KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20060525

Penjenamaan semula KUSZA satu kerugian

Pada 19 April 2006 yang lalu Dewan Undangan Negeri Terengganu telah bersetuju untuk membubarkan KUSZA (Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin) yang bakal digantikan dengan penubuhan Universiti Darul Iman.

Sekali lagi institusi pendidikan negara ini bakal menghadapi episod malang apabila satu demi satu institusi pendidikan bersejarah yang penun nostalgia diberi penjenamaan semula atas alasan untuk meningkatkan mutu pendidikan negara.

Benarkah dengan penjenamaan semula akan meningkatkan kualiti pendidikan negara justeru meningkatkan lagi kualiti graduan yang dilahirkan ?

Kita ambil contoh yang paling mudah, sebuah institusi pengajian tinggi yang terletak di Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat yang diberi nama Massachusetts Institute of Technology yang telah ditubuhkan pada tahun 1861. Sejak dari tahun 1861 hinggalah sekarang Massachusetts Institute of Technology atau lebih dikenali sebagai MIT masih lagi mengekalkan nama yang sama. Malah logo MIT yang dianggap ketinggalan zaman iaitu logo yang menggambarkan seorang lelaki dan seorang wanita berpakaian abad ke 19 itu masih dikekalkan. MIT tidak pernah ditukar nama ke Massachusetts University of Technology untuk meningkatkan kualiti para graduan atau ditukar logonya untuk mengikuti perkembangan semasa.

Namum MIT pada tahun 2005 telah menduduki ranking kedua daripada 200 universiti dan menduduki tempat pertama dari seluruh dunia dalam bidang teknologi, rangking ini telah dikeluarkan oleh The Times Higher Education. Banyak lagi kejayaan dan kecemerlangan yang telah dilahirkan oleh pensyarah, pelajar serta bidang penyelidikan dan pembangunan MIT.

Akan tetapi berlaku sebaliknya pula di Malaysia, di mana kita berlumba-lumba untuk menjenamakan semula institusi pendidikan negara atas harapan ianya dapat melahirkan graduan yang lebih berkualiti. Kita telah kehilangan ITM (Institut Teknologi MARA) yang telah ditukar ke UiTM (Universiti Teknologi MARA). Mengapa tidak dikekalkan ITM, dan dibina satu universiti dan kampus baru untuk UiTM ? Kita telah kehilangan UPM (Universiti Pertanian Malaysia) yang telah ditukar ke Universiti Putra Malaysia, akibatnya apabila Malaysia hendak menggalakkan semula projek Buku Hijau , kita tidak ada universiti yang boleh dikaitkan secara langsung dengan bidang pertanian. Kita telah kehilangan Maktab Perguruan Sultan Idris yang telah ditukar ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) , akibatnya graduan-graduan daripada UPSI sukar untuk diserapkan sebagai guru dalam Kementerian Pelajaran kerana UPSI terletak dalam bidang kuasa Kementerian Pengajian Tinggi sementara penempatan guru ke sekolah-sekolah kebangsaan dalam bidang kuasa Kementerian Pelajaran yang semestinya memberi prioriti kepada graduan tajaan Kementerian Pelajaran sendiri.

Apakah penjenamaan semula KUSZA ini adalah merupakan satu lagi episod malang dalam sejarah pendidikan negara. Kenapa tidak dikekalkan sahaja KUSZA dan dibina satu univeristi dan kampus baru yang diberi nama Universiti Darul Iman , kerana negeri Terengganu adalah sebuah negeri yang amat kaya dengan hasil minyak. Apakan institusi beraja tidak mahu mengekalkan nama unik yang terdapat pada Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin ? Apakah tidak berlaku pembaziran apabila lambang dan nama KUSZA ditukar ke Universiti Darul Iman pada papan-papan tanda, surat menyurat dan sebagainya ?

20060524

Kelab Senator kecewa NST siar iklan bir sebelah gambar PM

Bukan sekali tetapi dua kali.Pertama kali pada 27 April dan kedua pada 12 Mei akhbar New Straits Times (NST) menyiarkan iklan bir semuka penuh.

Iklan pertama bersebelahan dengan berita dan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi manakala kedua bersebelahan berita dan gambar hari ulangtahun ke 60 UMNO dimana Perdana Menteri dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak sedang menaikan bendera parti.

Ini yang membuatkan Kelab Senator amat kecewa kerana merasa NST langsung sensitif dan pedulikan apa yang diperjuangkan oleh UMNO.

Pengerusinya,Senator Datuk Hamzah Zainuddin berkata mereka tidak mempersoalkan hak NST yang ‘cari duit’ menerusi iklan tetapi wajarkah itu caranya.

“Sewaktu kita meningkatkan semangat bangsa Melayu…raikan ulangtahun ke 60 agenda datuk nenek moyang kita lahirkan wadah perjuangan bangsa...disebelah ada iklan bir mengambarkan seolah-olah di Malaysia ni pejuangan yang dibawa oleh UMNO tak langsung diambilkira..itu yang kita persoalkan,” tegasnya kepada Agendadaily di bangunan Parlimen Selasa.

Setiausaha kelab itu,Senator Datuk Syed Ali Alhabshee dengan wajah yang marah berkata beliau secara peribadi menuntut NST memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri dan UMNO.

Katanya beliau amat terkejut melihat iklan itu disiarkan disebelah berita dan gambar Abdullah pada 27 April dan mengemukakan soalan mengenainya di Dewan Negara kepada Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN ) Datuk Fu Ah Kiow pada 8 Mei.

Katanya Timbalan Menteri itu menjelaskan iklan rokok memang tidak dibenarkan disiarkan oleh akhbar-akhbar tetapi iklan bir dibenarkan.

Syed Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras berkata beliau lebih terkejut melihat iklan berkenaan disiarkan sekali lagi pada 12 Mei disebelah berita dan gambar hari ulangtahun UMNO ke 60 di Johor Bharu.

“Ini bukan secara kebetulan…ini menghina pemimpin (Perdana Menteri) pemimpin OIC (Pertubuhan Negara-negara Islam) ..pemimpin sebuah negara islam...patutkah diletak iklan seperti ini…

“Kalau nak letak juga mengapa tidak letak dimuka belakang…ini negara Islam… jangan kurang ajar…tak respect pemimpin negara,”tegasnya.

Beliau menambah, “ Apakah NST nak tunjuk Pak Lah is very open …”

Hamzah yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO pula berkata beliau tahu iklan adalah salah satu dari cara dapatkan pendapatan untuk suratkhabar.

“Namun begitu ini tidak bermakna pendapatan kita dapat itu tak ambil kira langsung tentang agenda untuk perkasakan bangsa kita..

“Sebab itu dalam pejuangan bangsa sepertimana bila meletakan pemimpin kita yang meraikan hari ulangtahun UMNO...maka kita harus sensitif...supaya iklan macam itu tak diletak sebelah.

"Semua pemimpin melayu di situ sedang naikkan semangat bangsa melayu...ini yang harus diambil kira.

“Kalau sebagai seorang yang rasa kepentingan untuk cari keuntungan maka NST boleh letak iklan itu dimuka lain…tak semesti sebelah dengan muka surat tu dimana para pemimpin UMNO ketika mereka sedang menaikan semangat bangsa melayu…agenda bela nasib bangsa,”katanya.

Ditanya apakah Kelab Senator bercadang untuk menghantar nota bantahan rasmi,Hamzah berkata beliau tahu itu hak NST untuk menyiarkanya kerana iklan bir dibenarkan oleh KDN.

“Sebenarnya NST nak layan kita boleh… tak layan boleh…ini soal pendapatan mereka.

“Apa yang kita persoalkan ialah sensitiviti...bukan kita nak kata NST tak boleh advertise. ..itu dia punya pasallah..

“Cuma iklan itu lambangkan perjuangan UMNO sia-sia saja kerana NST sendiri tak ikut agenda yang dibawa oleh para pemimpin Melayu..”

Syed Ali memberitahu selepas membangkitkan hal itu dalam sidang Dewan Negara pada 8 Mei,beliau ada menerima SMS dari orang yang tidak dikenali berbunyi: U silap balon NST..

Katanya beliau tidak peduli sekalipun kalau kena blackout oleh akhbar berkenaan kerana ‘buat bising’ pasal hal ini.

“Ini satu perjuangan…saya berjuang bukan untuk publisiti …saya tak mati kalau tak dapat publisiti,” tegasnya.

Katanya semasa beliau membangkitkannya di Dewan Negara para senator beragama Islam lain pun terkejut dan menyuarakan kepadanya rasa kecewa mereka.

Syed Ali juga mempersoalkan bagaimana iklan rokok tidak dibenarkan disiarkan dalam akhbar sedangkan iklan bir boleh."Bukankah rokok itu makroh dan bir itu haram,"katanya.

Beliau menegaskan demi untuk kebaikan iklan bir tidak harus dibenarkan disiarkan dalam akhbar.

