KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110731

Kem Rasah, Seremban dalam keadaan serba daif



Seorang bekas Brigadier Jeneral menulis dalam blognya pada 31 Julai 2011 menceritakan keadaan kem tentera iaitu Kem Rasah di Seremban yang terabai begitu daif sekali seolah-olah seperti sebuah kem pelarian bukan seperti sebuah kem tentera hinggakan ada yang berkata jika pegawai tentera Thai melawat kem tersebut pasti beliau akan merasa begitu malu sekali kerana kem di Thailand jauh lebih baik dari Kem Rasah.

Tulisan penuh bekas Brigadier Jeneral tersebut pada pautan berikut http://mindnoevil.blogspot.com/2011/07/kem-rasah-seremban-in-total-neglect.html

Semasa saya sekolah menengah dahulu arwah ayah saya ada juga membawa saya ke Kem Rasah. Memang benar pada awal tahun 80an, kem tersebut jauh lebih baik dari sekarang ini.

Apa ke tidaknya, pembangunan sekitar Kem Rasah begitu pesat membangun dengan Hospital Tuanku Jaafar, International Medical University, sebuah kuil yang tersergam, Hospital Mawar dan banyak lagi. Tapi Kem Rasah, tengok dari tingkat 7 ketika arwah saya dirawat memang begitu menyedihkan.

Pak Menteri, askar kita di Kem Rasah perlukan perhatian. Jangan tunggu semasa Undi Pos saja.

Sekarang ni di TV1 tak silap saya cerita tentera bertajuk Platun Harimau, emak saya kata askar-askar lain menggelarkan arwah ayah saya Harimau Berantai semasa beliau berkhidmat, tak tahulah sebab apa. Mungkin rakan-rakan ayah saya yang masih hidup tahu ceritanya.

20110730

Buka Puasa bersama InTeam SRIIDU 17 Ogos 2011 Seremban



MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA SELEBRITI
Tetamu Istimewa : Kumpulan Nasyid In Team
Tarikh : 17 Ogos 2011
Hari : Rabu
Masa : 6.15 pm - 7.45 pm
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban, N.Sembilan

Kupon RM 50 sahaja

Untuk Dana Pembangunan dan Kebajikan Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU), Seremban

Anjuran :
Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum,
No 3694, Tingkat 1 & 2, Jalan RJ 6/9,
Taman Rasah Jaya,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan

Untuk keterangan sila lanjut hubungi :
Kamal 019-2423020 , Nazri 019-6644320 , Pn Hayati 019-6502927 , Pn. Malilah 012-2259181

Sumbangan melalui bank atas nama SRI DARUL ULUM
No akaun bank CIMB : 05040000993100

Ceramah Imam Dipecat 30 Julai 2011 Rembau



CERAMAH DI AMBANG RAMADHAN
Tarikh : 30 Julai 2011, SABTU
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Pulau Bintongan, Rembau ( jalan Kg Batu – Miku – Johol)
Penceramah :
Ustaz Norazman Mohamad - Imam N.Sembilan yang dipecat
YB Johari Abdul
YB Hj Taufek - Pesuruhajaya PAS N.Sembilan
Chegubard

Semua dijemput hadir

20110727

Peniaga Melayu tidak boleh harap pasar raya


Muda Mohd. Noor July 27, 2011

Mereka perlu tubuh rumah dagang atau 'trading house' sendiri.

KUALA LUMPUR: Peniaga Melayu tidak boleh bergantung harap kepada pasar raya besar untuk memasarkan produk mereka tetapi sebaliknya, mereka perlu tubuh rumah dagang atau ‘trading house’ sendiri.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur (DPMKL), Datuk Syed Amin Al-Jefry menegaskan pasar raya besar tidak membantu secukupnya dalam memasarkan produk orang Melayu.

“Giant, Mydin dan Tesco mempunyai alasan untuk tidak menjual produk orang Melayu. Mereka boleh memberi alasan mutu produk untuk menolak produk orang Melayu. Kalau Tesco kata kueh Mek tidak laku apa yang Mek boleh buat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata berapa banyak peluang yang Tesco boleh beri kepada 500,000 peniaga Melayu. Jadi dewan dagang boleh mengatasi masalah ini. Dewan dagang ini boleh bersaing dengan Tesco, Mydin dan Giant.

“Produk orang Melayu tidak perlu lagi diletakkan di Giant kerana sudah ada rumah dagang. Rumah dagang perlu diadakan di seluruh negara sebagaimana dibuat oleh pasar raya besar itu.

“Tetapi untuk mewujudkan rumah dagang ini dana sebanyak RM50 juta diperlukan maka di sini kerajaan harus memberi sokongan termasuk wang kepada peniaga Melayu. Mana-mana peniaga di seluruh dunia tetap memerlukan bantuan kerajaan,” katanya.

Beliau turut mempertikaikan kaedah pemberian sokongan dan bantuan kerajaan kepada peniaga Melayu.

“Kerajaan tolong peniaga Melayu tetapi Melayu yang macam mana. Bukan kerajaan kurang tolong tetapi saluran mesti betul. Kaedah tidak betul, cara yang dipertikaikan dan kita minta kerajaan lebih serius bantu peniaga Melayu,” katanya.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/27/peniaga-melayu-tidak-boleh-harap-pasar-raya/


Curi motosikal berleluasa di Seremban



Saya menerima SMS yang melaporkan cubaan mencuri motosikal di rumah jiran saya di Jalan 6, Taman Alamanda, Senawang pada pukul 2 pagi Rabu 27 Julai 2011, oleh 2 orang pemuda berbangsa Melayu yang membonceng motosikal Honda EX5 dengan plet no NC* **** (no tidak dinyatakan, menunggu siasatan polis samada plet no sah atau palsu)

Laporan polis telah dibuat oleh mangsa.

Marilah kita berdoa agar pihak polis dapat dengan segera melakukan siasatan berdasarkan laporan yang diterima.

Artikel saya sebelum ini, kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara yang menegaskan antara faktor curi kenderaan berleluasa di negara kita adalah disebabkan oleh gejala rasuah di http://waghih.blogspot.com/2011/07/kes-curi-kenderaan-semakin-berleluasa.html

20110726

Kisah sedih bekas tentera sebagai pekerja stesen minyak



Sedih mendengar rintihan Encik Amran bin Hamid merupakan seorang pesara tentera, mencebur diri dalam bidang usahawan di Hab Halal Melaka. Disebabkan beberapa faktor akhirnya beliau bekerja sebagai pekerja stesen minyak. Kepada para usahawan di Negeri Sembilan saya menyediakan perkhidmatan promosi perniagaan secara percuma.

Promosi ini dilakukan mengikut kemampuan masa saya di Blog Usahawan Negeri Sembilan dan Bazaar MAINS di http://usahawann9.blogspot.com/ dan http://bazaarmains.blogspot.com/

Saya sebagai anak pesara tentera amat memahami masalah yang dihadapi oleh Encik Amran dan pesara serta bekas tentera yang lain.

