KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090225

PPSMI hakis jatidiri Melayu 26 Feb Senawang Dr Hafizi

PROGRAM PENERANGAN oleh Professor Dr Hafidzi (UPM)
Tarikh : 26 Feb 2009 – Khamis
Masa : 9 malam
Tempat : Pejabat JIM ( tingkat 2 , atas Restoran Azhar Maju , tengah Dataran Senawang)

Tajuk : Kupasan objektif dan ilmiah dari sudut sejarah, perlembagaan dan akta pelajaran Isu polisi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris PPSMI : Penghakisan Jatidiri Melayu dan Islam

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Maklumat lanjut hubungi Sdr Wahid 012-3725283

HIDUP BAHASA MELAYU !
MANSUHKAN PPSMI !
JOM SERTAI HIMPUNAN 100,000 MANSUHKAN PPSMI 7 MAC 09 DEPAN ISTANA NEGARA , KUALA LUMPUR !

20090224

Jangan Gadai Bahasa Melayu Bangsa Ku


Jangan pandang enteng tamadun Bahasa Melayu. Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa antarabangsa. Ayuh bangsa ku , mari kita martabatkan kembali Bahasa Melayu. Ikuti ulasan penulis terkenal Faisal Tehrani akan keagungan dan kedaulatan Bahasa Melayu pada pautan berikut http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/02/peduli.html

Jangan Gadai Bahasa Melayu . Bahasa Kita . Air Mata dan Maruah Kita

Jumpa di Istana Negara 7 Mac 2009 nanti.

HIDUP BAHASA MELAYU

20090223

Ceramah Bidaah 27 Feb Masjid Senawang

CERAMAH KHAS : Bidaah , Bidaah. Mengapa mesti Bidaah ?
Hari : Jumaat
Tarikh : 27 Feb 2009
Masa : 8 malam
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang , Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Anjuran : Masjid Bandar Baru Senawang dan Majlis Agama Islam N.Sembilan

Aturcara 27 Feb 09
10 pagi : Gotong royong sembelih lembu dan persiapan
Solat Jumaat
3 ptg : Gotong royong masak
Solat Asar
Solat Maghrib
8 mlm : Ceramah Khas
Solat Isya
10 mlm : Jamuan makan malam

Laman web Masjid Bandar Baru Senawang http://masjidsenawang.blogspot.com

Forum Isu PPSMI 28 Feb Seremban

Forum : Keberkesanan PPSMI (Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) , Kesan jangka pendek dan jangka panjang terhadap pelajar Melayu dan kedaulatan Bahasa Melayu
SABTU 28 Feb 2009
Jam 9 malam
Di Perkarangan SARA Gedung Lalang 162 , Ampangan , Seremban

Panelis Forum :
Tn Hj Azmi Abdul Hamid – Presiden TERAS Pengupayaan Melayu
Dharmala NS – Sasterawan Melayu juga Ketua Warga Prihatin Malaysia (PRIMA) http://adimul.blogspot.com
Ustaz Dato Abu Bakar Chik – PAS

Anjuran bersama : TERAS , BPPNS , DUPNS dan Rangkaian “Blogger” Melayu NS

Maklumat lanjut hubungi Sekretariat GMP N.Sembilan Sdr Shamsul 019-6532973 skamalidz@yahoo.com

HIDUP BAHASA MELAYU !

Forum Isu PPSMI 28 Feb Seremban

Forum : Keberkesanan PPSMI (Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) , Kesan jangka pendek dan jangka panjang terhadap pelajar Melayu dan kedaulatan Bahasa Melayu
SABTU 28 Feb 2009
Jam 9 malam
Di Perkarangan SARA Gedung Lalang 162 , Ampangan , Seremban

Panelis Forum :
Tn Hj Azmi Abdul Hamid – Presiden TERAS Pengupayaan Melayu
Dharmala NS – Sasterawan Melayu juga Ketua Warga Prihatin Malaysia (PRIMA) http://adimul.blogspot.com
Ustaz Dato Abu Bakar Chik – PAS

Anjuran bersama : TERAS , BPPNS , DUPNS dan Rangkaian “Blogger” Melayu NS

Maklumat lanjut hubungi Sekretariat GMP N.Sembilan Sdr Shamsul 019-6532973 skamalidz@yahoo.com

HIDUP BAHASA MELAYU !