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_32658349-cabec5bb-1cc54610-d5929a51

20060523

Kem RINDU Sempena Cuti Sekolah 8-10 Jun

Kem Sempena Cuti Sekolah Untuk Menjadikan Anak-Anak Taat Kepada Allah, Rasulullah, Ibu bapa yang tercinta dan keluarga yang tersayang

RINDU 06 – Redha Ilahi Neraca Diri mU

Tarikh : 8,9 dan 10 Jun 2006 (Khamis, Jumaat & Sabtu)

Tempat : Taman Awam Rimba Rekreasi, Majlis Perbandaran Seremban, Seremban

Anjuran : Surau Taman Alamanda dgn kerjasama Asa Explore Training

Terbuka kepada anak-anak lelaki dan perempuan berumur antara 10 hingga 13 tahun

Tempat terhad : Hanya 150 orang

Yuran penyertaan :
RM 70 seorang
RM 60 seorang jika daftar sebelum 3 Jun 2006
RM 50 seorang jika daftar secara berkumpulan sebelum 3 Jun 2006 (sekurang-kurangnya 10 orang satu kumpulan, keutamaan dari persatuan masjid/surau/penduduk , sekolah atau pertubuhan)
(Bayaran termasuk penginapan, makan dan minum, insuran, fail, nota, tag nama, sijil dan cenderahati)

Untuk pendaftaran dan pertanyaan hubungi :
Pn Husni 013-2527421 (Sikamat)
Muallim Hasrul 019-6151130 (Taman Rashidah Utama)
En Rozmal 012-2267406 (Taman Alamanda)

RINDU Camp 2006 adalah satu program khas yang dirangka untuk memenuhi cuti sekolah adik-adik dengan aktiviti yang berfaedah. Padat dengan pelbagai aktiviti yang menarik, menghiburkan dan sarat dengan maklumat seperti sessi Latihan Dalam Kumpulan dengan Fasilitator, 5 Minute Too Late, Explorasi Minda 1,Mummy Project, Giant Step, Koreksi Diri dan pelbagai lagi. Pasti hebat !

Di RINDU Camp, kami menjanjikan program yang menyeronokkan dan dapat berkenalan dengan alam ciptaan Tuhan dengan lebih dekat, bahkan dapat berkenal-kenalan dengan rakan-rakan baru dari sekolah-sekolah lain. Melalui pendekatan ini, para peserta akan ditekankan bahawa motivasi sebenar berpunca dari Yang Maha Kuasa.

APA YANG PERLU DIBAWA
1. Pakaian Lelaki, kemeja, t-shirt, seluar panjang, tracksuit
2. Pakaian Perempuan, Tudung, baju kurung, t-shirt lengan panjang, seluar panjang, tracksuit.
3. Tuala, berus gigi, ubat gigi dan sabun
4. Pakaian solat
5. Kasut sukan dan selipar
6. Digalakkan membawa topi, baju sejuk, jaket,selimut, sleeping bag

TENTATIF PROGRAM

Khamis 8 Jun 2006
3.30 ptg – Pendaftaran di Taman Rimba Rekreasi
5 ptg – Solat Asar dan taklimat program
6 ptg – Penginapan + makan malam
7.15 mlm – Solat Maghrib + Gema Maghrib + Solat Isya
9 mlm – Ice Breaking : “X Ray Mind”
10 mlm – RINDU Group 1 : “Kenali Diri”
11 mlm – Minum malam
11.15 mlm – Introspeksi Diri 1
11.30 mlm – Gelombang Delta

Jumaat 9 Jun 2006
4.45 pg – Qiaymulail Berjemaah
6 pg – Solat Subuh + Gema Subuh
7 pg – Explorasi Minda 1
8 pg – Sarapan Pagi + Khidmat Diri
9 pg – RINDU Assembly
9.30 pg – RINDU Talk : “Ada Apa Dengan Kita?”
10.30 pg – Minum Pagi + Rehat
11 pg – RINDU Group II ; “Kejayaan Bermula”
12.30 tgh – Makan Tengahari
1 ptg – Solat Jumaat + Rehat
2.30 ptg – RINDU Talk 2 : Sentiasa Bermotivasi?
3.30 ptg – RINDU Group III : “Aku Adalah Harapan”
4.30 ptg – Minum Petang + Solat Asar
5.15 ptg – Explorasi Minda
6.30 ptg – Makan Malam dan Khidmat Diri
7.30 mlm - Solat Maghrib + Gema Maghrib + Solat Isya
9 mlm – RINDU Activities
10.15 mlm – Minum malam
10.30 mlm – Introspeksi Diri 2 : “Koreksi Diri”
11.30 mlm – Gelombang Delta

Sabtu 10 Jun
5.30 pg – Khidmat Diri + Solat Subuh
7 pg – Ukhuwwah Games
8 pg – Sarapan Pagi + Khidmat Diri
9 pg – RINDU Assembly
9.30 pg – RINDU Group IV : “Way To Success”
10.30 pg – Minum Pagi + Rehat
11 pg – RINDU Resolusi
11.30 pg – SLOT BERSAMA IBU BAPA
12 tgh – MAJLIS PENUTUP RINDU Camp
1.30 ptg – RINDU Camp GAME OVER

20060520

Mufti NS seru umat Islam amalkan zikr penting ini

Assalamualaikum wrt wbt,

Pada 7 Mac 2006 Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Sohibus Samahah Dato’ Hj Murtadza bin Hj Ahmad telah mengeluarkan pekeliling rasmi JMKNNS(01)209/705/1Jl4(85) kepada semua umat Islam di Negeri Sembilan agar mengamalkan doa zikr khas seperti yang dilampirkan bersama e-mel ini selepas setiap solat fardhu.

Memandangkan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh umat Islam di negeri ini sejak mutakhir ini, secara peribadi saya menyokong sepenuhnya agar semua umat Islam di Negeri Sembilan mengamalkan zikr ini.

Kaifiatnya atau cara amalannya ialah :
1. Membaca ayat 85-86 Surah Yunus sebanyak 7 kali selepas solat Fardhu
2. Membaca ayat 255 Surah Al Baqarah (ayat Qursi) sekali selepas solat Fardhu

Untuk mendapatkan salinan surat pekeliling rasmi ini sila hubungi Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan di talian 06-7652425 , 06-7652426

20060519

Ayuh Kita Bantu Rakyat Palestin 26 Mei ini !

AYUH KITA BANTU RAKYAT PALESTIN
Pelancaran Kempen Derma RM 1 Untuk Rakyat Palestin Siri Ke 2

Bertempat di Masjid Jamek Ampangan, Seremban, Jln Seremban – Jelebu

Selepas Solat Jumaat 26 Mei 2006

Anjuran : “Badan Perihatin Umat Islam” – Gabungan NGO-NGO Negeri Sembilan

Wajib Bantu Rakyat Palestin - Fatwa Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Dr. Yusuf Al-Qardhawi berkata : "Tidak boleh bagi umat Islam meninggalkan saudara kita mati dalam keadaan kelaparan, sedangkan di sisi mereka ada lebihan harta. bukan dari (ajaran Islam), untuk kita makan hingga penuh perut-perut kita, lalu kita membuang lebihan ke tempat buangan, sedangkan saudara kita menderita kelaparan. Rakyat Palestin memiliki banyak sebab untuk menerima bantuan kita. Mereka orang yang mempertahankan darah mereka... mereka memikul semua ini bukan disebabkan (Palestin) tanah mereka, sebaliknya disebabkan (Palestin) adalah tanah Islam. Orang-orang Islam di seluruh dunia bertanggungjawab membebaskan Palestin, dan membebaskan Masjid Al-Aqsa. Masjid Al-Aqsa bukanlah milik orang-orang Palestin, bahkan ia adalah milik orang Islam keseluruhannya. kalaulah orang-orang Palestin meninggalkan dari mempertahankannya, pasti kewajipan ke atas semua orang Islam di seluruh alam bangun mempertahankannya."
sumber : http://www.Islam-online.net/arabic/news/2006-04/22/article07.shtml

20060518

Mufti Selangor Dedah Gerakan Memurtadkan Orang Islam

Harian Metro 18 Mei 2006 . Edisi KL: Racun akidah saudara baru

KUALA LUMPUR: Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, mendedahkan kegiatan satu kumpulan yang giat menjalankan gerakan di Selangor untuk memujuk dan membela saudara baru supaya kembali menganut agama asal mereka.

Beliau berkata, kumpulan terbabit dikesan melantik panel peguam yang memperjuangkan hak kebebasan beragama menggunakan Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, mereka bukan saja membela golongan yang kembali murtad, malah memperjuangkan agar seseorang yang baru dilahirkan, diberi kebebasan memilih sendiri agama yang hendak dianuti dan bukan lagi berdasarkan keturunan keluarga mereka.

Sebelum ini, isu M Moorthy atau nama Islamnya, Mohammad Abdullah mengejutkan negara apabila keluarganya mendakwa tidak mengetahui arwah sudah memeluk Islam ketika jenazahnya hendak dikebumikan.

Keluarganya mahu jenazah bekas komando itu dikebumikan mengikut ajaran agama Hindu tetapi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mempunyai rekod pertukaran agama sekali gus mempengaruhi keputusan Mahkamah Syariah supaya dikebumikan mengikut Islam.

Mohd Tamyes berkata, sebenarnya seseorang yang lahir dalam keluarga Islam secara automatik beragama Islam kerana ia adalah anugerah Allah.

“Oleh itu umat Islam dinasihatkan memperkukuhkan iman dan berjuang menegakkan Islam walaupun ada pihak cuba mempengaruhi mereka,” katanya berucap pada Majlis Penerangan Ajaran Salah/Sesat di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya di Pandan Indah, di sini semalam.

