KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120331

Peranan Golongan Sufi dalam Pilihanraya


Sebelum ini seorang ahli sufi yang tidak terlibat dalam politik sering memberitahu saya bahawa golongan sufi ada cara mereka sendiri untuk membantu menegakkan syiar Islam baik sewaktu aman apatah lagi sewaktu peperangan dan pilihanraya. Saya bersetuju dengan pendapat ahli sufi tersebut, tapi ahli sufi tersebut memberitahu saya ramai yang tidak setuju dengan pendapat dia. Tadi saya menghadiri satu kuliah di surau oleh seorang ahli sufi juga, tapi dari tarekat yang lain. Ahli sufi tadi juga memberitahu peranan ahli sufi adalah besar dalam peperangan.

Beliau memberitahu dalam satu peperangan antara tentera Islam dan tentera Perancis, satu golongan sufi yang diketuai oleh seorang ulama yang begitu terkenal di waktu itu telah berzikir sebanyak 70,000 kali sebelum melepaskan tentera Islam pergi berjihad. Dan zikir tersebut menjadi amalan selepas solat satu tarekat di Negeri Sembilan.

Semoga dua artikel di bawah ini dapat membuka minda kita semua akan peranan ahli sufi dalam pilihanraya nanti. Saya tertarik dengan artikel kedua, peranan ahli sufi di Minangkabau sewaktu pencerobohan Belanda dan Inggeris.

Dakwah dan Jihad Ahli Tasawuf

Oleh Ketua Urusan Ulama Hulu Langat

Sejarah membuktikan Ahli Tasawuf memainkan peranan penting di dalam usaha menegak dan mempertahankan agama Allah. Mereka bukanlah hanya menghabiskan masa dengan berzikir, tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak mengendahkan suasana di sekelilingnya. Sebaliknya mereka turut mengambil bahagian yang serius di dalam dakwah dan jihad, malah memberikan sumbangan yang besar dalam perjuangan umat Islam atau dalam jihad menentang kuffar di medan peperangan, mahupun menentang kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan golongan berkuasa.

Di Asia Tenggara dan Kepulauan Melayu, kita akan temui tokoh-tokoh tasawuf yang memainkan peranan penting di dalam politik dan pentadbiran negara. Pada zaman keagungan empayar Islam Acheh pada abad ke-16 dan 17, kita dapat melihat bagaimana peranan yang dimainkan oleh Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Syeikh Abd Rauf Singkel dan lain-lain lagi.

Abu Hasan Ali an-Nadwi pula menukilkan mengenai dakwah Syeikh Abd Qadir al-Jailani dengan katanya : “Kira-kira 70,000 orang telah menghadiri majlis (ta’limnya). Lebih 5,000 orang Yahudi dan Nasrani telah memeluk Islam menerusi usahanya. Lebih 100,000 orang-orang jahat dan perompak atau pencuri bersenjata yang telah bertaubat menerusi usahanya. Beliau telah membuka pintu taubat dan bai’ah seluas-luasnya, maka orang ramai yang tidak diketahui bilangan mereka itu kecuali Allah sahaja, telah masuk ke dalamnya. Sehingga akhlak mereka menjadi baik dan demikian juga keIslaman mereka itu.”

Demikianlah beberapa contoh mengenai peranan golongan tasawuf, wali-wali Allah dan pengikut perjalanan kerohanian di dalam amal dakwah dan jihad.

http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/02/dakwah-dan-jihad.html

Kaum Sufi dalam Sejarah di Minangkabau

Salah satu kritikan terhadap kaum sufi khususnya kaum tarekat adalah sikap pasif dan apatis mereka terhadap peristiwa-peristiwa politik dan sosial.

Menurut pengkritik, kaum sufi hanya sibuk memutar tasbih dan berzikir, terlena dengan pencarian spiritual yang individualistis. Mereka pun dituding suka melakukan kompromi dan asimilasi dengan penguasa dan status quo demi cari aman.

Kritikan seperti ini bisa dijustifikasi pada sebagian kasus dan pada sebagian tempat, tapi bahwa seluruh kaum sufi atau kaum tarekat seperti itu tampaknya perlu dipikir ulang. Kali ini kita lihat secara sederhana sebagian peranan kaum sufi/tarekat dalam sejarah perang kolonial di Minangkabau.

Perjuangan fisik kaum sufi di Minangkabau sebelum kontak dengan Eropa (VOC, Inggris, kemudian Kerajaan Kolonial Belanda) masih sangat sedikit diketahui. Baru setelah VOC masuk dan konfrontasi dengan penduduk pribumi tak terhindarkan, tercatatlah sejumlah ulama Minangkabau semisal dari Pauh dan Kubung XIII yang menyerang markas VOC di Padang.

Di Minangkabau sendiri, kecemasan bahwa kaum tarekat bisa jadi ancaman Belanda sejak awal tergaung dalam pandangan penulis seperti Verkerk Pistorius (1867). Bahkan pada 1890, Gubernur Jenderal Hindia Belanda saat itu menugaskan Gubernur Sumatras Westkust (Sumatera Barat) untuk melakukan pengawasan dan pendataan terhadap surau-surau tarekat di Minangkabau.

Selanjutnya di http://hariansinggalang.co.id/kaum-sufi-dalam-sejarah-di-minangkabau

Terapi Darussyifa 6 dan 20 April 2012 di Rembau


TERAPI PEMANTAPAN ROHANI, JASMANI & MENTAL BERSAMA DARUSSYIFA' NS

Tarikh : 6 dan 20 April 2012 (Jumaat)

Masa : Maghrib

Tempat : Masjid Jamek An-Nur, Rembau

Dipimpin oleh : Ustaz Abdul Ghani bin Ahmad Zaighu (Darussyifa' N.Sembilan)

Aturcara program :

7.20 mlm : Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yasin & Rukyah Syifa’, Majlis Zikir & Doa

8.30mlm : Solat Isya

9.15mlm : Klinik Darussyifa’ (Sesi Rawatan)

- Rawatan Penyakit Jasmani/ Fizikal

- Rawatan Penyakit Rohani

- Rawatan Gangguan Makhluk Halus & Sihir

Semua dijemput hadir

Sila bawa air sendiri untuk bacaan Yasin dan Ruqyah Syifa'

Sumbangan kewangan atau makanan adalah dialu-alukan

Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi 013-6680801

Anjuran : PUSAT IT & ILMU K-Masjid Masjid Jamek An-Nur Rembau

Kencing Tikus, Latihan air di semua kem PLKN digantung

30 Mac 2012, KUALA LUMPUR, (Bernama) - Semua jenis latihan air di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara digantung susulan kematian seorang pelatih di Kem PLKN Terkok, Sungai Siput, Perak pada 12 Mac lepas dipercayai akibat jangkitan virus kencing tikus.

Arahan itu dikeluarkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan berkuatkuasa serta-merta, kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kecil dalam kenyataan, di sini.

Katanya menteri berkenaan turut memutuskan penghantaran pelatih kumpulan dua siri 9/2012 ke kem tersebut ditangguhkan sehingga memperolehi perakuan sah selamat daripada Kementerian Kesihatan.

"Sungguhpun Jabatan kesihatan Perak telah membuat pemeriksaan terhadap kem itu pada 2011 dan mendapati ianya boleh beroperasi, manakala Makmal Kesihatan Awam Ipoh pada Februari lepas mendapati air kolam di kem itu bebas bakteria Leptospira, namun arahan itu adalah bagi keberkesanan PLKN," kata Abdul Hadi.

Koleksi beberapa insiden di PLKN sebelum ini di http://beritaplkn.blogspot.com

20120330

Gempa bumi lemah landa Mersing



30 Mac 2012 , KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi berukuran 3.2 pada skala Richter melanda Mersing, Johor pada pukul 9.43 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata gempa itu berpusat di 16km timur laut dari Mersing.

Gegaran kecil mungkin dirasai di sekitar kawasan itu, kata kenyataan itu.

Beberapa kejadian gempa bumi yang dilaporkan di Malaysia sebelum ini boleh didapati di http://gempamalaysia.blogspot.com/

TITIK GEMPA HAMPIRI MALAYSIA
Presiden Persatuan Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia, Prof Datuk Abang Abdullah Abang Ali, berkata Malaysia semakin berisiko menghadapi bencana alam.

GEMPA BUMI LEMAH LANDA KUNDASANG
4 Oktober 2011

GEMPA BUMI LEMAH LANDA SEBUYAU SARAWAK
Julai 16, 2011

GEMPA BUMI LEMAH DI KINABATANGAN
13 Julai 2011

GEMPA BUMI LEMAH LANDA RANAU, SABAH
24 Jun 2011

GEGARAN LEMAH DIRASAI DI RANAU, SABAH
27 April 2010

GEMPA BUMI LEMAH DI SABAH AWAL PAGI INI
7 Feb 2010

SARAWAK CAN EXPECT MINOR SHAKES
2 Feb 2010

UTARA SARAWAK TERDEDAH GEMPA BUMI
28 Jan 2010

GEMPA BUMI: GEGARAN KECIL DI BATU NIAH DAN SUAI, SARAWAK
25 Jan 2010

GEMPA BUMI LEMAH DI KUALA PILAH
30 Nov 2009

TIADA GEMPA SUSULAN DI KUALA PILAH
30 Nov 2009

Nasib lepasan SPM masa kini

Mungkin ramai di kalangan menteri, penjawat awam, pensyarah, doktor, professional, jurutera, wakil rakyat, ahli politik dan lain-lain lagi yang sedang bertugas masa kini, masih ingat lagikah ramai antara mereka ini semasa habis SPM dahulu sekitar tahun 70an, 80an dan mungkin 90an, walaupun kelulusan SPM tidak cemerlang, semua A atau semua A+, mereka ditawarkan melanjutkan pelajaran di IPT dalam atau luar negara dengan biasiswa JPA.

Pada tahun 2010, hanya mereka yang memperolehi 9 A+ ke atas sahaja yang diberi biasiswa JPA tanpa mengira kaum.

Pada tahun 2011 pula , mereka yang memperolehi 8 A+ ke atas diberi biasiswa JPA.

Untuk tahun 2012, lepas SPM 2011 yang memperolehi semua A+ hanyalah 559 pelajar.