20090218

Pemimpin takutkan ALLAH, keluarga dan negara aman

Ketika makan sekeluarga bersama emak, ayah, isteri dan anak-anak, emak saya berkata perlu berlaku adil pada anak-anak. Emak memberi contoh banyak ketua keluarga tidak berlaku adil pada anak-anak , terutama dalam agihan harta.

Memang banyak berlaku pergaduhan anak beranak, adik beradik, saudara mara dalam masalah agihan harta. Emak kata eloklah ikut hukum Islam.

Saya kata memang hukum Islam itu lengkap dan adil. Tapi yang penting ialah ketua keluarga mestilah mereka yang takutkan ALLAH. Ketua keluarga samada suami atau ayah perlu takutkan ALLAH, barulah setiap pertimbangan dan keputusan yang diambil akan terdetik dihatinya apakah ALLAH redha dengan keputusan yang diambil.

Itu peringkat pemimpin keluarga. Di peringkat negeri dan negara seperti di Malaysia ini , kita perlukan pemimpin-pemimpin, menteri-menteri, ketua-ketua jabatan, ahli-ahli parlimen, wakil-wakil rakyat yang takutkan ALLAH. Apabila semua pemimpin takutkan ALLAH mereka akan tahu mereka akan dipersoalkan di dalam kubur dan di hari akhirat nanti akan setiap perkataan, setiap keputusan, setiap projek yang diuruskan oleh pemimpin.

Pemimpin yang takutkan ALLAH, takut berjumpa ALLAH sekiranya ada orang bawahan atau rakyat akan menuntut di hadapakan ALLAH setiap perkara yang tidak adil yang dilakukan di dunia.

Pemimpin yang takutkan ALLAH, tidak akan melakukan maksiat, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya, kerana dia takutkan ALLAH, kerana dia tahu ALLAH adalah segala-galanya , ALLAH yang mencipta manusia dan alam, Raja segala Raja, Sultan segala Sultan.

Hanya dengan adanya pemimpin yang takutkan ALLAH (tak kiralah dari parti apa sekali pun) negara kita Malaysia akan selamat, aman dan makmur.

20090217

Kursus Penanaman Cili/Lada Fertigasi

Kursus Penanaman Cili/Lada Fertigasi
Tarikh : 21 dan 22 Feb 2009 (Sabtu & Ahad)
Yuran : RM 300 , Untuk sukarelawan Yayasan Kasih Sayang dan Ahli Koperasi Kasih Sayang Berhad Diskaun 15%

Kaedah teori dan praktikal

Tempat terhad. Daftar melalui SMS : nyatakan nama dan alamat ke 012-3934840 (Cikgu Adnan , Yayasan Kasih Sayang N.Sembilan)

20090216

Kursus Kesedaran Wanita Islam 1 Mac 09 Seremban

“KURSUS KESEDARAN WANITA ISLAM”
Ahad 1 Mac 2009
Jam 8 Pagi Hingga 5 petang
Tempat : Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Jln Seremban-Kuala Pilah, Kg Gedung Lalang Lama, Ampangan, Seremban

Bersama :
Dato Haji Kamarudin Zakaria
Dato Haji Yazid Jaafar (Pak Yazid)
Ustaz Haji Hassan Mahmud Al Hafiz

Maklumat lanjut sila hubungi Cikgu Hassan Haji Md Taha 013-3426346 / 06-7636346

Maklumat lanjut di laman web NISA Seremban http://nisaseremban.blogspot.com/2009/02/mari-sertai-moga-diredhai.html

20090215

Program Sukarelawan Masjid Bdr Baru Senawang 21 Feb

Adalah dimaklumkan Masjid Bandar Baru Senawang akan mengadakan Program Latihan Sukarelawan Masjid pada Sabtu 21 Feb 2009 bertempat di Bilik Kuliah Masjid Bandar Baru Senawang bermula jam 8:30 pg hingga 4:30 ptg.

Penceramah yang akan membentangkan kertas kerja ialah Ustaz Jaafar bin Mohammad.

Program ini adalah untuk wakil dari setiap surau dalam kariah Masjid Bandar Baru Senawang.

Kepada wakil-wakil surau dalam kariah Masjid Bandar Baru Senawang sila rujuk kepada AJK Masjid mengenai maklumat lanjut program ini.