InsyaAllah , jika diizinkan, saya sedang berusaha untuk mengumpulkan beberapa teman untuk memberikan sedikit perkhidmatan khidmat nasihat kepada Veteran ATM sebagai pelengkap kepada JHEV dan PBTM untuk saya dedikasikan kepada arwah ayah saya Lt Kol (B) Hj Malakan bin Kamaruddin.

Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com/

APA TELAH JADI DENGAN KOMPLEKS MELAKA HALAL HUB SERKAM
Aduan Rakyat Online, 25 Julai 2011

Saya seorang pesara tentera dan telah membuat sewaan di kawasan Melaka Halal Hub Serkam amat terkilan dengan perkembangan dan sokongan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang dipertanggungjawabkan untuk mengendali kawasan tersebut tetapi rasa hampa kerana PKNM gagal mewujudkan Halal Hub sebagai satu kawasan industri IKS yang berdaya saing.

Sehingga sekarang Halal Hub Melaka boleh di isytiharkan sebagai rumah hantu dan rumah maut bagi penyewa-penyewa (usahawan Melaka).

PKNM juga gagal dalam mengimplimentasikan halal hub yang sebenarnya.

Banyak usahawan halal hub yang gulung tikar atas janji-janji kosong.

Sekarang ini saya bekerja di petrol pam sebab duit dah habis kononnya berniaga sendiri lebih baik tapi saya gagal. saya tak salah PKNM dan sesiapa sebab gagal saya disebabkan modal tak cukup.

Tapi fikirkan usahawan lain yang telah banyak melabur di kawasan Halal Hub Melaka.

Adakah mereka akan jadi macam saya?

Terima kasih.

Amran bin Hamid

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/apa-telah-jadi-dengan-kompleks-melaka-halal-hub-serkam

USAHAWAN YANG TELAH BERJAYA: IBU ZIZAH ENTERPRISE

PEMILIK : En. Amran Bin Hamid dan Puan Azizah Bt Mad Sah
SYARIKAT : IBU ZIZAH ENTERPRISE
PRODUK : IBU ZIZAH TROPICA (Kerepek Ubi)
TEMPAT : No. 127, Melaka Halal Hub Serkam
No. TEL : 017-7656451

Ibu Zizah Enterprise telah ditubuhkan pada 30 April 2010 dan telah mula beroperasi di PD 127, Melaka Halal Hub Serkam, Merlimau. Syarikat ini diterajui oleh Encik Amran Bin Hamid yang merupakan bekas perajurid serta turut dibantu oleh isteri beliau, iaitu Puan Azizah Bt Mad Sah selaku Pengurus Operasi.

Ibu Zizah Tropica merupakan jenama bagi produk pelbagai kerepek ubi yang merupakan keluaran syarikat beliau. Ibu Zizah Tropica mempunyai 6 perisa berbeza iaitu Lada Hitam, Ubi Masin, Ayam, BBQ, Jagung dan Pedas telah diperkenalkan di pasaran.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk Ibu Zizah Enperprise boleh menghubungi Encik Amran di talian 017-7656451 atau datang ke Melaka Halal Hub Serkam, Merlimau di PD 127 Melaka Halal Hub Serkam, Merlimau.

Sumber : http://www.pkpks.gov.my/home/2010/11/usahawan-yang-telah-berjaya-ibu-zizah-enterprise/

20110725

Menang bola dapat banglo, johan Qari dapat apa?


Sesungguhnya ganjaran yang paling berharga ialah mendapat keredhaan Allah dan diberi ganjaran syurga. Cumanya sebagai perbandingan di dunia ini, kalau menang pertandingan bolasepak peringkat Asia Tenggara, kerajaan negeri Kelantan beri Banglo RM100,000, Johan Qari peringkat antarabangsa, kerajaan Negeri Sembilan nak beri apa?

Rasanya inilah kali pertama Qari dari Negeri Sembilan menjadi Johan Tilawah Al Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

QARI, QARIAH MALAYSIA MUNCUL JOHAN

KUALA LUMPUR 23 Julai 2011 - Qari dan qariah Malaysia, Amirahman Abas dan Suraya Abu Hassan muncul johan kategori masing-masing pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam ini.

Kemenangan itu membolehkan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM32,200 bersama trofi dan sijil.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0724&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive

AMIRAHMAN, SURAYA JOHAN

KUCHING 17 Jun – Qari Negeri Sembilan, Amirahman Abas dan qariah Johor, Suraya Abu Hassan muncul johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-54 yang berlangsung di Dewan Majlis Islam Sarawak malam ini.

Mereka masing- masing menerima hadiah wang tunai RM15,000, piala pusingan, piala iringan, sijil dan pakej haji, serta mewakili Malaysia pada tilawah al-Quran peringkat antarabangsa.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0618&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

KHAIRUL FAHMI DUDUKI BANGLO HADIAH KERAJAAN PADA JUN INI

KOTA BHARU 9 Feb. – Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang membantu Malaysia menjuarai kejohanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2010 bakal menduduki rumah banglo setingkat bernilai lebih RM100,000 pada Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia Sukan dan NGO Kelantan, Abdul Fattah Mahmood berkata, mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini meluluskan peruntukan dan pelan untuk pembinaan rumah berkenaan dan ia dijangka siap pada pertengahan tahun ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_23.htm


Bil elektrik kini Gila Babi



Entah apa nak cakap mengenai bil elektrik sekarang ini, naik dan terus naik. Ingatkan rumah saya saja sebelum ni sekitar RM60 sekarang ini sekitar RM100 sejak 1-2 bulan ini. Rupa-rupanya bil surau kami di Senawang pun naik sekitar 2 kali ganda. Kalau dulu sekitar RM30 sebulan, bil pada 18 Julai 2011 sampai RM60 pula.

Jiran saya pula kata dulu dia sekitar RM100 sebulan, kini sekitar RM200. Ada jiran depan rumah dia lagi kesian, sampai dekat RM300 sebulan. Padahal meter elektrik tidak ditukar, tiada penambahan penghawa dingin, tiada penambahan penghuni rumah.

Kalau Astro atau bil Telekom naik macam ni boleh potong je, pakai antena dan prepaid saja. Kalau bil TNB takkan nak potong guna lilin dan kayu api.

Itu baru 2-3 rumah, 2-3 surau dan masjid. Kalau seluruh Malaysia berapa banyak sudah untung agaknya, dan berapa ramai yang mengeluh. Kalau ada yang mengeluh pasti ada yang tersenyum LEBAR !

20110724

Ketagihan judi sakit mental


KETAGIHAN terhadap judi menular kepada permainan dalam talian yang mendedahkan generasi muda kepada tabiat buruk tersebut. - Gambar hiasan.

