KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20080427

Bila rakyat Malaysia nak ada kesedaran sivik ?

Pagi minggu 27 April 2008, saya ke ATM Maybank di depan Dataran Senawang. Tujuannya hendak keluar wang, biasalah hujung bulan, keluar wang, bayar hutang.

Begitu kotor sekali keadaan atas dan sekeliling 3 mesin ATM di situ. Kotor dengan sampah resit-resit ATM. Tong sampah ada, tapi resit-resit dibuang atas mesin dan atas lantai. Nak salahkan siapa ? Salahkan Maybank sebab tak tugaskan tukang sapu 24 jam ?

Salah pengguna ATM macam kita ni. Berat sangatkah resit ATM tu sampai tak larat nak buang dalam tong sampah ? Inilah mentaliti rakyat Malaysia, memalukan. Ini sebahagian daripada contoh-contoh betapa kurangnya kesedaran sivik rakyat kita. Pada kita yang sedar , apa salahnya kita kutip semua resit-resit tersebut dan buang dalam tong sampah.

Jatuh ke darjat kita kalau kita buat kerja tukang sapu yang sudah dibayar gaji oleh Maybank ? Itu sebabnya dalam Islam ada dosa dan pahala. Kita buat semua ini bukan sebabkan kita terpaksa. Tapi kerana Allah suka hambanya melakukan kebaikan. Dan kebersihan itu sebahagian daripada iman.

Banyak lagi contoh kurang kesedaran sivik rakyat kita antaranya membuang puntung rokok atas jalan, membuang plastik gula-gula dari kereta, tidak meletak troli pasaraya pada tempat hanya letak belakang kereta orang, tidak menyusun semula kerusi di kedai makan selepas habis makan, tidak mengepam tandas, tidak menutup kipas atau lampu di surau atau masjid selepas digunakan dan banyak lagi contoh lain.

Kalau kita hendak jadi negara yang rakyatnya maju, janganlah setakat membina bangunan pencakar langit saja atau sentiasa memecah rekod, tapi fikirkanlah juga bagaimana rakyat Malaysia ini mempunyai kesedaran sivik yang tinggi.

Kunci meter air anda

Alhamdulillah pihak Jabatan Bekalan Air N.Sembilan telah menggantikan meter air yang dicuri di Surau dan KAFA Alamanda minggu lepas dalam masa 1 hari. Terima kasih JBA. Lalu saya terus kunci meter tersebut. Tak mahal RM 8 untuk “clamp” dan RM 8 untuk mangga. Boleh beli mana-mana kedai “hardware” . Saya beli di kedai “hardware” Matahari Height, Senawang.

20080426

Pelajar tidak dapat ke sekolah kerana tumor

Adik Khairul Ikhwan bin Kamarulzaman, 7 tahun dari Senawang, N.Sembilan perlu menjalani pembedahan tumor di kepala dengan anggaran kos RM6000. Ayah bekerja sendiri sebagai pemotong rumput dengan pendapatan sekitar RM650 dan mempunyai 4 orang anak. Adik Khairul dinasihatkan tidak hadir ke sekolah kerana dibimbangi boleh menyebabkan kecederaan. Mereka yang ingin membantu dan menghulurkan sumbangan sila dapatkan maklumat lanjut di Blog ADUN Paroi N.Sembilan di http://mohdtaufek.blogspot.com/

20080424

Jangan Lupa Tragedi Hitam 15 Mei nanti

Kenapa tak boleh lupa ? Baca SINI

20080423

Kecurian meter air mula berlaku di Senawang, surau pun jadi mangsa

Tanggal 23 April 2008 hari Rabu. Sebelum Maghrib tadi ketika hendak mengambil wudhu di Surau Taman Alamanda, Senawang didapati tiada air. Paip dalam tiada air, paip luar pun tiada air, kebetulan semalam hampir seluruh Senawang tiada air kerana kerja-kerja pengalihan paip oleh JBA.

Cuba periksa meter air, mungkin ada orang yang tutup. Terperanjat tengok, bukan meter yang ditutup, tapi meternya yang hilang. Dalam fikiran ku berkata, Bendahari Surau tak bayar bil air ke ? Tapi kalau tak bayar bil air , paip air akan dikunci didalamnya. Tapi yang ini tidak dikunci. Sah, memang meter air diambil orang, atau dicuri.

