenapa Engkau Timbul

Penduduk gempar dengan kemunculan seekor buaya tembaga di pantai itu

Berita Harian 30 Mei 2010

KERAJAAN Negeri Melaka memberi jaminan Pusat Sukan Perahu Layar Hang Jebat, di Pangkalan Balak, Masjid Tanah selamat digunakan untuk Sukan Malaysia XIII (Sukma) 10 hingga 19 Jun depan walaupun penduduk di kawasan terbabit gempar dengan kemunculan seekor buaya tembaga di pantai berkenaan.

Exco Kebajikan, Perpaduan Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abd Karim Sulaiman berkata, semua atlit dan pegawai serta penonton yang bakal menyertai dan menyaksikan temasya itu tidak perlu bimbang dengan situasi terbabit walaupun kemunculan buaya dianggarkan sepanjang 3.5 meter itu mencemaskan penduduk.

Dia yang berada di dalam air di kawasan perlumbaan acara perahu layar itu bersama penduduk semalam, mendapati lokasi berkenaan selamat daripada gangguan buaya yang didakwa dilihat penduduk beberapa kali minggu lalu. “Pada Sukma nanti, semua agensi termasuk Perhilitan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta JPA3 akan bersedia di lokasi perlumbaan bagi memastikan perjalanan acara perahu layar tetap lancar dan selamat.

“Sehubungan itu, setiap kontinjen tidak perlu bimbang dan dapat memberi fokus terhadap saingan,” katanya yang turut mengetuai bacaan doa oleh Imam 1, Masjid Jamek Pangkalan Balak, Ibrahim Muhamad Yusof bagi kejohanan pra-Sukma yang bermula, semalam.

Antara 10 pasukan yang mengambil bahagian dalam pra-Sukma ialah Singapura, Johor, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Terengganu dan Melaka.

Abd Karim berkata, pra-Sukma dilihat ruang penting kepada setiap pasukan untuk menyesuaikan diri dengan lokasi pertandingan selain menguji kemampuan masing-masing menjelang bermula temasya itu, 10 Jun depan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gelanggangperahulayarselamat/Article/index_html

Doa halau buaya: Exco Melaka, Datuk Abd Karim Sulaiman (baju gelap), Imam 1 Masjid Jamek Pangkalan Balak, Ibrahim Muhamad Yusof (berkaca mata) dan penduduk kampung membaca doa elak buaya ganggu acara Sukan Malaysia XIII di Pangkalan Balak semalam.

20100530

Remaja 13 tahun kita guna internet beli dadah


Berapa ramai remaja kita yang pergi kafe siber main game, main judi internet, melayari laman web lucah dan sebagainya ? Juga berapa ramai remaja kita yang guna internet untuk beli dadah ? Ini adalah fakta dan kenyataan mereka yang terlibat secara langsung dalam usaha memulihkan penagih dadah.

Berapa ramai pula pelajar yang ponteng sekolah ? Yang buta huruf walaupun dah sekolah menengah ? Yang mengandung.

Tapi malang kita semua masih leka, masih rasa selesa, masih terasa berada dalam zon selesa.

Khutbah Jumaat pula semakin membosankan , baca sini http://waghih.blogspot.com/2010/05/khutbah-jumaat-semakin-membosankan.html

Kerajaan pula sibuk nak beri komputer percuma, sedangkan pelajar universiti sebenarnya tak perlu ada komputer peribadi , baca sini http://waghih.blogspot.com/2010/05/rakyat-malaysia-makin-bodoh-komputer.html

********************************

REMAJA MENAGIH DADAH SUKAR BENDUNG
Harian Metro 30 Mei 2010

KUALA LUMPUR: Gejala remaja sekolah terbabit dengan dadah sudah dianggap tidak menghairankan kerana berdasarkan kajian penagihan, biasanya bermula pada usia muda seawal 13 hingga 14 tahun.

“Berdasarkan kajian dibuat baru-baru ini oleh Badan Perhubungan Pengasih Sabah dan Sarawak, tiga jenis dadah paling popular digunakan remaja sekolah di sana ialah syabu, Nospam serta ubat batuk.

“Nospam atau ubat selsema mudah diperoleh di farmasi dan berdasarkan temu duga dibuat membabitkan empat remaja sekolah yang sudah insaf, mereka menggunakan antara 20 hingga 30 biji sehari diminum dengan air bergas,” katanya.

Menurut beliau, ini menunjukkan gejala pengambilan pelbagai jenis dadah di kalangan remaja sekolah sukar dibendung jika tiada sebarang tindakan lebih konkrit diambil dari sekarang.

Dadah terbabit pula semakin mudah diperoleh kerana remaja sekolah mempunyai rangkaian atau kumpulan sendiri yang sentiasa bersedia membekalkannya pada bila-bila masa.

“Pengasih melihat kemudahan teknologi maklumat disalahgunakan oleh kumpulan remaja sekolah terbabit. Paling mudah, mereka menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan cara lain ialah melalui Facebook.

“Bagi memastikan ketagihan dapat dipenuhi, remaja sekolah perempuan pula sanggup menyerahkan diri masing-masing untuk dijadikan habuan seks atau seks oral sebagai bayaran pakej dadah dipesan, dan ia juga satu daripada penyebab gejala mengandung luar nikah serta buang anak,” katanya.

Selain itu, kajian Pengasih turut mendapati ada di kalangan anggota sindiket membekalkan dadah kepada remaja sekolah membabitkan remaja lepasan sekolah sama. Golongan terbabit pula dinaungi sindiket lebih besar.

“Ia adalah perniagaan menguntungkan, dan jika tidak dibendung, ia bukan saja bakal memusnahkan masa depan remaja sekolah malah pengedar yang juga terdiri di kalangan remaja sendiri,” katanya.

Menurut Yunus, keluarga juga menjadi punca utama anak remaja mereka terbabit dengan dadah kerana kebiasaannya, keluarga hanya mementingkan intelektual atau akademik anak-anak saja.

Bagaimanapun, keluarga tidak mementingkan aspek emosi anak-anak menyebabkan mereka beralih kepada rakan yang kononnya lebih memahami.

“Memang benar kecemerlangan akademik menjadi tumpuan utama keluarga terhadap anak masing-masing tetapi jika komunikasi dalam hal-hal lain dengan anak kurang, bagaimana mereka mahu merasakan kasih sayang atau keprihatinan keluarga terhadap mereka.

“Jangan pandang remeh perkara itu kerana semuanya bermula dari rumah. Jika remaja mendapat perhatian sewajarnya, sukar untuk mereka terbabit dalam gejala dadah atau sosial lain,” katanya.

Sementara itu, pakar motivasi, Profesor Madya Md Izuddin Ali berkata, “Di Barat, perbuatan begini (merelakan tubuh diratah lebih daripada seorang lelaki) bagaikan ‘budaya’ di sana. Kini, ia sudah menular dikalangan masyarakat kita malah agak menyedihkan kebanyakannya terdiri daripada yang beragama Islam. Sekiranya tidak dibendung, tidak mustahil perangai jijik ini akan menjadi racun tanpa penawar buat mereka.” Izuddin nyata terkejut dan menyelar aktiviti jijik dilakukan remaja belasan tahun itu dan berkata pelbagai faktor boleh menjadi pendorong kepada remaja terbabit mencuba perkara yang dilaknat Allah itu. “Salah satu punca kepada masalah itu datangnya daripada keluarga sendiri. Zaman ini, ibu dan bapa sering sibuk mencari nafkah dan kadangkala langsung tidak meluangkan masa terhadap anak sendiri.

“Dek kurangnya perhatian dan kasih sayang, wujud satu ruang kosong dalam jiwa remaja itu.

“Cara mudah untuk menghalang masalah ini daripada berlarutan adalah daripada keluarga sendiri. Ibu bapa harus peka terhadap perubahan tingkah laku anak dan disusuli dengan perbincangan, nasihat dan langkah pencegahan. “Bagaimanapun, jika tidak dapat dipulihkan juga, tindakan undang-undang adalah yang terbaik. Namun, jangan salah sangka, ia bukan untuk menghukum remaja itu sebaliknya ia cara sesuai untuk memulihkan akhlak agar tidak mengulangi masalah,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sukarbendung/myMA/myArticle/

Malu nak jumpa ALLAH isu Masyarkat Judi di Malaysia


Alangkah malunya saya nanti bila dihadapkan di mahkamah ALLAH di akhirat nanti, bila ditanya apa peranan saya untuk membantu masyarakat Malaysia supaya bebas dari najis judi. Lagi malu masyarakat majoriti bukan Islam di Amerika Syarikat ada persatuan untuk memulihkan mereka yang ketagih judi dan persatuan yang menentang pemandu mabuk.

Tapi kita di Malaysia ini, yang majoritinya orang Islam, bila sampai isu judi dan arak, seolah-olah ianya perkara biasa. Sampaikan akhbar berbahasa Melayu pun mempromosikan judi melalui iklan dalam akhbar mereka.