Berapakah pecahan kaum yang memperolehi biasiswa JPA pada tahun 2010an 2011? Berapa pula pecahan kaum yang memperolehi semua A+ dalam SPM tahun 2009 dan 2010?

Pada tahun 2011 ada 468,808 calon SPM. Jika hanya 559 orang memperolehi semua A+ , adakah 468,249 atau 99.9 peratus calon lain terpaksa dibebankan dengan pinjaman PTPTN untuk melanjutkan pelajaran ke IPT atau kolej?

SPM high achievers can apply for PSD scholarships
Friday March 30, 2012

SEREMBAN: Students who did exceptionally well in the Sijil Pelajaran Malaysia examination can apply for Public Services Department scholarships from April 9.

Asked if those who scored 8A+ and above would automatically be eligible, the spokesperson said: “This has not been decided yet.”

Last year, all students who scored 8A+ and above were given the PSD scholarships.

In 2010, those who obtained 9A+ or more were given the scholarships, regardless of their race.

A total of 559 students scored straight A+ in last year’s SPM examinations against 403 in 2010. In 2009, 214 students got all A+.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/3/30/nation/11014002&sec=nation#133306447371098&if_height=182

Jika kursus PLKN percuma, kenapa tidak kursus kemahiran?

Sejak tahun 2004 hingga 2011 kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM4.7 bilion untuk program PLKN. Dianggarkan ketika ini terdapat 600,000 bekas pelatih PLKN. Ini bermakna setiap pelatih PLKN kerajaan beri peruntukan (biasiswa) sebanyak RM 7,833.33 setiap seorang pelatih. Jika kerajaan boleh beri secara percuma lepasan SPM mengikuti kursus di PLKN, kenapa tidak kerajaan memberi secara percuma kepada lepasan SPM untuk mengikuti kursus kemahiran seperti jurukimpal, juruteknik, tukang jahit, tukang masak, mekanik dan sebagainya?

Kerajaan belanja RM4.7 bilion untuk PLKN sejak 2004
12 Okt 2011

KUALA LUMPUR: Kerajaan membelanjakan RM4.7 bilion bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak ditubuhkan pada 2004 sehingga 31 Ogos tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

http://www.hmetro.com.my/articles/KerajaanbelanjaRM4_7bilionuntukPLKNsejak2004/Article

600,000 bekas pelatih PLKN bakal sertai BSKN
5 Feb 2012

BAGAN DATOH - Seramai 600,000 bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dijangka menyertai Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN).

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Gadis dan wanita semakin tidak selamat ketika ini

Saban hari ada saja kes jenayah yang melibatkan wanita, para gadis, remaja perempuan sebagai mangsa. Tapi Ketua Polis Negara pula meminta orang ramai tidak tersalah sangka seolah-olah kejadian culik berleluasa di negara ini sehingga keadaan tidak terkawal.

Jilat 3 penculik

30 Mac 2012 - KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan mengalami detik hitam selama tiga jam selepas diculik sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali ketika menunggu bas di Jinjang, di sini, sebelum dipukul dan dipaksa melayani nafsu pelik mereka di sebuah bilik hotel di Balakong, pagi semalam.

Apa yang membimbangkan apabila mangsa mendakwa dia diugut kumpulan terbabit supaya ‘menggantikan’ rakan perempuannya untuk mereka jika enggan rakaman videonya itu disebarkan kepada umum sebelum dibebaskan.

http://www.hmetro.com.my/articles/Jilat3penculik/Article

Jangan salah sangka kejadian culik berleluasa: KPN

21 Mac , 2012 MELAKA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, meminta orang ramai tidak tersalah sangka seolah-olah kejadian culik berleluasa di negara ini sehingga keadaan tidak terkawal.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jangansalahsangkakejadianculikberleluasa_KPN/Article/

Program Kafe Cinta 7 Apr 2012 di Seremban



PROGRAM KAFE CINTA
Tempat : Pusat Dakwah Islamiyyah, Paroi, Seremban
Tarikh : 7 April 2011, Sabtu
Masa : 8.30 pg - 1.00 tgh

Panelis :
Ustaz Norazman Amat (Unit Kaunseling MAINS)
Ustaz Sarip Adul (Universiti Malaysia Sabah)
Ustazah Fatimah Syarha binti Noordin (Penulis Novel Islami)
Omar Kassim (ISMA Seremban)

Yuran : RM5 Ahli , RM10 Bukan Ahli

Hubungi : Alif 013-6640318 , Khairunnisa 013-3943706

Anjuran : Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) N.Sembilan

20120329

Bantuan diperlukan untuk Maahad Tahfiz di Nilai, N.Sembilan



PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK TUJUAN PEMBINAAN SURAU DAN KEPERLUAN MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH

Maahad Tahfiz An Najihah (MATAN), Nilai , Negeri Sembilan ialah sebuah pusat pengajian hafazan Al Quran yang telah didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS) dengan nombor pendaftarannya 41-122/2011. Mula beroperasi pada awal Januari 2010. Jumlah pelajar yang mampu ditampung buat masa ini ialah seramai 50 orang.

Untuk memastikan matlamat pusat pengajian ini tercapai maka maahad ini memerlukan sebuah surau yang baik untuk kemudahan pelajar bersolat sekaligus menjadi tempat belajar dan menghafaz Al Quran. Surau yang ada sekarang menggunakan 3 buah khemah beralaskan pelantar papan plywood menjadikan keadaan agak panas dan kurang selesa. Begitu juga lantai papan juga semakin uzur.

Selain daripada memohon dana surau pihak maahad tahfiz juga disini mengemukakan kos beberapa keperluan pembangunan yang sedang diusahakan seperti berikut di bawah;
a) Surau RM200,000.00
b) Kelas pengajian RM10,000.00
c) Tempat permainan RM30,000.00
d) Dewan makan RM5,000.00
e) Pagar keselamatan mengelilingi sekolah RM15,000.00
f) Sistem perparitan dan pembuangan sampah RM10,000.00
g) Kelengkapan asrama spt almari pakaian pelajar RM15,000.00

Jumlah Keseluruhan RM335,000.00

Sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun atas nama;
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH
NO AKAUN : 555108301296 (MAYBANK)

Sebarang maklumat lanjut yang ingin diperolehi, sila hubungi ;
Ustaz Mohd Zawawi Bin Haji Aman
Pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah
Lot 13504, Jalan Salak, Kg Jijan, 71800 Nilai, N.Sembilan
No. Pejabat : 06-7915070
No. Hp : 013-3331120/016-2633649
Email : admin@annajihah.com
Laman Web: http://www.annajihah.com/

Lubuk panahan petir di Seremban


Diharapkan kementerian serta agensi berkaitan diberi kakitangan serta peruntukan yang secukupnya untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap aduan kes di bawah ini. Malaysia adalah antara negara tertinggi di dunia yang mendapat penahan petir seperti yang dilaporkan di http://kilatmalaysia.blogspot.com/

Penduduk bimbang Taman Zaiton Indah 'lubuk' petir, kilat

29 Mac 2012 : Penduduk di sekitar Taman Zaiton Indah, Ampangan, Seremban, agak risau tentang keselamatan keluarga mereka kerana di kawasan itu kerap menjadi sasaran petir dan kilat yang kadangkala mengeluarkan bunyi amat kuat seperti bom meletup diikuti dengan cahaya kilat berkilauan hingga masuk ke dalam rumah.

Dentuman kuat itu juga menyebabkan beberapa rumah penduduk mengalami kerosakan modem dan peralatan komputer.

Ada antara mereka yang mengeluh kerana dalam masa tiga bulan sahaja lebih daripada sebuah komputer rosak akibat panahan petir dan kilat.

Diharap pihak Jabatan Kaji Bumi atau Jabatan Kaji Cuaca atau mana-mana jabatan berkaitan memberikan kerjasama bagi menyiasat sama ada kilat yang kerap berlaku sehinggakan cahayanya masuk ke dalam rumah walaupun rumah bertutup rapat itu bahaya kepada penghuni ataupun tidak.

Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail
Ampangan, Seremban

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0329&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm


Semarak Kasih Rasul 31 Mac 2012 di Seremban


PROGRAM SEMARAK KASIH RASUL SAW
Tarikh : 31 Mac 2012, Sabtu
Masa : 2 ptg - 10 mlm
Tempat : Bangunan Persatuan India Muslim, Jalan Medan Rahang, Seremban

Semua dijemput hadir

Pelbagai acara menarik , antaranya :
Pertandingan Melukis dan Mewarna
Pertandingan Bercerita
Persembahan Nasyid
Kuiz
Pemeriksaan Kesihatan
Derma Darah
Forum Bicara Islam bersama Dr Hj Ann Wan Seng, Ustaz Mohamed Yousuf Faizy dan Ustazah Nik Norsaha


Perlukah Permohonan UPU lepasan SPM dilanjutkan selepas 2 April 2012?



Pada 27 Mac 2012 anak saya yang mengambil SPM 2011 telah mengisi permohonan ke IPTA secara online melalui UPU iaitu Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar atau lebih dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pada mulanya terkial-kial juga anak saya nak isi borang online ni.

Akhirnya saya terpaksa membantu. Saya pun pening kepala juga mulanya tengok anak saya isi borang ni. Kena baca dulu prosedurnya satu demi satu. Masuk macam-macam data, lepas tu semak apa bidang yang boleh, semak pula apa IPTA yang tawarkan kursus yang boleh diambil. Akhirnya selepas beberapa jam depan komputer barulah dapat.

Tarikh tutup permohonan ialah 2 April 2012. Dalam hati saya terdetik, anak saya ni sekolah di bandar, ada kemudahan internet yang laju di rumah, ada orang yang boleh bantu. Macamanalah nasib anak-anak kita di kampung, di pedalaman atau mungkin ramai juga yang dibandar, di rumah pangsa, perumahan rakyat yang tiada kemudahan internet, yang tiada ibu bapa atau kakak abang membimbing mereka mengisi borang secara online ini selama berjam-jam?

Adakah sengaja permohonan online ini disusahkan supaya tak ramai yang mohon IPTA , agar ramai yang gagal dalam permohonan IPTA ini akhirnya terpaksa belajar di IPTS yang kosnya begitu tinggi?

Oleh itu saya harap semua pihak peka akan isu ini, akan nasib anak-anak kita, nasib anak bangsa kita.