Beliau berkata, sebelum ini ada usaha pihak tertentu mengkristiankan orang Islam, tetapi tidak berjaya walaupun segelintir daripada mereka terpengaruh dengan tawaran menarik dan kini mereka mengubah taktik, termasuk meracunkan fikiran umat Islam dengan fahaman Islam Liberal.

“Saya juga terkejut apabila kitab Injil yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu dibawa masuk ke negara ini menerusi Persatuan Melayu Kristian Malaysia yang berdaftar,” katanya.

Mohd Tamyes berkata, Islam dan agama lain memang berbeza namun ada pihak cuba menimbulkan kekeliruan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Thursday/Setempat/20060518094148/Article/indexm_html

Pelancaran Tabung RM 1 untuk Palestin 19 Mei Seremban

“Masyarakat Prihatin Negeri Sembilan” sebuah gabungan NGO-NGO di Negeri Sembilan akan mengadakan kempen RM 1 setiap seorang untuk rakyat Palestin selepas solat Jumaat 19 Mei 2006 di Masjid Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut, Seremban.

Pelancaran “Tabung RM 1 Untuk Umat Palestin” ini akan dilancarkan selepas solat Jumaat pada hari berkenaan.

Mereka yang ingin menyumbang ke tabung ini boleh menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Bertindak “Masyarakat Prihatin Negeri Sembilan” Tn Hj Taufek di talian 019-6576540 atau tal/fax : 06-7637450 atau melalui e-mel tauf68@yahoo.com

Sumbangan boleh juga disalurkan ke akaun peribadi sementara iaitu di akaun Maybank , nombor akaun 155126945930. Sila SMS jumlah, tarikh dan masa “bank in” sekiranya sumbangan dimasukkan melalui akaun ini ke talian 012-2267406

20060516

Maxis tak prihatin sensitiviti umat Islam Malaysia

Demam piala dunia datang lagi. Walapun pasukan Malaysia tidak menyertai kejohanan kali ini, namun bahang kehangatan piala dunia semakin dirasai. Dalam media elektronik, media cetak heboh diperkatakan mengenai piala dunia. Iklan juga apa kurangnya, dengan makan bola, tidur bola, semuanya bola. Siapa yang tidak minat bola, dari kanak-kanak pra sekolah sehinggalah imam-imam masjid.

Namum dalam keghairahan kita meraikan kemeriahan Piala Dunia 2006 ada pihak yang terlepas pandang, tindakan mereka mempromosi iklan piala dunia tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam di Malaysia ini.

Apa yang diperkatakan di sini ialah iklan syarikat telekomunikasi Maxis yang mengiklankan di media cetak dan di papan-papan pengiklanan gambar penyokong-penyokong bolasepak England. Dalam iklan ini penyokong-penyokong bolasepak England ini mencontengkan muka mereka dengan lambang bendera England iaitu salib berwarna merah dan berlatarbelakangkan warna putih. Salah satu iklan tersebut terpampang dengan besarnya di tengah-tengah bandar Seremban berhampiran dengan perhentian bas dan teksi Terminal 1 dan berhampiran juga dengan Bangunan Wisma Umno Negeri Sembilan.

Agak pelik sedangkan di England sendiri orang Kristian di sana begitu berhati-hati apabila menggunakan lambang bendera mereka sendiri apabila berinteraksi dengan umat Islam di sana untuk menjaga sensitiviti umat Islam negara mereka. Ini adalah kerana asal usul bendera England ini ialah sempena kejayaan tentera mereka menewaskan tentera Islam dalam perang salib pada kurun ke 12.

Dalam sebuah laporan media World Net Daily yang diterbitkan pada Oktober 2005, pegawai-pegawai penjara di Wakefield sebuah bandar di utara England yang memakai pin bendera England telah diarahkan menanggalkan pin tersebut oleh pihak pengurusan penjara kerana untuk menjaga hati banduan yang beragama Islam. Sedangkan pegawai-pegawai penjara tadi memakai pin bendera England tadi bukannya bertujuan untuk menghina umat Islam tetapi untuk tujuan tabung kebajikan barah yang dikendalikan oleh Persatuan Palang Merah di sana. (Sila ke link ini untuk artikel lanjut http://www.worldnetdaily.com/news/article.asp?ARTICLE_ID=46663 )

Jika di England sebuah negara bukan Islam mereka begitu menjaga sensitiviti umat Islam di sana termasuk banduan-banduan Islam, mengapa kita di Malaysia sebuah negara Islam yang mempromosikan konsep Islam Hadhari golongan-golongan bukan Islamnya ini tidak dapat menjaga sensitiviti umat Islam di sini ? Mengapa harus diagung-agungkan bendera England walhal Malaysia terletak dalam Asia, sepatutnya menyokong pasukan-pasukan bolasepak dari Asia iaitu Jepun, Korea Selatan, Iran dan Arab Saudi yang menyertai kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2006.

Lebih teruk lagi tidak mustahil ada penyokong-peyokong bolasepak England di Malaysia ini yang beragama Islam akan terikut-ikut promosi iklan Maxis tersebut lalu mencontengkan muka mereka dengan lambang salib merah.

Satu persoalan timbul, bagaimana pihak berkuasa tempatan serta pihak kementerian dalam negeri yang majoriti kakitangannya beragama Islam boleh meluluskan permit pengiklanan tersebut yang jelas menyentuh sensitiviti umat Islam.

Atau mungkin umat Islam di Malaysia ini tidak sensitif lagi, umat Islam di Malaysia ini sudah buta sejarah, hanyalah orang Kristian di England yang sensitif terhadap umat Islam ? Apakah orang Kristian di England dianggap kolot dan tidak mengamalkan konsep kebebasan beragama kerana menghormati umat Islam di sana ?


**********************************************
English flag offensive to Muslims? Officials worry prisoners might associate red cross with Crusades

Posted: October 5, 2005 1:00 a.m. Eastern

Prison officials in Britain are concerned that tie pins worn by officers featuring the St. George's Cross – the symbol on England's flag – could offend Muslims who might associate it with the Crusades of the 11th, 12th and 13th centuries.

In a report on "race" in a jail in the northern English city of Wakefield, Chief Inspector of Prisons Anne Owers said the banner of St. George, the red cross of a martyr on a white background, could be "misconstrued," CNN reported.

English soldiers adopted the symbol during the military expeditions by European powers to recapture the Holy Land from Muslims. It later became the national flag of England.

Owers' report said her staff was concerned to see a number of prison officers wearing the pin.

"While we were told that these had been bought in support of a cancer charity there was clear scope for misinterpretation, and Prison Service Orders made clear that unauthorized badges and pins should not be worn," she said, according to CNN.

The red cross is an insensitive reminder of the Crusades, said Chris Doyle, director of the Council for the Advancement of Arab-British Understanding.

Doyle thinks England needs to find a new flag and patron saint "not associated with our bloody past and one we can all identify with."

"A lot of Muslims and Arabs view the Crusades as a bloody episode in our history," he told CNN. "They see those campaigns as Christendom launching a brutal holy war against Islam.

But as Robert Spencer shows in his book "The Politically Incorrect Guide to Islam (and the Crusades), the aggression was not unprovoked. In obedience to core teachings of the Islamic faith, Muslims armies overran the predominantly Christian Middle East, then drove deep into Europe long before any Crusade was even contemplated.

Doyle insisted, however, that "Muslim or Arab prisoners could take umbrage if staff wore a red cross badge."

"It's also got associations with the far-right," he said. "Prison officers should be seen to be neutral."

Ceramah Masa Depan Palestin 20 Mei Seremban

Wacana Ilmu
Tajuk : “Cabaran dan Masa Depan Umat Islam Di Palestin, Iraq dan Iran

Penceramah : Prof Dr Hj Mohammad Redzuan b Othman
Ketua Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Professor Pelawat Universiti Kaherah

Tarikh : Sabtu 20 Mei 2006

Masa : Selepas Solat Maghrib

Tempat : Surau Irsyadiah, Taman Desa Ixora, Senawang, N.Sembilan

Semua Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir

20060514

Kuliah Dr Harun Din 20 Mei Seremban

Kuliah Pengajian Tafaqquh Fid-Din

Bersama : Prof Dato’ Dr Harun Din – Pengasas Pusat Perubatan Islam Darul Syifa’

Tajuk : Sistem Perundangan Islam

SABTU 20 Mei 2006
Masa : 8:30 pagi – 12:30 tghari

Tempat : Sek. Rendah Agama Rakyat Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban

Yuran : RM 10 Pendaftaran , RM 40 Pengajian

Anjuran : Pusat Pendidikan Islam At-Tibyan

Untuk pendaftaran dan pertanyaan hubungi :

Us Fahri 012-2589637
Us Abd Ghani 012-6761187
Us Fuad 019-3941353

Fatwa Penyokong Bolasepak Piala Dunia

Ketika saya ke bandar Seremban pada hari Sabtu 13 Mei 2006 saya amat terperanjat apabila terpampang papan tanda yang membawa pelbagai kemusykilan dari sudut hukum akidah dan agama.

Dengan ini saya ingin penjelasan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan, JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri atau para alim ulamak hukum penyokong bolasepak yang beragama Islam yang menconteng muka mereka dengan lambang negara yang menyertai Piala Dunia 2006 yang menyerupai lambang salib.