Lalu ambillah air sembahyang di tempat meter air yang hilang itu. Selepas Isya terfikir pula apakah surau sahaja atau tempat lain pun dicuri meter air. Pergi ke KAFA Alamanda berdekatan, 1 dari 3 meter air di KAFA Alamanda juga dicuri. 2-3 kedai di situ pun meter airnya hilang.

Ingatkan nak buat repot polis besok pagi saja, tapi memandangkan ini kes agak besar buatlah terus repot polis di Balai Polis Bandar Baru Senawang. Menurut polis ini ialah laporan pertama kehilangan meter air setakat ini.

Nampaknya kes jenayah semakin menjadi-jadi, bukan sahaja di Senawang tapi seluruh negara. Disebabkan mencuri tiang menara elektrik , ianya mendatangkan kerugian berpuluh juta ringgit.

Harap pesan-pesanlah pada jiran tetangga. Kalau ada apa-apa kes jenayah, laporlah segera, tak kiralah kecil atau besar. Samada pencuri atau penjenayah dapat ditangkap itu perkara kedua.

Kalau ada lampu jalan tidak berfungsi laporlah segera Hotline TNB 15454, jangan lupa ambil nombor tiang.

Bilakah Malaysia akan Selamat, Aman dan Makmur ?

20080421

Peluang Perniagaan

Peluang Perniagaan Bidang Pelancongan Angkasa. “Win Win Situation”. Maklumat lanjut di IKAMSPACE

Majlis Maulid Nabi

Majlis Sambutan Maulid Nabi saw
Bersama Sheikh Abbas Alawi Al Maliki , Ulama’ Mekah
Selasa 22 April 2008 , Selepas Maghrib
Di Yayasan Sofa, Bukit 9, Chengkau, N.Sembilan

20080416

Blog Usahawan dan Institusi Islam Negeri Sembilan

Kini muncul satu laman Blog untuk membantu para usahawan dan pengguna di Negeri Sembilan iaitu http://UsahawanN9.blogspot.com . Matlamat laman Blog ini adalah untuk memudahkan orang ramai mencari perkhidmatan yang diperlukan di sekitar Negeri Sembilan. Perkhidmatan ini adalah percuma untuk membantu usahawan Negeri Sembilan mempromosi produk serta perkhidmatan mereka. Sila gunakan ruang Info Usahawan atau ruang Ulasan untuk sebarang maklumat atau komen.

Sementara itu untuk mendapatkan Pautan (Link) ke laman-laman Web dan Blog Institusi Agama Islam Negeri Sembilan sila ke Blog http://puspa-ns.blogspot.com

Maahad Ahmadi Gemencheh Rayu Mohon Bantuan

Sumbangan Derma Pembinaan Surau Maahad Ahmadi, Gemencheh

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Maahad Ahmadi dalam usaha untuk membina surau baru bagi menggantikan surau lama yang uzur dan tidak mampu menampung jumlah jemaah yang semakin ramai.

Untuk makluman, surau yang telah berusia lebih 30 tahun itu diperbuat daripada kayu dan hanya boleh menampung seramai 500 jemaah dalam satu-satu masa sedangkan jumlah pelajar sekarang telah menjangkau hampir 1,000 orang.

Maahad Ahmadi adalah satu-satunya sekolah agama negeri yang mempunyai pengajian ilmu-ilmu Islam dalam Bahasa Arab sepenuhnya dan STAM. Mudah-mudahan maahad ini mampu untuk melahirkan para ulamak yang menyebarkan ilmu Islam dan memperjuangkan agama Allah di muka bumi ini.

Mereka yang berminat untuk menyumbang, sila hubungi Ustaz Fauzi 013-6715038 atau Ustaz Fuad 019-3941353

Laman web Maahad Ahmadi Gemencheh di http://www.geocities.com/maahad_ahmadi
Laman web Link Institusi-Institusi Agama Islam N.Sembilan di http://puspa-ns.blogspot.com

No akaun Tabung Pembinaan Surau Maahad Ahmadi
Maybank 555078135419

20080414

Utamakan Produk Negeri Sembilan

Banyak tempat menarik di Negeri Sembilan. Tak percaya lihat sendiri di http://ziarahn9.blogspot.com . Berbanggalah dan bersyukurlah dengan apa yang ada di Negeri Sembilan.