Malunya saya di akhirat nanti. Judi, keluarga hancur, masyarakat musnah.

Kepada sesiapa yang terlibat dalam arak dan judi ini , samada secara langsung atau tidak langsung, termasuk membeli akhbar yang ada iklan judi , cubalah cari jawapan yang terbaik dan save kan dalam lap top atau thumbdrive dalam otak dan buka di akhirat nanti.

Persatuan Memulihkan Tahi Judi di Amerika Syarikat http://www.onlinecasinoreports.com/directory/associationsandorganizations/gamblersanonymous/

Persatuan Ibu-Ibu di Amerika Syarikat yang menentang pemandu mabuk http://www.madd.org/

**************************************
KAKI JUDI PINJAM ALONG DIJANGKA MENINGKAT
Berita Harian 29 Mei 2010

KUALA LUMPUR: Jumlah kaki judi yang akan berhutang dengan along dijangka meningkat sehingga 50 peratus sepanjang musim Piala Dunia 2010 bulan depan berikutan ceti haram itu dikatakan mempermudahkan syarat pinjaman untuk tujuan pertaruhan.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, berkata sasaran itu berpandukan statistik tahun 2008 ketika Kejohanan Piala Euro di Perancis yang mana 630 orang yang berhutang dengan along membuat aduan di pejabatnya kerana gagal membayar balik pinjaman. Katanya, pihaknya menjangka orang ramai terutama kaki judi akan membuat pinjaman daripada ceti haram itu minimum RM100,000 dalam usaha mengaut keuntungan semaksimum mungkin daripada 64 perlawanan sepanjang kejohanan berlangsung.

Katanya, orang ramai membuat pinjaman daripada along kerana saluran itu sangat mudah dan cepat, bagaimanapun peminjam tidak diterangkan secara terperinci kadar faedah daripada jumlah pembayaran balik pinjaman yang dibuat kerana kebiasaannya ia akan meningkat dua kali ganda berbanding pada hari biasa.

“Pemohon mudah terpengaruh kerana mereka sangat teruja untuk bertaruh selain terdesak menjadi kaya dalam tempoh singkat tanpa memikirkan kesannya.

“Kebanyakan mangsa yang mengadu ke pejabat MCA memberitahu mereka tidak sedar bunga dikenakan sangat tinggi. Sekiranya lewat sehari, bagi pinjaman sebanyak RM1,000 bunganya mencecah RM400 berbanding hari biasa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Michael berkata, sepanjang tahun ini orang ramai yang membuat pinjaman dengan along dan gagal membayarnya balik secara purata 30 kes sebulan dan dijangka meningkat dua kali ganda, apabila kejohanan Piala Dunia yang memasuki edisi ke-19 itu bermula 11 Jun ini.
“Saya menyeru orang ramai supaya berfikir banyak kali sebelum membuat pinjaman dengan along kerana golongan ini akan melakukan apa saja termasuk mencederakan sehingga membawa maut dalam usaha mendapatkan kembali wang mereka.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kakijudipinjamalongdijangkameningkat/Article

****************************
KERAJAAN PULAU PINANG TOLAK PERMOHONAN LESEN PERJUDIAN ASCOT SPORT SDN BHD
28 Mei, 2010 17:23 PM

PULAU PINANG, 28 Mei (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil keputusan menolak permohonan Ascot Sport Sdn Bhd bagi lesen premis perjudian setelah menimbangkan keburukan dan akibat daripada kegiatan itu terhadap masyarakat.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat selepas mengadakan mesyuarat dengan semua Exco kerajaan negeri dan mengikut Seksyen 101(v) Akta Kerajaan Tempatan yang meliputi isu berhubung kesihatan, keselamatan dan keselesaan.

"Sudah cukup premis perjudian yang ada (di negeri ini), mereka mahu mengadakan hampir 12 kali cabutan dalam seminggu, ini akan akibatkan kemusnahan kekeluargaan dan memberi impak negatif kepada golongan remaja," katanya kepada pemberita di sini, pada Jumaat.

Lim berkata Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Jaya (MPSP) telah diarah membekukan lesen premis pertaruhan yang menawarkan judi sukan.

"Keputusan ini juga untuk mempromosikan kehidupan masyarakat yang lebih sihat," katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=501832

Rakyat Malaysia makin BODOH Komputer


Minggu lepas kami hantar anak kami yang baru masuk Universiti Malaya mengambil Asasi Sains. Adalah sesi pengurusan universiti bersama ibu bapa dan pelajar. Atas pentas semua pensyarah ada PhD , semua Professor Madya. Salah seorang pensyarah tadi beritahulah semua ibu bapa, tak perlu bekalkan anak-anak di Universiti Malaya ini dengan komputer, dengan lap top, dengan notebook ke, takut hilang nanti.

Bangunlah seorang ibu tanya, pelajar ni nanti tak ada ke guna komputer untuk buat assignment. Salah seorang pensyarah yang Professor Madya tadi kata, di UM banyak makmal komputer. Pelajar Asasi Sains tak banyak buat assigment guna komputer. Kalau diberi komputer peribadi atau laptop kepada pelajar ini , ianya akan melalaikan, lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Yang cakap ni Professor Professor Madya, di Universiti Malaya pula, bukan loyar buruk macam saya ni.

Apa lagi, bersoraklah ibu bapa, kerana tak perlu pening kepala nak beri anak komputer.

Pelajar kita , rakyat kita nampaknya semakin BODOH dalam bab komputer ni. Apa ke tidaknya , cuba kita semua pergi Kafe Siber, cuba pergi, cari sekeliling kita, memang banyak Siber Kafe, majoriti yang ada di Kafe Siber ni remaja Melayu, pelajar sekolah rendah dan menengah. Majoritinya main game, layar laman web lucah, atau main judi internet dan ponteng sekolah atau ponteng tuisyen.

Pergi tanya Pejabat Pelajaran Daerah pula, berapa ramai pelajar sekolah menengah yang BUTA HURUF. Kalau di bandar, angkanya mencecah ratusan pelajar yang BUTA HURUF.

Yang Kementerian beria-ia nak beri rakyat komputer ni kenapa ? Yang kerajaan negeri beria-ia nak beri pelajar sekolah rendah E-Book kenapa ?

Yang BUTA HURUF ramai, yang merosakkan minda di Kafe Siber ramai.

Pelajar Universiti pun di nasihat oleh Professor Madya jangan diberi laptop, apa guna laptop pada pelajar sekolah rendah, kepada penoreh getah, kepada nelayan.

Kalau dulu pepatah ialah Kera Dapat Bunga , nampaknya sekarang Kera Dapat Komputer.

Jangan pula yang Kementerian yang berkaitan baca artikel ini jadi macam Kera Kena Belacan pula !

Dan janganlah pula kita orang Melayu ni selalu bertindak Kera Di Hutan Disusukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan.

****************************************
MASYARAKAT MISKIN DAPAT KOMPUTER RIBA PERCUMA
Berita Harian 29 Mei 2010

Pelajar dari keluarga berpendapatan kurang RM3,000 boleh mohon

KUALA KLAWANG: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengedarkan satu juta komputer riba 1Malaysia secara percuma kepada golongan masyarakat berpendapatan rendah supaya mereka memperoleh capaian akses internet jalur lebar.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata program khas SKMM itu akan memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah menggunakan kelebihan internet dalam memajukan diri dan keluarga. “Golongan yang layak menerima komputer riba itu nanti ialah yang pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 dan mempunyai anak masih belajar sama ada di sekolah mahu pun universiti dengan pengesahan oleh pemimpin masyarakat. “Pelajar sekolah menengah dan universiti juga boleh memohon mendapatkan komputer riba itu sendiri jika datang dari keluarga yang layak dengan proses permohonan itu disokong oleh institusi masing-masing,” katanya selepas merasmikan pakej ‘Jalur Lebar Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan Komputer 1Malaysia’ di Dewan Majlis Daerah Jelebu di sini, semalam.

Melalui pakej itu, TM turut mengedarkan sebanyak 200,000 komputer secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah di seluruh negara dengan kadar bayaran bulanan perkhidmatan jalur lebar serendah RM38.

Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu, berkata SKMM sedang memperincikan program pemberian percuma berkenaan dan akan melancarkannya tidak lama lagi bermula di Johor, sebelum diperluaskan di seluruh negara.

Komputer riba 1Malaysia dibangunkan Mimos Bhd itu bakal membolehkan pengguna melayari internet melalui perkhidmatan jalur lebar seperti WiFi, sistem 3G atau HSDPA dan WiMAX.

Katanya, dengan pemberian keseluruhan 1.2 juta komputer riba percuma itu (SKMM dan TM), pihaknya menjangka matlamat kerajaan untuk mencapai 50 peratus penembusan jalur lebar di kalangan isi rumah menjelang akhir tahun ini akan tercapai.