Kosmo 24 Jul 2011

KUALA LUMPUR – Ketagihan judi di kalangan masyarakat negara ini kini dianggap satu daripada elemen penyakit mental yang semakin serius dan wajar ditangani segera. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kesan daripada ketagihan judi mendorong kepada peningkatan masalah seperti hutang, bankrap, tekanan hidup selain masalah sosial yang memberi kesan terhadap hubungan kekeluargaan.

“Hampir setiap hari kita boleh membaca mengenai masalah berjudi di media. Ia merupakan masalah yang sangat serius, lebih parah daripada penagihan dadah. “Kami sedang melihatnya sebagai satu penyakit, agar kita boleh mengambil rawatan perubatan dan langkah untuk merawatnya,’’ katanya pada pemberita selepas merasmikan Majlis Ceramah Umum Mengenai Masalah Perjudian anjuran Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) di sini semalam. Tiong Lai juga bimbang sindrom itu mendorong perkembangan permainan judi di internet yang mensasarkan kepada golongan muda.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0724&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

10,000 helai risalah nasihat sebulan


ABDUL RAZAK mengedar risalah nasihat percuma dari rumah ke rumah kepada orang ramai di Taman College Heights, Sikamat, Seremban.

Peniaga makanan belanja RM1,200 edar kata hikmah

Berita Minggu 24 Julai 2011

SEREMBAN: Usahanya mengedarkan risalah berunsur nasihat secara percuma kepada orang ramai pernah dipandang sinis, tetapi ini tidak menghalang Abdul Razak PK Ahmad, 45, menyebarkan kebaikan yang kini dilakukan sejak lapan tahun lalu.

Bermula dengan kira-kira 300 helai risalah ketika memulakan misinya pada 3 Mac 2003, kini bilangan risalah diedarkan mencecah 10,000 helai sebulan dengan perbelanjaan kira-kira RM1,200 sebulan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Eksklusif_10_000helairisalahnasihatsebulan/Article

20110722

Makan Malam Amal Ya Ramadhan 29 Julai 2011 Senawang



MAJLIS MAKAN MALAM AMAL
dan PELANCARAN MARHABAN YA RAMADHAN

Bersama :
Azhan Atan - Juara Akademi Nasyid TV9
Radzi - Kumpulan Rock Melissa
Akhwan Affendi – Motivator Gen Y

Tarikh : 29 Julai 2011 , JUMAAT

MAKAN MALAM AMAL
8 mlm - 10 mlm di Restoran Amimies, Taman Matahari Height, Senawang
Kupon RM 50
Hubungi ; 0122832458 Hamizi, Hj Fisol 0193440826, Dzuha 0196651176

PELANCARAN MARHABAN YA RAMADHAN
10 mlm - 12 tgh mlm di Dataran Senawang
PERCUMA - Semua dijemput hadir

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com/

Untuk pembayaran kupon dan sumbangan tunai atau melalui : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Bank Islam 05012010047905 (Seremban)


RADZI (MELISSA) INGIN BERDAKWAH
Utusan Malaysia 1 Mac 2009

Masih ingatkah lagi dengan lagu Cinta Untuk Nabila nyanyian kumpulan Melissa?

Pertengahan tahun 90-an, lagu itu antara yang berjaya memikat hati pendengar.

Malah populariti kumpulan tersebut juga setanding dengan May, Search, Kiara, Wings, Bumiputera Rockers dan Medicine.

Tapi sayang, hari ini satu persatu kumpulan muzik rock tersebut berpecah dan hilang begitu saja.

Yang tinggal hanyalah Search dan Wings yang masih aktif mengangkat genre muzik yang mereka pegang selama ini.

Selepas sekian lama berlalu, hari ini Radzi, bekas vokalis kumpulan Melissa yang berimej rambut panjang dan berseluar ketat dulu muncul semula.

Kehadirannya mengejutkan. Imejnya kini lebih "alim" berbanding era 90-an lalu selepas bergelar pegawai agama di sebuah masjid di negeri Kedah.

Kali ini dia hadir bukan untuk mengangkat irama rock yang menjadi "makanannya" suatu ketika dulu tetapi berhasrat menyampaikan dakwah menerusi album berkonsepkan ketuhanan.

Jelas Radzi selama 17 tahun menyepikan diri, banyak perubahan yang berlaku pada dirinya selama ini.

Mungkin ada yang akan memandang sinis apabila melihat dia kembali ke dalam industri ini.

Walaubagaimanapun bagi Radzi tidak ada salahnya untuk dia terus berada dalam industri selagi niatnya tidak menyimpang dari tujuan asal iaitu untuk berdakwah.

"Selama saya bekerja di Kedah memang tidak banyak pendedahan media terhadap diri saya. Saya sendiri tidak merancang untuk membuat comeback sehinggalah saya berjumpa dengan pengurus saya sekarang.

"Terdapat 10 buah lagu dalam album terbaru yang berjudul Penyesalan yang kebanyakannya diciptakan oleh Dr. Nasuha dan Deen Production," kata Radzi

Bagi Radzi, dalam album Penyesalan kebanyakan lagu-lagu yang dimuatkan lebih bercorak ketuhanan dan keagamaan yang lebih dekat pada jiwanya kini.

Pernah popular dengan lagu Cinta Untuk Nabila, Radzi yakin peminat dapat menerimanya walaupun bukan sebagai penyanyi rock.

"Pada saya rock itu tidak salah tapi persepsi masyarakat sahaja yang membuatkan genre rock selalunya mendapat pandangan sinis daripada masyarakat.

"Prinsip saya mudah. Lirik ibarat ubat yang pahit. Manakala muzik pula gula-gula. Ia perlu beriringan untuk menjadikannya lebih baik dan mampu diterima oleh orang ramai.

"Saya dapat rasakan yang nyanyian saya lebih mantap memandangkan saya menggunakan teknik nyanyian taranum dan lebih baik daripada nyanyian saya bersama kumpulan Melissa dahulu," jelas anak kelahiran Kedah ini.

Akui Radzi, dia tidak dapat mengelak pandangan negatif orang ramai apabila kembali dengan album baru. Baginya semua orang mempunyai pandangan sendiri dan sukar untuk dirinya memuaskan hati semua pihak. - SY MUSSADDAD MAHDI

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_23.htm

20110721

Kes Curi kenderaan semakin berleluasa angkara rasuah


Pada 6 Julai 2011 kereta Toyota Hilux warna hitam plet no NCK64 kawan saya telah dicuri ketika diletak di hadapan rumahnya di sebuah taman perumahan di Senawang. Pada 19 Julai 2011 kawan saya kata motosikal Yamaha LC jirannya dicuri yang diletakkan dalam kawasan pagar rumah berkunci di Senawang. Ianya berlaku antara waktu tengah malam ke subuh.

Dalam kedua-dua kes kenderaan telah dikunci dengan sistem kunci tambahan.

Timbalan Ketua Polis Negara mendedahkan di bawah ini, antara punca kes curi kenderaan ini semakin berleluasa adalah angkara RASUAH ! Selagi punca utama (root cause) RASUAH ini tidak dibanteras dari pucuk hingga ke akar umbi, rakyat menerima bahana pelbagai kes jenayah seperti curi kenderaan dan lain-lain nampaknya.