Kalau perlu, dilanjutkan permohonan UPU ini ke satu tarikh yang sesuai sekiranya didapati masih ramai belum memohon, atau ada yang memohon tetapi tersilap isi maklumat. Kalau permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 boleh dilanjutkan permohonannya, kenapa tidak UPU?

**************
5 Isu Permohonan UPU

Berikut adalah maklumat yang diterima dari pihak UPU bekenaan masalah permohonan UPU terbaru. Informasi adalah dikongsi bagi mempermudahkan urusan dan masalah pemohon.

1. Tidak dapat mengemaskini permohonan
2. Tahun spm & angka gilir tiada/blank
3. Nama tertukar dengan pemohon lain
4. Tiada ruangan untuk isi keputusan spm/stpm
5. Hilang no. Unik id

http://www.xpresi.org/5-isu-permohonan-upu/

26 March 2012
Isu-Isu Pengisian Borang Permohonan UPU Lepasan SPM

Malam tadi ketika menghantar ibu mentua ke klinik, JR terdengar perbualan dua orang awek yang kebetulan berada di sisi JR:

Awek A: Hang dah hantaq ke UPU permohonan nak masuk IPTA ka?
Awek B: Dah...Hang pulak?
Awek A: Belum. Tengah isi la tadi, ni kena hantaq mak ngah mai klinik pulak...Errr..aku ada problem sikit la masa isi permohonan tu..
Awek B: Apa problemnya tu?
Awek A: Aku dok isi tapi tak nampak ruang untuk isi result SPM aku pun, hang isi dulu cam na? Tak kan tak payah isi result SPM kot? Habis cam na UPU nak timbang permohonan jika dia tak tau kelulusan kita?
Awek B: Aku dah isi. Memang tak dak ruang untuk isi kelulusan kita pun. Aku pun tak tau...mungkin UPU link exam result tu dengan Kementerian Pelajaran kot, aku agak la...

http://mycuteshoppe.blogspot.com/2012/03/isu-isu-pengisian-borang-permohonan-upu.html

Borang Permohonan Online Kemasukan UPU Sesi 2012/2013

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar atau lebih dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mengumumkan bahawa permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA, Politeknik, TEVT, ILKA) bagi sesi akademik 2012/2013.

PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM DAN SETARAF
Bagi lepasan SPM terbahagi kepada dua iaitu :

1. Permohonan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier bagi program pengajian peringkat Diploma dan Asasi Sesi Akademik 2012/2013 atau Ambilan Julai 2012
2. Permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Politeknik bagi program peringkat Sijil dan Diploma Ambilan Julai 2012.

Tempoh Permohonan
FASA 1 – Pendaftaran Maklumat Permohonan
Tarikh : 15 November 2011 – 31 Disember 2011
FASA 2 – Pengesahan Permohonan dan Pilihan Program Pengajian
Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012

http://snowygirl-syuhada.blogspot.com/2012/03/borang-permohonan-online-kemasukan-upu.html

Kejohanan Futsal Tertutup Remaja Rembau 2012


KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP REMAJA REMBAU 2012
Tarikh : 11 April 2012, Rabu
Masa : 8 pg - 1 tgh
Tempat : Gelanggang Tertutup Sports Planet , Senawang

Yuran : RM 20/pasukan
Hadiah : Johan RM 100, Naib RM 75, Ke-3 RM 50, Ke-4 RM 25

KATEGORI
1. Bawah 15 tahun lelaki (terhad 8 pasukan)
2. Bawah 12 tahun lelaki (terhad 8 pasukan)

Anjuran : Surau Taman Alamanda dan Unit Amal Rembau.

Untuk penyertaan, penajaan hadiah atau pertanyaan sila hubungi :
Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com
Izamri 013-2124086 izamribb@yahoo.com

Untuk mengelakkan unsur judi dalam Kejohanan Futsal ini adalah dimaklumkan hadiah untuk kejohanan ini tidak diambil dari yuran penyertaan. Ianya ada hasil sumbangan individu atau mana-mana pihak yang menaja.

Justeru itu kepada mereka yang ingin menaja hadiah untuk kejohanan ini sila salurkan ke akaun :
Nama akaun : JAWATANKUASA SURAU TAMAN ALAMANDA
Bank Muamalat (Seremban)
No Akaun : 05010001181713

atau akaun Maybank 155126945930

Sila dapatkan syarat kejohanan dan borang penyertaan di http://suraualamanda.blogspot.com/2012/03/kejohanan-futsal-tertutup-remaja-rembau.html


20120328

Bina Pusat Bimbingan Saudara Baru sambil minum cendol



Ketika singgah beli rojak di warung tepi jalan Zareen Cendol depan Balai Bomba Senawang, saya terpandang satu tabung lutsinar berserta dengan surat kelulusan kutipan derma dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Ianya merupakan tabung untuk pembelian rumah di Taman Desa Anggerik, Senawang untuk dijadikan sebagai Pusat Bimbingan Saudara Baru yang diusahakan oleh Persatuan India Muslim Seremban.

Kepada yang ingin turut sama berkongsi saham membeli rumah untuk dijadikan Pusat Bimbingan Saudara Baru ini, bolehlah disalurkan ke akaun Bank Muamalat , No Akaun 0501000368675 atau menghubungi Encik Ali di talian 012-6235298

Atau boleh juga singgah warung Zareen Cendol dan Rojak dan hulurkan sumbangan ke dalam tabung yang disediakan.

Mana nak hantar remaja terlanjur dan mengandung ni?



Saban hari saya dihujani panggilan telefon bertanyakan di mana hendak mencari rumah perlindungan untuk remaja perempuan yang bermasalah. Saya hanya boleh berikan mereka beberapa nombor telefon untuk dihubungi. Ini menunjukkan masalah ini adalah merupakan satu bala yang melanda Malaysia ketika ini.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, selagi kita tidak dapat melaksanakan syariat Islam sepenuhnya, sebarang usaha untuk menyelamatkan remaja ini haruslah disokong oleh semua pihak dan individu.

Saya mendapat maklumat dari Puan Azlin Hezri isteri kepada Dr Dzulkifli Ahmad yang lebih dikenali sebagai Ibu Lin.

Ibu Lin adalah merupakan salah seorang sukarelawan Rumah Perlindungan Puteri Arafiah di Seksyen 7, Shah Alam.

Antara syarat kemasukan remaja bermasalah ke Rumah Perlindungan Puteri Arafiah ialah keluarga akan menempatkan anak mereka di sini sehingga bersalin (jika mengandung) dan sambung sehingga 2 tahun untuk menjalani pemulihan.

Ibu Lin boleh dihubungi di lin_hezri@yahoo.com , fb Azlin Hezri II, HP 0193603234

Maklumat lanjut di http://rumahputeriarafiah.blogspot.com/

Tiap hari dua kes orang, remaja hilang di Malaysia



Satu angka yang agak menggerunkan kita semua, tidak kiralah samada hilang akibat diculik, dibunuh, lari dari rumah dan sebagainya. Ianya menunjukkan institusi keselamatan, sosial, masyarakat dan kekeluargaan di Malaysia sedang menuju kehancuran.

Kes orang hilang membimbangkan

KUALA LUMPUR 27 Mac 2012 - Kes orang hilang terutamanya melibatkan gadis dilihat membimbangkan ketika ini apabila daripada 1,097 yang dilaporkan hilang sejak sepanjang 2011, hanya 406 sahaja berjaya ditemui semula.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, ini bermakna seramai 691 orang masih gagal ditemui dengan sebahagian besar daripadanya kerana lari mengikut kekasih.

Menurutnya, keseluruhan orang hilang pada tahun lalu itu terdiri daripada 371 lelaki dan 726 perempuan. Bilangan yang ditemui semula pula adalah 133 lelaki serta 273 perempuan.

"Mereka yang gagal ditemui adalah seramai 238 lelaki dan 453 perempuan manakala jumlah tertinggi orang yang masih hilang adalah anak gadis berusia 14 hingga 17 tahun.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0328&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Wednesday March 28, 2012
Cops: Average of two people reported missing daily

KUALA LUMPUR: The number of cases involving missing people has increased to a worrying level, with an average of two people reported missing daily nationwide.

Federal CID Director Comm Datuk Seri Mohd Bakri Zinin said that between 2008 and last year, a total of 7,662 people were reported missing nationwide.

From this number, a staggering 3,226 were teenagers between 14 and 17 years old.

“A further breakdown revealed that 1,202 were girls,” he said in an interview at the Grand Dorsett hotel in Subang Jaya yesterday.

Comm Bakri revealed that from the 3,226 cases, a total of 1,742 teens returned home while another 1,484 are still classified as missing.

He said more recent statistics showed that since last year, a total of 1,097 cases of missing people were reported nationwide but only 406 were considered solved after they were found or returned home.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/3/28/nation/11002321&sec=nation#13328947219141&if_height=538

Md Sabu, Chua Jui Meng 1 Apr 2012 di Kuala Pilah



JELAJAH DEMI RAKYAT NEGERI SEMBILAN
Tarikh/Masa : 1 April 2012 (Ahad), Jam 8.45 malam
Tempat : Bilik Gerakan DUN Pilah, Taman Sema, Jalan Melang (JPJ lama), Kuala Pilah
Bersama :
- Tn Hj Md Sabu
- Datuk Chua Jui Meng
- CheguBard
- YB Taufek Abd. Ghani,
- YB Ravi
- YB Aminuddin
- Dr. Rafaie
- YM Tunku Haji Harmy Tunku Hanan

Semua dijemput hadir

Pertanyaan : 013 6520582 (Hanif)

http://pasns.blogspot.com/2012/03/md-sabu-chua-jui-meng-1-apr-2012-di.html

20120327

Kemudahan pengangkutan untuk pelawat di Hospital Seremban



Alangkah baiknya kemudahan serupa dapat disediakan di Hospital Seremban. Ini memandangkan tempat letak kereta awam di Hospital Seremban di bawah kaki bukit, manakala bangunan hospital terletak di puncak bukit. Walaupun terdapat pekhidmatan “shuttle bus”, kekerapannya amat terhad dan tidak disediakan perkhidmatan tersebut pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum.

Hospital P.Pinang Sedia Kemudahan Kereta Buggy

GEORGE TOWN, 26 Mac 2012 (Bernama) -- Hospital Pulau Pinang (HPP) bakal menyediakan kemudahan kereta buggy bagi memudahkan golongan tertentu.