Laman web Masjid Bandar Baru Senawang di http://masjidsenawang.blogspot.com

Jangan sibuk Jemaah Tabligh, tengok yang tak sembahyang

Pernah rakan saya menceritakan kepada saya, ada orang yang tak senang dengan aktiviti Jemaah Tabligh. Lalu orang ini mengadulah kepada Mufti Negeri Sembilan pada ketika itu iaitu Dato Hj Mohd Murtadza Hj Ahmad. Lalu Dato Hj Murtadza memberitahu orang yang mengadu tadi lebih kurang ertinya, kenapa nak sibuk orang yang sembahyang dan mengajak orang sembahyang, pergi tengok orang Melayu yang tak sembahyang melepak di kompleks membeli belah itu lagi ramai.

Mudah sahaja jawapan mantan Mufti tadi. Orang kita ni ada yang tak senang tengok orang pergi masjid, tapi dia tak kisah tengok orang melepak di pasaraya, orang penuh kunjungi pasar malam waktu maghrib , kedai judi dan kedai arak di kejiranan mereka dan sebagainya.

Sebenarnya Jabatan Mufti Negeri Sembilan pada era Dato Hj Mohd Murtadza Hj Ahmad menjadi Mufti begitu banyak membantu kerja dakwah di negeri ini, begitu banyak menerbitkan buku agama, tapi jarang diberi publisiti yang sepatutnya oleh pihak media.

Antara buku-buku terbitan Jabatan Mufti Negeri Sembilan terdapat di pautan berikut http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/2009/02/buku-buku-terbitan-jabatan-mufti.html

Kemelut Perak, perlu Wali di N.Sembilan

Sekali lagi kemelut di Perak membuatkan kita lupa akan masalah di sekeliling kita. Hari ini saya menghadiri “Bengkel Bapa Sebagai Jurunikah (Wali)” di Masjid Bandar Baru Senawang. Dewan kuliah masjid penuh sesak dengan kaum bapa yang begitu berminat mengikuti program ini.

Anggaran awal hanya 40 orang yang hadir, tapi akhirnya lebih 70 orang yang hadir. Ini menunjukkan masyarakat terlalu dahagakan ilmu kekeluargaan.

Masalah perceraian adalah ditahap kritikal dan membimbangkan sekarang ini. Di kejiranan kita pasti ada beberapa pasangan yang bermasalah. Ada yang kahwin seminggu dah tuntut cerai. Masalah perceraian ini berlaku di semua golongan masyarakat, orang Umno pun ada masalah perceraian, orang PAS pun ada masalah ini, orang tak PAS dan tak Umno pun ada masalah ini, orang atas pagar pun ada masalah ini.

Kadang-kadang masalah ini berpunca dari tidak faham tanggungjawab bapa sebagai wali.

Terlalu banyak ilmu yang nak dikongsi bersama. Kalau ada kursus sebegini lebih-lebih percuma, rebutlah peluang ini. InsyaALLAH semoga lebih banyak keluarga Islam yang aman sejahtera dapat dibentuk dalam menghadapi pelbagai kemelut pada ketika ini.

Tahniah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan pihak Masjid Bandar Baru Senawang yang berjaya menganjurkan program ini. Semoga ianya dapat diadakan “roadshow” seluruh kariah di Negeri Sembilan dan dijadikan acara “main event” di peringkat Negeri Sembilan barangkali di Pusat Dakwah.

Nota kaki : Jangan sibuk di Perak sahaja, selalu selalu perhatikan keadaan sekeliling kita. Perak Perak juga, Negeri Sembilan jangan lupa.

20090214

Ceramah Terkini Palestin 15 Feb Seremban

Ceramah Terkini Isu Palestin
Ahad 15 Februari 2009
Di Masjid Dato' Klana Petra Mubarak al-Haj (Masjid Sg Landak , Ampangan , Seremban)

Penceramah : Prof Dr Mohammad Redzuan Othman , Pakar Politik Asia Barat dan Pensyarah Jabatan Sejarah Universiti Malaya. beliau akan mengupas isu-isu mengenai kenapa Israeil menyerang Gaza, isu roket Hamas, hubungan Hamas dan Fatah dan
lain-lain lagi isu yang perlu diketahui.

