KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110711

Bomba berjaya selamatkan gadis



BEBERAPA anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang remaja daripada cubaan mencederakan diri di kediamannya di Machang, semalam.

Utusan Malaysia 11 Julai 2011

MACHANG 10 Julai – Kecekapan anggota Bomba dan Penyelamat berjaya menyelamatkan cubaan seorang gadis yang dipercayai pelajar perubatan daripada terjun dari bumbung rumahnya setinggi 4.3 meter di Jalan Bahagia, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, gadis berusia 21 tahun itu dikatakan berada dalam keadaan separuh sedar semasa memanjat bumbung rumah tersebut melalui bahagian dapur.

Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat yang dipanggil untuk membantu mengambil masa 10 hingga 15 minit untuk memujuk mangsa turun dengan bantuan abangnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Che Mohd. Fauzi Che Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 11.06 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama enam anggota dan sebuah jentera.

Katanya, sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, gadis terbabit berada di atas bumbung rumahnya, namun berjaya dipujuk dengan kerjasama keluarga mangsa.

“Dia tidak melakukan sebarang tindakan yang agresif malah, sebaik sahaja dipujuk dia terus menghulurkan tangan dan meminta kami membawanya turun.

“Dia tidak mengalami kecederaan dan dirawat oleh ahli keluarga sendiri untuk memulihkan semangat selepas kejadian terbabit,” ujarnya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Sementara itu, keluarga gadis terbabit enggan untuk ditemu bual.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm

1 ulasan:

Zulnasri berkata...

alam. saya abang budak ni. ini bukan kes tertekan, tetapi kes kemasukan jin semasa budak tu belajar di mesir. belum habis studi, terpaksa di bawa balik atas nasihat JPA utk berubat. sebelum ni dia ok dan studi dia pun ok. kasihan famili terpaksa hadapi macam2 karenah jin yang merasuk dia. Doakan ramai2 supaya dia sembuh, Insya Allah. Terima kasih.