Mungkin gambar yang tertera pada papan tanda ini adalah penyokong-penyokong bolasepak bukan Islam, tetapi tidak dapat dinafikan ramai penyokong bolasepak Islam akan terikut-ikut gaya penyokong bolasepak bukan Islam tanpa lebih dahulu mengetahui apakah hukum mereka melakukan perbuatan tersebut kerana iklan ini begitu besar dan diletakkkan ditengah-tengah bandar tempat tumpuan orang ramai.

Gambar dilampirkan diambil pada hari Sabtu 13 Mei 2006 berhampiran Perhentian dan Pusat Membeli Belah Terminal One dan belakang bangunan Wisma UMNO Seremban.

20060511

JKKK kecewa sikap Jabatan Agama Islam N.Sembilan

Harian Metro 11 Mei 2006

TAMPIN: Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Tampin Tengah, Ali Omar, kesal dengan sikap Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (Jains) yang didakwanya melengah-lengahkan pembaharuan surat kuasa pelantikan sukarelawan di kawasannya.

Ini berikutan, dia yang membuat pemeriksaan di sebuah rumah di Taman Gunung Emas, di sini, selepas menerima aduan ada pasangan disyaki berkhalwat gagal mengambil sebarang tindakan perbuatan remaja berusia lingkungan awal 20-an itu.

Menurutnya, dia menerima aduan itu pagi kelmarin tetapi menghadapi masalah untuk meminta bantuan kerana tiada pegawai berkaitan perkara itu.

“Saya pergi ke Jabatan Agama Islam Tampin, tetapi malangnya tidak ada pegawai untuk menahan pasangan terbabit.

“Seorang kerani menyuruh saya membuat laporan ke Seremban. Saya kemudian menemui seorang imam dan bilal di kawasan berdekatan tetapi mereka memaklumkan surat tauliah mereka sudah tamat beberapa bulan lalu,” katanya.

Beliau berkata, akibat ketiadaan pegawai itu, pasangan yang disyaki berkhalwat dapat melepaskan diri.

“Saya meminta Jains segera memperbaharui tauliah yang diberikan kepada sukarelawan bagi membantu mereka membendung gejala sosial di kawasan ini,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Thursday/Setempat/20060511093039/Article/indexm_html

Hantar anak ke Sek Agama utk perkasa JAWI

Mulanya akhbar Melayu yang pertama Utusan Melayu diterbitkan setiap hari. Kemudian masa berlalu orang Melayu tidak berminat lagi dengan tulisan Jawi diterbitkan Utusan Melayu seminggu sekali. Kemudian apabila penerbitan Utusan Melayu dihentikan baru-baru ini, maka kecohlah semua orang Melayu mempertahankan seni warisan bangsa yang membawa kemerdekaan Tanah Melayu iaitu tulisan Jawi. Lalu diterbitkanlah semula Utusan Melayu akhbar tulisan Jawi sebagai sisipan yang dikeluarkan seminggu sekali.

Kemudian keluarlah pelbagai cadangan agar Jawi diberi penekanan dalam semua urusan seharian. Dan cadangan yang terbaik ialah memperkenalkan Jawi pada generasi muda dalam sabjek pembelajaran wajib di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Rentetan kemelut kepupusan tulisan Jawi warisan bangsa Melayu ini, sedarilah kita satu-satunya institusi yang masih mempertahankan tulisan Jawi ini dari dulu dan sehingga kini ialah Sekolah Agama, terutamanya Sekolah Agama Rakyat yang mendedahkan murid-murid serta mewajibkan murid-murid mempelajari Jawi dari bangku sekolah rendah lagi.

Ramai orang mempunyai tanggapan yang salah bahawa Sekolah Agama hanya mengajar ilmu akhirat semata-mata. Ini adalah tanggapan yang amat meleset sama sekali. Sedangkan Sekolah Rendah Agama ini juga memberi penekanan aspek duniawi, dimana para pelajar diwajikan mengambil peperiksaan UPSR dan sebagainya. Dan pelajar-pelajar dari Sekolah Rendah Agama ini mendapat keputusan yang cemerlang. Ramai pelajar Sekolah Rendah Agama ini memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR hanya mampu melanjutkan pelajaran ke sekolah harian biasa kerana sekatan yang dikenakan ke atas mereka untuk memasukki sekolah berasrama penuh dan lain-lain sekolah elit.

Justeru itu kerajaan sebenarnya tidak perlu bersusah payah mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi melantik juru runding untuk memperkasakan semula tulisan Jawi. Apa yang kerajaan perlu lakukan ialah menyalurkan semula bantuan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat ini disamping tidak mengenakan sekatan kepada pelajar-pelajar lepasan Sekolah Agama Rakyat swasta untuk bersaing dengan pelajar-pelajar lain di sekolah berasrama penuh dan sekolah-sekolah elit lain, agar pelajar-pelajar dari Sekolah Rendah Agama ini dapat membimbing rakan-rakan mereka daripada sekolah lain dalam bidang penulisan Jawi.

Apabila Sekolah Agama Rakyat ini diperkasakan sudah pasti akan menarik minat orang Melayu menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Rendah Agama Rakyat baik yang dikendalikan pihak swasta mahupun yang dibantu pihak Majlis Agama Islam Negeri. Bukan sahaja anak-anak kita akan mendapat ilmu akhirat, mereka juga akan cemerlang di dunia dan akan menjadi generasi yang akan memperkasakan satu-satunya budaya penulisan yang unik iaitu tulisan Jawi, warisan bangsa Melayu yang tiada pada bangsa-bangsa lain, bahkan bangsa Arab sendiri.

20060510

Hitler pemimpin tentera Islam

Artikel ini disiarkan dalam akhbar Berita Harian 8 Mei 2006, ditulis oleh Norul Ridzuan Zakaria, Presiden Institut Kajian Aero dan Angkasa Malaysia. Ianya memberi dimensi baru kepada sejarah dunia. Apakah selama ini kita dihidangkan dengan banyak fakta sejarah yang tidak tepat?

Hitler pernah tubuh divisyen tentera Islam
Berita Harian 8 Mei 2006 - Oleh Norul Ridzuan Zakaria

PADA Perang Dunia Kedua, wujud satu pasukan tentera Jerman dianggotai oleh rakyat pelbagai negara di Eropah. Pasukan ini dikenali dengan nama ‘Waffen SS’ dan mempunyai anggota sebanyak sejuta orang.

Perkara yang menarik mengenai Waffen SS – ada beberapa divisyen tentera beragama Islam di dalamnya. Menurut General Leon Degrelle, seorang komander divisyen Waften SS terkenal, ada tiga divisyen Waffen SS yang 90 peratus anggotanya beragama Islam. Jumlah anggota dalam ketiga-tiga divisyen ini pula berjumlah 60,000 orang.

Di antara tiga divisyen tentera beragama Islam Waffen SS ini, divisyen tentera paling terkenal adalah Divisyen ke-13 Waffen SS Hanzar. Divisyen ini beroperasi di Balkan dengan 90 peratus anggotanya berbangsa Albania, Bosnia dan Croatia yang beragama Islam. Bakinya orang Croatia beragama Katholik yang berjumlah 21,000 orang.

Operasi Divisyen Hanzar ini mendapat perhatian Institut Kajian Aero dan Angkasa Malaysia (IKAM) kerana kejayaan operasi tentera udara sukarela Croatia yang menembak jatuh hampir 300 kapal terbang tentera udara Russia, sedangkan kapal terbang mereka dimusnahkan tentera udara Russia kurang daripada 10 buah ketika Perang Dunia Kedua di Balkan. Mungkin operasi Divisyen Hanzar ini mengelakkan wujudnya kemudahan persenjataan antikapal terbang di kawasan operasi mereka yang membolehkan tentera udara sukarela Crotia menjalankan operasi dengan berkesan.

‘Hanzar’ adalah perkataan Arab, Bosnia dan Croatia yang bermaksud ‘parang’. Parang hanjar dipilih sebagai nama rasmi dan juga simbol bagi Divisyen ke 13 Waffen SS.

Pakaian rasmi Divisyen Hanzar sama seperti pakaian rasmi Waffen SS yang lain. Cuma bezanya, Divisyen Hanzar memakai tarbus. Dari segi persenjataan, anggota pasukan ini juga dilengkapkan dengan senjata seperti anggota Waffen SS yang lain.

Ada seorang imam bagi setiap batalion dan seorang guru agama untuk setiap rejimen dalam Divisyen Hanzar. Ia bagi memastikan anggota divisyen ini terus mengekalkan cara hidup sebagai Muslim. Di samping itu, divisyen ini kerap menerima kunjungan mufti Baitulmaqdis ketika itu, Imam Amin Al-Husseini, yang melengkapkan pengisian rohani anggota divisyen ini.

Imam Amin dilantik sebagai Mufti Baitulmaqdis oleh Kerajaan Britain pada 1922. Pada tahun berikutnya, Imam Amin bergiat aktif membela masyarakat Palestin dan Arab dan menghalang imigrasi orang Yahudi Eropah ke Palestin.