Muslimin Dan Muslimat Semua Dijemput Hadir

Anjuran ABIM dan Masjid Dato' Klana Petra Mubarak al-Haj

Kekalutan di Perak, Hospital Rembau dan

Kekalutan yang berlaku di Perak kadang-kadang membuatkan kita terlupa akan kekalutan serta masalah yang dihadapi rakyat di negeri lain. Ianya juga membuatkan kita terlupa bahawa kita juga menghadapi beberapa isu lain yang menggusarkan setiap rakyat Malaysia.

Masalah pemberhentian kerja, masalah kegawatan ekonomi, masalah sosial, masalah dadah, masalah jenayah, masalah dilema pelajar Melayu.

Isteri saya kata pelajar Melayu di sekolahnya rata-ratanya malas. Kalau disuruh buat “homework” pelajar Cina dan India yang siap dulu. Pelajar Melayu puas disuruh berulangkali barulah menghantar kerja rumah, itu pun tak sempurna.

Ayah saya pula baru-baru ini membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Tampin. Berjam-jam tunggu nak buat pemeriksaan dan beratur panjang nak dapatkan ubat. Katanya mereka dari Gemas, Alor Gajah bukan sahaja dari Rembau yang datang ke Hospital Tampin. Kalau pergi Hospital Seremban lagi parah, “parking” nya susah, silap haribulan empat-empat tayar kereta hilang.

Pada 7 Mac 2008 bukan main lagi hebat Majlis Pecah Tanah nak buat Hospital Rembau. Tak adalah mahal sangat RM 100 juta saja. Ayah saya kata pecah batu semua agaknya dah jadi pasir, bayang hospital pun tak siap. Katanya kalau masuk wad Hospital Tampin jangan harap dapat masuk wad kelas satu. ( REMBAU 7 Mac - Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini. Beliau menjelaskan dengan pembinaan hospital ini pada tahun ini, maka ia menjadi negeri yang pertama mempunyai kemudahan hospital di setiap daerah, di mana hospital di Rembau ini akan mempunyai perkhidmatan perubatan am, kecemasan, pesakit luar, selain sokongan seperti farmasi, makmal, haemodialisis, pengimejan dan diagnostik. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0308&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm&arc=hive )

Kawan saya pula dah 3 bulan diberhenti kerja kilang di Senawang. Sampai sekarang belum dapat gaji dan pampasan lain. Banyak lagi kes pemberhentian pekerja kilang di Senawang. Sementara ni kawan saya buatlah sikit kerja pendawaian, sesiapa yang perlukan kerja “wiring” di Rembau bolehlah hubungi kawan saya ini Rahim 017-6898404 (Laporan pekerja kilang APL Healthcare Sdn Bhd diberhentikan di laman web ADUN Paroi http://mohdtaufek.blogspot.com/2008/12/warga-industri-di-senawang-semakin.html )

Kesimpulannya begitu banyak masalah lain, di negeri lain. Bukan setakat membicarakannya sahaja, marilah kita sama-sama membantu sepenuh tenaga mengikut kemampuan masing-masing. Tak perlulah nak tunggu semata-mata bantuan Baitul Mal, Jabatan Kebajikan, TEKUN dan sebagainya.

Jus D hatiku

Selalu kita dengar promo Jus D’hatiku di Radio IKIM. Saya pun cubalah satu dari satu-satunya stokis di N.Sembilan, En Nordin, kerja di Senawang dan tinggal di Rembau. Kepada mereka di N.Sembilan yang ingin mendapatkan Jus D’hatiku yang sukar didapati di kedai-kedai bolehlah menghubungi En Nordin 019-3260665. Mereka yang ingin menjadi pengedar juga amat dialu-alukan

Laman Web Jus D’hatiku http://dhatiku.com

Jus D’hatiku; Jalinan Penawar Fizikal & Spiritual; Berasaskan Sunnah; Berstatus “Tayyibat”;Memberi Barakah Kepada Jasmani Dan Rohani, Membentuk Jasad Yang Sihat & Gagah, Membina Jiwa Yang Suci & Akhlak Yang Mulia

Jus berasaskan sunnah merupakan jus rumusan jalinan 2 penawar iaitu penawar fizikal dan penawar spiritual.