**************
RM900J KERUGIAN KES CURI KERETA
Berita Harian 19 Julai 2011

KUALA LUMPUR: Nilai kecurian kenderaan di Malaysia mencatat kira-kira RM900 juta setiap tahun sejak tiga tahun berturut-turut, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar. Jumlah kerugian pada tahun lalu mencecah RM890 juta, pada 2009 (RM920 juta) dan 2008 (RM930 juta).

Sambil melahirkan kebimbangan dengan trend samun kereta, beliau berkata, jenayah curi kereta menyumbang kira-kira 40 peratus kepada indeks jenayah keseluruhan negara.

“Pencuri kereta kini menggunakan sistem teknologi canggih dari Hong Kong dan China serta mudah melumpuhkan sistem penggera untuk melarikan sebuah kereta dalam tempoh masa amat singkat,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Seminar Langkah-Langkah Lebih Baik dalam Menangani Kecurian Kenderaan di Awana Genting, semalam.

Beliau berkata, kebanyakan kereta curi dileraikan komponennya sebelum dijual sebagai alat ganti di bengkel alat ganti terpakai atau dilarikan ke luar negara, termasuk Singapura, Thailand dan Australia.

“Kegiatan SINDIKET CURI KERETA INI DIPERMUDAHKAN DENGAN UNSUR RASUAH di pintu masuk sempadan, pelabuhan, kedai kereta terpakai, bengkel membaiki kereta, syarikat insurans dan ini memudahkan mereka meleraikan kereta atau mengeksportnya tanpa masalah.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RM900jkerugiankescurikereta/Article/index_html


Kelantan Benarkan Jual Makanan Selepas 3 Petang



Takkan Kelantan saja, negeri lain macam mana? Ada yang restoran Islam, sarapan pagi seawal 7 pagi pun ada jual nasi lemak dan roti canai apa cerita? Pengunjung Islam yang datang semua pakai helmet, beli bungkus atau masuk ikut pintu belakang. Takkan nak tambah penguatkuasa jabatan agama sampai 2000 orang setiap negeri pergi tangkap orang tak puasa?

**************
Puasa : Kelantan Hanya Benarkan Penjualan Makanan Selepas Pukul Tiga Petang

KOTA BAHARU, 20 Julai 2011 (Bernama) -- Kerajaan PAS Kelantan hanya membenarkan penjualan makanan seawal pukul 3 petang sepanjang bulan puasa ini, termasuk di restoran makanan segera.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata bagaimanapun restoran makanan segera di pasar raya dan kompleks perniagaan yang kebanyakannya dikunjungi bukan Islam dan pelancong dikecualikan daripada peraturan itu dan dibenar beroperasi mulai pukul 10.30 pagi hingga 10.30 malam.

Beliau berkata pengusaha kedai makan dan restoran makanan segera yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan kompaun atau denda di mahkamah tidak melebihi RM500.

Garis panduan mengenai peraturan itu telah dihantar kepada semua peniaga dan ia tertakluk di bawah Undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) dan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini, katanya.

Tahun lepas kira-kira sembilan restoran telah diambil tindakan kerana melanggar peraturan itu, katanya.

Beliau berkata untuk tahun ini hampir RM1 juta diperuntukkan melalui MPKB untuk mengadakan program Perkampungan Ihya'Ramadan di sepanjang bulan puasa ini yang akan diadakan di dataran Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Baharu.

Antara pengisian program itu ialah Program Jejak Belia yang melibatkan remaja berkampung untuk berbuka puasa, bersahur serta mengikuti aktiviti keagamaan.

http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=602626

20110720

Pelancaran Tabung Palestin 24 Julai 2011 Senawang



PELANCARAN TABUNG RAMADAN PALESTIN
Tarikh : 24 Julai 2011 (Ahad)
Masa : Maghrib
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Bersama : Dr. Hafidzi Mohd Noor

Aturcara :
7.30 pm - Solat Maghrib
8.00 pm - Ucapan Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif NS
8.15 pm - Tazkirah Ramadan dan Palestin & Pelancaran Tabung oleh Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Aqsa Syarif Bhd
9.15 pm - Solat Isyak
9.30 pm - Jamuan Ringan

SEMUA DI JEMPUT HADIR

Blog berkaitan :
Aqsa Syarif Berhad http://www.aqsasyarif.org.my/
Dr. Hafidzi Mohd Noor http://lambaian-islah.blogspot.com/
Aqsa Syarif N.Sembilan http://aqsasyarifn9.blogspot.com/
Masjid Bandar Baru Senawang http://masjidsenawang.blogspot.com/

Ke mana arah tujuan pelajar matrikulasi yang gagal ke IPTA?



Ke mana arah tujuan pelajar matrikulasi yang gagal ke IPTA?
Utusan Malaysia 19 Julai 2011

IBU PRIHATIN
Pasir Gudang, Johor Bahru.

SAYA merupakan ibu kepada pelajar lulusan matrikulasi 2010/2011 yang mana keputusan kemasukan ke universiti untuk peringkat ijazah pertama sessi akademi 2011/2012 telah pun dikeluarkan 15 Julai lalu.

Anak saya tidak berjaya mendapat tempat di universiti yang ditawarkan walaupun melalui kelulusan beliau melayakkannya memohon kursus-kursus yang ditawarkan oleh universiti tempatan.

Beliau sudah pun membuat e-rayuan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi seperti mana disarankan.

Yang menjadi tanda tanya saya, ke manakah arah tujuan pelajar lulusan matrikulasi ini? Mereka berusaha dengan sepenuh usaha untuk mendapat pointer yang bagus dan lulus serta melayakkan mereka untuk menyambung pengajian tetapi gagal mendapat tempat ke universiti tempatan.

Semasa sessi penerangan dahulu, kami ibu bapa dimaklumkan tiada seorang pun pelajar matrikulasi terpinggir daripada mendapat tempat di universiti tempatan kecuali gagal sahaja dan dibuang kerana gagal mendapat keputusan yang baik.

Saya ingin meminta jasa baik pihak Kementerian Pengajian Tinggi terutamanya Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin supaya peka dengan masalah yang dihadapi bekas pelajar matrikulasi.

Mereka ini berminat untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi lagi demi masa depan cemerlang, gemilang dan terbilang.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

Keluhan nasib pelajar Kolej Negeri, Seremban



PELAJAR KOLEJ NEGERI SEREMBAN 2 DITINDAS
Aduan Rakyat Online
July 19th, 2011

Assalamualaikum..

Saya antara salah seorang pelajar Kolej Negeri Seremban 2. Saya mahu membuat aduan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak kolej melalui aduan rakyat kerana sebelum ini kami sebagai pelajar telah banyak kali meminta penjelasan daripada pihak kolej negeri tetapi mereka nampaknya seperti memekakkan telinga mereka.

