KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20060510

Semua Ahli Parlimen wajar contohi Ahli Parlimen Jasin

Sikap Datuk Mohd Said Yusof Ahli Parlimen BN Jasin yang dikaitkan dengan isu rampasan kayu bergegaji oleh pihak kastam haruslah dicontohi oleh semua ahli parlimen dan wakil rakyat di Malaysia ini atas dasar membantu bangsa sendiri. Ahli Parlimen Melayu membantu bangsa Melayu, Ahli Parlimen Cina membantu bangsa Cina dan seterusnya.

Dalam kes ini kedua-dua belah pihak ada kebenarannya, pihak kastam menjalankan tugas mereka mengikut prosedur, ahli parlimen menjalankan tugas mereka mewakili rakyat di kawasan mereka.

Dan sepatutnya pembelaan rakyat bukan hanya apabila ianya membabitkan kerugian ratusan ribu atau jutaan ringgit, ianya haruslah meliputi kerugian yang berpuluh ringgit juga akibat disaman atau dirampas oleh pihak berkuasa kerajaan.

Ahli Parlimen dan wakil rakyat bukan hanya memberi pembelaan kepada usahawan malah kepada pekerja kilang dan buruh. Sebagai contoh jika seorang pekerja kilang bumiputera yang disaman kerana tidak mempunyai lesen memandu motosikal ketika hendak pergi kerja. Jika gaji bulanan pekerja tadi hanya RM 500 sebulan dan disaman dengan RM 300 sebulan, maka tidak salah juga jika wakil rakyat atau ahli Parlimen di kawasan berkenaan berunding dengan Ketua Polis Daerah atau Ketua Polis Trafik Daerah untuk membatalkan saman keatas pekerja kilang bumiputera tadi atas dasar membantu kaum bangsa mereka sendiri.

Oleh itu sikap ahli Parlimen Jasin Datuk Mohd Said Yusof haruslah dicontohi oleh semua ahli Parlimen dan wakil rakyat untuk membela rakyat dikawasan mereka tidak kira samada mereka usahawan besar atau kuli kecil, peniaga besar atau peniaga jalanan tanpa lesen, mereka yang menduduki banglo mewah atau penduduk setinggan dan seterusnya.

Sekali lagi dalam kes ini semua pihak ada kebenaran tindakan mereka. Cuma bergantung kepada proses rundingan antara kedua-dua belah pihak untuk bersikap telus dan menggunakan budi bicara mereka.