PENAWAR FIZIKAL adalah menerusi rumusan makanan anjuran Sunnah iaitu Madu, Kurma, Habbatussauda dan Buah Tin di samping herba dan buahan terpilih terdiri daripada Safron, Aloe Vera, Kolagen dan buah Goji

PENAWAR SPIRITUAL pula adalah menerusi standard “Amalan Pengilangan Islam” (IMP-Islamic manufacturing Practice)

KHASIAT SPIRITUAL
Mensucikan jiwa dengan pemakanan sunnah
Merawat rohani yang sakit dengan makanan yang diproses berasaskan amalan pengilangan Islam
Melancarkan perjalanan darah
Membekalkan oksigen ke dalam badan
Menambah tenaga
Membuang toksin dari badan

Harga
Semenanjung Malaysia : RM39.90 Sabah dan Sarawak : RM49.90

20090210

Siapa Menyintai Kamu ?

Siapa memyintai kamu ? Jelas bahawa tidak ada kasih serta cinta yang sejati di dunia ini melainkan …… Dapatkan jawapannya di laman web Dato’ Hj Mohd Murtadza Hj Ahmad , bekas Mufti Negeri Sembilan di http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/2009/02/siapa-menyintai-kamu.html atau http://hjmohdmurtadza.blogspot.com

Tips Untuk Isteri Mengesan Suami Nak Kahwin Lebih

Jom “lepas tension” sikit. Ini dari Blog seorang pendakwah di Seremban iaitu Ustaz Hambali :

Isteri misti selalu melihat gelagat suami jangan tak perati dan jangan pula buat tak kisah. Kalau dah jadi nanti baru nak gabra, baru nak terloncat dah tak guna.Awai-awai mau perati tengok. Tipsnya begini :-
Sila ke Blog Ustaz Hambali untuk mengetahui tipnya
http://hambalialorstari.blogspot.com/2009/02/tips-untuk-isteri-mengesan-suami-nak.html
atau http://hambalialorstari.blogspot.com/

Mesyuarat Agung Medan Lepas Geram

Dalam pengalaman saya menghadiri beberapa mesyuarat agung dalam beberapa pertubuhan dan persatuan , apa yang sedikit mendukacitakan ialah sikap sebilangan kecil masyarakat Melayu yang menjadikan mesyuarat agung medan melepas geram.

Sepatutnya mesyuarat agung dijadikan medan percambahan minda, medan untuk menilai prestasi tahun yang lalu dan merancang tahun seterusnya.

Segelintir ahli mesyuarat ada yang datang mesyuarat semata-mata hendak mengkritik kepimpinan , ahli jawatankuasa dan ahli yang lain.

Ada pula segelintir ahli yang datang mesyuarat agung memberi seribu satu macam pandangan , idea dan pendapat, tapi pelaksanaan kerja diserahkan kepada kepimpinan dan ahli jawatankuasa.

Sesebuah persatuan itu akan maju sekiranya ahli yang datang mesyuarat agung mengkritik kelemahan, kemudian dia memberi cadangan, dan cadangan itu pula dia pula rela untuk membantu melaksanakannya.

Baru-baru ini dalam satu mesyuarat agung seorang ahli persatuan mengatakan ada tak dibuat ibadah korban pada tahun lepas ? Pengerusi kata tak ada. Kalau tak ada ahli tadi beri cadangan tahun ini kita buat ibadah korban, agar kita dapat mengeratkan silaturrahim. Dan dia sanggup beri satu ekor lembu untuk ibadah korban berkenaan. Pengerusi kata elok sangatlah tu.

Kalaulah ramai ahli mesyuarat yang mempunyai sikap macam ahli tadi maka akan majulah sesebuah persatuan. Cuba ahli tadi kata ada tak dibuat ibadah korban pada tahun lepas ? Pengerusi kata tak ada. Ahli tadi kata pula , apalah pengerusi susah sangat ke nak buat ibadah korban, kita ada 1000 ahli , takkan tak boleh cari seekor lembu ?

Begitu jarang sekali saya jumpa ahli yang sebegini. Walaupun beliau seorang yang veteran dan agak berusia , tetapi berfikiran rasional dan mudah dibawa berbicara.

Janganlah jadikan mesyuarat agung medan lepas geram. Kalau ada masalah kita ada 364 hari yang lain untuk berbincang. Kita ada telefon, kita ada e-mel, kita ada surat, kita ada mulut, kenapa perlu tunggu mesyuarat agung untuk meluahkan perasaan.