Pihak aduan rakyat mungkin dah terima banyak aduan tentang kolej negeri ni kan. Kami mintak sangat tolonglah kami. Kami tak nak keluar2 dari tempat belajar dengan masalah..

Salah satu masalah yang saya mahu adukan berkenaan di kolej ini. Sya yang belajar di sini sangat kesian kepada rakan2 yang datang dari sabah telah di tindas apabila dahulu pihak mara telah bersetuju bahawa sesiapa pelajar dari sabah yg datang belajar di semenanjung akan diberi rm2000 untuk tiket penerbanagan tetapi pihak kolej akan membayar pada pelajar dengan harga tiket yang paling tinggi dan cuma sekali sahaja. mana yang selebihnya???

masalah lain ketiadaan MQA, pembayaran yg bukan2, dan macam2….

tolonglah siasat aduan rakyat..kami bermohon!!

By: manusiaditindas http://www.aduanrakyat.com.my/pelajar-kolej-negeri-seremban-2-ditindas

KOLEJ NEGERI SEREMBAN 2
Aduan Rakyat Online
April 13th, 2011

assalamualaikum,

saya disini…tidak ada niat hendak memburuk kn kolej ini..tapi..kolej ini sangat x bertanggungjawab..kalau pihak tuan pergi ke kolej tersebut.tuan akan faham,bgaimana kebajikan pelajar2 di jaga..

saya paham jikalau punca yuran yg tidak terlalu mahal,menyebabkn facility kolej ini,kurang memuaskn..utk makluman ,malah pernah berlaku pencerobohan di dalam dom wanita..yg dipanjat oleh orang luar..sewaktu mereka tidur..malah ada saksi yg terlihat kelibat lelaki di dalam dom wanita


dengan bayaran yg x seberapa..saya memahami keadaan tersebut tapi kalau layanan dan sikap kurang profesional dari staff2 di kolej tersebut amat tidak boleh d terima

pelbagai masalah timbul dari segi management.saya sgt berharap pihak tuan menegak kn kebenaran untuk pelajar2 di sana,

sekurang nya..membagi amaran…betapa penting nye kebajikan pelajar di kolej tersebut…

saya sangat berharap kolej ini memahami,bukan mudah bagi2 keluarga yg kurang senag..sanggup mengeluar kn EPF,asalkn ank mereka boleh mendapat segulung ijazah dan diploma..

saya sagt berharap kolej ini sedar tanggungjawab mereka…membantu bukn membazirkn duit ibu bapa yg mempercayai kolej negeri seremban 2 ini..

By: shura http://www.aduanrakyat.com.my/kolej-negeri-seremban-2

20110719

Ceramah Dr Haron Din 26 Jul 2011 Port Dickson



CERAMAH LAMBAIAN RAMADHAN
Oleh Tuan Guru Dato Dr. Haron Din
26 Julai 2011 (Selasa)
Selepas Maghrib
Di Surau Taman Selasih, Port Dickson

Muslimin muslimat semua di jemput hadir

Ceramah Muslimah Ramadhan 23 Jul 2011 Seremban

CERAMAH DI AMBANG RAMADHAN
Oleh Ustazah Reha binti Yunan
Sabtu 23 Julai 2011
Jam 2.30 ptg
Di Surau An Naim, Bandar Seremban Selatan

Semua Muslimah dijemput hadir

20110718

Melancong sambil beramal di Medan, Disember 2011



MELANCONG SAMBIL BELAJAR ke Acheh, Lhoksemawe, Danau Toba dan Medan

9 Hari , 8 Malam
Tarikh : 16 ke 24 Disember 2011

Pakej A : RM 670 , Pakej B : RM 600
Tidak termasuk tambang dan makan

Untuk pertanyaan sila hubungi Ustaz Mohd Khairuddin bin Yusoff 012-3752240

Maklumat lanjut dan borang pendaftaran di http://madrasahbongek.blogspot.com/2011/07/melancong-sambil-beramal-di-medan.html

Anjuran : Panitia Pendidikan Yayasan Pelajaran Rembau

Antara tempat dilawati :
- Ziarah Pensantren Istiqamuddin, Aceh Besar
- Ziarah kawasan bekas tsunami Lhoknga, makam Masail, Kapal Apung
- Ziarah Muzium Aceh, pasar Atjeh
- Ziarah Pensantren al Huda , Aceh Besar
- Ziarah Pensantren Lecturer IAIN Ar-Raniry
- Ziarah tempat pengumpulan kitab kuning di Tanoh Abe, Aceh Besar
- Ziarah Pensantren Al-Azizi, Lhoksemawe
- Ziarah keliling Danau Toba
- Ziarah keliling Brastagi
- Ziarah Pensantren Raudhatul Hasanah di kota Medan
- Ziarah Pensantren Al-Fityan
- Solat Jumaat di Masjid Raya, Medan
- Ziarah kota Medan, Medan Mall

* Kos tertera tertera tertakluk pada perubahan kos semasa
* Caj yang dikenakan adalah termasuk saguhati pengurusan di Malaysia dan Indonesia
* Sebahagian makanan ada disediakan , tetapi tidak kesemuanya
* Bayaran pendaftaran RM 500, baki sebulan sebelum program lawatan

Promosi Parang Melayu 21 ke 29 Julai 2011 di KL



Mentaus Crafts akan menyertai pameran dan jualan Sempena Promosi Hasil Logam dan Aidilfitri pada :

Tarikh : 21 ke 29 Julai 2011
Tempat : Kompleks Kraftangan Jalan Conlay, Kuala Lumpur.
Masa : 8 pagi – 8 mlm

Maklumat lanjut di http://zamri-tukangparang.blogspot.com/

Laman web Usahawan Negeri Sembilan di http://usahawann9.blogspot.com/

20110717

Disambar petir ketika guna telefon bimbit



IZZAN Nuqry Muhamad yang cedera parah akibat disambar petir dibawa ke Hospital Umum Sarawak, Kuching untuk mendapatkan rawatan lanjut, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

Utusan Malaysia 16 Julai 2011

KUCHING 15 Julai - Kelekaan seorang remaja berbual menerusi telefon bimbit ketika cuaca buruk di kawasan terbuka mengundang padah apabila dia disambar petir petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, Izzan Nuqry Muhamad Yaakub, 18, pengsan di tempat kejadian dengan kesan luka dan melecur di beberapa bahagian badan termasuk tangan dan telinga kiri.

Menurut saksi, mangsa dikatakan sedang membersihkan dinding di luar surau Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang di sini sambil menjawab panggilan telefon menggunakan alat bebas tangan.

"Sebaik sahaja petir menyambar, Izzan Nuqry terus rebah dan tidak sedarkan diri. Beberapa orang rakan yang melihat kejadian itu bergegas membawanya ke HUS (Hospital Umum Sarawak)," katanya di sini, hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika hujan lebat yang disertai dengan petir sejak pukul 5 petang.