Dalam perkembangan berkaitan, Rais berkata, pihaknya dan TM akan menyediakan perkhidmatan akses point internet tanpa wayar (WiFi) percuma di kawasan kampung di seluruh negara yang mempunyai talian kabel telefon.

“Kita akan memasang satu alat khas pada telefon awam atau kabel di kawasan tumpuan penduduk kampung seperti balai raya dan ia membolehkan internet dicapai dalam jarak lingkungan dua kilometer.

“Projek itu sudah diuji di Kampung Asia Jaya, Sibu, Sarawak baru-baru ini dan akan diperluaskan di seluruh negara tidak lama lagi,’ katanya.

Dalam perkembangan lain, Rais berkata semua pengamal media warga negara Malaysia yang bekerja di lapangan, terutama wartawan dan jurugambar akan diberi komputer riba 1Malaysia percuma bagi membolehkan mereka memperoleh capaian internet di mana saja ketika bertugas.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Masyarakatmiskindapatkomputerribapercuma/Article

20100529

Khutbah Jumaat semakin membosankan BORING



Umat Islam hanya dapat berkumpul seminggu sekali untuk dengar khutbah. Hari Jumaat dah lah hari bekerja, kena terkejar-kejar nak mandi sunat, makan tengahari. Kalau swasta pula habis kerja pukul 12.45 tgh , masuk kerja balik jam 2.30 ptg. Saya dapati Khutbah Jumaat yang teksnya disediakan oleh Jabatan Agama atau JAKIM semakin hari semakin membosankan.

Tak tahulah mungkin anak-anak yang kat belakang yang sekolah rendah tak bosan rasanya, pelajar sekolah menengah pun tak bosan rasanya. Sebab mereka ini pelajar generasi baru agaknya.

Kalau boleh Khutbah Jumaat ini , tak payahlah sentuh isu politik ke , isu ekonomi ke. Terlalu banyak isu setempat yang perlu dibangkitkan sebenarnya. Ada ke budah sekolah rendah dan sekolah menengah yang hampir separuh penuh masjid diberi khutbah Jumaat pasal Model Ekonomi Baru !

Apa lagi budak-budak kat belakang itu berboraklah mereka. Yang budak sekolah menengah pula , bila bilal Qamat nak solat Jumaat, kita makmum baru nak angkat takbir, pelajar sekolah menengah dah start motor keluar dari perkarangan masjid.

Kepada mereka yang buat teks khutbah Jumaat ini , apa guna ada Ijazah ke , ada PhD ke dalam bidang agama , tapi khutbah Jumaat sentuh isu kompleks yang tak ada kena mengena dengan masalah setempat.

Masalah setempat , kanak-kanak buat bising masa khutbah. Masalah setempat ramai pelajar pergi cyber cafe layar laman web lucah. Masalah setempat ramai pelajar sekolah rendah hisap rokok. Masalah setempat banyak berlaku kecurian.

Kalau JAKIM atau Jabatan Agama tak bersedia nak sediakan teks khutbah Jumaat yang sesuai dengan masyarakat setempat , baik berhenti sajalah, buat gelak kat budak-budak sekolah ke.

Saya cabar JAKIM dan Jabatan Agama sediakan teks khutbah yang sesuai dengan masyarakat setempat untuk setiap minggu.

Tapi jangan cabar saya sediakan teks khutbah. Kerana saya tiada Ijazah dalam Usuluddin dan sewaktu dengannya, dan saya tiada tauliah. Nanti tak pasal-pasal saya mengalami nasib yang sama dengan anak Dr Juanda.

Sekali lagi , tak payah sentuh isu politik, tak payah sentuh isu hukum hudud. Sentuh masalah setempat, kerana masalah setempat inilah punca banyak berlaku buang bayi, tinggal ibu bapa dan sebagai.

Saya tak salahkan khatib dalam masalah ini. Khatib beria-ia baca khutbah pasal Model Ekonomi Baru dengan nada yang tinggi tapi jemaah tercengang-cengang, budak-budak berlari keriangan.

Kalau boleh Pengerusi Majlis Agama, Pengarah Jabatan Agama, Pengarah JAKIM dan Menteri JAKIM pergi setiap masjid seluruh Malaysia duduk bahagian kanak-kanak. Tanya mereka apa yang mereka faham dalam Khutbah tadi, sebab kanak-kanak memang tak tidur masa khutbah, jemaah orang tua ni memang ramai tidur masa khutbah.

Boleh tak JAKIM buat NKRA atau KPI , 60% orang lelaki dalam setiap kariah solat jemaah 5 waktu di masjid, 50% jemaah dengar khutbah Jumaat faham isi kandungan khutbah, 95% kanak-kanak tidak buat bising semasa khutbah dan seterusnya ?

Beberapa contoh isu setempat di bawah ini :

Pelajar melayari laman web lucah
http://waghih.blogspot.com/2010/04/gambar-bogel-tanpa-seurat-benang-di.html

Masyarakat perlu bantu polis
http://waghih.blogspot.com/2010/03/masyarakat-perlu-bantu-polis.html

Masalah remaja memandu bawah umur tanpa lesen
http://waghih.blogspot.com/2010/05/remaja-johor-14-tahun-nasib-baik-tak.html

Gejala buang bayi
http://waghih.blogspot.com/2010/03/krisis-buang-bayi-adat-kahwin-dan-zina.html

Masalah sakit jiwa di Malaysia
http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

Masalah mereka yang berhutang
http://waghih.blogspot.com/2010/02/tak-bayar-hutang-boleh-tuntut-di.html

Masalah kebersihan dalam pemakanan
http://amkns.blogspot.com/2010/05/sedapnya-roti-telur-tahi-ayam-ni.html

Masalah petir dan kilat di Malaysia
http://kilatmalaysia.blogspot.com/

Masalah dadah tak kesudahan
http://waghih.blogspot.com/2010/04/melayu-1-rumah-1-penagih-dadah.html

20100528

Remaja Johor 14 tahun nasib baik tak ditembak



Apa nak jadi Malaysia sekarang ni. Makin huru hara. Makin tak terkawal anak-anak kita. 14 tahun dah lah tak ada lesen memandu kereta, curi pula kereta jiran. Tak ke geram kita. Pukul 1.15 pagi. Kalau aku jadi polis pun, pening , tak tahu apa nak buat. Apa nak jadi Malaysia makin nak capai negara maju, rakyat makin tak bertamadun, lagi teruk dari zaman dijajah Jepun dulu.

Baca kisah sebelum ini betapa kita orang Melayu dah pekak, buta, bisu terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita di http://waghih.blogspot.com/2010/05/pandu-bawah-umur-melayu-dah-pekak-buta.html

Juga kisah remaja kita dah tak hormat undang-undang, tak hormat polis di http://waghih.blogspot.com/2010/05/undang-undang-bahan-ketawa-remaja-kita.html

*******************************
REMAJA 14 TAHUN CURI PANDU KERETA JIRAN DITAHAN
Sinar Harian 28 Mei 2010

BATU PAHAT – Tindakan seorang remaja 14 tahun yang memandu kereta jirannya tanpa kebenaran akhirnya membawa padah apabila dia ditahan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon berkata, polis yang menerima maklumat pada jam 1.15 pagi kelmarin menghantar sebuah kereta peronda ke lokasi sebelum berjaya mengesan kereta yang dimaksudkan.

“Menyedari kehadiran polis, pemandu kereta berkenaan bertindak memecut dan memandu dengan cara berbahaya sebelum melanggar sebuah tembok,” katanya pada sidang media di sini , semalam.

Adnan berkata, hasil pemeriksaan, remaja berkenaan mengaku mengambil kereta milik jirannya untuk berseronok setelah kerap kali melihat kunci kereta berkenaan ditinggalkan di peti surat rumah pemiliknya,” katanya.

Adnan berkata, remaja berkenaan ditahan reman selama dua hari untuk siasatan selanjutnya dan disiasat di bawah seksyen 379A Kanun Keseksaan (Curi Kenderaan).

Rakyat muflis, kerajaan biasa, korporat makin kaya


Saya ni bukan orang ekonomi, tak tahu apa-apa lah pasal ekonomi ni. Cuma teranya-tanya , kenyataan kerajaan akan muflis tahun 2019 nanti sebab tanggung subsidi RM 200 Billion. Peliknya harta 40 orang terkaya di Malaysia naik 42 peratus kepada RM 168 Billion. Kalau tiap-tiap tahun 40 orang terkaya ni naik 40 peratus maknanya kita berilah 40 orang terkaya ini mentadbir Malaysia, sebab mereka tak muflis, kerajaan yang akan muflis.

Kerana menjelang 2019 nanti kekayaan mereka mungkin mencecah RM 1 Trillion.

Mereka ni rakyat Malaysia, bukannya rakyat asing, apa salah lantik 40 orang ini terus dalam Menteri Kabinet.

Lagi pelik ada pula RM 8 Billion nak buat kereta perisai , RM 1.6 Billion untuk beli helikopter.