Kenderaan itu akan membawa pesakit dan orang awam yang tidak mampu berjalan dari kawasan letak kereta bertingkat sehingga ke lobi utama hospital dan kawasan sekitar hospital.

http://www.bernama.com.my/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=654914

Rumah Amal Sumber Kasih Sayang Seremban



Badan Amal Asnaf Murni (BAAM) telah diasaskan pada tahun 2008 setelah melihat kesusahan dan kepayahan hidup masyarakat yang kurang bernasib baik terutama sekali yang ketara di kalangan kanak-kanak.

Matlamat : Memberi pembelaan kepada golongan ; anak yatim, fakir miskin, muallaf, anak-anak dari keluarga bermasalah, remaja bermasaalah, asnaf zakat.

Sebarang pertayaan sila hubungi;
Tel: 06-6014040
Encik Muhd : 012-2793598
Puan Rohaya: 018-9093210

Untuk sumbangan sila salurkan ke akaun Maybank :
Nama Akuan : Asnaf Murni , No. Akaun : 562759105064

Alamat pejabat :
Badan Amal Asnaf Murni
No 1238 Jalan Nusari Bayu 4,
Nusari Bayu 2, Bandar Seri Sendayan,
70900 Seremban, Negeri Sembilan
Laman web http://www.badanamal.org/
Emel : Badanamalasnafmurni@gmail.com

Alamat Rumah Amal
Rumah Amal Sumber Kasih Sayang
No 799 Jalan S2 K 22/1 Vision Homes, Seremban 2 ,
70300 Seremban, Negeri Sembilan

BAAM mengalu-alukan dan menerima sebarang bentuk bantuan untuk anak-anak ini.

Contoh barang keperluan yang diperlukan adalah seperti berikut:
Alat tulis, pakaian seragam, beg sekolah dan lain-lain
Sabun, berus gigi, ubat gigi, syampu, sabun pencuci dan lain-lain
Pakaian (Baru atau Terpakai)
Wang tunai atau Cek
Makanan : Bahan makanan asas basah dan kering.Beras, minyak, gula, tepung, telur, ikan bilis, milo, susu tepung, susu pekat, teh, kopi, kicap manis, sos, mihun, mee kuning, biskut, sayuran, bebawang, kentang, daging, ayam, ikan, buah-buahan dan sebagainya.

Md Sabu, Husam Musa dll 1 Apr 2012 di Jempol, N9



SOLAT HAJAT & CERAMAH MEGA
1 April 2012, Ahad, Jam 8 Mlm
Di Muassasah Darul Syariff, Batu Kikir, N.Sembilan
Bersama : Tn Hj Mohamad Sabu, YB Dato’ Paduka Husam Musa, YB Dato Tn Guru Harun Taib, YB Dato Kamarul Baharin Abbas, YB Anthony Loke, YB Dr Hatta Ramli, Ustaz Nasaruddin Tantawi, YB Hj Taufek Abd Ghani dan Sdr Abd Rahman Ramly

Santai bersama Md Sabu 1 Apr 2012 di Senawang



MAJLIS MINUM PETANG DAN CERAMAH
Bersama :
~ Tn Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS
~ YB Dato' Paduka Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan
~ YB Dr. Hatta Ramli, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat
Tarikh : 1 April 2012, Ahad
Masa : 5 ptg
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan Fasa 1, Senawang

Semua dijemput hadir

(Minum petang percuma, kupon tidak diperlukan)

Sebarang sumbangan untuk menjayakan majlis ini atau sumbangan untuk Tabung Dana Pilihanraya PAS DUN Paroi sila salurkan melalui akaun Bank Islam (BIMB) :
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902

Untuk pertanyaan sila hubungi Sdr Hassan 019-2171942

20120325

UPTOWN BAZAR RAKYAT TAMAN TUANKU JAAFAR


Uptown Bazar Rakyat Taman Tuanku Jaafar di Sg Gadut, Seremban telah mula beroperasi pada 3 Disember 2011 yang lalu.

Uptown Bazar Rakyat ini diusahakan oleh bumiputera anak jati Negeri Sembilan dengan sokongan dan kontrak 2 tahun bersama Majlis Perbandaran Nilai.

Tujuan Utama & Visi Uptown Bazar Rakyat :

Memberikan peluang peniagaan kepada usahawan bumiputera untuk mempromosikan produk dan menjadikan Uptown Bazar Rakyat ini sebuah pusat jualan barang kering keperluan harian serta sebuah destinasi popular di Negeri Sembilan.

Pakej Ruang Tapak Niaga ;

i. Pakej Harian : Kadar Sewa RM100.00 (Jumaat, Sabtu & Ahad)

ii. Pakej Bulanan : Kadar Sewa RM300.00 (Setiap Hari kecuali Selasa)

* tertakluk kepada terma & syarat

Jenis Urusniaga : Barang-barang Kering dan Keperluan Harian

Masa Urusniaga: 6.00pm - 1.00am (setiap hari)

Lokasi: Medan Selera Taman Tuanku Jaafar (tapak pasar malam)

Kemudahan yang disediakan:

* Khemah 10'x10'

* Lampu & Soket Elektrik

* Kebersihan

* Keselamatan

Pentas Utama: Pelbagai aktiviti kemasyarakatan setiap bulan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 019-6859478

Facebook Uptown Ttj Bazar Rakyat di http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100002988608574

20120323

Tidak ramai yang prihatin nasib saudara baru



Tidak ramai daripada kita yang betul-betul prihatin akan nasib dan permasalahan saudara baru. Jika kita tidak mampu untuk meluangkan masa membantu saudara baru ini, setidak-tidaknya kita memberi sokongan moral kepada mereka yang melakukan usaha membimbing saudara baru ini secara sukarela.

Bagi yang ada kemampuan kewangan bolehlah menghulurkan sumbangan kepada badan sukarela seperti Yayasan Kasih Sayang.

Untuk mengetahui pahit jerih Yayasan Kasih Sayang membimbing saudara-saudara baru ini sila ke laman web mereka di http://yksnegerisembilan.com/

Sumbangan boleh disalurkan melalui Cek/Transfer/Bank In:-
Nama Akaun : YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN
No Akaun : 05021010019276
Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

Sumbangan juga boleh dihantar ke alamat :

Pejabat Urusan YKSNS
No. 22 A Jalan Angkasaria, Taman Bukit Pilah Perdana,
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Tel: 06-4810092 / 0122 Faks: 06-4810576
Pegawai Bertugas: Puan Zarinah binti Abdul Kabor

Rumah Kasih Sayang ( Kuala Pilah )
Kompleks Masjid Tok Muar,
No. 1 Taman Cemerlang,
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
06-4810 068
Pegawai Bertugas: Ustaz Muhammad Aiman Danial bin Abdullah

One Stop Center,
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan
Pusat Dakwah Islamiah Paroi
Tel: 06-678 1021
Pegawai Bertugas: Puan Rehan binti Kassim

Lima dari 10 remaja cenderung lari dari rumah



22 Mac 2012 - Kira-kira lima daripada 10 remaja berusia 13 hingga 17 tahun yang bermasalah cenderung untuk lari dari rumah. Kaunselor Berdaftar, Hushim Salleh berkata, rekod berkenaan hasil kajian sesi kaunseling dan seminar keibubapaan yang dilakukannya.

Katanya, golongan itu mendakwa dengan melarikan diri dari rumah dapat menyelesaikan masalah dan meredakan tekanan dihadapi.

‘‘Malangnya mereka tidak sedar bahawa ia tindakan terburu-buru yang mengundang kepada masalah sosial lebih berat dan terjerumus dengan pelbagai permasalahan lain jika tidak dibendung.

‘‘Biasanya mereka lebih nekad untuk melarikan diri apabila ada dorongan atau bantuan orang luar untuk berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi di Pulau Pinang hari ini.

Hushim yang berada di negeri utara itu atas jemputan mengendalikan seminar keibubapaan berkata, orang luar yang selalunya menggunakan alasan ingin membantu remaja berkenaan keluar daripada masalah, tidak sepatutnya mencadangkan mereka melarikan diri atau membelakangkan ibu bapa.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm

20120322

Orang Rembau pakar buat senapang untuk lawan Portugis

Semakin hari semakin banyak persoalan timbul akan kaitan serangan Portugis ke atas Melaka untuk merampas senjata rahsia umat Islam ketika itu , iaitu senapang dan meriam. Kaitannya dengan sejarah kedatangan orang Minangkabau dari istana Pagaruyung ke Rembau, bergabung dengan orang Asli suku Jakun untuk menghalau penceroboh Portugis dari Nusantara. Dapatan ini dikukuhkan lagi dengan perkhabaran bahawa pembesar Melaka telah berundur ke Rembau dan Johor. Anak Bendahara Tun Perak pula iaitu Tun Zainal Abidin pernah menjadi Datuk Lubuk China di Rembau.

Setiap perlantikan Undang dan Yang Dipertuan Besar pada awalnya perlu mendapat restu dari kesultanan Johor. Semakin menarik sejarah ini.

Dikatakan juga orang Minangkabau adalah pakar dalam pembuatan logam terutama besi dan tembaga untuk membuat senjata api seperti senapang dan meriam, lebih lama sebelum kedatangan tentera penceroboh Eropah ke Nusantara ini.

Orang Eropahlah yang merampas senjata api ini dan membawa ke Jepun. Senjata api hasil orang Melayu ini, orang Jepun belajar membuat senjata api.

Semua dapatan di atas ini perlu dibuat kajian secara mendalam, saintifik , sokongan dari pembesar, kementerian dan sebagainya. Kalau kita sanggup melabur begitu banyak untuk mengenang kembali Peristiwa Bukit Kepong, kenapa tidak dilakukan pelaburan yang lebih lagi untuk mengkaji sejarah bangsa sebelum kedatangan tentera penceroboh Eropah ke Nusantara?