Majlis Maulidur Rasul Masjid Bandar Senawang 19 Apr

Assalamualaikum wrt wbt,

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke
Majlis Sambutan Maulidur Rasul
Tarikh : 19 April 2008 , Sabtu
Masa : Selepas Maghrib
Penceramah : Us Khusairi bin Hamthan , Imam Masjid Seremban Selatan
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Gotong royong sembelih lembu & kambing 9 pagi
Jamuan makan tengahari
Gotong royong masak selepas Zuhur
Blog Masjid Bandar Baru Senawang http://masjidsenawang.blogspot.com

20080413

Motosikal siapa ini ?

Motosikal Suzuki RC 80 Plet No WCK 3454 warna hitam telah dijumpai di dalam semak luar pagar belakang Surau Taman Alamanda, Senawang semasa gotong royong pada Sabtu 12 April 2008. Menurut ceritanya motosikal tersebut telah beberapa minggu berada di situ. Balai Polis Senawang telah dimaklumkan perkara ini , dan mereka telah menghantar anggota untuk menyiasat. Sesiapa yang kenal pemilik motosikal ini sila hubungi Balai Polis Bandar Baru Senawang 06-6792222

NEXSIT Ampangan

Adakah anda memanafaatkan penggunaan ICT sepenuhnya dalam peningkatan produktiviti , pemasaran dan pentadbiran perniagaan anda ? Tidak pasti bagaimana ? NEXSIT sedia menawarkan khidmat runding : menganalisa proses perniagaan , mengemukakan solusi yang terbaik : design network , peralatan , perisian , e-bisnes , latiha , ICT dan lain-lain bertepatan dengan bajet dan perancangan anda ! Sila hubungi NASHWAH 0176362814 untuk maklumat lanjut. Terima kasih. NEXSIT , Bangunan Uda, Ampangan, Seremban

20080409

Ujian Ketagihan Merokok

Buat teman-teman yang merokok, sila klik link berikut untuk menguji Tahap Ketagihan Merokok anda. Klik sini KUIZ

Buat teman-teman yang ingin berhenti merokok secara percuma sila klik link berikut
KLINIK

Perkhidmatan tersebut disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Terima kasih Utusan Malaysia

Terima kasih kepada Utusan Malaysia kerana menyiarkan kesusahan hidup Encik Sahreny sekeluarga di Kg Sekolah , Ampangan. Semoga lebih ramai lagi pihak akan menghulurkan bantuan serta mencari mereka yang sentiasa memerlukan yang berada di sekeliling kita. Carilah mereka ini, bantulah mereka ini, untuk kebaikan kita sekeluarga juga.

Mereka yang diamanahkan dengan gaji tetap untuk membantu golongan seperti ini tingkatkanlah usaha dengan tekun dan amanah, melebihi daripada usaha mereka yang melakukan secara sukarela, terutama ketua kampung, penghulu, Pengerusi JKKK, pegawai kebajikan, imam, pegawai Baitul Mal, wakil rakyat, ahli parlimen dan seterusnya. Janganlah asyik hendak berpolemik politik, hendak mempertahan atau merebut jawatan. Pilihanraya umum sudah berlalu, kalau hendakkan sokongan rakyat, buatlah kerja masing-masing, sudah pasti rakyat akan menyokong wakil rakyat serta pemimpin yang kurang bercakap tapi banyak bekerja.