Apabila kita memberi 1001 macam cadangan, pastikan dahulu kita orang yang pertama yang menyumbang tenaga dan kewangan untuk melaksanakan cadangan tersebut.

20090209

Kursus Akupunktur Secara Islam 7 ke 9 Mac Seremban

KURSUS AKUPUNTUR MENURUT PERUBATAN ISLAM

Kursus 3 hari secara komprehensif lengkap dengan teori dan praktikal oleh Encik Ahmad Sunaryo Pengamal Perubatan Akupunktur

Tarikh : 7, 8 dan 9 Mac 2009 ( Sabtu, Ahad dan Isnin )
Masa : 9 pagi hingga 5 ptg
Tempat : Dewan D’Ark, Taman Sri Kasih, Jalan Senawang – Paroi , Seremban

Terbuka kepada muslimin dan muslimat
Yuran pengajian : RM 350 (termasuk bahan kursus, sijil, minum pagi/petang dan makan tengahari) , RM 300 untuk ahli HPA, Unit Amal atau Amal Nisa’.
Tempat terhad kepada 30 orang sahaja !
Keutamaan mereka yang mendaftar awal

Hubungi Ustaz Abdul Hadi 019-6627374 , 013-6697374 adq7477@yahoo.com.my
Anjuran : Komuniti HPA Negeri Sembilan Selatan

Antara kandungan kursus :
Cara kerja akupunktur
Teori lima unsur
Denyutan nadi
Organ-organ dan gejala penyakit
Meridian
Teknik penusukan wajah
Teknik penusukan imuniti
Pengetahuan herba
Dan beberapa lagi topik berkaitan Akupuntur Menurut Perubatan Islam

20090208

Rangkaian Apam Balik Unit Amal N.Sembilan

Dalam usaha untuk menangani kegawatan ekonomi , membantu para peniaga jalanan adalah penting. Salah satu daripadanya ialah peniaga apam balik. Setakat ini terdapat 3 cawangan Rangkaian Apam Balik yang diusahakan oleh ahli Unit Amal di sekitar Seremban. Mereka juga mengalu-alukan mana-mana ahli Unit Amal untuk meluaskan lagi Rangkaian Apam Balik Unit Amal (RABUANS) ini ke seluruh N.Sembilan memandangkan ianya memberi pulangan yang baik.

Kemudahan modal, latihan juga akan diberikan kepada mana-mana ahli yang berminat. Tiga lokasi RABUANS di Seremban ialah :

1. Taman Alamanda , Senawang . Sdr Nazri Esa 012-6775537. Depan kedai Alamanda, waktu operasi 3 – 6 ptg setiap hari. Keistimewaan Apam Balik Garing Jawa

2. Taman Paroi Jaya , Seremban. Sdr Nazri Zainal 019-9103431. Depan kedai Taman Paroi Jaya, waktu operasi 3 – 6 ptg setiap hari. Keistimewaan Apam Balik Garing Samudera

3. Taman Bukit Chedang, Seremban 2. Sdr Faizal 013-6641694. Tepi jalan utama Tesco ke Taman Bukit Chedang, waktu operasi 2 – 6 ptg setiap hari. Keistimewaa Apam Balik Coklat Johol.

Maklumat lanjut Unit Amal N.Sembilan di http://unitamaln9.blogspot.com

Khidmat Kesihatan dan Bekam 14 Feb Senawang

PROGRAM KHIDMAT KESIHATAN PERCUMA
SABTU 14 FEB 2009
9 PAGI – 1 TENGAHARI
DI PERKARANGAN SURAU AN NAHDHOH, TAMAN DESA MELOR, SENAWANG

Anjuran :
Surau An Nahdhoh
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com
Pusat Khidmat ADUN Paroi http://mohdtaufek.blogspot.com

PERKHIDMATAN KESIHATAN PERCUMA : Pemeriksaan Body Mass Index (BMI), Pemeriksaan Tekanan Darah (BP), Pemeriksaan Gula Dalam Darah (Glukos Test). Khidmat Nasihat Doktor

ACARA LAIN YANG MENARIK
- Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak (Percuma)
- Kuiz Kesihatan Remaja (Percuma)
- Pertandingan Masakan Rendang untuk Wanita
- Rawatan Bekam

Maklumat lanjut hubungi :
Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com
Norwani 013-3851202 halwan9@yahoo.com