The Minangkabau have a long history of brassworking and forging iron weapons and farm tools. They used cannons and bored matchlocks long before Europeans arrived. http://hotelbenteng.com/index.php?option=com_content&task=view&id=4&Itemid=1

Senjata rahsia orang Melayu kini dilelong di Eropah http://waghih.blogspot.com/2012/03/senjata-rahsia-orang-melayu-kini.html

Jasa kaum Cina pertahan Melaka dari serangan Portugis http://waghih.blogspot.com/2012/03/jasa-kaum-cina-pertahan-melaka-dari.html

Tun Zainal Abidin bin Bendahara Paduka Raja Tun Perak [Dato' Lubok China] http://www.royalark.net/Malaysia/malacca5.htm

SUMBER

Ke mana nak hantar remaja perempuan terlanjur, bermasalah?



Minggu lepas ketika saya sekeluarga dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Seremban saya menerima satu panggilan telefon yang mencemaskan dari seorang wanita. Beliau begitu terdesak untuk mendapatkan orang yang perlu dihubungi yang mengendalikan rumah perlindungan untuk remaja perempuan yang bermasalah di Seremban.

Disebabkan saya sedang memandu, perjalanan masih jauh, tiada akses internet, saya pun berilah nombor telefon sahabat saya yang lain dengan harapan sahabat saya tadi boleh membantu wanita tadi yang kedengaran begitu amat terdesak.

Minggu ini saya menerima panggilan telefon lagi bertanyakan mengenai rumah perlindungan untuk remaja perempuan yang terlanjur. Jadi saya carikan maklumat mengenai rumah perlindungan tersebut. Di Negeri Sembilan dalam carian saya hanya ada satu sahaja rumah perlindungan yang khusus seperti ini yang diuruskan oleh satu badan sukarela.

Kepada sahabat dan pembaca semua, bukan senang hendak menguruskan rumah perlindungan ini , lebih-lebih lagi dengan dana yang terhad. Sementara kita belum menjumpai jalan penyelesaian (pelaksanaan hukum hudud) masalah gejala sosial, anak luar nikah, zina di kalangan remaja kita, maka kita seharusnya menyokong sepenuhnya usaha murni seperti ini, apatah lagi ianya dijalankan secara sukarela.

No akaun bank Rumah Lindungan Kasih Tampin ada di hujung artikel ini.

Semoga Puan Rolaina serta petugas di Rumah Lindungan Kasih Tampin diberi kekuatan dan ganjaran pahala yang terbaik di akhirat nanti atas usaha murni ini.

Maklumat dari Laman web : http://yakinmalaysia.com/

Rumah Lindungan Kasih Tampin Negeri Sembilan merupakan satu pusat jagaan di bawah Badan Amal Kemajuan Insan Malaysia, YAKIN Malaysia.

Rumah Lindungan ini mula beroperasi pada 1hb Januari 2008 yang menempatkan penghuni perempuan sahaja dan tiada sebarang pembayaran dikenakan.

Rumah Lindungan Kasih ini memberikan perkhidmatan perlindungan, pendidikan, kemahiran dan bimbingan kepada 2 kategori penghuni iaitu :

1. Anak Anak Yatim Yatim Piatu Miskin
Merangkumi anak anak yatim perempuan yang berumur dari 9 tahun hingga 15 tahun sahaja yang miskin dan terbiar dan amat memerlukan bantuan dari segi pemakanan, kediaman, pengurusan diri dan pendidikan yang lebih sempurna dan selesa.

2. Remaja teraniaya dan hilang arah tuju
Merangkumi remaja perempuan berumur 15 tahun hingga 20 tahun yang menghadapi masalah akhlak seperti mengandung di luar nikah, liar, teraniaya dan tiada arah tuju. Kemahiran dan bimbingan agama turut disediakan sebagai bekalan apabila mereka keluar dari rumah ini kelak.

Syarat Kemasukan

1. Anak Anak Yatim : Miskin , Warganegara Malaysia , Berumur 9 hinggga 15 tahun , Semua Bangsa , Perempuan , Miskin , Rela Hati

2. Remaja teraniaya / hilang arah tuju : Warganegara Malaysia , Berumur 10 hingga 23 tahun , Islam , Melayu , Perempuan , Tiada Kes Polis/juvana , Rela Hati

Alamat :
Rumah Lindungan Kasih
No. PT 7138-PT 7146
Taman Suria, 73000 Tampin
N. Sembilan
Tel / Fax : 06-4415875
Laman web : http://yakinmalaysia.com/
E-mel : rumah_lindungan@yahoo.com

Sumbangan kewangan ini boleh dibuat melalui cek/draf Bank/ kiriman wang pos/ atas nama:

BADAN AMAL KEMAJUAN INSAN MALAYSIA ( INSAN PENYAYANG )
AKAUN NO : 14153 – 01 – 001902 -1 ( BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD )

Atau

LINDUNGAN KASIH YAKIN MALAYSIA
AKAUN NO : 0 502101 00 24678 (BANK ISLAM BERHAD)

Setiap sumbangan yang disalurkan akan dikeluarkan resit rasmi, resit tersebut boleh digunakan untuk taksiran cukai pendapatan ( ruj no: LHDN 01/35/42/51/179-6.5841 )

Fenomena gadis hilang serta culik di Malaysia



Berita kehilangan anak gadis di Malaysia ketika ini semakin mendapat perhatian. Tidak kiralah samada anak gadis tersebut diculik atau lari dari rumah ianya adalah merupakan satu bencana dalam masyarakat kita. Dan bencana ini harus kita tangani bersama. Institusi kekeluargaan dan masyarakat harus diperkukuhkan untuk mengelakkan jenayah serta gejala lari dari rumah ini berleluasa.

Bagi kita umat Islam untuk mengukuhkan institusi keluarga perlu ditekankan aspek solat jemaah di kalangan ahli keluarga. Untuk mengukuhkan institusi masyarakat, solat jemaah di surau dan masjid perlu diperhebatkan.

Tempat yang terbaik untuk mengingatkan masyarakat ialah semasa khutbah Jumaat. Para khatib perlu diberi kuasa autonomi agar mereka menyediakan teks khutbah mereka sendiri seterusnya menghayati penyampaian khutbah Jumaat untuk menyedarkan masyarakat supaya bersama menangani bencana yang melanda negara ketika ini.

Lagi Gadis Dilaporkan Hilang Di Pahang

21 Mac , 2012 KUANTAN: Seorang lagi pelajar berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas keluar membeli kad tambah nilai telefon bimbit. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran, pelajar terbabit Nornabila Mat Yaacob didapati tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama seorang rakannya pada Isnin lepas di Jerantut.
http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2012/3/21/mstar_jenayah/20120321230608&sec=mstar_jenayah

Jangan salah sangka kejadian culik berleluasa: KPN

21 Mac , 2012 MELAKA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, meminta orang ramai tidak tersalah sangka seolah-olah kejadian culik berleluasa di negara ini sehingga keadaan tidak terkawal.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jangansalahsangkakejadianculikberleluasa_KPN/Article/

Kekadang kita lupa untuk hargai isteri juga banyak bersyukur



Sama-samalah kita membantu Saudara Abil Fikri serta isteri beliau Fauziah menurut kemampuan kita. Kepada mereka yang mempunyai isteri dan anak-anak yang sihat, banyakkan bersyukur kepada Allah dan sentiasa berusaha dan berdoa agar seluruh ahli keluarga kita menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah.

Berhenti kerja jaga isteri derita saraf otak
22 Mac 2012

SEREMBAN: Seorang perunding kewangan sebuah bank di ibu negara sanggup berhenti kerja demi menjaga isterinya yang kini terlantar akibat saraf otak tidak berfungsi selepas diserang penyakit asma sejak Jun tahun lalu.

Abil Fikri Ahmad, 43, yang nekad mengambil keputusan itu tidak lagi mampu menanggung kos untuk mengupah pembantu bagi menjaga serta merawat isterinya, Fauziah Muhamad, 38, wanita yang dikahwini tiga tahun lalu.

“Walaupun kehilangan kerja, saya tidak menyesal mengambil keputusan itu kerana berasa puas dapat menjalankan tanggungjawab terhadap isteri.

“Lebih meruntun jiwa, doktor mengesahkan isteri tiada harapan pulih,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Taman Sri Putih, Rasah, di sini, semalam.

Menurutnya, dua tahun melayari bahtera rumah tangga bersama isteri tercinta, dia diuji dengan dugaan paling besar sebagai seorang suami apabila Fauziah diserang penyakit itu.

“Saya reda dan menganggap ujian ini sebagai satu amanah diberi Allah untuk menunaikan tanggungjawab menjaga isteri yang sakit.

“Kini, isteri hanya bergantung kepada susu untuk mengalas perutnya kerana tidak mampu menjamah makanan lain. Kadangkala hati jadi sebak melihat keadaannya hingga menitis air mata,” katanya.

Menurut Abil Fikri, kisah sedih mereka bermula apabila Fauziah diserang asma teruk pada Jun tahun lalu sehingga mengakibatkan denyutan jantungnya terhenti dan tidak sedarkan diri.

Menurutnya, biarpun pada mulanya sukar menerima kenyataan itu, namun berkat sokongan ahli keluarga dan rakan dugaan itu ditempuh dengan reda.

“Isteri memang ada penyakit asma tetapi tidak kronik, pada Jun tahun lalu dia diserang asma teruk dan perkataan yang terakhir saya dengar dari mulutnya ‘panggil ambulans’ dan kini dia tidak mampu bercakap lagi.

“Saya rindukan isteri yang dulu sebagai tempat bermanja, penghibur dan peneman hidup saya dari kesunyian tetapi kini dia sudah tidak mampu bergerak dan bercakap lagi,” katanya.

Menurutnya, dia yang berhenti kerja sejak Julai tahun lalu kini terpaksa bergantung pada duit simpanannya yang semakin berkurangan untuk menampung kos membeli lampin pakai buang, susu dan kos rawatan Fauziah.

Malah, katanya, bagi mengurangkan beban tanggungan kos sara hidup dan ansuran pinjaman rumah, dia menjual rumah yang baru dibeli di Kuala Lumpur.

“Hidup saya benar-benar diuji kerana selain kos rawatan isteri yang tinggi, saya juga terpaksa meluangkan sepenuh masa dan perhatian untuk menguruskan dia yang terlantar di atas katil.