Berita Utusan Malaysia bertajuk Kehidupan sukar Sahreny sekeluarga perlukan perhatian di Utusan_Malaysia

20080406

Aero Modelling Workshop

Berminat untuk menghantar anak-anak anda ke Aero Modelling Workshop 19 April 2008 di Subang ? Maklumat lanjut di AMAL_NS

Kamus Bahasa Arab-Melayu-Inggeris dari N.Sembilan

Hebatnya juga orang Negeri Sembilan ni, menghasilkan satu-satunya kamus Bahasa Arab-Melayu-Inggeris yang begitu komprehensif, eksklusif, lengkap, kontemporari dan dinamik. Maklumat lanjut di http://kamus-almiftah.blogspot.com

Sup “Rempit” Senawang

Saya sendiri yang panggil Sup “Rempit” , kerana Taman Seri Pagi memang cukup terkenal di seluruh Malaysia sebagai litar lumba yang tidak berlesen (bukan haram). Warong ini memang “Special”, terletak di jalan masuk Taman Seri Pagi, Senawang depan stesen minyak Esso. Diusahakan oleh Encik Azhar dan isteri. Antara menu menariknya ialah Sup Tulang, Mi Sup dan Laksa. Sebelah pula ada gerai Cendawan Goreng Berempah, tapi saya belum cuba lagi. Siapa yang nak rasa Laksa, Sup, Mi Sup bolehlah cuba. Dibuka setiap hari petang sampai malam.

6 sekeluarga di Ampangan Seremban tagih simpati

Minggu lepas saya menerima satu panggilan talipon mengatakan satu keluarga di Ampangan , Seremban amat memerlukan bantuan dimana ketua keluarga tersebut telah lebih 10 tahun tidak dapat bekerja kerana masalah tulang belakang selepas kemalangan jalanraya pada 1997.

Hanya petang tadi barulah saya berkesempatan berjumpa dengan keluarga tersebut. Sebelum Asar hujan turun dengan begitu lebat sekali di Seremban. Alhamdulillah selepas Asar dalam perjalanan ke Ampangan hujan telah mula reda.

Saya pun mencarilah rumah keluarga tersebut di No 99, Kg Sekolah , Ampangan. Kawasan perumahan seperti kawasan rumah setinggan atau rumah kongsi agak daif. Kedudukannya betul-betul belakang stesen minyak Petronas di Ampangan berhampiran Sekolah Kebangsaan Ampangan.

Encik Sahreny Abdul Aziz 41 tahun tinggal bersama isterinya Puan Norma binti Mat Lazin 38 tahun dan empat orang anaknya Norhidayah 10 tahun, Noriman Idayu 6 tahun, Saniza Adila 4 tahun dan Mohd Shanor 1 tahun dirumah yang agak daif, sempit dan serba kekurangan.

Encik Sahreny mengalami Bengkok Tulang Belakang (Scoliosis) pada tahun 1997 akibat kemalangan jalan raya. Sejak dari itu beliau tidak dapat bekerja dimana sebelum itu beliau hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan. Beliau tidak dapat berdiri, berjalan lama dan buat kerja-kerja berat, ada kalanya beliau akan hilang kawalan untuk berjalan.

Pada tahun 2005 beliau pernah memohon untuk mendapatkan bantuan dari Tabung Perubatan Nasional untuk Kos Implan dan Rawatan Susulan yang memerlukan belanja sekitar RM 20,000 dimana hingga ke saat ini belum ada jawapan walaupun pada tahun 2007 beliau ada memohon sekali lagi dengan sokongan dari Hospital Seremban dan wakil rakyat setempat.

Puan Norma sebelum ini menampung perbelanjaan dapur dengan menjual keropok, namun sekarang tidak lagi kerana menjaga suami dan anak-anak disamping persaingan dalam perniagaan kecil pada ketika ini.

Mereka setakat ini telah mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk 4 orang anak mereka. Mujur anak-anak mereka Norhidayah Tahun 4 dan Noriman Pra Sekolah di Sekolah Kebangsaan Ampangan mendapat buku teks percuma dan tidak perlu membayar yuran sekolah untuk tahun ini.

Sekali-sekala ada juga mendapat sedikit bantuan dari Baitul Mal tetapi tidak pada kadar yang tetap.