Untuk Rawatan Bekam dikenakan bayaran RM 30 ( kadar biasa RM 60 ). Terhad kepada 20 orang yang daftar awal sebelum 14 Feb, hubungi Husaini 013-3598318 http://sut07.blogspot.com

Bengkel Menjadi Wali 15 Feb 2009 Senawang

Betul , bengkel bagaimana hendak menjadi wali. Wali di sini ialah wali jurunikah. Sesuai untuk bapa yang mempunyai anak perempuan yang ingin menjadi wali jurunikah untuk anak mereka. Mereka yang tiada anak perempuan pun boleh turut serta tapi tempat amat terhad, makan minum semua percuma. Sila daftar awal.

Bolehkah bapa yang pakai seluar pendek menjadi wali ?
Bolehkan bapa yang tidak sembahyang menjadi wali ?
Bolehkah bapa yang hisap rokok menjadi wali ?

BENGKEL BAPA SEBAGAI JURUNIKAH (WALI)
Ahad 15 Februari 2009
Jam 8 pagi hingga 1:30 tgh
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Percuma ! Tempat Terhad !
Minum pagi, makan tengahari, bahan seminar dll diberikan percuma
Sila daftar awal , hubungi Ustaz Hj Arshad 019-6798441

Maklumat lanjut dan borang penyertaan di laman web Masjid Bandar Baru Senawang http://masjidsenawang.blogspot.com/2009/02/bengkel-bapa-sebagai-jurunikah.html

Ceramah wakil Hamas 11 Feb Seremban

CERAMAH ISU PALESTIN DAN SEMASA
Rabu 11 Februari 2009
Jam 9 malam
Di Markas PAS Cawangan Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Penceramah :
Ustaz Hj Idris Ahmad , AJK PAS Pusat
Sdr Zulkefly Mohamed bin Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Wakil Hamas , Palestin

Semua Dijemput Hadir . Anjuran Lajnah Penerangan , Badan Perhubungan PAS N.Sembilan

Info lanjut hubungi Sdr Hassan Md Taha 013-3426346 , Ketua Lajnah Penerangan , Badan Perhubungan PAS N.Sembilan

20090207

PIBG SMAD KLANA

Berikut ialah laman web PIBG Sekolah Menengah Agama Dato’ Klana Petra Maamor , Ampangan , Seremban : http://pibgsmadklana.blogspot.com

Derhaka kepada Raja segala Raja jika tak tutup aurat

Siapa Raja segala Raja ? Jawapan di SINI

Kursus Baiki Bacaan Al Fatihah dll Mac 09 Kajang


KLINIK AL FATIHAH

Kursus meningkatkan mutu bacaan Al Quran khususnya surah Al Fatihah dan Surah Lazim di kalangan pelajar dan remaja.

Jangkamasa klinik : 3 jam
Tarikh : 16, 17, 18 atau 20 Mac 2009 (pilih salah satu tarikh, pagi atau petang)

Tempat : MST Training Centre, D-19-1A, Jalan Prima Saujana 2/E, Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor (depan Giant Hypermarkat)

Yuran : RM 93 sahaja

Pengendali Klinik : Ustaz Ahmad Tazmizi bin Abdul Rahman . Mendapat pendidikan di Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu, Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Darul Quran JAKIM, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran Dan Sunnah dan Sijil Tinggi Tarannum Al-Quran JAKIM. Tempat ke-3 Akademi Al-Quran TV 9 musim ke-3 2008, tempat ke-3 Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu 2008, Johan Tilawah Al-Quran Belia 4b Kebangsaan 2006 & 2007, Johan Berzanji & Marhaban Kebangsaan 2007.

Hubungi :
Hamidon Ahmad 012-3367293 hamidon3@yahoo.com
Suhaimi Yusof 019-3886812
Norzakwan Hj Yunos 019-3534874
MST Training & Consulting , Tel/Fax : 03-87343309 msytnc@gmail.com

20090205

Bengkel Penulisan Profesional 7 Mac 09 Kajang





BENGKEL PENULISAN : SATU LANGKAH KE ARAH MENJADI PENULIS PROFESIONAL (BESTSELLER)

Tarikh : 7 Mac 2009 (Sabtu)
Tempat : Hotel Residence , UNITEN
, Kajang http://www.residenceatuniten.com/
Masa : 8:30 pg – 6 ptg

- Yuran penyertaan : RM 350 (Termasuk minum pagi/petang, makan tghari, bahan seminar, sijil dan cenderahati)
- Diskaun 5% untuk pendafaran berkumpulan (3 orang atau lebih)
- Sesuai untuk pensyarah , pegawai tinggi kerajaan , pendidik , pakar motivasi , kaunselor atau apa jua bidang yang diceburi.