“Bukan hanya mendapatkan rawatan di hospital saja, malah saya juga sudah berikhtiar menggunakan kaedah rawatan Islam yang diperkenalkan beberapa kenalan, namun keadaan isteri masih tidak berubah dan bertambah teruk sejak 10 bulan lalu,” katanya. Sebarang bantuan boleh disalurkan dengan menghubungi Abil Fikri di 016-2634258 atau memberi sumbangan terus ke akaun bank CIMB milik Abil Fikri Ahmad 0506-0040577-52-1.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Berhentikerjajagaisterideritasarafotak/Article/index_html

20120320

Keluarga Melayu merempat di Seremban, perlu bantuan

Ashadi bin Kadir yang beralamat di No 300, Lorong Jasmin 5/1, Taman Jasmin, Senawang amat memerlukan bantuan kita semua. Rumah yang dibelinya pada tahun 2007 pada harga RM 55,000.00 pihak bank BSN telah melelongnya pada harga RM 32,000 pada hujung Februari 2012. Dia terpaksa melepaskan rumah yang amat disayanginya kerana tidak mampu membayar tunggakan RM 7,000 apabila tempat kerja lamanya mempunyai masalah kewangan.

Kini Ashadi hanya mampu bekerja kilang di Senawang dengan gaji RM 800. Yang membeli rumahnya dalam lelongan tersebut ialah orang Melayu dari Kedah katanya. Dia diberi tempoh sehingga 21 Mac 2012 untuk mengosongkan rumah tersebut. Kini 20 Mac 2012, beliau masih belum dapat rumah baru untuk didiami pada kadar harga yang berpatutan.

Beliau ada memohon rumah PPR Senawang (rumah pangsa milik kerajaan negeri), tapi hanya akan dapat dalam tempoh sebulan dua lagi.

Rumah mertua Ashadi ada di Panchor, tetapi ianya sudah sempit dengan adik beradik sebelah isterinya sudah ramai di sana. Sedangkan Ashadi mempunyai 3 orang anak berusia 3 tahun, seorang di Tabika Perpaduan KEMAS dan seorang di Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Senawang.

Nak tak nak, esok 21 Mac 2012, Ashadi sekeluarga perlu mengosongkan rumah beliau di Taman Jasmin. Kalau tiada tempat untuk meletakkan barangan rumahnya, mungkin terpaksa diletak tepi jalan, atau surau, atau masjid.

Ashadi bukan hendak minta sedekah. Beliau hanya perlukan bantuan untuk mendapatkan rumah sebulan dua , sementara menunggu rumah PPR Senawang.

Kalau ada sesiapa yang boleh bantu sila hubungi Ashadi di talian 017-6055185.

Mereka yang ingin memberikan sumbangan kewangan untuk meringankan beban Ashadi untuk sewa lori pindah rumah , atau bayar deposit rumah sewa boleh dimasukkan ke akaun CIMB atas nama Ashadi bin Kadir , No Akaun 05060136279529.

Pengesahan cerita Ashadi Kadir ini boleh dibuat melalui Rozmal bin Malakan tel 012-2267406, e-mel rozmal@yahoo.com

20120319

Kisah benar seorang penunggang motosikal tanpa lesen


19 Mac 2012 -SAYA adalah warganegara Malaysia berstatus bumiputera berumur 33 tahun yang masih belum memiliki lesen memandu hingga saat ini. Tujuan utama saya menulis dan meluahkan perasaan saya dalam Forum Utusan Malaysia ini adalah semata-mata untuk memohon pertolongan dan seterusnya membuka mata hati dan perasaan pihak jabatan kerajaan terutama Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM Cawangan Trafik), bahagian Majlis Keselamatan Jalan Raya dan pihak berkuasa daripada kementerian berkaitan.

Saya bukan tidak mampu untuk memiliki lesen memandu. Saya tahu sesetengah pusat latihan memandu ada menyediakan kemudahan bayaran secara ansuran, malah harga untuk memiliki lesen motosikal pun murah hanya RM211 sahaja. Oleh kerana saya menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada kerajaan, saya ingin memiliki lesen memandu yang sah dengan menggunakan wang bantuan tersebut.

Sebelum ini, saya bukan tidak mahu mengambil lesen memandu bahkan itulah yang saya impikan dalam hidup untuk memilikinya kerana bagi saya tanpa lesen memandu hidup saya sangat terseksa.

Suatu hari, saya pernah mendaftar untuk mengambil lesen memandu motosikal dan kereta. Saya membayar RM100 untuk pendaftaran tersebut. Saya menghadiri dan mendengar sesi taklimat pukul 8 pagi. Saya diberi tarikh untuk menghadiri hari ujian berkomputer di RILEKS. Bila tiba harinya, saya orang paling awal tiba di pejabat RILEKS walaupun pejabatnya belum dibuka. Setelah dibuka, nama saya tidak dipanggil, berjam-jam saya menunggu. Orang lain datang kemudian yang dipanggil.

Saya bergegas ke kaunter dan bertanya kenapa nama saya tidak dipanggil sehingga tinggal saya seorang sahaja di situ? Dengan tindakan segera seorang kerani di situ menghubungi pegawainya melalui telefon.

Hampir 10 minit mereka berbincang di dalam talian. Akhirnya kerani tersebut memberitahu kepada saya, nama saya tidak disenaraikan dalam senarai calon ujian kerana saya mempunyai beberapa saman tertunggak kerana kesalahan trafik (saman tiada lesen memandu sebelum ini). Saya diarahkan untuk melangsaikan kesemua saman tersebut hingga nama saya bersih dalam sistem komputer.

Saya sangat kecewa, kenapa ada undang-undang yang tidak benarkan pesalah trafik mengambil lesen memandu walaupun mempunyai saman tertunggak. Untuk pengetahuan, saya mempunyai saman trafik yang tertunggak melebihi RM3k. Kini saman saya kian bertambah sehingga sekarang.

Saya juga pernah tiga kali dikejar polis kerana melarikan diri dari sekatan jalan raya, saya lari kerana tiada lesen memandu dan saya bersyukur kerana saya terlepas.

Saya berpendapat lesen memandu boleh mengubah taraf hidup seseorang itu kearah yang lebih baik, malah lesen memandu juga boleh menjadikan seseorang rakyat Malaysia mencapai pendapatan yang lebih stabil. Saya yakin ramai yang senasib dengan saya sukar mencari pekerjaan tanpa lesen memandu.

Dengan adanya lesen memandu seseorang itu boleh memohon pekerjaan sebagai penghantar surat, penghantar Pizza, pemandu van kilang, pemandu peribadi atau pemandu lori yang menjanjikan pendapatan bulanan RM1,000 hingga RM2,500 atau lebih.

Tetapi itu semua hanya impian jika mereka mempunyai lesen memandu.

Kini saya hidup dalam ketakutan kerana sekarang saya mempunyai 12 saman trafik yang mana kesemuanya kesalahan tiada lesen memandu.

Semakin hari semakin bertambah saman saya. Sedangkan saya memang tak mampu membayar saman kerana bekerja sendiri dan mempunyai tanggungan.

Saya beroleh pendapatan kurang dari RM700.

Saya merayu agar dapat memansuhkan semua saman tertunggak bagi memudahkan rakyat memiliki lesen memandu yang sah. Saya juga merayu kepada pihak kementerian terbabit agar meneliti dan bersimpati dengan kes seperti ini.

Saya yakin masih ada ribuan rakyat lagi yang menderita tiada lesen memandu yang sama senasib seperti saya. Janganlah menghalang rakyat mengambil lesen memandu disebabkan saman tertunggak mereka kerana selagi mana seseorang rakyat itu tidak berkemampuan membayar saman selagi itu jugalah samannya akan bertambah serta jumlah yang perlu dibayar kian tertunggak.

Situasi ini boleh memberi impak yang negatif hingga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan perasaan, kemurungan dan merasa gemuruh jika berdepan dengan sekatan jalan raya oleh polis trafik atau JPJ. Ada dan akhirnya dia berpatah balik kemudian berlaku kemalangan maut, padahal dia bukanlah tidak mahu mengambil lesen sebelumnya tetapi tidak dibenarkan oleh undang-undang untuk mendapatkan lesen akibat saman tertunggaknya.

Jika semua rakyat mempunyai lesen memandu, saya yakin rakyat mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang tetap dan terjamin serta perjalanan mereka di jalanraya dalam situasi yang aman.

Kepada sesiapa mempunyai masalah sama, sila emelkan kepada kamenrider1malaysia@gmail.com. Saya akan salin dan lekat emel anda dan akan menyiarkan dalam sebuah blog yang akan dibangunkan kelak.

Kami bukan pembangkang, tetapi kami akan menyokong kerajaan jika transformasi berlaku ke atas status saman kami. Kami hanya mahu lesen sahaja. Tolonglah.

Oleh KAMEN RIDER 1MALAYSIA, DUN Chenor, Pahang

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0319&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

Lampu isyarat punca kesesakan luar biasa di Kuala Pilah



Pada hari Ahad 18 Mac 2012 saya melalui jalan Kuala Pilah – Seremban (Jalan 51) dari arah pekan Kuala Pilah sekitar jam 5 petang. Kebiasaannya kesesakan lalulintas di jalan ini ialah dari arah Kuala Pilah ke Seremban, bukan dari Seremban ke Kuala Pilah.

Apabila saya menghampiri persimpangan tiga lampu isyarat di Ampang Tinggi selepas Melang, saya dapati kenderaan dari jalan Seremban Lama (Jalan N3) telah menghalang kenderaan dari Seremban hendak menuju ke Kuala Pilah melalui Jalan 51 walaupun lampu isyarat telah merah.

Disebabkan kedegilan para pemandu kenderaan dari Jalan N3 hendak masuk simpang menuju ke Seremban menghalang jalan ianya telah menyebabkan kesesakan yang begitu luar biasa dari Ulu Bendul ke simpang Ampang Tinggi ini, dan seterusnya hingga ke Kuala Pilah samada melalui Jalan 51 mahu pun Jalan N3.

Pihak Jabatan Kerja Raya harus melakukan kajian semula kesesuaian lampu isyarat di Ampang Tinggi ini.

Meletakkan anggota polis trafik semasa waktu puncak hanyalah penyelesaian masalah yang sementera.

Hanya tiga langkah yang boleh diambil oleh pihak JKR untuk penyelesaian jangka panjang.