Akibatnya, Kerajaan Britain melucutkan semua jawatan rasminya dan mengharamkan semua kegiatannya mulai 1937. Bagaimanapun, Kerajaan Britain gagal menangkap Imam Amin kerana beliau dilindungi masyarakat Palestin dan Arab.

Seterusnya, Imam Amin menyedari akan perkembangan politik dan pembangunan negara Jerman di Eropah yang dapat menyumbang kepada perjuangannya membela masyarakat Palestin dan Arab serta menghalang imigrasi Yahudi Eropah ke Palestin. Maka, bermulalah perhubungan politik antara Imam Amin dan Kerajaan Jerman pada ketika itu. Antara kegiatan yang kerap dijalankannya ialah melatih anggota Divisyen Hanzar.

Idea penubuhan Divisyen Hanzar dikemukakan Heinrich Himmier seorang komander tertinggi Waffen SS di Balkan kepada Adolf Hitler, pemerintah Jerman pada 1942. Ia selepas Himmier menyedari bahawa masyarakat Islam di Albania, Bosnia dan Croatia bersedia mengangkat senjata memperjuangkan kemerdekaan mereka dari Yugoslavia.

Hitler bersetuju dengan cadangan ini dan mengarahkan beberapa divisyen tentera beragama Islam diwujudkan di bawah Waffen SS di Yugoslavia. Maka, lahirlah Divisyen Hanzar pada Februari 1943.

Divisyen Hanzar dihantar mengikuti latihan ketenteraan di Perancis, sebaik penubuhannya dan mula beroperasi di Balkan pada Februari 1944.

Divisyen ini beroperasi dengan jayanya menentang gerila komunis Partisan pimpinan Josip Broz Tito dan juga tentera Russia. Apabila tamat Perang Dunia II, Tito menjadi Presiden Komunis Yugoslavia dan kekal sebagai diktator sehingga 1980.

Diakui wujud propaganda Yahudi dan Serbia yang mendakwa bahawa Divisyen Hanzar melakukan jenayah perang dengan membunuh ramai bangsa Yahudi dan Serbia di kawasan operasinya. Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan bahawa divisyen ini dianggotai orang Islam dan mendapat tunjuk ajar daripada Imam Amin adalah mustahil pembunuhan bangsa Yahudi dan Serbia ini dilakukan dengan sengaja, kecuali ada sebab kejadian itu berlaku.

Divisyen Hanzar menyerah kalah kepada pasukan tentera British pada Mei 1945, apabila pasukan tentera Jerman berundur dari Balkan. Tetapi, mereka diserahkan pula oleh pasukan tentera British kepada Kerajaan Yugoslavia.

Sebaik berada dalam tawanan Kerajaan Yugoslavia yang pada ketika itu diperintah diktator komunis Tito yang juga disokong Kerajaan British dan Amerika, saki baki anggota pasukan Divisyen Hanzar dibunuh.

Isu yang menarik berkenaan Divisyen Hanzar ini adalah kewujudannya sebagai sebahagian daripada Waffen SS iaitu pasukan tentera Eropah yang pada mulanya ditubuhkan bagi menghalang perkembangan fahaman komunis dari Russia. Seterusnya bagi menghadapi tentera Amerika dan Britain. Pasukan ini, walaupun diketuai oleh pegawai tentera Jerman, dibekalkan dengan persenjataan yang lengkap dan kebebasan penuh menjalankan tanggungjawab sebagai orang Islam.

Berdasarkan keadaan politik pada hari ini, tentu amat sukar bagi mewujudkan pasukan tentera beragama Islam seperti Divisyen Hanzar di Eropah.

Suatu lagi isu yang menarik adalah persetujuan Hitler menubuhkan Divisyen Hanzar dan toleransinya terhadap kegiatan anggota divisyen berkenaan yang majoritinya orang Islam. Sebelum ini begitu banyak fakta menjelaskan bahawa Hitler adalah seorang diktator yang kejam dan tidak bertoleransi terhadap keagamaan, apatah lagi Islam.

- Penulis ialah Presiden Institut Kajian Aero dan Angkasa Malaysia.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Rencana/20060507232235/Article/

Hang Tuah sebenarnya berbangsa Cina ?

Satu teori , hipotesis yang menggemparkan, selama ini orang Melayu berbangga dengan kepahlawanan perwira Melayu bernama Hang Tuah yang menurut kajian/hipotesis dibawah adalah orang Cina yang bernama Hang Too Ah (orang Cina beragama Islam) yang datang bersama rombongan Maharaja Cina Puteri Hang Li Po untuk melindungi bangsa Melayu ketika itu dari serangan Siam. Apakah orang Cina yang sebenarnya menjadi bumiputera sedangkan orang Melayu adalah kaum pendatang dari Indonesia ? Apakah orang Cina telah menjadi penyelamat orang Melayu pada zaman dahulu kala ? Penyelamat daripada serangan Siam dan penyelamat dari serangan akidah ?

Dipetik dari laman http://www.xanga.com/carenwong/246180225/item.html

REASON WHY IN SEJARAH OF MALAYSIA SINCE YEAR 1999 Study about HANG TUAH is MISSING?????

" The Truth Reveal (with evidence)"

In June 1998, the government of Malaysia had hired a team of experts via local research project to compliment the history studies that we undertaken in our secondary school. The objective of their search is simply:

1. To find prove and evident that show the Malays are the origins of Malaysia and they are the first race and religion that lands their foot in Malaysia.

2. To further strengthen their claims, first they need to find the graveyard of the Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu and etc..to show the existant of their pioneer.

3. The Batu bersurat in Terengganu, reveals that the islamic religion has landed in malaysia for a hundred years ago which further strengthen their claims! That is why, we are taught with sejarah (history of malaysia)!!!!

BEWARE & OPEN YOUR EYES!!!
go ask yourbrother, sister, niece, newphew and etc. etc, since the year 1999 (if i'm not mistaken)or year 2000, do they study about HANGTUAH anymore????????Why is that popular subject GONE????? Missing in action??????? or Evidence reveals something different that causes the government to stop the syllabus and HIDE the TRUTH????????

Here are the Evidences of the findings by the team of scientists,archaeologist, historian and other technical staff from the United State,United Kingdom, Germany, Canada,Yemen & Russia.The evidence are:

1) They finally found the grave yard of Hang Tuah,Hang Jebat and etc...,their skeleton had been analise and samples of DNA had been taken with the results show:Hang Tuah, Hang Jebat, hang Lekiu and mates, they are NOT MALAY!!!!!! They are CHINESE! (islamic) from china!!! and why are they here in Malacca????? Because they are in a mission to protect the UNGRATEFUL MALAY from the potential attack of SIAM (Thailand)!!!So Hang tuah is not malay hero!!! they are the protector of the useless and ungrateful Parameswara (who is from INDONESIA)landed in Malacca and claim the land belongs to him!!!The hang tuah bunch of people are all from china,they are being assign to malacca because parameswara request the Ching Dynasty Emporer for protection!!! This is why the Hang Tuah series of history is MISSING from the SEJARAH!!!!
2nd.Evidence:The researchers hired by the government found the oldest tomb stone(graveyard) in Kelantan in year 2000. Suprisingly the tomb stone are at least 900 years old!!!! older than the so-called batu bersurat. and the best thing is, it belong to theCHINESE!!!!!!!!Being landed first in Malacca doesn't mean malay is the first in Malaysia cos during that time, the road is too long for them to see the other side of the coast!!! ! where the chinese has landed far more earlier.If you want the black and white evidence of the truth reveals please write to:The Federal Association of Arc &Research of Michigan, USA.
Please do not ask the chinese nor the indian to go back to their home country! Cos evidence shows that Malays are NOT Malaysia origin either! Your ancestor are all imigrant from INDONESIA! Let us unite as a nation and not divided by races. And give the full support to our leader.

so wt heck tat ppl find whether tis land belong to whom? the chinese..the malays bla bla... take a few millions and prove it finally.. but.. in d end. wat d use of who got here first? its very lame. better save d time up and worry d economic since it might b crash netime.. n worry bout tis land political movement rather than whose daddy n mummy got here first.

----------- END --------------

the prove... i take this from lawyatt...

The article entitled "Hang Tuah Berbangsa Cina" (Hang Tuah is a Chinese) is written in bahasa Malaysia, the national language of Malaysia, I hope to be able to translate it into English once I have some time. For forumites who understand Malay it makes interesting reading though.

Hang Tuah Berbangsa Cina
Shahabudeen Jalil

Ramai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang Melayu menganggap Hang Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari keturunan Melayu sebagaimana yang disangkakan. Itulah yang bakal dihuraikan dalam artikel ini.

Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibangga-banggakan. Hang Tuah sebenarnya telah diMelayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood.

Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal keturunannya.

Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan tentang pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan mereka mula dipersendakan dengan reaksi-reaksi melampau seperti kelihatan dalam filem Hang Tuah.

Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan;bahasa jiwa bangsa; dan;manusia mati meninggalkan; . Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan;nama menunjukkan bangsa;. Bahasa; merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu.

Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan dengan bersandarkan kepada manusia untuk memperolehi jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya.

Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melaayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan;. Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada asasnya.

Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan; cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika.

Mengikut buku edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat.

Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan; antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama;Paduka Hang Mamat; sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka dan dari wilayah tertentu asal mereka.

Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaurkan loghat bahasa Melayu.

Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan.

Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po.

Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal.

Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau.

Perkara lain yang menarik ialah petikan kertas kerja Ong Hak Ching. Jabatan Sejarah UKM ada mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah memberikan tempat kediaaman di Bukit Cina kepada puteri Hang Li Po serta 500 orang dayang-dayangnya. Anak-anak cucu mereka digelar ;biduanda Cina, juga bermakna golongan yang dilindungi. Sama ada yang sudah memeluk Islam atau masih memeluk agama asal mereka.

Terdapat 3 andaian secara hipotesis mengenai hal ini.

Pertama : Tidak kesemua dari anggota rombongan puteri Hang Li Po yang memeluk agama Islam.

Kedua : Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po.

Ketiga : Keempat-empat sahabat ini kemudiannya telah memeluk agama Islam tetapi mengekalkan sebutan nama mengikut loghat bahasa Melayu atas sebab-sebab tertentu, seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Hal yang lebih lanjut mengenai Hang Kasturi. Telah timbul percanggahan pendapat sejak dahulu lagi, sepertimana kajian secara hipotesis ini meragukan tentang nama sebenar Hang Kasturi. Percanggahan pendapat ini berlaku antara pengarang;Sejarah Melayu; dan pengarang;Hikayat Hang Tuah; mengenai siapa sebenarnya telah menderhaka kepada Sultan Melaka. Pengarang Sejarah Melayu menuduh Hang Kasturi manakala pengarang Hikayat Hang Tuah Pula menuduh Hang Jebat.

Pertama :Tersirat sesuatu hal yang unik dan tersembunyi tentang kedua-dua tokoh pahlawan ini sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan kedua pengarang serta pakar sejarah lampau.

Kedua : Pengarang;Sejarah Melayu&; telah menggunakan bahan dalam penulisannya secara mengambil pendapat lisan dan tiada ada satu penyeledikan terperinci, kerana ia menyentuh kisah-kisah yang terlalu luas serta hal-hal yang menyeluruh.

Ketiga : Pengarang;Hikayat Hang Tuah; adalah lebih formal kerana menggunakan semacam bentuk kajian sehingga dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah secara lebih detail.

Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah diMelayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah.

Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka.PengIslaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Mereka juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi.

Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di kalangan istana apabila mereka menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk. Mereka berlima kemudiannya memeluk agama Islam. Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu telah tersebar dengan cepat dan meluas samada di kalangan istana atau orang-orang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi.

Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu zaman itu telahpun menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po sama seperti saudara Melayu mereka. Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah yang berasal daripada keturunan puteri Hang Li Po dari kajian hipotesis ini.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan. Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan.Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati?

Semua Ahli Parlimen wajar contohi Ahli Parlimen Jasin

Sikap Datuk Mohd Said Yusof Ahli Parlimen BN Jasin yang dikaitkan dengan isu rampasan kayu bergegaji oleh pihak kastam haruslah dicontohi oleh semua ahli parlimen dan wakil rakyat di Malaysia ini atas dasar membantu bangsa sendiri. Ahli Parlimen Melayu membantu bangsa Melayu, Ahli Parlimen Cina membantu bangsa Cina dan seterusnya.

Dalam kes ini kedua-dua belah pihak ada kebenarannya, pihak kastam menjalankan tugas mereka mengikut prosedur, ahli parlimen menjalankan tugas mereka mewakili rakyat di kawasan mereka.

Dan sepatutnya pembelaan rakyat bukan hanya apabila ianya membabitkan kerugian ratusan ribu atau jutaan ringgit, ianya haruslah meliputi kerugian yang berpuluh ringgit juga akibat disaman atau dirampas oleh pihak berkuasa kerajaan.

Ahli Parlimen dan wakil rakyat bukan hanya memberi pembelaan kepada usahawan malah kepada pekerja kilang dan buruh. Sebagai contoh jika seorang pekerja kilang bumiputera yang disaman kerana tidak mempunyai lesen memandu motosikal ketika hendak pergi kerja. Jika gaji bulanan pekerja tadi hanya RM 500 sebulan dan disaman dengan RM 300 sebulan, maka tidak salah juga jika wakil rakyat atau ahli Parlimen di kawasan berkenaan berunding dengan Ketua Polis Daerah atau Ketua Polis Trafik Daerah untuk membatalkan saman keatas pekerja kilang bumiputera tadi atas dasar membantu kaum bangsa mereka sendiri.

Oleh itu sikap ahli Parlimen Jasin Datuk Mohd Said Yusof haruslah dicontohi oleh semua ahli Parlimen dan wakil rakyat untuk membela rakyat dikawasan mereka tidak kira samada mereka usahawan besar atau kuli kecil, peniaga besar atau peniaga jalanan tanpa lesen, mereka yang menduduki banglo mewah atau penduduk setinggan dan seterusnya.

Sekali lagi dalam kes ini semua pihak ada kebenaran tindakan mereka. Cuma bergantung kepada proses rundingan antara kedua-dua belah pihak untuk bersikap telus dan menggunakan budi bicara mereka.

Kuliah Us Ali Kutty Jumaat 12 Mei Alamanda

Assalamualaikum wrt wbt ,

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke majlis ilmu :

Kuliah Tasawur Islam
Jumaat 12 Mei 2006
Selepas Maghrib
Di Surau Taman Alamanda , Senawang
Oleh Us Ali Kutty

20060509

UMNO jangan jadi dinosaur – Mingguan M’sia 7 Mei 06

MALIK: Pemimpin muda tidak tahu tentang sejarah perjuangan bangsanya. Mereka melihat UMNO sebagai ejen untuk memudahkan mereka berniaga. UMNO sudah menjadi terlalu materialistik. Ini realitinya. Akhirnya, kita hilang pedoman. Inilah yang berlaku kepada dinosaur – besar tetapi akhirnya pupus. UMNO jangan jadi dinosaur.

MINGGUAN MALAYSIA 7 Mei 2006 - “UMNO jangan jadi dinosaur”

SEBAGAI seorang sejarawan yang kemudiannya menjadi orang politik, Malik Munip mempunyai satu perspektif yang cukup menarik tentang UMNO yang akan meraikan ulang tahunnya yang ke-60, Khamis ini.

Dalam wawancara bersama NOOR AZAM SHAIRI di pondoknya di Muar, Johor kelmarin, Malik melihat betapa masa depan UMNO dan orang Melayu khususnya akan banyak bergantung kepada sejauh mana mereka mampu memahami bukan hanya sejarah parti tetapi juga sejarah negara.

“Kalau mahu memahami kejayaan politik UMNO, kita mesti menggilap asal usulnya, tahu matlamatnya,” katanya.

Sepanjang perbualan yang bermula sebelum waktu Zuhur dan kemudian disambung semula selepas solat Jumaat, Malik berkali-kali menyebut tentang kekuatan orang Melayu yang tidak disedari oleh orang Melayu sendiri kerana pengaruh penjajahan minda.

“Kita harus kembali membaca dan memahami sejarah serta mengenal ketinggian kebudayaan kita,” katanya.

Sementara itu, dalam satu wawancara bersama SITI MARIAM MD. ZAIN melalui telefon di Kuala Lumpur, Tan Sri Aishah Ghani, 82, yang mengaku tidak begitu sihat bagaimanapun semacam mendapat kekuatan baru apabila diajak berbual mengenai UMNO.

Sebagai seorang yang menyertai UMNO sejak usia remajanya, tokoh veteran itu berasa cukup bertuah dapat melihat parti itu berkembang dan berjasa kepada bukan saja orang Melayu tetapi seluruh rakyat dan negara.

“Cabaran perlu ditangani dengan bijak oleh ahli-ahli dan pemimpin jika mahu UMNO terus relevan,” katanya terus terang sambil menegaskan berkali-kali tanggungjawab perlu dipikul dengan sebaik mungkin.

MINGGUAN: Apakah maknanya 60 tahun ini kepada UMNO dan orang Melayu yang diwakilinya?

MALIK: Pergerakan UMNO bertitik tolak daripada satu perkataan iaitu pembangunan. Ini bukan hanya sekadar pembangunan fizikal sebaliknya turut memelihara kedaulatan orang Melayu itu sendiri. Apa ertinya seseorang itu hebat dan berjaya tetapi dia menolak asal usulnya dan melihat orang Melayu dengan kebencian?

Saya tidak nafikan ada ramai orang Melayu yang hebat dan berjaya dan menjadi bertambah Melayu, cuma mereka itu tidak sibuk dengan UMNO. Masalahnya sebahagian daripada kita tanpa sedar semacam taksub menolak warisan, menyangkakan warisan itu menjadi penghalang kepada kemajuan.

Apakah betul sangkaan itu?

MALIK: Nilai Melayu sebenarnya telah dimanipulasikan. Kita misalnya dilatih untuk percaya bahawa orang Melayu mundur kerana berpegang kepada nilai biar mati anak, jangan mati adat. Tanpa sedar kita terperangkap dalam satu aliran pemikiran yang kita sendiri tidak faham. Kita mengutuk diri sendiri. Nilai Melayu yang tinggi itu kita pijak dan buruk-burukkan. Kita tidak sedar bahawa pepatah itu menunjukkan konsep keadilan Melayu yang bersendikan agama Islam – demi ketinggian martabatnya, hukum tidak boleh digadaikan.