Anjuran : E-Rehal Training & Services Sdn Bhd & D’Reka Publication Sdn Bhd

Hubungi :
No 13-B, Jln 15/1B, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel : 03-89201110 , 019-7283512 Fax : 03-89267439

No 29-1, Jalan 28, Cempaka Commercial Centre, 70450 Senawang, N.Sembilan
Tel : 06-6786931 Fax : 06-6791261

E-mel :
e_rehal@streamyx.com

SMS : 017-6461750 , 019-6643512

20090204

PAS, UMNO dan NGO perangi arak di N.Sembilan

PAS, UMNO dan NGO bersama perangi gejala arak di N.Sembilan yang semakin berleluasa di kalangan umat Islam terutama orang Melayu. Kupasan lanjut di SINI

Ajar Matematik dlm B Turki, Sains B Parsi

Cadangan mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Parsi dan Turki. Cerita lanjut di AMKNS

Hidup Bahasa Melayu ! Mansuhkan PPSMI !

20090203

Kuliah Us Khairil Anuar 3 Feb Senawang

Kuliah Tauhid
Oleh Ustaz Hj Khairil Anuar Mohd Wafa
Selasa 3 Feb 2009
Selepas Solat Maghrib
Di Surau An Nahdhoh, Taman Desa Melor, Senawang

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

Bahasa Melayu boleh jatuhkan Yahudi

Semasa Perdana Menteri Turki Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres dalam Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, pada 30 Jan 2009 berhubung serangan tentera Zionis di Genting Gaza , apa yang kebanyakan kita terlepas pandang ialah bagaimana bangganya Recep Tayyip Erdogan sepanjang sessi berkenaan beliau bercakap dalam bahasa Turki.

Beliau mengecam Peres dalam bahasa Turki, beliau membantah moderator dalam Bahasa Turki. Dengan bahasa Turki , bangsa Yahudi menerima tamparan hebat.

Tapi malangnya kita di Malaysia , malu nak guna Bahasa Melayu dalam persidangan antarabangsa (tak “class” konon). Malu nak guna Bahasa Melayu dalam persidangan antarabangsa di Malaysia sendiri. Sehinggakan Matematik dan Sains pun diajar dalam Bahasa Inggeris.

Mana maruah, mana martabat, mana keagungan Bahasa Melayu ?

Berbanggalah dengan Bahasa Melayu, martabatkan kembali Bahasa Melayu.

Hidup Bahasa Melayu ! Mansuhkan PPSMI !

Nota : Lebih banyak peluang pekerjaan akan wujud dalam seminar dan forum dalam dan luar negara apabila ramai akan menceburi bidang kerjaya sebagai penterjemah apabila Bahasa Melayu dimartabatkan.

**********************************************
Turkey PM storms off stage over Peres remarks on Gaza

Erdogan was angry after being cut off by a panel moderator after listening to an impassioned monologue by Peres defending Israel's recent 22-day offensive against Hamas in the Gaza Strip.

Erdogan told Peres: "You are killing people."

Erdogan said in Turkish that, "I remember two former prime ministers in your country who said they felt very happy when they were able to enter Palestine on tanks."

"I find it very sad that people applaud what you said. There have been many people killed. And I think that it is very wrong and it is not humanitarian," he said.

Erdogan said, "Please let me finish." Ignatius responded: "We really do need to get people to dinner."

The Turkish premier then said, "Thank you very much. Thank you very much. Thank you very much. I don't think I will come back to Davos after this."

http://www.haaretz.com/hasen/spages/1060036.html

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan meninggalkan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, selepas bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung serangan tentera Zionis di Genting Gaza.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0131&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive

20090201

Wawancara Dato’ Hj Mohd Murtadza

Wawancara penuh majalah Milenia Muslim bersama Dato’ Hj Mohd Murtadza bekas Mufti Negeri Sembilan boleh didapati di http://hjmohdmurtadza.blogspot.com