Keadaan remaja itu kini dilaporkan stabil walaupun masih berada dalam keadaan terkejut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0716&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm

Gempa Bumi Lemah Landa Sebuyau Sarawak

Sabtu Julai 16, 2011

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 4.0 pada skala Richter menggegarkan Sebuyau, Samarahan, Sarawak pada 10.52 Jumaat malam.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pagi Sabtu, pusat gempa itu adalah 60km dari barat laut Sri Aman. BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/7/16/mstar_berita/20110716111550&sec=mstar_berita

20110715

Mana Pesuruhjaya Sumpah di Seremban?



Baru-baru ini saya memerlukan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah di Seremban. Ingatkan mana-mana pejabat peguam ada Pesuruhjaya Sumpah. Puas juga cari dalam internet, jumpalah yang di bawah ini dari laman web Masjid Negeri Sembilan.

Pejabat Pesuruhjaya Sumpah ni di tengah bandar Seremban, di Bazaar MAINS. OK juga perkhidmatan yang disediakan.

Sesiapa yang memerlukan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah boleh hubungi En Amran di bawah ini :

PERKHIDMATAN PESURUHJAYA SUMPAH
Mohamed Amran bin Kader
Pesuruhjaya Sumpah (N 055)

Lot 25, Bazaar MAINS (Tingkat Atas),
Jalan Dato’ Abdul Rahman,
70000 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 019-9878770
Faks : 06-7616720

Waktu Urusan :
Isnin – Jumaat (9.00 pagi hingga 5.00 petang)
Sabtu, Ahad, Cuti Umum(Tutup)

Perkhidmatan yang disediakan :
Akuan Berkanun (Statutory Declaration)
Ikrar (Affirmations)
Akuterimaan (Acknowledgement)
Afidavit (Affidavits)
Justifikasi jaminan (bail)
Sumpah wasi-wasi dan pentadbir
Pemula prosiding di mahkamah
Saksi Perjanjian Pinjaman Wang
Saksi Perjanjian Sewa Beli
Saksi Surat Kuasa Wakil (PA)

Sumber : http://www.masjidnegerisembilan.com/?lang=my&cat=1&id=40&mnu=40

Ceramah Ustaz Fuad 16 Julai 2011 Senawang



CERAMAH PERDANA
Sempena Isra Miraj dan Menjelang Ramadhan
Tarikh : 16 Julai 2011, SABTU
Masa : 8 malam
Tempat : Dataran/Padang Taman Tuanku Jaafar Fasa 1, Senawang (berhampiran BSN)
Penceramah : Al Fadhil Ustaz Mohd Fuad bin Othman

Semua dijemput hadir

Ceramah Pra Ramadhan 29 dan 30 Jul 2011 Seremban



CERAMAH MENJELANG RAMADHAN
Oleh : Tuan Guru Nik Razi Nik Mat
Tarikh : 29 Julai 2011 (Jumaat)
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Tasik Jaya Fasa 1, Senawang

CERAMAH DI AMBANG RAMADHAN
Oleh : Tuan Guru Nik Razi Nik Mat
Tarikh : 30 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Madrasah Al-Badru (Pasti As-Sibyan), Taman Dusun Setia, Seremban

Semua di jemput hadir

Pusat Sehenti GABEM 19 Julai 2011 Seremban

Dimaklumkan bahawa pengoperasian Pusat Sehenti GABEM akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 19 Julai 2011 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna, Majlis Perbandaran Seremban, Jalan Yamtuan, Seremban

Pusat Sehenti GABEM ini merupakan platform kepada usahawan bumiputera dan bakal usahawan untuk mendapatkan khidmat nasihat, mengemukakan aduan serta mendapatkan peluang-peluang perniagaan, latihan dan projek yang bersesuaian daripada kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan.

Agensi kerajaan yang hadir adalah seperti (MOF), (MITI), (KPNKK), (EPU), (BNM), (CGC), TEKUN, (PUNB), (PNS), SSM,SME BANK, SME CORP, MARA, BANK RAKYAT serta CIDB.

Semua usahawan bumiputera di Negeri Sembilan di jemput hadir ke PSG ini.

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan En Mohd Zulazly bin Samat di talian 06-7659969 atau 016-6710870.

Info lanjut di Gagasan Badan Ekonomi Melayu http://www.gabem.my

20110713

Gempa bumi lemah di Kinabatangan



Harian Metro 13 Julai 2011

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.7 pada skala Richter berlaku di Kinabatangan, Sabah, pagi semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu adalah 16 kilometer di tenggara Kinabatangan.

Gegaran pada jam 10.28 pagi itu boleh dirasai di sekitar kawasan berkenaan.

Difahamkan, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/GempabumilemahdiKinabatangan/Article/index_html

TITIK GEMPA HAMPIRI MALAYSIA
Presiden Persatuan Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia, Prof Datuk Abang Abdullah Abang Ali, berkata Malaysia semakin berisiko menghadapi bencana alam. Maklumat lanjut titik gempa semakin menghampiri Malaysia pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2011/04/bersedia-hadapi-bencana-dahsyat-di.html

GEMPA BUMI LEMAH LANDA RANAU, SABAH
24 Jun 2011
KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.2 pada skala Richter berlaku kira-kira 40 kilometer di tenggara Ranau, Sabah pada 10.39 malam Khamis.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata gegaran mungkin dirasai di kawasan berhampiran pusat gempa.- BERNAMA
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/6/24/mstar_berita/20110624095020&sec=mstar_berita

GEGARAN LEMAH DIRASAI DI RANAU, SABAH
27 April 2010
KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Gempa bumi lemah berukuran 2.9 pada skala Richter melanda Ranau, Sabah, pada pukul 2.03 petang.
Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini menyebut pusat gempa itu terletak 6.0 darjah utara dan 116.8 darjah timur, kira-kira 8 km dari tenggara Ranau.
Gegaran lemah dirasai di sekitar kawasan Ranau, kata jabatan itu.
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=494008

GEMPA BUMI LEMAH DI SABAH AWAL PAGI INI
7 Feb 2010
Satu gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter dikesan di Sabah, awal pagi ini. Gempa itu dikesan berpusat di garisan lintang 6.1 Utara dan garisan bujur 116.8 Timur iaitu 11km dari timur laut Ranau dan 80km dari Kota Kinabalu, Sabah pada 2.07 pagi ini. Gegaran kecil itu berkemungkinan dirasai di sekitar Ranau, kata Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/2/7/mstar_berita/20100207101753&sec=mstar_berita