Kalau kita lihat nilai etika kerja Melayu pula nilai itu sebenarnya jauh lebih baik daripada orang Jepun – daripada sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit, seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan sampailah kepada yang lebih grafik, genggam bara api biar sampai jadi arang. Apakah tidak tinggi nilai etika itu – selagi diberi tugas, kita jangan sama sekali mengalah biarpun terpaksa menderita? Ada kalanya kita gagal, dan pada saat itu kita pulang kepada qadak dan qadar Ilahi – rezeki secupak tidak akan jadi segantang. Ketika gagal, kita sebaliknya berjaya meningkatkan keimanan.

Inilah nilai-nilai baik yang berakar umbi dalam jiwa orang Melayu tetapi telah ditafsirkan dalam kerangka yang menjijikkan. Ini sebahagian daripada penjajahan minda, sehingga kita menganggap warisan kekuatan itu beban yang menjijikkan. Pedih dan sedih sebenarnya. Orang Melayu harus memulihkan kesedaran tentang asas kekuatan mereka.

Bagaimana?

MALIK: Kita harus kembali membaca dan memahami sejarah serta mengenal ketinggian kebudayaan kita. Pelayar yang mengelilingi dunia, Datuk Azhar Mansor ketika ditanya mengenai inspirasinya, mengatakan lebih kurang begini: “Aku lakukan ini kerana datuk nenek aku pernah mengelilingi dunia dengan serba kekurangan. Aku adalah pewaris kepada tradisi keberanian itu.”

Kekuatan yang ada pada orang Melayu itu bukanlah sesuatu yang baru. Kita hanya menghidupkan semula nilai yang ada dalam tradisi. Kita harus jadi seperti orang Korea dan Jepun yang maju kerana kekuatan tradisi mereka, dari sastera dan budaya.

Kita harus ada program yang rapi untuk ini; tidak payah sibuk berbunyi tetapi buat belum pasti. Kita harus melakukan ini sampailah kita mampu berkata dengan penuh yakin bahawa menjadi orang Melayu dan manusia yang maju adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan.

Kita selalu mendengar pelbagai kritikan tentang sikap orang Melayu, tentang sukarnya menukar budaya dan kaitannya dengan kemajuan dan pembangunan. Pandangan saudara?

MALIK: Ini sebenarnya tidak ada kena-mengena. Pemenang Hadiah Nobel Ekonomi, Robert Solow pernah mengatakan bahawa turun naiknya perkembangan ekonomi dalam sesebuah masyarakat itu tidak ada kena-mengena dengan kebudayaan dan nilai masyarakat itu. Prof. Diraja Ungku Aziz, yang lebih dekat dengan kita di sini, mencerakinkan kemiskinan luar bandar dan menulis enam atau tujuh kertas kerja yang hebat. Tidak ada satu pun analisisnya itu menghubungkaitkan kemiskinan dengan soal budaya dan nilai.

Ini proses peminggiran ekonomi bumiputera yang dimulakan oleh penjajah tetapi kita tidak nampak dan tidak faham. Chai Hon Chan dalam bukunya The Development of British Malaya 1896-1909 menunjukkan bagaimana pembangunan British mengelak kawasan Melayu – Kuala Lumpur, Seremban, Ipoh dan Taiping. Orang Melayu hanya tinggal di kawasan pesisir yang tidak dibangunkan; Jugra di Selangor contoh yang terbaik – daripada sebuah pelabuhan, ia menjadi bandar yang sunyi, daripada sebuah bandar akhirnya menjadi kampung. Orang Melayu apabila tidak faham semua ini akan mengutuk diri sendiri.

Tidakkah kutukan itu menjadi cabaran?

MALIK: Proses mengutuk diri itu akhirnya melahirkan generasi yang meyakini inilah sifat-sifat Melayu yang sebenar. Orang Melayu akan membenci warisannya sendiri termasuklah UMNO. Orang Melayu akan hilang kebanggaan diri. Kata Ibnu Khaldun, masyarakat yang hilang harga diri tidak mungkin boleh mencipta kejayaan.

Masyarakat yang kuat harus ada esprit de corps atau semangat kekitaan yang kuat, bangga dengan warisannya. Jepun dan Jerman, negara yang cukup maju itu semangat kekitaan masyarakatnya cukup kuat. Kita? Kita hancurkan. Kita cemuh dan kutuk orang Melayu. Sekarang ini macam-macam isu ditimbulkan termasuklah mempersoalkan DEB.

Bagaimanakah saudara melihat perjuangan UMNO?

MALIK: Ada pemimpin UMNO yang berkata, UMNO ejen perubahan. UMNO tidak perlu berbicara tentang perubahan tetapi sebaliknya pembangunan dan kemajuan. Ini kerana baik disebut atau tidak, perubahan memang tetap akan berlaku. Falsafah pergerakan UMNO bukan perubahan tetapi pembangunan iaitu untuk menjadikan orang Melayu sebagai induk dalam semua bidang.

Kita wajib menterjemahkan kedudukan orang Melayu yang induk dalam semua bidang penghidupan. Alhamdulillah, orang Melayu menjadi induk dalam politik. Dalam soal ekonomi, masih jauh lagi tetapi dalam bidang pendidikan, kita sedang berkembang ke arah itu. Apa yang lebih kompleks ialah membina keperibadian bangsa berdasarkan tradisi keperibadian tempatan.

Apakah cabaran yang dihadapi oleh UMNO?

MALIK: Musuh nombor satunya ialah pembalingan idea yang boleh menimbulkan syak wasangka tentang kesahihan perjuangannya. Musuh orang Melayu dari awal Bismillah tahu tentang ini. Apabila ada orang mempersoalkan kesahihan perjuangan UMNO dengan melontarkan konsep keadilan sosial dalam pengagihan ekonomi, ada orang Melayu yang termakan dengan idea itu.

Kita jangan terlupa tentang proses peminggiran ekonomi yang dilakukan oleh penjajah. Masalahnya kita tidak faham tentang peminggiran itu dan diasuh supaya meyakini bahawa ia terjadi kerana salah kita sendiri. Akibatnya, kita melahirkan generasi yang otaknya terbelenggu dengan perancangan penjajah – mengutuk diri sendiri, menyalahkan budaya dan nilai, dan sebagainya. Kita tersisih kerana kita tidak memahami proses penjajahan.

Apakah kelemahan yang mungkin tidak disedari oleh UMNO?

MALIK: Orang Melayu selalu segan hendak mengaku hal-hal yang baik yang ada dalam budaya dan tamadunnya. Ini sense of apologia yang menggilakan sehingga kita waswas mahu melangkah ke depan, betul atau tidak setiap tindakan.

Saya pernah berjumpa dengan seorang graduan Jerman yang lulus ijazah kelas pertama dari University of Edinburgh dan bertanya tentang kejayaannya. Katanya: “Saya berjaya kerana saya orang Jerman.” Dia memahami kekuatan bangsanya, dan menjadikan itu sebagai asas kejayaannya.

Tetapi sejak akhir-akhir ini, setiap sesuatu yang melambangkan kecemerlangan Melayu cuba digambarkan sebagai mengaibkan. Proton yang melambangkan pencapaian kita yang luar biasa dalam bidang industri tinggi misalnya dalam masa beberapa tahun ini diberikan pelbagai gambaran yang negatif. Kita terlupa bahawa ini adalah soal membangunkan kemahiran dan kemampuan.

Ini namanya capacity building, bukan untung rugi. Kalau kita sudah melahirkan beribu-ribu jurutera Melayu yang mahir di Proton, kita tidak usah bertanya ia untung atau rugi kerana itu capacity building untuk jangka panjang. Capacity building itu adalah asas untuk mencipta wang, membina kekayaan dan mencipta kejayaan.

Itu sebabnya saya tidak faham kenapa Proton, dan satu lagi MAS, dipamerkan sebagai lambang kehancuran. Kita harus faham dan ambil tahu sejarah MAS. Saya dahulu mengajar sejarah ekonomi, dan saya berusaha untuk mengetahui hal-hal ini.

Saya bangkitkan semua ini kerana sedih melihat pemerahan kepada orang Melayu dalam sejarah. Semasa zaman penjajah ketika teh mula muncul sebagai tanaman komersial, semua geran tanah milik orang Melayu dicap tidak boleh tanam teh. Getah pun begitu juga. Ini proses peminggiran ekonomi orang Melayu, panjang ceritanya.

Sejauh manakah sumbangan UMNO dalam pembinaan ekonomi?

MALIK: UMNO satu-satunya parti politik bumiputera yang secara konkrit mempunyai rancangan ke arah memecahkan belenggu daripada colonial economy yang diwarisinya. Ia sudah mula membuka ruang dengan membina ekonomi nasional. Kalau sesuatu bidang itu masih dikuasai oleh satu kaum tertentu misalnya, bidang itu tidak mencerminkan komponen masyarakat negara ini – masih lagi colonial economy. Dalam hal ini kita masih belum berjaya sepenuhnya. Kita kurang berkesan.

Apa sebabnya ia kurang berkesan?

MALIK: Ini berbalik kepada soal tadi, penjajahan minda. Memberi bantuan kepada orang Melayu dianggap sebagai subsidi. Itu bukan subsidi tetapi memulangkan hak yang dinafikan dalam sejarah. Ini hutang negara kepada orang Melayu yang diwarisi daripada penafian penjajah terhadap hak bumiputera di buminya sendiri.