Entahlah , aku bukan orang ekonomi.

Nak tarik subsidi , apa boleh buat. Tariklah. Buat apa nak dengar pandangan rakyat macam saya ini yang bukan sahaja tiada ijazah dalam Ekonomi, Diploma pun tak ada.

Sama-samalah kita berjimat cermat.

*****************************

Mengurangkan subsidi bernilai RM200 bilion yang ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Harga petrol dinaikkan 10 sen seliter setiap enam bulan sementara harga LPG dinaikkan sebanyak 20 peratus setiap tahun.

Malaysia akan berhadapan dengan risiko untuk muflis menjelang tahun 2019 sekiranya kerajaan tidak mengurangkan pemberian subsidi dan mengawal pinjaman sedia ada.

Kekayaan 40 Individu Terkaya Malaysia Naik 42 Peratus Kepada RM168 Bilion

Kontrak Bernilai Lebih RM10.4 Bilion Dimeterai Pada Dsa 2010

Projek RM8 Bilion Kereta Perisai

RM1.6 bilion bagi pembelian 12 unit helikopter EC725 Eurocopter.

***********************************

NAIK HARGA PETROL 15 SEN, DIESEL 10 SEN

Kerajaan mungkin terpaksa menaikkan harga petrol dan diesel masing-masing 15 sen serta 10 sen bagi setiap liter untuk mengurangkan subsidi bernilai RM200 bilion yang ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 20 tahun akan datang.

harga petrol patut dinaikkan 10 sen seliter secara berperingkat dalam tempoh setiap enam bulan sementara bagi harga LPG pula ia wajar dinaikkan sebanyak 20 peratus setiap tahun.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/5/27/mstar_berita/20100527213057&sec=mstar_berita

MALAYSIA AKAN MUFLIS PADA 2019 JIKA KERAJAAN TERUS BERI SUBSIDI

Malaysia akan berhadapan dengan risiko untuk muflis menjelang tahun 2019 sekiranya kerajaan tidak mengurangkan pemberian subsidi dan mengawal pinjaman sedia ada.

- Caj bagi pesakit luar di hospital kerajaan akan dinaikkan daripada RM 1 kepada RM 3. Wad kelas pertama, kedua atau ketiga akan dinaikkan daripada RM 3 hingga RM80 kepada RM 6 hingga RM160.

- Skim pinjaman buku teks dan tusyen subsidi akan dimansuhkan.

- Pelajar sekolah dikehendaki membayar yuran peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM
awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

- Penuntut di peringkat prasiswazah dan pasca-siswazah perlu membayar yuran pengajian yang lebih daripada RM 300 hingga RM800.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/5/28/mstar_berita/20100527203431&sec=mstar_berita

KEKAYAAN 40 INDIVIDU TERKAYA MALAYSIA NAIK 42 PERATUS KEPADA RM168 BILION

SINGAPURA: Harta semua 40 individu terkaya negara kini bernilai AS$51 bilion (RM168 bilion), meningkat daripada AS$36 bilion (RM118b) tahun lepas, dan lebih tinggi daripada rekod sebelum ini iaitu sebanyak AS$46b (RM151b) yang dicatatkan pada 2008.

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/5/27/mstar_berita/20100527164042&sec=mstar_berita

KONTRAK BERNILAI LEBIH RM10.4 BILION DIMETERAI PADA DSA 2010


http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2010/4/19/mstar_berita/20100419104121

PROJEK RM8 BILION KERETA PERISAI

DRB- Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH), anak syarikat milik penuh DRB- HICOM Bhd. (DRB-HICOM) sedang membangunkan kereta perisai 8X8 - Deftech AV-8 dalam projek bernilai RM8 bilion yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2016.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0421&pub=utusan_malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm&arc=hive


DSA 2010 CATAT KONTRAK TERBESAR

menggantikan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila menandatangani LOA bernilai RM1.6 bilion bagi pembelian 12 unit helikopter EC725 buatan Eurocopter.

System Consultancy Sdn. Bhd. bagi membekal dan menyenggara sistem pemerintahan, kawalan, maklumat dan komunikasi (C3I) untuk ATM berjumlah RM86.4 juta.

SME Ordnance Sdn. Bhd. bagi pembekalan peluru untuk kegunaan ATM bernilai RM46.3 juta.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0421&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm&arc=hive


20100527

Video buaya sedang berenang di pantai Malaysia


Kerajaan harus menyiasat punca sejak akhir-akhir ini kenapa banyak buaya muncul di pantai Malaysia terutama di Negeri Sembilan dan Melaka. Adakah ada aktiviti pembangunan atau perlombongan pasir yang tidak terancang menyebabkan habitat dan sumber pemakanan buaya ini terganggu dan terjejas.

Nyawa rakyat didahulukan , habitat buaya diutamakan.

Dibawah ini kronologi , gambar , video dan pautan kemunculan buaya-buaya di pantai Malaysia , terutama di Melaka dan Negeri Sembilan :

26 Mei 2010
BUAYA 3.5 METER PANJANG DI KAWASAN PANTAI TELUK GONG, MELAKA
http://waghih.blogspot.com/2010/05/lagi-buaya-di-pantai-malaysia-tsunami.html



16 Mei 2010
TERSEREMPAK DUA EKOR BUAYA DI PANTAI PENGKALAN BALAK , MELAKA
http://waghih.blogspot.com/2010/05/buaya-buaya-menyerang-pantai-malaysia.html



15 April 2010
BUAYA TEMBAGA SEPANJANG 4 METER DI PANTAI TANJUNG KERAMAT , KUALA SUNGAI BARU , MELAKA
http://waghih.blogspot.com/2010/04/buaya-di-pantai-melaka-pula.html


2 Jan 2010
SEORANG LELAKI YAKIN DIGIGIT BUAYA KETIKA BERENANG DI PORT DICKSON
http://waghih.blogspot.com/2010/01/kaki-hampir-putus-dek-buaya-di-port.html


16 Feb 2009
BUAYA KELIHATAN DI TANJUNG TUAN , PORT DICKSON
http://waghih.blogspot.com/2010/01/gambar-buaya-di-tanjung-tuan-port.html



VIDEO AMATUR BUAYA DI PORT DICKSON DI BAWAH :


Tentera kita ada peraturan mengundi tak ?


Ayah saya seorang bekas tentera. Katanya , sepanjang dia menjadi tentera dulu tak pernah sekali dia melihat kertas undi , tahu tahu dah ada makhluk yang undikan untuk dia. Angkatan Tentera Malaysia dan PDRM ada tak peraturan khusus untuk anggotanya dalam bab politik ni ? Kalau kita perhatikan tentera US ada garis panduan lengkap CAN and CANNOT untuk tentera dalam politik.

Kisah ayah saya ini ada disiarkan dalam akhbar Sinar Harian dan Harakah pada pautan berikut :
http://hjmalakan.blogspot.com/2009/10/harakah_13.html
http://hjmalakan.blogspot.com/2009/10/tentera-tidak-dimaklum-ada-undi-pos.html

Ketua Tentera Filipina Jeneral Reynaldo dalam pilihanraya umum di Filipina bulan Mei 2010 telah berikrar akan mempastikan tentera adalah apartisan atau nonpartisan.

Ketua Tentera Amerika Syarikat Jeneral David Petraeus memilih untuk tidak mengundi dalam pilihanraya sejak dia berpangkat Mejar Jeneral untuk mempastikan tentera bawahan bebas untuk memilih presiden daripada mana-mana parti poliltik.

Adakah Malaysia mempunyai sebarang peraturan dan panduan untuk tentera dan polis dalam isu politik dan pilihanraya ?

Adakah Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia boleh mencontohi sikap yang diambil oleh Ketua Tentera Filipina dan Amerika Syarikat dalam mempastikan kestabilan politik dalam negara dan mempastikan institusi tentera dan polis dipandang tinggi oleh masyarakat dengan mengambil sikap nonpartisan ?

Ahli politik samada pemerintah dan pembangkang , kedua-duanya harus memainkan peranan dalam hal ini agar institusi tentera dan polis dipandang tinggi masyarakat dan dapat menjaga keamanan dan kestabilan negara.

******************************
SPR SASAR GUNA PENGUNDIAN AWAL PADA PILIHAN RAYA UMUM KE-13

KUCHING, 26 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan Pilihan Raya Umum ke-13 untuk mengganti kaedah pengundian pos dengan pengundian awal bagi memudahkan pengundi, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. 2,827 yang dikeluarkan, jadi tidak timbul isu terlebih kertas undi pos seperti dakwaan sesetengah pihak.
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=501422

****************************
ARMY VOWS TO REMAIN NON-PARTISAN IN MAY ELECTIONS
Philippine Daily Inquirer
First Posted 18:36:00 04/08/2010

Army chief and Lt. Gen. Reynaldo Mapagu has vowed to ensure a non-partisan Philippine Army amid rumors of failure of elections and the rise of a military junta.