TREMORS LURKING UNDER OUR FEET
2 Feb 2010
It is common belief that Malaysia is immune to earthquakes. But tremors as low as 3.5 on Richter scale have been recorded in several areas in the country.
AT 7.47am on Jan 25, a mild tremor measuring 3.2 on the Richter scale was felt in Batu Niah near Miri in Sarawak.
Historically, over a period of three years beginning in 1984, the area around the Kenyir Dam in Terengganu recorded about 20 tremors, the strongest of which registered at magnitude five on the Richter scale.
Zamri says even if a major earthquake does not occur in Malaysia, the effects of an earthquake in Sumatra could have dire consequences for the country. Citing an example, the 1985 earthquake that devastated Mexico City had its epicentre more than 350 km away.
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/12eart/Article/index_html

SARAWAK CAN EXPECT MINOR SHAKES
2 Feb 2010
THE northern parts of Sarawak are still at risk from tremors as they lie within the fault line.
The fault line runs all the way to Kota Belud in Sabah where tremors can go as high as six on the Richter scale.
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/12kch/Article/index_html

UTARA SARAWAK TERDEDAH GEMPA BUMI
28 Jan 2010
Beberapa kawasan di bahagian utara negeri ini didapati terdedah kepada risiko gempa bumi berukuran sederhana pada masa depan, kata Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

GEMPA BUMI: GEGARAN KECIL DI BATU NIAH DAN SUAI, SARAWAK
25 Jan 2010
Gegaran kecil dilaporkan dirasai di Batu Niah dan Suai di Sarawak berikutan gempa bumi berskala rendah yang berlaku berhampiran Batu Niah pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), gegaran berskala 3.2 Richter itu berlaku pada 7.47 pagi berpusat kira-kira 26km dari Batu Niah, 90km barat daya Miri dan 99km di timur laut Bintulu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm

GEMPA BUMI LEMAH DI KUALA PILAH
- 30 Nov 2009
Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter berlaku di Kuala Pilah, Negeri Sembilan awal pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini hari ini, gempa bumi itu berlaku pada pukul 12.15 pagi dan berpusat di 22 kilometer timur Seremban.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1130&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_08.htm&arc=hive

TIADA GEMPA SUSULAN DI KUALA PILAH
30 Nov 2009
Empat kejadian gempa yang berpusat di 22km timur Seremban mula dikesan jam 2.30 petang Ahad, manakala tiga gegaran berikutnya berlaku dalam tempoh 24 jam seterusnya.
Menurut kenyataan JMM semalam, kejadian 12.15 awal pagi semalam berukuran 3.3 pada skala Richter, sementara terakhir pada 2.30 petang pula pada bacaan 3.0 skala Richter.
Gempa bumi lemah ini pertama kali muncul di Kuala Pilah.
Sebelum kejadian ini, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garisan gempa bumi di Bentong, Pahang.
Tiga lagi gempa bumi itu di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).
JMM dilaporkan berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas, sebanyak 29 gempa bumi dicatatkan di kawasan Bentong.
Kes terbaru pada 8 Okt lepas bagaimanapun mencatat gempa bumi paling kerap, sebanyak lapan kali dari pukul 4.45 pagi hingga 12.05 tengah hari, bermagnitud antara 1.1 hingga 2.8 skala Richter.
Kesemua gempa bumi itu dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik yang mempunyai garis sesar berukuran 15 kilometer lebar dan 70 kilometer panjang.
http://www.malaysiakini.com/news/118728

20110712

Hormatilah Ibu Bapa



Ya Allah, berilah aku kekuatan, badan serta akal fikiran yang sihat, agar aku dapat menjadi anak yang soleh, berbakti kepada ibu ku yang masih hidup, menjadi anak soleh sebagai bekalan untuk ayah ku yang telah pergi. Jadilah aku , keluarga serta zuriat keturunan ku orang-orang yang soleh dan solehah, berani menegakkan kebenaran dan mencegah kebatilan, menurut segala perintah Mu ya Allah, meninggalkan segala larangan Mu ya Allah.

Amin , ya Rabbalalamin.

Terima kasih kepada semua sanak saudara, jiran tetangga, rakan seperjuangan dan sesiapa jua yang telah membantu dan bersimpati. Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan.

HORMATILAH IBU BAPA

Hadis berikut jelas menunjukkan betapa tingginya kedudukan yang diberikan Islam kepada ibu bapa.

Amal perbuatan yang amat disukai Allah swt ialah solat (yang tepat) pada waktunya, berbakti kepada orang tua dan berjihad pada jalan Allah.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Muslim)

Pada suatu hari sedang Nabi Muhammad berada dalam satu majlis bersama-sama sahabatnya, tiba-tiba datang seorang lelaki dari golongan Bani Salamah. Setelah duduk dan meminta maaf, beliau dengan hormatnya memulakan pertanyaan:

Ya Rasulullah! Apakah aku masih dapat berbuat baik terhadap kedua ibu bapaku yang telah meninggal? Sewaktu hayat keduanya, aku telah berbuat baik kepadanya sedaya upaya yang mungkin. Aku rasa aku telah melakukan perbuatan yang sepatutnya kepada keduanya. Ini pun sudah menjadi kebaikan bagi mereka. Semoga selalulah Allah kurniakan rahmat ke atas keduanya.

Sahabat-sahabat yang hadir terdiam mendengar pertanyaan lelaki itu dan mereka ingin mengetahui bagaimana caranya berbuat baik dan menghormati ibu bapa yang sudah meninggal.

Lantas Nabi menjawab: Ya! Kamu dapat berbuat baik terhadap kedua-duanya iaitu dengan mengerjakan solat (sembahayang) terhadap keduanya di samping meminta ampun kepada Tuhan; melaksanakan wasiat sesudah mereka meninggal dan selalu bersilaturrahim dengan orang-orang yang dilakukannya dahulu dan memuliakan teman-teman keduanya.

Lelaki yang bertanya itu berterima kasih di atas penjelasan Nabi dan kembali ke rumahnya dengan gembira dan akan terus menghormati serta berbuat baik terhadap orang tuanya yang telah berpulang ke rahmatullah.

Dari kisah di atas, dapatlah dikatakan ibu bapa wajib dihormati, ditaati dan berbuat baik sejak mereka masih hidup hinggalah mereka bersemadi dikuburan.

Gambaran kisah itu menjadi lebih jelas lagi apabila kita meneliti sepotong hadis diriwayatkan Imam Muslim bermaksud:
Apabila mati seseorang manusia maka putuslah amalnya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu bermanafaat yang ditinggalkannya dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.

Justeru, marilah kita terus berbuat baik terhadap ibu bapa kita (sekiranya ia telah meninggal dunia) dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran dan mendoakannya kerana semuanya itu akan sampai kepada arwah sesuai dengan hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Daruquthni yang bermaksud:
Barang siapa masuk perkuburan lalu membaca 11 kali Surah al-Ikhlas kemudian menghadiahkan pahalanya itu untuk orang mati, maka ia akan diberi pahala sebanyak orang yang mati itu.