Tetapi ada juga pemimpin Melayu yang menyangka menolong orang Melayu itu sebagai satu anugerah, satu sedekah. Kepada saya, pandangan yang sebegini adalah satu dosa kerana kegagalan memahami sejarah ekonomi bangsanya sendiri. Ini bukan sedekah tetapi sebahagian daripada tanggungjawab untuk memulangkan hak. Orang Melayu bukan meminta sedekah tetapi menuntut hak.

Malangnya ada juga orang Melayu termasuk di dalam UMNO yang menganggap ini semua adalah historical garbage yang harus ditolak ke tepi.

Kenapa sejarah ini penting untuk difahami?

MALIK: Pertama, kita akan lebih mengenal diri sendiri kerana hak-hak kita berkait rapat dengan pemahaman kita mengenai sejarah. Kedua, kita akan tahu arah yang hendak dituju dan ketiga, untuk mengelak kita terperangkap dalam idea-idea yang mahu memesongkan pemikiran orang Melayu.

Apabila terperangkap dalam idea globalisasi misalnya, kita akan merasakan aspirasi nasional itu begitu terasing dan kecil. Globalisasi itu pula diberikan takrif yang sangat sempit iaitu perdagangan. Ia pula disifatkan sebagai satu arus – menentang bererti melawan arus, melawan proses semula jadi. Liberalisasi melalui globalisasi itu sendiri adalah satu penipuan, seperti kata Joseph Stiglitz.

Apakah yang orang perlu faham tentang UMNO?

MALIK: UMNO adalah bahtera perjuangan bangsa yang diwariskan untuk generasi akan datang. Itu kata Pendeta Za’aba. Dalam gagasan sebuah bahtera yang besar yang merangkumi segala macam manusia itu tentulah akan muncul watak-watak yang membuatkan kita jadi meluat. Tetapi rasa meluat itu bukan asas untuk kita menghancurkannya, pecahkan bahtera itu. Kita perlu perbaiki.

Apakah banyak watak yang meluatkan itu?

MALIK: Mereka yang tidak peduli tentang apa yang kita bincangkan ini. Aneh atau tidak, pada saat orang Melayu papa kedana kekuatannya hampir tidak ada tolok bandingnya tetapi ketika berjaya dan dianugerahkan rezeki melimpah, rezeki itu pula yang melemahkannya? Semasa UMNO ditubuhkan dulu orang Melayu miskin tetapi semangatnya cukup kuat pantang berundur tetapi kenapa sekarang ini luntur dan terhakis kerana harta? Kenapa?

Mereka yang mempersoalkan DEB itu sebenarnya adalah orang yang mendapat banyak manfaat daripada DEB. Mereka inilah yang terperangkap dengan idea-idea yang menjadi musuh itu. DEB selalu dikritik kerana tidak menyediakan padang yang sama rata. Tetapi masalahnya orang Melayu sejak dulu hanya jadi pemerhati di tepi padang apalagi hendak cerita duduk dalam padang.

Pada usianya 60 tahun ini, bagaimanakah kedudukan UMNO menghadapi sumpah generasi ketiga – generasi pertama membina, generasi kedua menikmati dan generasi ketiga menghancurkan.?

MALIK: Kita mesti berikhtiar bertungkus lumus memelihara supaya sumpah yang terbukti dalam banyak organisasi di dunia ini tidak berlaku kepada UMNO.

Apakah tanda-tanda itu sudah ada?

MALIK: Ada. Pemimpin muda tidak tahu tentang sejarah perjuangan bangsanya. Mereka melihat UMNO sebagai ejen untuk memudahkan mereka berniaga. UMNO sudah menjadi terlalu materialistik. Ini realitinya.

Ahli falsafah, John Dewey mengatakan bahawa organisasi pada mulanya menjadi alat untuk mencapai sesuatu. Setelah berkembang, ia akan sampai kepada satu peringkat apabila budaya organisasi itu kemudiannya menyebabkan ahli-ahlinya menjadi alat kepada organisasi tersebut. Winston Churchill juga mengatakan hal yang sama, iaitu pertama kita membentuk institusi dan kemudian institusi itu pula yang membentuk kita.

Akhirnya, kita hilang pedoman.

Inilah yang berlaku kepada dinosaur – besar tetapi akhirnya pupus. UMNO jangan jadi dinosaur. Kita jangan terlalu syok dengan jumlah ahli tetapi perlu sibuk membina kualiti ahli. Kalau boleh biar dapat kedua-duanya sekali – ahli yang banyak dan berkualiti.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0507&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_01.htm&arc=hive

20060508

Kempen RM1 Seorang Untuk Rakyat Palestin

Himpunan Perdana : Selamatkan Kerajaan Palestin
Malam "MENYOKONG KERAJAAN PALESTIN HAMAS"

Pemidato :
Presiden PAS, Wakil Hamas, ABIM, JIM, TERAS

SABTU 13 Mei 2006
Masa : Selepas Isya’
Tempat : Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar

Kempen RM1 Seorang untuk Rakyat Palestin semasa Himpunan Perdana
Atau salur terus ke Akaun Tabung Maybank 564070703248 Parti Islam Se-Malaysia

Jualan buku Al-Quds Dalam Bahaya untuk tujuan kutipan derma
Pelancaran TABUNG SELAMATKAN PALESTIN
Persembahan Nasyid Kumpulan Masaal

Semua diseru supaya menghadirkan diri...

*********************************************************
Rakyat Indonesia derma Palestin satu dolar seorang – Utusan Malaysia 8 Mei 2006

JAKARTA 7 Mei - Lebih 10,000 penyokong sebuah parti Islam yang popular hari ini berarak melalui jalan-jalan utama di sekurang-kurangnya tiga buah bandar Indonesia untuk menggesa Washington dan sekutu-sekutunya supaya bekerjasama dengan kerajaan Palestin pimpinan kumpulan militan Hamas.

Amerika Syarikat (AS), yang menyifatkan Hamas sebagai sebuah pertubuhan pengganas, dan Kesatuan Eropah (EU) telah menghentikan bantuan kewangan kepada Pihak Berkuasa Palestin selepas kemenangan kumpulan militan Islam itu dalam pilihan raya umum Palestin.

Hamas gagal memperoleh dana asing kerana bank-bank tempatan, serantau dan antarabangsa bimbang tindakan oleh AS.

Kira-kira 10,000 penyokong Parti Keadilan Sejahtera (PKS), sebuah kumpulan konservatif Islam yang terkenal dengan pendirian antirasuahnya yang tegas, telah melancarkan rapat umum di sini.

PKS menggesa rakyat Indonesia supaya menderma satu dolar setiap seorang untuk tabung bagi membantu masyarakat Palestin.

Beberapa ratus lagi melancarkan tunjuk perasaan di beberapa buah bandar di wilayah Jawa Timur untuk mengecam sekatan yang diketuai oleh AS ke atas bantuan kewangan untuk Palestin.

“Kami menyuarakan bantahan kami terhadap AS dan Eropah. Mereka mestilah menarik balik sekatan itu kerana beribu-ribu penduduk Palestin kini diancam kebuluran,” kata Presiden PKS, Tifatul Sembiring dalam ucapannya pada rapat umum itu di tengah Jakarta.

Dalam pada itu, di Gaza, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Ismail Haniyeh semalam gagal mencapai kata sepakat bagi meredakan krisis kewangan yang mengancam menggagalkan kerajaan Palestin.

Penasihat Mahmoud, Nabil Abu Rdainah berkata pada akhir rundingan empat jam di antara kedua-dua pemimpin Palestin itu bahawa Hamas enggan mengubah dasarnya yang boleh mendorong AS dan Eropah menarik balik bantuan kewangan untuknya.

“Kami kesal kerana masyarakat antarabangsa enggan berurusan dengan kami selagi kerajaan tidak mengubah dasarnya,” katanya.

Mahmoud dan Ismail bertemu buat pertama kali dalam masa sebulan bertujuan untuk cuba menyelesaikan krisis kewangan yang bermula apabila AS dan EU membekukan bantuan kewangan kepada Pihak Berkuasa Palestin sebagai membantah dasar Hamas terhadap Israel.

Motivasi Keluarga Dr Sufian Hashim 14 Mei Seremban

Program Motivasi Buat Ibu Bapa Dalam Membimbing Anak-Anak Ke Arah Mencintai Islam Dan Satu Usaha Pembinaan Keluarga Muslim Yang Cemerlang

AHAD 14 Mei 2006 – 8:30 pagi – 12 tgh
Di SARA Gedong Lalang 162, Ampangan, Seremban

Penceramah (Pakar Motivasi) : Prof Madya Dr Sufyan Hashim
Fellow Kanan Institut Alam dan Tamaddun Melayu (ATMA), UKM

Bayaran : RM 10 seorang (Tiada bayaran bagi anak-anak yang hadir, sila maklumkan bilangan anak yang hadir)

Aktiviti untuuk ank-anak : Peraduan Mewarna dan Pemainan Uji Minda

Untuk Maklumat Lanjut/Pendaftara/Tempahan Gerai sila hubungi :
Urusetia 06-6796258
Shazwan 019-6619156
Us Fuad 019-3941353