KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090203

Bahasa Melayu boleh jatuhkan Yahudi

Semasa Perdana Menteri Turki Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres dalam Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, pada 30 Jan 2009 berhubung serangan tentera Zionis di Genting Gaza , apa yang kebanyakan kita terlepas pandang ialah bagaimana bangganya Recep Tayyip Erdogan sepanjang sessi berkenaan beliau bercakap dalam bahasa Turki.

Beliau mengecam Peres dalam bahasa Turki, beliau membantah moderator dalam Bahasa Turki. Dengan bahasa Turki , bangsa Yahudi menerima tamparan hebat.

Tapi malangnya kita di Malaysia , malu nak guna Bahasa Melayu dalam persidangan antarabangsa (tak “class” konon). Malu nak guna Bahasa Melayu dalam persidangan antarabangsa di Malaysia sendiri. Sehinggakan Matematik dan Sains pun diajar dalam Bahasa Inggeris.

Mana maruah, mana martabat, mana keagungan Bahasa Melayu ?

Berbanggalah dengan Bahasa Melayu, martabatkan kembali Bahasa Melayu.

Hidup Bahasa Melayu ! Mansuhkan PPSMI !

Nota : Lebih banyak peluang pekerjaan akan wujud dalam seminar dan forum dalam dan luar negara apabila ramai akan menceburi bidang kerjaya sebagai penterjemah apabila Bahasa Melayu dimartabatkan.

**********************************************
Turkey PM storms off stage over Peres remarks on Gaza

Erdogan was angry after being cut off by a panel moderator after listening to an impassioned monologue by Peres defending Israel's recent 22-day offensive against Hamas in the Gaza Strip.

Erdogan told Peres: "You are killing people."

Erdogan said in Turkish that, "I remember two former prime ministers in your country who said they felt very happy when they were able to enter Palestine on tanks."

"I find it very sad that people applaud what you said. There have been many people killed. And I think that it is very wrong and it is not humanitarian," he said.

Erdogan said, "Please let me finish." Ignatius responded: "We really do need to get people to dinner."

The Turkish premier then said, "Thank you very much. Thank you very much. Thank you very much. I don't think I will come back to Davos after this."

http://www.haaretz.com/hasen/spages/1060036.html

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan meninggalkan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, selepas bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung serangan tentera Zionis di Genting Gaza.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0131&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive

1 ulasan:

Faizal R berkata...

setuju tu, mmg skrg ni x rasa duk kat bumi sendiri kadang2 tu, kat ofis, kalau ada function apa2 semua kena guna english, kalau guna bm mcm jd satu kehinaan pulak. mertabatkan bahasa melayu. org jepun, jerman guna bahasa sendiri utk jd negara industri paling berjaya satu masa dahulu