Di antara doa yang boleh kita gunakan untuk mendoakan ibu bapa kita ialah:

Ya Tuhanku! Ampunilah aku dan ibu bapaku dan rahmatilah serta sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi dan mengasihi aku di masa kecil. (Surah Al Israk: Ayat 25)

Ya Tuhan kami! Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang Mukmin pada hari terjadinya hisab (Hari Kiamat). (Surah Ibrahim: Ayat 41)

Barangsiapa membuat sukahati ibu bapanya maka sesungguhnya ia telah menyukakan Allah. Dan barang siapa yang membuatkan ibu bapanya marah maka sesungguhnya ia telah membuat Allah murka.* (Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda bermaksud: Keredaan Allah bergantung kepada keredaan bapa dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan bapa.* (Hadis Riwayat: Imam Termizi)

Dari itu hormatilah ibu bapa sepanjang hayat di kandung badan. Lakukanlah perbuatan yang menyenangkan hati mereka semasa mereka masih hidup dan berdoalah kepada mereka setelah mereka meninggal dunia.

Moga-moga dengan berbuat demikian hidup kita akan diberkati dan dirahmati Allah dan kita menjadi manusia yang berbahagia di dunia dan di akhirat. Insya Allah.

http://www.al-azim.com/~beringin/agama/hormati.htm

Keredhaan Kedua Ibu Bapa

Sabda Rasulullah S.A.W yang maksudnya : “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
(Riwayat al-Hakim)

Pengajaran hadis:

i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.

ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.

iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

http://www.fariszaz.com/2010/12/mentaati-kedua-ibu-bapa.html

20110711

Kuliah Tafsir Ust Badrul 22 Julai 2011 Surau Alamanda



KULIAH TAFSIR
Oleh Ustaz Badrul Hisham bin Mohd. Yasin
Tarikh : 22 Julai 2011
Hari : Jumaat
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Bomba berjaya selamatkan gadis



BEBERAPA anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang remaja daripada cubaan mencederakan diri di kediamannya di Machang, semalam.

Utusan Malaysia 11 Julai 2011

MACHANG 10 Julai – Kecekapan anggota Bomba dan Penyelamat berjaya menyelamatkan cubaan seorang gadis yang dipercayai pelajar perubatan daripada terjun dari bumbung rumahnya setinggi 4.3 meter di Jalan Bahagia, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, gadis berusia 21 tahun itu dikatakan berada dalam keadaan separuh sedar semasa memanjat bumbung rumah tersebut melalui bahagian dapur.

Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat yang dipanggil untuk membantu mengambil masa 10 hingga 15 minit untuk memujuk mangsa turun dengan bantuan abangnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Che Mohd. Fauzi Che Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 11.06 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama enam anggota dan sebuah jentera.

Katanya, sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, gadis terbabit berada di atas bumbung rumahnya, namun berjaya dipujuk dengan kerjasama keluarga mangsa.

“Dia tidak melakukan sebarang tindakan yang agresif malah, sebaik sahaja dipujuk dia terus menghulurkan tangan dan meminta kami membawanya turun.

“Dia tidak mengalami kecederaan dan dirawat oleh ahli keluarga sendiri untuk memulihkan semangat selepas kejadian terbabit,” ujarnya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Sementara itu, keluarga gadis terbabit enggan untuk ditemu bual.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm

20110709

Hmmm?

BERSIH 2.0

Malaysia fires tear gas at protest, arrests 1,667










EILEEN NG - Associated Press,

KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) — Police fired tear gas and detained hundreds of activists as more than 20,000 demonstrators massed Saturday across Malaysia's main city demanding electoral reforms in the country's biggest political rally in years.

The opposition-backed rally was the culmination of weeks of intense pressure on Prime Minister Najib Razak's long-ruling coalition to make election laws fairer and more transparent ahead of national polls widely expected by mid-2012.

Demonstrators marched in defiance of Najib's administration, which declared the rally illegal and warned people repeatedly to avoid it. Officials insisted it was merely an opposition attempt to trigger chaos and stir anti-government sentiment, while activists accused authorities of being afraid of any large display of dissent that could undermine their authority.

Authorities took extraordinary security measures to deter Saturday's rally by sealing off roads, closing train stations and deploying trucks with water cannons near the Independence Stadium in downtown Kuala Lumpur where activists sought to gather.

Police said in a statement that they detained 1,667 people in a clampdown called "Operation Erase Bersih," referring to the Bersih coalition of civic groups that organized the rally. Those arrested included several senior opposition officials. Some were released after several hours, with police indicating that most would not be held overnight.

Thousands tried to reach the stadium from various parts of Kuala Lumpur, chanting "Long live the people" and carrying yellow balloons and flowers as they marched.

Police fired numerous rounds of tear gas and chemical-laced water in repeated attempts to disperse the crowds, causing demonstrators to scatter into nearby buildings and alleys before they regrouped. Police helicopters flew overhead as a brief downpour failed to deter the protesters.

The demonstrators dispersed after a five-hour standoff with police. Only several hundred reached the stadium.

Najib insisted Saturday the protesters only represent a minority, and that most Malaysians support his administration.

"If there are people who want to hold the illegal rally, there are even more who are against their plan," the prime minister was quoted as saying by the national news agency, Bernama.

Witnesses said riot police armed with batons charged at some protesters and dragged them into trucks. Some were seen bleeding, but police could not confirm any injuries.

Anwar Ibrahim, Malaysia's top opposition figure, said on Twitter that he sustained a "minor injury" when his group was hit by tear gas. The Malaysiakini news website said he had a knee injury.

The crackdown "stirred a sense of outrage against the exhibition of raw power by our government," Bersih coalition leader Ambiga Sreenavasan told reporters.

"What is the necessity for a show of might against right? No matter what, right will always prevail," she said, minutes before police detained her and other Bersih officials as they walked to the stadium.

Organizers said 50,000 took part in the rally, but police claimed there were only up to 6,000. Other observers and participants said the total was between 20,000 and 30,000, noting that it was highly unlikely that police could have arrested a quarter of the demonstrators. An accurate count was impossible because they were scattered in various areas.

The rally has galvanized the opposition and has been credited for a surge in political awareness among the public in recent weeks.

Opposition leaders accuse Najib's National Front coalition of relying on fraud to preserve its 54-year grip on power, which has been eroded in recent years amid mounting complaints about corruption and racial discrimination. The government insists the current electoral policies are evenhanded.

The activists' demands include an overhaul of voter registration lists, tougher measures to curb fraud and fairer opportunities for opposition politicians to campaign in government-linked media. The National Front's mandate expires in mid-2013 but many analysts expect elections to be called by next year.

Supporters of the Bersih coalition were also planning solidarity marches over the weekend in foreign cities, including in Australia, Britain, France, Hong Kong, Indonesia, Japan, the Philippines, South Korea, Thailand and the United States.

In Washington, State Department spokeswoman Victoria Nuland said the U.S. has been communicating to Malaysia the importance of respecting human rights, including freedom of expression and assembly.

"We consider it incumbent on all sides to refrain from violence," she told a news conference Friday.

___

Associated Press writer Matthew Pennington in Washington contributed to this report.

Source