“As soldiers, we should be the epitome of law-abiding citizens. Gone were the days when we acted like masters. We are now public servants who should serve the people,” Mapagu said.

http://politics.inquirer.net/politics/view/20100408-263096/Army-vows-to-remain-non-partisan-in-May-elections

************************
THE NONPARTISAN MILITARY
Officers should exercise their citizen’s right to vote
BY CAPT. CHARLES G. KELS

In an interview with National Public Radio this spring, Gen. David Petraeus was asked about the prospect of a new president taking office next year who was committed to an expedited withdrawal of troops from Iraq. Petraeus responded with thoughtfulness and propriety, emphasizing civilian control of the military and the proper apolitical role of the armed forces.

But then the general said something surprising.

“Look,” Petraeus explained, “I haven’t voted in elections in some time actually.”

“So you don’t vote yourself?” the correspondent followed up.

“I have not since I was a major general,” he confirmed.

http://www.afji.com/2008/08/3599019/

***************************
MILITARY FOLKS AND POLITICS
WHAT YOU CAN AND CANNOT DO

DOD defines "partisan political activity" as "activity supporting or relating to candidates representing, or issues specifically identified with, national or State political parties and associated or ancillary organizations."

A "Nonpartisan political activity is defined as "activity supporting or relating to candidates not representing, or issues not specifically identified with, national or State political parties and associated or ancillary organizations. Issues relating to constitutional amendments, referendums, approval of municipal ordinances, and others of similar character are not considered as specifically being identified with national or State political parties."

What Active Duty Members Can and Cannot Do
Can - Register, vote, and express a personal opinion on political candidates and issues, but not as a representative of the Armed Forces.

Can - Promote and encourage other military members to exercise their voting franchise, if such promotion does not constitute an attempt to influence or interfere with the outcome of an election.

Cannot - Attend partisan political events as an official representative of the Armed Forces.


Cannot - Solicit or receive a contribution from another member of the Armed Forces or a civilian officer or employee of the United States for the purpose of promoting a political objective or cause, including a political campaign.

Cannot - Participate in any organized effort to provide voters with transportation to the polls if the effort is organized by, or associated with, a partisan political party or candidate.

Cannot - Speak before a partisan political gathering, including any gathering that promotes a partisan political party, candidate, or cause.

Cannot - Participate in any radio, television, or other program or group discussion as an advocate for or against of a partisan political party, candidate, or cause.

Cannot - Serve in any official capacity or be listed as a sponsor of a partisan political club.

Cannot - March or ride in a partisan political parade.

Cannot - Sell tickets for, or otherwise actively promote, political dinners and similar fundraising events.

Cannot - Make a contribution to another member of the Armed Forces or a civilian officer or employee of the United States for the purpose of promoting a political objective or cause, including a political campaign.


Cannot - Solicit or otherwise engage in fundraising activities in Federal offices or facilities, including military reservations, for a partisan political cause or candidate.

Cannot - Display a large political sign, banner, or poster (as distinguished from a bumper sticker) on the top or side of a private vehicle.


Cannot - Participate in partisan political management, campaigns, or conventions (except as a spectator when not in uniform), or make public speeches in the course thereof.

Cannot - Use official authority or influence to: interfere with an election, affect the course or outcome of an election, solicit votes for a particular candidate or issue, or require or solicit political contributions from others.

http://usmilitary.about.com/cs/militarylaw1/a/milpolitics.htm

Seminar Usahawan Bumiputera 26 dan 27 Jun Seremban

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan akan menganjurkan Program Mini Showcase SDSI 2010 yang akan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban, Negeri Sembilan pada 26 - 27 Jun 2010.

Bersempena dengan program ini sebanyak 2 seminar keusahawanan akan dianjurkan.

Di jemput semua usahawan dan penduduk setempat yang berminat menjadi peserta kepada seminar ini. berikut 2 sesi seminar yang akan dijalankan dalam program tersebut :

SESI SEMINAR 1
Tajuk : Peluang Penerokaan Pasaran Dalam Sektor Peruncitan
Tarikh : 26 Jun 2010 (Sabtu)
Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang
Tempat : Kompleks Belia & Sukan Paroi, Seremban, Negeri Sembilan

SESI SEMINAR 2
Tajuk : Peluang Pelaburan Ekuiti Dalam Syarikat Bumiputera
Tarikh : 27 Jun 2010 (Ahad)
Masa : 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari
Tempat : Komplek Belia & Sukan Paroi, Seremban, Negeri Sembilan

Sehubungan dengan itu, bagi sesiapa yang berminat menyertai seminar ini, sila berhubung dengan En. Mohd Zulazly bin Samat (UPEN.NS) di talian 06-7659969 atau Puan Suzana binti Zubir (UPEN.NS) di talian 06-7659505 sebelum 7 Jun 2010 (Isnin).

20100526

Sedapnya Roti Telur Tahi Ayam ni



Buatlah pilihan sendiri.

Nak yang bersih atau nak yang kotor. Nak yang halal atau nak yang haram.

Roti telur ke , Mee goreng telur ke , Char Kuey Teow ke dan macam-macam lagi makanan yang ada telur ayam.

Cuba tengok-tengok , yang menjual makanan ni , basuh atau tidak telor ayam.

Cuba beli pula telur di kedai atau pasaraya. Memang banyak tahi ayam pelbagai warna yang dah kering dan keras melekat pada kulit telur.

Kalau nak juga makan telur ayam dengan tahi-tahinya sekali, apa boleh buat dah selera rakyat Malaysia macam tu, tak pentingkan kebersihan. Yang penting SEDAAAAP.

Lihat sendiri pelbagai ragam peniaga dan telur ayam bernajis tahi yang tidak dibasuh serta gambar roti telur SEDAAAP di http://amkns.blogspot.com/2010/05/sedapnya-roti-telur-tahi-ayam-ni.html

Ceramah Bantah Judi 30 Mei Jempol N.Sembilan


CERAMAH TAK NAK JUDI
Tarikh : 30 Mei 2010 , AHAD
Masa : 9 malam
Tempat : Markas PAS Kawasan Jempol, Muassasah Darul Syariff, Jalan Batu Kikir-Bahau, Jempol

Penceramah :
YB Hj Mohamad Taufek – ADUN Paroi , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Al Fadil Ustaz Wan Azhar – Yang Dipertua PAS Besut , Terengganu

Semua Dijemput Hadir

BOLA YES , JUDI NO !

Maklumat lanjut di http://unitamaljempol.blogspot.com/2010/05/jemputan-ke-ceramah-umum-30-mei-2010.html

Kuliah Subuh Khas 28 Mei Seremban

KULIAH SUBUH KHAS
Tarikh : 28 Mei 2010
Masa : Selepas Solat Subuh
Tempat : Masjid Jamek Ampangan , Seremban
Penceramah : Ustaz Ali Kutty

Semua dijemput hadir

20100525

Lagi buaya di pantai Malaysia, TSUNAMI ?



Makin banyak buaya-buaya kelihatan di sepanjang pantai Malaysia akhir-akhir ini terutama di Negeri Sembilan dan Melaka. Apakah amaran yang ingin disampaikan oleh buaya-buaya ini ? Tsunami ? Banjir besar ? Ribut taufan ? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.

Kisah sebelum ini buaya-buaya mendarat di pantai Malaysia pada pautan-pautan berikut :
http://waghih.blogspot.com/2010/05/buaya-buaya-menyerang-pantai-malaysia.html
http://waghih.blogspot.com/2010/04/buaya-di-pantai-melaka-pula.html

*************************
GEMPAR BUAYA
Berita Harian 26 Mei 2010

BUAYA berukuran 3.5 meter panjang muncul di kawasan pantai Teluk Gong, Pengkalan Balak.Penduduk bimbang reptilia muncul di pantai Teluk Gong, Pengkalan Balak

MASJID TANAH: Orang ramai khususnya penduduk di Kampung Sungai Tuang Teluk Gong, kembali gempar apabila seekor buaya tembaga muncul secara tiba-tiba di kawasan pantai Teluk Gong, Pengkalan Balak, di situ selepas sekian lama tidak kelihatan.

Reptilia yang dianggarkan sepanjang 3.5 meter dan berwarna kuning keemasan itu dipercayai adalah buaya kedua muncul di situ selepas kali pertama, beberapa bulan lalu. Kehadirannya pada kira-kira jam 10.45 pagi itu menyebabkan kawasan berkenaan dipenuhi orang ramai.

Sidang Kampung Sungai Tuang, Yahya Zakaria yang turut menyaksikan kemunculan reptilia itu berkata, sebelum ini beliau sendiri pernah mendengar mengenai perkara itu namun kurang mempercayainya. “Sebelum ini, saya memang tidak percaya dengan cerita penduduk. Sudah banyak kali mereka memberitahu tapi hari ini (minggu lalu) saya sendiri sudah melihat sendiri itu. Memang panjang dan agak menakutkan.