Pertama, mengadakan jejambat (flyover) atau persimpangan bertingkat, akan tetapi ini memerlukan kos yang amat tinggi.

atau

Kedua, tidak meletak lampu isyarat di persimpangan tiga Ampang Tinggi.

atau

Ketiga, menambahkan masa lampu hijau untuk kenderaan yang melalui Kuala Pilah - Seremban (Jalan 51) dan memendekkan masa kenderaan yang keluar simpang dari dari jalan Seremban Lama (Jalan N3).

Kuliah Ustaz Ruslan 31 Mac 2012 di Senawang

KULIAH TASAWUF
Oleh Ustaz Ruslan Abd Razak
Tarikh : 31 Mac 2012 , Sabtu
Masa : 7:45 malam (selepas solat Maghrib)
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Antara Pengisian:
- Ratib Al Hadad,
- Syarah Kitab Tajul ‘Urus,
- Selawat

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Jamuan ringan & minuman disediakan

Sekolah Menengah Agama pelawa sumbangan Kertas A4



Sebuah Sekolah Menengah Agama di Negeri Sembilan mempelawa kepada sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan Kertas A4 gred (IK YELLOW 70 gsm) sebagai sebahagian dari program peningkatan akademik pelajar sekolah berkenaan agar lebih banyak nota-nota dapat diagihkan kepada para pelajar secara percuma.

Mereka yang berminat sila hubungi Sdr Rozmal di talian 012-2267406 atau e-mel rozmal@yahoo.com . Sila nyatakan berapa rim Kertas A4 yang ingin disumbangkan.

20120317

Jiwa Muda Kreatif 7 April 2012 di Kuala Lumpur


Satu Program yang agak menarik yang dianjurkan oleh Muslim Muda Professional dalam suasana yang sesuai dengan jiwa anak muda masa kini yang dipanggil Creativity & The Spiritual Path 2012 (CSPKL) Kuala Lumpur. Mereka yang berkesempatan harus mengambil peluang ke program julung-julung kali diadakan di Asia.

Maklumat lanjut di http://www.facebook.com/cspkl

Creativity & The Spiritual Path 2012 (CSPKL) Kuala Lumpur will be held on Saturday April 7th & 8th, 2012 at the Islamic Arts Museum Malaysia (IAMM) and Sime Darby Convention Center, Kuala Lumpur. This is the first time the event is organized in Asia.

CONFERENCE @ Saturday 7th April 2012:

Gathering of creative Muslim professionals will engage a series of presentations, discussion panels and spiritual talks by acclaimed international and local creative Muslims, and will showcase products of their work and talents.

Venue: Islamic Arts Museum

Time: 8:30 - 5:00pm

DINNER @ Sunday 8th April 2012:

Dinner will feature the story of CSP with performances from Nader Khan, a contemporary singer from Canada, together with local rock act Al Farabi Band and Imad.

Venue: Sime Darby Convention Center

Time: 7pm

TICKET FEES

Conference :

RM70 - Forum ONLY

RM100 - Forum and Lunch (lunch at Islamic Arts Museum Restaurant)

Dinner: RM150

Conference & Dinner Packege:

RM200 - Conference with lunch and Dinner

Inquiries:

For any inquiry please contact:

Email : sharifah@crescentcollective.org

Tel : +6017.6164.020

For ticket booking please contact Amy at:

Email : info@taatfoundation.org

Tel : +603.2166.6300 or +6016.2258.311

Gotong Royong DUN Kota 25 Mac 2012


PAS DUN Kota, Negeri Sembilan akan mengadakan program gotong royong di Bilik Gerakan UPU Pekan Chengkau pada hari Ahad 25 Mac 2012 bermula jam 9 pagi. Kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan sila hubungi Pengarah MTD DUN Kota, Sdr Izamri Med 013-2124086 atau salurkan ke akaun CIMB, Akaun No. 05020693061526

Tiap hari kes bunuh, hanya Solat jalan Penyelamat


Tiap-tiap hari sekarang ini kita dengar kes bunuh, jenayah yang semakin kejam. Pendekatan cegah jenayah harus diteruskan oleh semua pihak. Yang paling penting kita umat Islam ialah seiringkan dengan pendekatan spiritual. Pastikan surau dan masjid di kariah kita, kejiranan kita dipenuhi dengan solat jemaah 5 waktu setiap hari, terutamanya solat Subuh. InsyaAllah, masjid dan surau di kawasan yang dipenuhi solat jemaah 5 waktu kita akan dapati kurang kes jenayah dan gejala sosial di kawasan tersebut, Yakinlah.

Wanita hamil maut ditikam di rumah

17/03/2012

KUALA LUMPUR - Seorang wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian badan serta luka di tangan dipercayai dibunuh suaminya di ruang tamu rumah di Pangsapuri Permai, Sungai Besi di sini, semalam.

"Mangsa yang merupakan seorang pekerja swasta yang tinggal di pangsapuri berkenaan dalam tiga ke empat bulan lepas telah dibunuh di dalam rumah itu dan polis tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh suami mangsa.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_04.htm

Gadis parah terjun balkoni

17 Mac 2012

AMPANG JAYA - Tiga beradik perempuan yang bimbang akan diapa-apakan penjenayah bertindak nekad terjun dari balkoni tingkat dua rumah yang mereka diami hingga mengakibatkan dua parah dalam kejadian di Taman Nirwana di sini semalam.

Kejadian pukul 5 pagi itu menyebabkan Nurul Aishah Nik Othman, 18, cedera parah di kepala; Nurul Athirah, 19, patah kaki dan Nurul Adawiyah, 21, cedera ringan selepas mereka bertindak terjun sebaik menyedari rumah dipecah masuk penjenayah.

Rumah tersebut merupakan milik bekas Ketua Polis Selangor, Datuk Johar Che Din dan mangsa merupakan ahli keluarga menantu perempuan Johar. Johar tidak tinggal di situ dan sekarang menetap di Taman Tun Razak (TAR), di sini bersama isterinya, Datin Hapsah Mohd. Yunus, 60.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Lagi maut, Malaysia antara negara tertinggi di dunia dipanah petir


Pelajar maut dipanah petir - 17 Mac 2012 MELAKA - Hajat seorang pelajar tahun dua Kolej Universiti Islam Melaka, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah menyertai rakan-rakannya untuk bermain bola sepak di stadium kolej berkenaan musnah apabila dia maut selepas dipanah petir kelmarin.

Kejadian pukul 6.30 petang itu bukan sahaja mengakibatkan pelajar semester empat Diploma Kejururawatan, Mohd. Ridwan Jamal, 20, maut, malah sembilan lagi rakannya yang berada berdekatan turut tercampak kira-kira satu meter. Bagaimanapun, mereka tidak cedera.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika pelajar dari Taboh Naning, Alor Gajah itu baru sahaja melangkah masuk ke dalam padang untuk menyertai rakan-rakannya bermain bola sepak ketika hujan renyai-renyai.


***

Negara kita Malaysia adalah antara negara tertinggi di dunia yang menerima panahan petir.

Analisis isu ini dan beberapa laporan peristiwa panahan petir di Malaysia sebelum ini di http://kilatmalaysia.blogspot.com

20120316

Rindu betul lama tak dengar Khutbah Jumaat yang ori


Jumaat 16 Mac 2012, saya solat Jumaat di Masjid at Taqwa di Batu Enam, Kuala Terengganu seperti kebiasaan bila saya ke Terengganu. Khatib naik mimbar, nampak gaya orang muda lagi. Tajuk khutbah ialah berkisar bulan Rabiul Awal, Maulid Nabi dan sayangi Rasulullah, tak ada pun sentuh isu politik kepartian. Khatib berkhutbah yang sebenarnya , bukannya membaca teks khutbah.

Dengan penuh semangat khatib menceritakan mengenai kisah sahabat Nabi saw, iaitu Abu Ubaidah Al Jarrah. Begitu menusuk kalbu khutbah yang dibaca oleh khatib, hingga sebak dada menahan air mata. Juga sebak dada menahan air mata merindukan bacaan khutbah yang sebegini.

Satu-satu masuk ke dalam telinga mengenai kisah Abu Ubaidah Al Jarrah ini, bagaimana beliau begitu kasihkan Nabi saw, kasihkan Allah, sehingga sanggup mematahkan kedua-dua gigi geraham kanan dan kiri kerana tidak mahu Abu Bakar as-Siddiq memotong rantai baju besi Nabi saw yang tersangkut pada pipi Nabi saw dengan menggunakan pedang.

Mula-mula sebak dada menahan sedih. Kemudian khatib membaca sebuah hadith dan mengulasnya dengan penuh semangat. Meremang bulu roma bila khatib membaca dan mengulas hadith tersebut, sampaikan rasa takut hendak menyimpan harta dan wang , jika tidak diinfakkan atau dibelanjakan di jalan Allah.

Iaitu hadith mengenai mereka yang menjadi hamba dirham, hamba dinar, hamba tempolok perut yang tak pernah cukup-cukup.

Allahhu Akbar. Bilalah masjid-masjid di seluruh Malaysia boleh melahirkan khatib-khatib yang boleh berkhutbah hingga menusuk kalbu seperti di Masjid At Taqwa Batu Enam ini?

Inilah antara khutbah Jumaat yang terbaik yang saya pernah dengar.


Utusan Malaysia 16 Feb 2011

Dilema Abu Ubaidah bunuh bapa sendiri

DALAM perang Badar banyak peristiwa yang menjadi iktibar dan pengajaran kepada semua. Antaranya ia menyaksikan majikan dibunuh oleh hambanya sendiri, seperti yang berlaku terhadap Bilal yang membunuh bekas majikannya, Umayyah bin Khalaf.

Selain itu, terdapat beberapa peristiwa yang melibatkan pembunuhan antara anak beranak (anak membunuh bapa), adik beradik dan saudara mara,

Antara peristiwa yang membabitkan pembunuhan bapa sendiri ialah bagaimana seorang sahabat baginda, Abu Ubaidah Al Jarrah yang terpaksa membunuh bapanya sendiri, Abdullah Al Jarrah.

Tetapi, ia bukan sesuatu yang disengajakan. Si anak tidak mempunyai pilihan setelah bapanya tetap menolak Islam walaupun puas dipujuk.