Rumah yang agak daif tadi mereka sewa pada kadar RM 150 sebulan. Dengan keadaan suami yang sentiasa memerlukan rawatan dan tiada pendapatan lain hanya semata-mata mengharapkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sekitar RM 300 sebulan memanglah amat memeritkan.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah berjumpa terus Encik Sahreny Abdul Aziz dan Puan Norma binti Mat Lazin di No 99, Kg Sekolah, Ampangan, 70400 Seremban atau tel 017-3974701

20080403

Surat Terbuka Kpd Perdana Menteri M’sia dpd STS-MC

Surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia daripada Presiden Persatuan Pelancongan Angkasa Cawangan Malaysia (Space Tourism Society Malaysia Chapter) mengenai Program Angkasawan Dan Pembangunan Pelancongan Angkasa. Sila klik link berikut IKAM_SPACE

Konvensyen Falak N.Sembilan 2008 16-18 Mei

Konvensyen Falak Negeri Sembilan
16-18 Mei 2008 (Jum-Ahd) 10 pg – 10 mlm
Di Perkarangan Masjid Kariah Sikamat , Seremban
Anjuran : Jabatan Mufti Kerajaan N.Sembilan dgn kerjasama Jabatan Fizik Universiti Malaya
Terbuka kepada semua lapisan masyarakat , pelajar sekolah serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta

Aturcara menarik :
* Kuiz Falak dan Astronomi
* Kaedah menentukan arah kiblat
* Pameran Rubu’ Mujayyab dan Tongkat Istiwa’
* Semakan tarikh lahit Miladi kepada Hijri
* Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak tadika
* Pertandingan roket laucher dan kenderaan di marikh

Maklumat lanjut di link berikut AMAL_NS

Boikot Belanda, Boikot Britain , Sufiah Yusof ?

Boikot adalah satu cara untuk menunjukkan kekuatan dan kesatuan umat Islam. Tapi kenapa akhir-akhir ini saja, umat Islam memboikot secara selektif bukan kolektif. Apakah umat Islam sengaja diprovokasi untuk memboikot sesuatu negara atau sesuatu produk tanpa kajian dijalankan dengan terperinci apa akibat atau kesan susulan jika boikot tersebut dilakukan ?

Kenapa tiada usaha pemboikotan secara besar-besaran terhadap syarikat atau produk yang menyumbang secara langsung untuk pembangunan Israel ?

Kenapa tiada usaha pemboikotan secara besar-besaran terhadap syarikat yang menyumbang dalam pencerobohan tentera Amerika di Afghanistan dan Iraq ?

Kenapa tiada usaha pemboikotan secara besar-besaran terhadap barangan daripada Britain kerana Salman Rushdie menghina Nabi saw lebih teruk lagi dalam bukunya The Satanic Verses apatah lagi beliau dianugerahkan bintang tertinggi Britain iaitu gelaran “Sir Salman Rushdie”.

Geert Wilders ahli parlimen Belanda menghina Islam melalui filem Fitna. Kenapa yang dihukum syarikat yang tiada kaitan dengan Geert Wilders , melainkan ada bukti yang syarikat tersebut menyokong tindakan Geert Wilders.

Oleh itu umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia ini mestilah bersikap realistik menangani sesuatu isu itu. Bukan tidak boleh boikot, bukan tidak boleh berdemonstrasi, tetapi kajilah dahulu sesuatu isu itu sebelum mengambil tindakan. Berbincanglah dengan semua pihak, para pemimpin, para ulamak, para cendekiawan akan langkah yang terbaik untuk memartabatkan agama Islam di Malaysia dan di seluruh pelusuk alam.

Begitulah juga halnya dengan Sufiah Yusof. Kenapa perlu diperbesarkan cerita ini, seolah-olah hanya satu Sufiah Yusof yang perlu diselamatkan ? Bukan tidak perlu diselamatkan Sufiah Yusof, ianya perlu. Tapi jangan lupa , di Malaysia ini ramai lagi gadis Melayu yang perlu diselamatkan akidah dan maruah mereka.

20080401

Imam di N.Sembilan pun dah ada laman Blog

Jangan main-main sekarang ini. Bukan ahli politik sahaja yang ada laman Blog, tapi imam pun ada laman Blog. Tapi laman Blog imam di Seremban ini adalah bertujuan untuk menggalakkan anak-anak menunaikan solat. Imam ini berasal dari Johol , Negeri Sembilan. Nak tahu siapa imam ini dan apa program yang beliau lakukan untuk menggalakkan anak-anak suka menunaikan solat , sila ke Blog beliau di http://easysolat.blogspot.com