“Saya harap ia tidak akan mengganggu penduduk di sini dan pada masa sama, penduduk juga tidak mengganggu buaya ini. Tidak dapat dipastikan dari mana ia datang, yang pasti ia menimbulkan kebimbangan penduduk,” katanya.

Yahya berkata, kejadian penemuan buaya itu berlaku secara kebetulan ketika beliau dan beberapa penduduk kampung itu berada di pantai Sungai Tuang untuk melihat kerja pembinaan jalan di sepanjang kaki lima yang rosak akibat hakisan.

“Pada mulanya saya sangkakan sebatang kayu hanyut di tengah laut sebab jarang ada benda lain di permukaan pantai ini.

“Tapi lama-kelamaan hati saya rasa tak sedap dan selepas beberapa minit tiba-tiba benda panjang tadi menghampiri bibir pantai dan menampakkan rupa bentuknya yang sebenar kepada kami semua di sini,” katanya.

Yahya berharap pihak berkuasa, khususnya Perhilitan akan dapat mengambil tindakan segera bagi mengesan aktiviti reptilia terbabit di kawasan berkenaan.

Katanya, kehadiran buaya sememangnya sentiasa menarik perhatian ramai, namun ia mungkin boleh menimbulkan bahaya jika tidak ditangani dengan baik.

Penduduk, Faizal Khairuddin, 27, berkata, beliau pada mulanya melihat reptilia itu bergerak perlahan menyusur pantai dari arah pantai Telok Gong menuju ke Sungai Tuang, tidak jauh dari situ.

Katanya, kehadiran buaya ini memang menarik perhatian ramai seperti sebelum ini juga.

“Cuma kebimbangan kita, jika buaya ini tiba-tiba naik angin ia, boleh membahayakan orang ramai. Pihak berkuasa perlu berbuat sesuatu bagi menangani perkara ini,” katannya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Gemparbuaya/Article

Melayu di Kelantan pula bunuh diri


Gejala bunuh diri di Malasyia sudah tidak terkawal. Kali ini di Kelantan pula. Di Malaysia purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Gejala bunuh diri dijangka menjadi faktor kedua tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini selepas penyakit jantung.

Sebanyak 3 juta daripada 26 juta penduduk termasuk kanak-kanak di negara ini disahkan menghidap masalah gangguan mental atau emosi.

Artikel Makin ramai orang, remaja 1Malaysia bunuh diri pada pautan berikut. http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

******************************
LELAKI KECEWA MATI TERGANTUNG

Berita Harian 26 Mei 2010

Mangsa luah perasaan kepada rakan melalui SMS kerana isteri minta cerai

GUA MUSANG: Seorang lelaki yang juga bapa kepada tiga anak, ditemui mati tergantung akibat kecewa dengan tindakan isterinya menuntut cerai di Kampung Limau Kasturi Dua di sini, pagi semalam.

Mangsa berusia 27 tahun, ditemui tergantung dalam tandas bilik tidur rumahnya kira-kira jam jam 11 pagi oleh rakannya, Saiful Nazim Nawang, 21, selepas bergegas ke tempat kejadian apabila mengetahui mangsa tidak keluar dari bilik sejak Khamis lalu. Saiful Nazim berkata, bapa mangsa meminta bantuannya untuk memujuk lelaki terbabit keluar dari bilik kerana kebiasaan hanya dia seorang yang mampu berbuat demikian ekoran hubungan rapat mereka sejak kecil. “Saya memanggilnya berulang kali tetapi tidak dijawab dan ketika mengintai menerusi lubang tingkap di luar bilik tidurnya, saya terdengar bunyi lalat menyebabkan saya mengesyaki sesuatu berlaku.

“Saya memecah tingkap masuk ke dalam bilik dan terjumpa mayatnya tergantung dalam bilik air dalam keadaan sudah berbau,” katanya ketika ditemui, semalam.

Saiful Nazim berkata, kira-kira jam 6 petang Khamis lalu, dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada mangsa yang meluahkan kekecewaan kerana isterinya membuat keputusan untuk bercerai.

Beliau berkata, sejurus menerima SMS itu, dia bimbang perkara buruk berlaku dan menghubungi rakannya itu untuk memberi nasihat dan memintanya solat.
Katanya, mangsa tidak keluar dari bilik tidurnya sejak Khamis lalu selepas isterinya bersama tiga anak pulang ke rumah mentuanya di Kampung Limau Kasturi Satu tidak jauh dari situ.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lelakikecewamatitergantung/Article

Paintbal AMAL 20 Jun 2010 Kuala Pilah


PAINTBALL AMAL 2010
Tarikh : 20 Jun 2010
Hari : Ahad
Tempat : YKSNS Paintball Jungle Park, Kuala Pilah

BUTIRAN PROGRAM
- Yuran penyertaan RM 500 setiap kumpulan
- 1 kumpulan terdiri dari 7 orang
- Permainan kalah mati
- Makanan disediakan

OBJEKTIF PROGAM
- Mengumpul dana pembelian Rumah Perlindungan
- Mendekatkan masyarakat dengan institusi dakwah dan kebajikan
- Membentuk masyarakat yang prihatin, bekerjasama dan sihat

Hubungi :
Ustaz Bukhari Safian 019-2373541
E-mel : maayks@gmail.com , dynamic_bukhari@yahoo.com
Laman web : http://yksn9.blogspot.com/

Pusat Latihan Pembangunan Insan
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan
22A, Jalan Angkasaria, Taman Bukit Pilah Perdana
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-4810092

Borang Penyertaan dan maklumat lanjut di :
http://ykspbjunglepark.blogspot.com/2010/05/blog-post_24.html
http://ykspbjunglepark.blogspot.com/2010/05/blog-post.html

Pusat Jualan HPA Baru di Seremban


PUSAT JUALAN HPA
No.15 , Bangunan PKNNS
Jalan Seremban - Kuala Pilah
Ampangan , 70400 Seremban
(kedai lot tepi)

Waktu Operasi :
Hari : Setiap hari
Masa : 9 pagi ke 5 petang

Hubungi : Ruzaidah / A.Rashid
Tel : 06-7626770

Pelbagai Produk Keluaran HPA
- Produk Penjagaan Kesihatan
- Produk Keperluan Harian
- Pelbagai Makanan Sejuk Beku
- Ayam Organik

Peta lokasi dan gambar Pusat Jualan HPA Bangunan PKNNS di http://usahawann9.blogspot.com/2010/05/pusat-jualan-hpa-baru-di-seremban.html

20100524

Barack Obama dan Islam

Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui cerita sebenar

Gejala buang bayi berpunca dari adat perkahwinan


Zaman cinta Romeo dan Juliet atau Uda dan Dara berpantun seloka sudah lama tamat. Zaman Facebook, SMS dan MMS ini kenal-mengenal dengan pantas, bercinta dengan pantas, berkahwin pun serba pantas, tetapi hutang kahwin keliling pinggang, akibatnya pergaduhan sering berlaku antara pasangan kerana masalah kewangan.

Formula mudah menangani gejala buang bayi pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/03/krisis-buang-bayi-adat-kahwin-dan-zina.html

***********************
KAHWIN PUN SUSAH
Berita Harian 24 Mei 2010

HARI ini jika sesiapa hendak berkahwin akan berfikir semasak-masaknya daripada soal jodoh, modal dan masa depan. Agak keterlaluan jika kita katakan apa guna berkahwin dan hidup bersama isteri yang dikahwini dengan kos ribuan ringgit tapi tidak dapat menyesuaikan diri dengan kemampuan kewangan untuk hidup berkeluarga.

Zaman cinta Romeo dan Juliet atau Uda dan Dara berpantun seloka sudah lama tamat. Zaman Facebook, SMS dan MMS ini kenal-mengenal dengan pantas, bercinta dengan pantas, berkahwin pun serba pantas, tetapi hutang kahwin keliling pinggang, akibatnya pergaduhan sering berlaku antara pasangan kerana masalah kewangan.

Maka bercerai pun pantas, lalu ramai yang menuding jari kepada segala faktor menjadi punca dan akhirnya institusi perkahwinan menjadi sesuatu yang terlalu formal dan sebagai satu projek dan bukan perkara yang disunatkan dalam Islam dan digalakkan dalam masyarakat timur.

Perkahwinan adalah mulia dan perceraian akibat masalah kewangan bukan perkara yang ganjil, malah itulah faktor utama. Remaja zaman ini yang bercinta seawal usia belasan tahun akan menganggap perkahwinan sebagai destinasi terlalu sempurna dan ingin dizahirkan serba mewah.

Akibatnya perkahwinan yang dibuat tanpa sokongan ibu bapa akan berakhir dengan pasangan pengantin berhutang dulu bersakit membayar kemudian. Hutang kad kredit, hutang kawan, pak cik dan mak cik dan hutang along yang dibuat untuk berkahwin bukan boleh dilangsaikan setahun dua.