Dalam kes Abu Ubaidah, bapanya sendiri yang mencarinya sewaktu perang tersebut kerana Abdullah mahu membunuh anaknya itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Pahlawan ISLAM Abu Ubaidah Al-Jarrah

Nama sebenarnya Amir bin Abdullah bin Al Jarrah bin Hilal Al Fihri Al Quraisy. Terkenal dengan nama Abu Ubaidah Al Jarrah. Beliau lahir di Mekah dari sebuah keluarga Quraisy yang terhormat. Keluarganya dari kalangan pedangang Arab. Beliau termasuk orang yang awal masuk Islam, selepas Abu Bakar as Siddiq.

Beliau salah seorang sahabat yang dijamin masuk Syurga. Berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, selalu merendah diri dan amat pemalu. Kerana itu beliau disenangi oleh mereka yang mengenalinya.

Beliau termasuk orang yang pertama masuk Islam. Kehebatannya dapat kita ketahui melalui sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin al-Jarrah.”

Ketika dalam peperangan Uhud, tatkala pasukan muslimin kucar kacir dan banyak yang lari meninggalkan medan pertempuran, Abu Ubaidah berlari untuk mendapatkan Nabinya tanpa takut sedikit pun terhadap pihak lawan dan rintangan. Apabila didapati pipi Nabi terluka, iaitu terhujamnya dua rantai besi penutup kepala beliau, segera ia berusaha untuk mencabut rantai tersebut dari pipi Nabi S.A.W..

Abu Ubaidah mulai mencabut rantai tersebut dengan gigitan giginya. Rantai itu pun akhirnya terlepas dari pipi Rasulullah s.a.w.. Namun bersamaan dengan itu pula gigi seri Abu Ubaidah ikut terlepas dari tempatnya. Abu Ubaidah tidak putus asa. Diulanginya sekali lagi untuk mengigit rantai besi satunya yang masih menancap dipipi Rasulullah s.a.w. hingga terlepas. Dan kali ini pun harus juga diikuti dengan lepasnya gigi Abu Ubaidah sehingga dua gigi depan sahabat ini rongak kerananya. Sungguh, satu keberanian dan pengorbanan yang tak ternilai.

Sumber : Kitab Sirah Rasulullah, 75 gambaran kehidupan sahabat, 10 sahabat yang dijanjikan syurga.

http://education-af.blogspot.com/2010/04/pahlawan-islam-abu-ubaidah-al-jarrah.html

Dalam shoheh Bukhori dari Abu Hurairah, Rasulullah

Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :

“Celaka hamba dinar, celaka hamba dirham, celaka hamba khomishoh, celaka hamba khomilah([1]), jika diberi ia senang, dan jika tidak diberi ia marah, celakalah ia dan tersungkurlah ia, apabila terkena duri semoga tidak bisa mencabutnya, berbahagialah seorang hamba yang memacu kudanya (berjihad dijalan Allah), dengan kusut rambutnya, dan berdebu kedua kakinya, bila ia ditugaskan sebagai penjaga, dia setia berada di pos penjagaan, dan bila ditugaskan digaris belakang, dia akan tetap setia digaris belakang, jika ia minta izin (untuk menemui raja atau penguasa) tidak diperkenankan([2]), dan jika bertindak sebagai pemberi syafa’at (sebagai perantara) maka tidak diterima syafaatnya (perantaraannya)”.

http://sabdaislam.wordpress.com/page/470/

Peluang melabur projek Mini Perpustakaan Sekolah Tahfiz


Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk pembinaan Mini Perpustakaan Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU) Seremban sila salurkan melalui :

Nama akaun : SRI DARUL ULUM

No akaun bank CIMB : 05040000993100

Atau sila hubungi :

019-6500927 (Mudir) Ustaz Mohd Khairi

019-6644320 (Bendahari) Ustaz Mohd Nazri

e-mel : sriitahfizdarulum@yahoo.com

Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU) ditubuhkan pada tahun 2009, dan berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

SRIIDU ditubuhkan oleh siswazah lepasan Universiti Al Azhar, Mesir bertujuan untuk mewujudkan sistem pendidikan Tahfiz Al Quran dan Akademik bermula di peringkat sekolah rendah.

SRIIDU ketika ini beroperasi di Ad-Dirasah Ilmiah IT Centre, Taman Rasah Jaya, Seremban, Negeri Sembilan.

SRIIDU juga membiayai pengajian untuk anak-anak yatim dan pelajar yang kurang berkemampuan yang belajar di sini.

Alamat :

Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU)

No 3694, Tingkat 1 & 2, Jalan RJ 6/9,

Taman Rasah Jaya,

70300 Seremban,

Negeri Sembilan

Laman web : www.facebook.com/SriiTahfizDarulUlum

Pameran Parang Melayu 21 Mac ke 2 Apr 2012 di KL


PAMERAN DAN JUALAN PARANG

Mentaus Crafts akan menyertai pameran dan jualan sempena Hari Kraf Kebangsaan 2012 pada :

Tarikh : 21 Mac hingga 2 April 2012.

Masa : 10 pg - 10 mlm

Tempat : Kompleks Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

Datanglah Beramai-Ramai, Tempat Letak Kenderaan Disediakan

MENTAUS CRAFTS sedia menerima tempahan bilah dan sarung parang. Pelabagai pilihan besi dan kayu. Rekabentuk dan corak ukiran yang menarik. Kegunaan harian dan cenderamata.

Alamat : No. 19, Kg. Mentaus, 72400 Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan.

No. h/p : 019 6685036 (Zamri Wahid)

E-mel : wahidzamri@yahoo.com

Laman web http://zamri-tukangparang.blogspot.com

Moyang Encik Zamri bernama Mat Tukang adalah seorang tukang sarung parang dan keris yang disegani. Banyak hasil kerjanya dibeli oleh Yam Tuan Besar dan Undang Luak Jelebu. Encik Zamri, Cicit Mat tukang sekarang ni dah 16 tahun membuat sarung parang dan menempa mata parang.

Program Penerangan DUN Chembong 24 Mac 2012


CERAMAH UMUM

Tarikh : 24 Mac 2012, Sabtu

Masa : 9 mlm

Tempat : Pusat Komuniti DUN Chembong, Kg Mulia, Rembau (depan Majlis Daerah Rembau)

Penceramah :

~ Suhaizan Kayat , EXCO Pemuda PAS Pusat

~ Dr Ahmad Suhaimi Md Aris , Penyelaras SAMM

~ Aiman Athirah , Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat

~ Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau

~ Rozmal Malakan , Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau

Pengerusi Majlis : Hakki , Ketua Pemuda PAS Rembau

- Semua dijemput hadir -

Anjuran : Pakatan Rakyat DUN Chembong

20120315

Chegubard dah merajuk dengan orang Rembau ke?


Ini bukan saya yang kata, orang yang kata, sebab orang Rembau rindukan ceramah Chegubard, sebab banyak perkara yang masih perlu dibantu di Rembau ini yang diharapkan oleh para pengundi di Rembau, dalam isu pengambilan tanah adat, pampasan tanah adat, projek perumahan terbengkalai di Lubok China, landasan terbang Rembau, UiTM Chengkau, Hospital Rembau dan beberapa isu setempat yang kurang diberi perhatian oleh penceramah peringkat pusat.

Merujuk akhbar Berita Harian 15 Mac 2012 , Ruangan Nasional pada mukasurat 22 artikel bertajuk “Tender bina Hospital Rembau dibuka bulan depan”. Apa yang menarik perhatian ialah Hospital Rembau ini akan didirikan diatas tanah yang Kementerian Kesihatan beli dari Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan (PKNS) seluas 20 ekar.

PKNS menawarkan harga RM 22.00 untuk sekaki persegi. Ini bermakna sekitar RM19.2 juta untuk 20 ekar.

Akan tetapi kenapa tanah rakyat di Rembau yang diambil untuk Projek Landasan Keretapi Berkembar dibayar pampasan paling tinggi hanya RM 2.80 sekaki persegi? Ini bermakna harga tanah adat atau tanah rakyat ialah RM 121,968.00 seekar, sedangkan tanah PKNS ialah RM 958,320.00 seekar.

Kos 20 ekar untuk tanah Hospital Rembau ialah sekitar RM 19.2 juta. Sedangkan jika Kementerian Kesihatan ambil tanah rakyat atau tanah adat yang banyak di Rembau harganya hanya sekitar RM 2.4 juta untuk 20 ekar, iaitu penjimatan sebanyak RM 16.8 juta.

*********

Pembinaan Hospital Rembau bermula April ini – Menteri Besar

SENAWANG, 25 Jan 2012 – Selepas persetujuan itu, Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan lokasi hospital yang akan di bina di tanah PKNS seluas dua puluh ekar di tanah industri Chembong.

http://n9kini.com/pembinaan-hospital-rembau-bermula-april-ini-menteri-besar

Nilai pampasan tanah adat sikit

Berita Harian 18 Julai 2009

REMBAU: "Kami hanya mahu ganti rugi yang setimpal berdasarkan nilai harta sebenar. Jangan aniaya kami hanya kerana kami orang kampung," kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Tanah Adat Rembau, Chik Tak Datuk Amat.

Chik Tak mendakwa, bayaran pampasan yang dinilai oleh jurunilai tanah pihak berkuasa tidak munasabah kerana terlalu rendah sehingga 50 peratus di bawah penilaian yang dibuat oleh jurunilai yang dilantik pemilik tanah.

"Bayaran RM1.20 hingga RM2.80 kaki persegi yang dibayar atas pengambilan tanah kami belum cukup untuk mendirikan rumah baru. Jadi, kami berharap penilaian semula tanah dapat dibuat bagi memberi keadilan kepada orang kampung," dakwanya.

http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2009/07/nilai-pampasan-tanah-adat-sikit.html

Pampasan tanah tidak cukup

Sinar Harian 22 Mac 2011

REMBAU - Walaupun sudah menerima wang pampasan RM120,000 berikutan rumah dan tanahnya di Kampung Chembong Halt terbabit dalam projek landasan kereta api berkembar Seremban-Gemas, namun jumlah itu didakwa masih tidak mencukupi.

Hasnah Latif, 76, mengakui tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan yang diberikan.

“Disebabkan itu, makcik dan suami terpaksa menyewa rumah di Taman Sri Rembau kerana impian kami untuk memperoleh rumah dan tanah yang diduduki seperti sebelum ini tidak kesampaian.

http://pasns.blogspot.com/2011/03/melayu-merempat-di-rembau-bila-kerajaan.html