Ada yang berhutang sampai bermasam muka dan bermusuh dengan pemberi pinjam. Putus saudara dan sahabat malah putus nyawa akibat berhutang along.

Bila hati ingin kahwin kosnya pula tinggi. Hantaran paling kecil RM6,000, cincin seribu lebih, mas kahwin RM300 di Selangor, belum masuk kenduri menyambut menantu perempuan RM6,000, bunga telur, beg cenderahati, kugiran atau karaoke memeriahkan suasana dan menggugat poket harus difikirkan.

Kos RM20,000 dalam tangan di bandar Kuala Lumpur untuk golongan pertengahan, baru layak bercakap soal kahwin kalau duit tidak cukup jangan mimpi hendak bersalam dengan tok kadi.

Nafsu pula gagal ditenangkan akhirnya perkahwinan jadi angan-angan dan bukan cita-cita. Maka berlakulah maksiat dan asmara yang gagal dibendung. Bagi yang pandai mencegah hamil, maka selamatlah dirinya daripada mengandung.

Sebaiknya masyarakat negara ini tidak kira Melayu, Cina dan India melakukan upacara perkahwinan secara sederhana tanpa kos beribu-ribu ringgit kerana perkahwinan bukan sehari dua tetapi selamanya jika diizinkan Tuhan. Seks bebas menjadi-jadi kerana institusi perkahwinan dijadikan visi yang terlalu jauh hendak dicapai kerana memerlukan kos tinggi.

Sedangkan hubungan luar nikah haram di sisi Islam dan lain agama. Kita perlu menjadikan perkahwinan satu proses kehidupan mudah dan murah, tetapi tinggi nilai agama dan moral. Mungkin ia mampu menjadikan pembuangan bayi lebih minimum dan terus jadi sifar.

ABDUL RAZAK IDRIS,
Kuala Kangsar, Perak.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/e-melanda_Kahwinpunsusah/Article

Lagi cubaan bunuh diri di Terengganu

Gadis 17 tahun ditahan cuba membunuh diri di Kuala Terengganu pada 22 Mei 2010. Sebelum itu pada 6 Mei 2010 seorang lelaki telah membunuh diri juga di Kuala Terengganu kerana hidup susah. Bunuh diri ialah penyebab kematian kedua tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung.

Kisah lelaki Melayu bunuh diri di Terengganu sebab susah di http://waghih.blogspot.com/2010/05/melayu-bunuh-diri-di-terengganu-sebab.html

Kisah semakin ramai rakyat Malaysia bunuh diri di http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

**************************
22 Mei 2010
GADIS 17 TAHUN DITAHAN CUBA MEMBUNUH DIRI

KUALA TERENGGANU – Seorang suspek ditahan di tingkat empat sebuah rumah kedai di Jalan Banggol disini semalam, setelah cuba untuk membunuh diri.

Sumber polis Kuala Terengganu memberitahu remaja perempuan berusia 17 tahun itu cuba terjun dari bahagian belakang bangunan tersebut pada kira-kira jam 11.30 malam


(Gambar - suspek yang belum didedahkan identitinya, dibawa turun oleh pihak polis dan bomba dari atas bangunan)

”Gadis tersebut cuba terjun dari tingkat empat bahagian belakang bangunan, dengan bantuan pihak polis dan bomba, dia sempa ditarik dan diselamatkan,”kata sumber itu.

Katanya, suspek berbuat demikian kerana kecewa dalam percintaan dan kini di tahan untuk disoal siasat.

”Kekasih gadis tersebut telah dipanggil untuk memberi keterangan dibalai polis,”kata sumber itu lagi.

Membunuh diri dan Cubaan bunuh diri kerana ‘kecewa’ seolah-olah menjadi satu trend, di negeri Terengganu sejak kebelakangan ini

Pada 18 Mei lalu, dilaporkan, seorang bapa kepada tiga anak yang ‘kecewa’ akibat ditinggalkan keluarganya dari Kampung Pela, Ajil, cuba membunuh diri dengan menjerut lehernya dengan tali nilon.

Sebelum itu, pada 6 Mei, seorang lelaki berusia 41 tahun di Flet Sri Kolam dekat sini telah bertindak membunuh diri dengan menikam dadanya.

Khairudin Wazir Khan dilaporkan bertidak menamatkan hidupnya apabila ‘kecewa’ tidak dapat menahan tekanan kemiskinan kerana kehilangan pekerjaan

Sumber : http://buletinonline.blogspot.com/2010/05/gadis-17-tahun-ditahan-cuba-membunuh.html

Kem Imam Bilal Muda 16 dan 17 Jun Seremban


KEM IMAM & BILAL MUDA 2010

Tarikh : 16 & 17 Jun 2010 (Rabu & Khamis)
Masa : 8 pagi – 5 petang
Tempat : Masjid Kariah Panchor Jaya , Seremban

Yuran : RM 70 (termasuk fail, bahan kursus, makan minum dan sijil)
Terbuka kepada remaja lelaki dan perempuan berumur 10 hingga 17 tahun

Hubungi Ustaz Arif 016-3733607 , En Mohd Noor 013-2006840
E-mel infitahtraining@yahoo.com

Daftar sebelum 10 Jun 2010

Aktiviti :
- Kepimpinan melalui solat
- Isu-isu solat berjemaah
- Solat is Simple
- Aplikasi azan dalam kehidupan
- Aksesori Solat

Maklumat lanjut di http://surautamanjasmin.blogspot.com/2010/05/kem-imam-bilal-muda-2010.html

Bengkel Anak Soleh 5 dan 6 Jun Senawang

BENGKEL ASAS FARDU AIN DAN MOTIVASI ANAK SOLEH

Tarikh : 5 dan 6 Jun 2010 ( Sabtu dan Ahad)
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Yuran : RM 95 (termasuk kertas kerja dan makan minum)
Terhad 50 orang peserta sahaja

Hubungi : Ustaz Anas 012-6670927 , Ustazah Maizatul 012-6417664

Anjuran : Pengajian Annas dengan kerjasama Masjid Bandar Baru Senawang

Pengisian Bengkel :
- Pengisian Rohani
- Kembara Mengenal ALLAH
- Qiamullail
- Iman, Islam, Ihsan
- Amali Wuduk dan Kelebihannya
- Solat dan Pengertiannya
- Bacaan Dalam Solat
- Amali Solat
- Klinik Al Fatihah
- Hafalan Surah Lazim dan Doa Pilihan
- Permainan Islami
- Motivasi Anak Soleh Beserta Ibu bapa

20100522

Suami polis belasah isteri polis di Malaysia


Ini kisah bukan di Amerika Syarikat, bukan di Iraq, bukan di Palestin, bukan di Zimbabwe atau Mongolia tapi di Malaysia. Seorang anggota polis wanita yang sarat mengandung tujuh bulan cedera dibelasah suaminya yang juga seorang anggota polis.

Kes sebegini sudah menjadi lumrah sekarang. Bukan keluarga polis sahaja ada kes gaduh suami isteri. Keluarga tentera pun ada belasah suami isteri . Keluarga UMNO pun ada belasah suami isteri. Keluarga PAS pun ada belasah suami isteri. Keluarga PKR pun ada belasah suami isteri. Keluarga Jabatan Agama pun ada belasah suami isteri.

Janganlah nak salahkan sesiapa, kerana masyarakat kita sudah hilang punca. Solat jemaah di masjid dan surau bukan jadi keutamaan. Al Quran dan Hadith bukan jadi panduan. Ulamak yang zuhud bukan jadi rujukan.

Biarkanlah polis melakukan tugas mereka secara professional. Ahli politik , ahli perniagaan dan sebagainya, janganlah guna polis ini untuk kepentingan peribadi dan kuasa. Polis banyak kerja lain nak buat, yang penting sekali mencegah jenayah.

Sama-samalah kita ingat mengingati.

Baca juga kisah Masyarakat perlu bantu polis pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/03/masyarakat-perlu-bantu-polis.html

Makin ramai orang, remaja 1Malaysia bunuh diri pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

Apa dah jadi dengan Polis di Seremban ni ? pada pautan berikut
http://amkns.blogspot.com/2009/04/apa-dah-jadi-dengan-polis-di-seremban.html

***********************

SUAMI BELASAH ISTERI SARAT
Harian Metro 22 Mei 2010

Pasangan polis hadapi krisis rumah tangga gaduh di restoran

ALOR SETAR: Seorang anggota polis wanita yang sarat mengandung tujuh bulan cedera dibelasah suaminya yang juga seorang anggota polis dalam satu pergaduhan dipercayai bermotifkan cemburu di Simpang Empat, dekat sini, Isnin lalu. Sumber berkata, pergaduhan itu berlaku apabila mangsa yang berusia lingkungan 20-an terserempak dengan suaminya yang juga anggota pasukan pancaragam Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) bersama seorang wanita di sebuah kedai makan di pekan itu. “Mangsa yang berang memarahi suaminya menyebabkan beliau memukulnya bertubi-tubi tanpa belas kasihan.

“Akibat kejadian itu mangsa cedera di beberapa bahagian badan, termasuk muka, tangan dan kaki. Seluar mangsa juga terkoyak di bahagian lutut dipercayai terjatuh ketika mereka bergaduh.

“Mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), " katanya di sini, semalam.

Katanya, pasangan suami isteri itu dipercayai tinggal berasingan sejak beberapa bulan lalu berikutan mempunyai masalah rumah tangga dan sering bergaduh.
Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Abdul Ghaffar Rajab ketika dihubungi mengesahkan mangsa membuat laporan polis pada keesokannya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Suamibelasahisterisarat/Article

Dato beli nombor ekor kena cekup ?


Datuk ke Dato yang kena cekup ni ?

Buat demo judi bolasepak, mereka beli judi ekor. Serbu judi laga ayam, mereka beli Sport Toto berlesen tapi tetap haram sampai bila-bila. Melayu yang ketagih judi, sama teruk dengan Melayu ketagih arak, seks, dadah dan rasuah.

Banyakkanlah usaha dakwah kita, seimbangkan dengan usaha siasah.

Sebelum itu baca juga kisah Judi Bolasepak , Hipokritnya kita ? pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/05/judi-bolasepak-hipokritnya-kita.html

***********************

DATUK BELI NOMBOR EKOR KENA CEKUP

Harian Metro 22 Mei 2010

MELAKA: Usianya menjangkau 61 tahun dan layak digelar datuk, tetapi masih meneruskan tabiat buruknya iaitu membeli nombor ekor.

Warga emas terbabit antara tujuh lelaki yang ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kerana didapati membeli serta berada di dalam premis menjual nombor ekor di bandar ini, petang kelmarin.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agamanya, Rahimin Bani, berkata semua mereka yang berusia 29 tahun hingga 61 tahun ditahan di lapan premis nombor ekor yang diserbu pihaknya.

“Kebanyakan pesalah syariah yang ditahan itu tidak melawan sebaliknya akur kesalahan dilakukan kecuali seorang lelaki berusia 40-an yang cuba lari ketika diminta pengenalan dirinya.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit dicekup Jaim selepas melarikan diri beberapa meter,” katanya di sini, semalam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Datukbelinomborekorkenacekup/Article

Miskinnya rakyat Malaysia, beg sekolah pun kongsi


Susah betul keluarga di bawah ini. Sampaikan anak pergi sekolah pun berkongsi beg. Sudah pasti ramai lagi keluarga di serata Malaysia yang mengalami nasib serupa atau mungkin lebih daif lagi.
Sebelum itu baca juga kisah Kehidupan rakyat 1Malaysia makin susah, tertekan pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/03/kehidupan-rakyat-1malaysia-makin-susah.html

**********************

ANAK KONGSI BEG SEKOLAH

Harian Metro 22 Mei 2010

KUCHING: Ikatan yang dibina atas dasar cinta berakhir dalam keperitan bagi seorang ibu tunggal apabila dia kini bersendirian membesarkan empat anak yang masih kecil selepas ditinggalkan suami sejak dua tahun lalu.

Bagi Kartini Ahmad, 27, dia perlu meneruskan hidup walaupun tanpa suami yang sebelum ini pernah berjanji sehidup semati demi memastikan masa depan anak mereka terbela.

“Dengan gaji RM450 sebulan sebagai pembantu kedai kopi, ia jauh daripada mencukupi untuk kami lima beranak. Tapi apakan daya, semua itu mesti saya harungi kerana tak mahu memperjudikan masa depan anak yang sedang membesar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Sungai Midin, Semeriang, di sini, semalam.

Menurut Kartini, dia kini tinggal di sebuah rumah pondok yang dibina bapa tirinya, Yaacob Naraie, 55, di atas tanah milik kerajaan kerana tidak mampu menyewa.

“Sejak suami menghilangkan diri, hidup saya berubah kerana perlu memikul dua tanggungjawab sebagai seorang ayah yang sepatutnya mencari rezeki dan menjaga anak yang masih kecil,” katanya.

“Pendapatan bulanan yang tidak pernah mencukupi, kami lima beranak terpaksa hidup dalam serba kekurangan,” katanya.

Anak sulung Kartini, Mohd Izamri Samadi, 11, dan adiknya, Nor Arina, 9, bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Semerah Padi, di sini, manakala Nor Diana, 5, dan Nor Fiana, 2, dijaga ibunya ketika dia keluar bekerja.

Menurutnya, kerana kesempitan hidup, pakaian sekolah dua anaknya tidak dapat disediakan, malah mereka terpaksa berkongsi beg untuk ke sekolah.

“Kadang-kadang mereka tidak ke sekolah kerana tiada wang belanja, malah yuran sekolah pun saya belum jelaskan lagi,” katanya.

Lebih memeritkan buat Kartini, Nor Diana dan Nor Fiana turut menghidap penyakit asma dan keadaan mereka menjadi lebih teruk ketika demam menyebabkannya terpaksa menyimpan sebahagian daripada pendapatan untuk membeli ubat mereka.

Kartini berharap nasib dirinya diringankan dengan bantuan dalam bentuk tempat tinggal yang lebih selesa supaya anaknya dapat belajar dengan lebih baik.

“Rumah yang kami diami sekarang sering bocor apabila hujan.

“Selagi mampu, saya akan pastikan anak mendapat pendidikan sempurna kerana saya sedar hanya ilmu mampu mengubah nasib kami sekeluarga pada masa depan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Anakkongsibegsekolah/Article

20100520

Judi Bolasepak , Hipokritnya kita ?


Judi adalah haram , samada berlesen atau tidak.

Umat Islam di Malaysia ini yang majoritinya orang Melayu ramai yang ketagih judi , samada yang berlesen atau tidak.

Kenapa semua pihak baik kerajaan , mahupun pembangkang juga NGO dan polis beria-ia untuk menjadi juara membanteras judi bolasepak baik yang berlesen atau tidak ?

Berlesen atau tidak , judi tetap haram. Ramai orang Melayu dah ketagih judi. Kalau musim piala dunia , boleh dikatakan mana-mana tempat kerja , ada saja orang tengah yang buat betting, kalau tak menggunakan sindiket terancang, mereka buat sendiri betting di tempat kerja sesama akan sekerja.

Memang ya, judi perlu dibanteras di kalangan umat Islam. TAK PERLU KELUARKAN LESEN JUDI. Biarlah orang bukan Islam nak anjur judi macamana cara sekalipun asalkan tidak melibatkan orang Islam , tidak ditempat terbuka dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Yang penting sekarang ialah BETAPA KURANGNYA usaha untuk menyelamatkan umat Islam yang tahi judi ini.

Ada kita tengok Jabatan Agama atau NGO atau parti politik edar risalah di kedai ekor kepada umat Islam supaya jauhi najis judi, sayangi keluarga ?

Ada kita tengok Jabatan Agama atau NGO atau parti politik tubuh pusat khidmat kaunseling untuk kaki judi agar mereka tidak ketagih judi ?

Ada kita tengok Jabatan Agama atau NGO atau parti politik melawat isteri-isteri dan anak-anak kaki judi ini yang hidup melarat ?

Ada kita tengok mana-mana pihak mendesak akhbar Melayu tidak menyiarkan iklan dan keputusan judi ?

Cuba tanya diri kita yang ingin menjadi juara membanteras judi bolasepak piala dunia ini baik berlesen atau tidak , hipokritkah kita ?

Jangan kita jadi bahan tertawa kaki-kaki judi Melayu. Pada mereka berlesen atau tidak, mereka akan tetap berjudi, tidak ada siapa yang peduli nasib mereka. Mereka tahu mereka tak akan jadi kaya kerana judi, yang kaya raya ialah taukeh-taukeh, apa boleh buat mereka sudah ketagih.

****************************
GPMS SELANGOR PULA BANTAH LESEN JUDI PIALA DUNIA 2010
PETALING JAYA: Isu pemberian lesen judi sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 terus mendapat kecaman pelbagai pihak, kali ini Gabungan Pelajar Semenanjung Selangor (GPMS) pula menggesa kerajaan menarik semula lesen judi berkenaan.

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/5/20/mstar_berita/20100519203007&sec=mstar_berita

PDRM AKAN PERANGI HABIS-HABISAN JUDI PIALA DUNIA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memerangi habis-habisan mereka yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjalankan perjudian haram membabitkan wang pertaruhan sempena Piala Dunia yang akan berlangsung awal bulan depan di Afrika Selatan.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/5/20/mstar_berita/20100519194536&sec=mstar_berita

************************
BANTERAS PERJUDIAN INTERNET
SEREMBAN 12 Mei – Kerajaan negeri hari ini melancarkan perang habis-habisan ke atas pengusaha kafe siber yang menjadikan premis mereka sebagai lokasi perjudian Internet.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0513&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm