KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20091130

Tolong bantu edar Borang Baucer Beras

Idil Adha yang lalu bertemu saudara di Rembau. Tanya dia , dah mohon belum Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR). Dia kata borang kena ambil di Pejabat Pertanian di Chembong, dia duduk di Kota.

Rasanya masih terlalu ramai rakyat di Malaysia yang layak memohon Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR) tak tahu mana nak dapatkan borang.


Oleh itu kepada kita yang berkemampuan tengok-tengokkanlah jiran dan saudara mara kita. Bukannya perlu beri duit pun, kalau nak beri lagi bagus, tambah pahala. Tolong berikan Borang Permohonan Baucer yang boleh di muat turun secara percuma di laman web Kementerian Pertanian pada pautan berikut


Maklumat SUBUR

http://www.moa.gov.my/1256


Borang SUBUR

http://www.moa.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=4a94845d-4384-4cb2-a100-f31446c2b786&groupId=1612276

Pendaftaran Pelajar SRIAS 2010

Adalah dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Sekolah Rendah Islam A-Sa’idiyyah akan membuka kaunter pendaftaran dan jualan buku pada :


Tarikh : 29 & 30 Disember 2009

Hari : Selasa dan Rabu

Masa : 8:30 pg – 1.30 ptg

Tempat : Dewan Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah, Taman Rashidah Utama , Seremban


Untuk pertanyaan hubungi Pejabat Sekolah 06-6771197


Maklumat lanjut mengenai , peta lokasi sekolah, yuran, pakaian, jadual persekolahan dan sebagainya pada pautan berikut http://puspa-ns.blogspot.com

20091129

EXPO PINS09 , Seminar dan Pertandingan


Dilampirkan risalah Expo Pendidikan Islam Negeri Sembilan 2009 dan borang Seminar Rawatan Alternatif dan Pertandingan Rubik Cube yang akan diadakan di Masjid Bandar Baru Senawang pada hari Ahad 13 Disember 2009 bermula jam 9 pagi hingga jam 1 petang.


Antara yang mengambil bahagian dalam pameran EXPO PINS09 ialah :

1. Maahad Tahfiz As-Saidiyyah

2. Sekolah Menengah Islam As-Saidiyyah

3. Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah

4. Tadika & Taska Iman Childcare Centre

5. Pasti Rembau

6. Azhar Media

7. HEALTH

8. Teratak AMAL

9. ScoreA

JOM BELAJAR MENGAJI

JOM BELAJAR MENGAJI


Program Jom Belajar Mengaji khusus untuk :

1. Dewasa dan Saudara Baru

2. Kanak-kanak dan Asas Fardhu Ain

3. Kelas Bahasa Arab J-Qaf Darjah 1, 2, 3, 4 & 5


Menggunakan Teknik Qiraatu – Kaedah Pantas dan Praktik Belajar Al Quran


Dibimbing Secara Individu (Dewasa)


Untuk pendaftaran tel atau SMS ke

012-6670927 Ustaz Anas

012-6417664 Ustazah Maizatul


Tempat :

PENGAJIAN ANNAS

No 59-2, Jalan Komersil Senawang 7, Taipan Senawang

KFC Baru Seremban, Bazaar MAINS, Flea Market



Pagi tadi Ahad 29 November 2009 sekitar jam 7:30 pagi ke bandar Seremban. Lalu depan Bazaar MAINS di Jalan Dato Abdul Rahman. Tahniah keperihatinan pihak MAINS dah letak beberapa papantanda untuk menunjuk arah Bazaar MAINS.

Terperanjat tengok dah ada KFC baru sederet dengan Bazaar MAINS. Mungkin dengan adanya KFC baru di tengah bandar Seremban ini akan merancakkan lagi aktiviti perniagaan di Bazaar MAINS milik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

FLEA MARKET
Bazaar MAINS Seremban akan mengadakan jualan lambak berkonsepkan Flea Market Bazaar MAINS pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula 5 dan 6 Disember 2009 ini dengan kadar sewaan tapak yang amat-amat berpatutan iaitu RM 10 sehari.

Kepada mereka yang berminat sila SMSkan Nama , No tel, jenis produk ke 013-6367565

Maklumat lanjut di laman web Bazaar MAINS di http://bazaarmains.com/ atau http://bazaarmains.blogspot.com/

20091128

Orang Senawang dah tak marah kerajaan



Sebelum ini saya ada menulis artikel bertajuk bertajuk “Camne orang Senawang tak marah kat kerajaan”pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2009/11/camne-orang-senawang-tak-marah-kat.html


Rasanya orang Senawang dah tak marah lagi dah kat kerajaan kerana tindakan pantas mereka bukan sahaja membaiki jalan, malahan menukar sistem perparitan yang baru dan lebih kukuh di sepanjang jalan depan Taman Kemuning, Senawang..


Gambar terkini yang diambil pada Sabtu 28 November 2009 di atas.

Tawaran saham Surau N9, keuntungan berlipat ganda

Adalah dimaklumkan Surau Taman Kemuning , Senawang adalah dalam proses pembinaan.


Sumbangan umat Islam yang prihatin adalah amat diharapkan dalam melancarkan dan mempercepatkan proses menyiapkan pembinaan surau ini.


Antara kata lain saham akhirat terbuka kepada umat Islam dengan jaminan keuntungan berlipat kali ganda mengalahkan mana-mana saham di bursa saham Malaysia dan seluruh dunia.


Kepada mereka yang ingin membeli saham ini (menderma), sementara surau ini masih dalam pembinaan sila hubungi :


Pengerusi

Jawatankuasa Bertindak Pembinaan Surau Taman Kemuning

No 56, Jalan Kemuning 2

Taman Kemuning, 70450 Senawang, N.Sembilan

u.p. : En Daud bin Mastor 013-6849969


Gambar semasa pembinaan Surau Taman Kemuning pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2009/11/surau-taman-kemuning-senawang.html

20091125

Program MARI MENGAJI 1 ke 31 Dis 09 Senawang

PROGRAM MARI MENGAJI
Tempat : PASTI Amal, No. 984, Jalan Teratai 14, Taman Marida, Senawang
Tarikh : 1 Disember 09 hingga 31 Disember 09
Masa : 9 pagi – 12. tengahari (Isnin – Jumaat)

Program ini akan dibahagikan kepada TIGA Kelas iaitu:
- Kelas 1 – Tahap Asas (Iqra 1,2,3)
- Kelas 2 – Tahap Pertengahan (Bacaan Al-Quran)
- Kelas 3 – Tahap Lanjutan (Bacaan Al-Quran, Tajwid & Tarannum)

Peserta dikehendaki membawa sendiri: kitab Iqra (1,2,3) bagi tahap asas dan
Al-Quran bagi tahap pertengahan dan lanjutan.

Yuran pendaftaran cuma RM 35.00
Setiap kelas terhad kepada 20 orang peserta sahaja
Pelajar perlu bawa rehal sendiri
Pengangkutan tidak disediakan

OBJEKTIF PROGRAM
- Menyemai dan menyuburkan cintakan Al-Quran kepada anak-anak
- Mengisi aktiviti bermanfaat untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah

Untuk pertanyaan dan pendaftaran hubungi :
1. Hj. Faisol Abdul – 019-3440826
2. Sdr. Nazri Zainal – 019-9103431
3. Sdr. Mohd Sufian – 013-3589328

Anjuran : PASTI Amal dengan kerjasama PAS Cawangan Senawang

Borang Program pada pautan berikut http://pasti-n9.blogspot.com/2009/11/program-mari-mengaji-1-ke-31-dis-09.html

Cyber Cafe yang harus dicontohi di Rembau

Baru-baru ini teman saya di Rembau telah mengunjungi sebuah kedai komputer yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dari kursus komputer hinggalah ke perkhidmatan internet cyber cafe.

Pada saya kedai seumpama in harus mendapat liputan dan sokongan penuh media cetak, media elektronik, Jabatan Pelajaran, Jabatan Agama , Pihak Berkuasa Tenpatan dan PDRM.

Kalau saya tahu ada Cyber Cafe macam ni di Senawang, saya tak akan risau hantar anak saya ke kedai macam ini.

Ini adalah kerana pemilik kedai berkenaan tidak membenarkan pengunjung melayari internet yang mengandungi laman web lucah, juga tiada permainan video dihidangkan. Ianya lebih kepada kedai untuk pengunjung mencari ilmu, mencari ketenangan, mencari maklumat.

Kalaulah semua Cyber Cafe seluruh Malaysia boleh mencontohi kedai ini , alangkah baiknya. Berkuranganlah maslaah sosial di Malaysia , insyaAllah.

Maklumat kedai tersebut ialah seperti berikut :

Pusat Teknologi Gemilang
No. 9 Jalan TRP 1, Taman Rembau Permata,
71300 Rembau Negeri Sembilan.
Tel : 06-685 8495
Hp : 013-255 9515 (En Idris Salleh)
E-mail: gemilang2u2@gmail.com
Laman Blog http://gemilang2u2.blogspot.com

20091124

Pertandingan Kiub Rubik 13 Dis 09 Senawang

PERTANDINGAN KIUB RUBIK (RUBIC CUBE)
Sempena EXPO Pendidikan Islam N.Sembilan

Tarikh : 13 Disember 2009
Hari : Ahad
Masa : 10 pagi
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang, N.Sembilan

Kategori Pelajar Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah
Terhad kepada 20 peserta setiap kategori
Peserta dikehendakki membawa sendiri Kiub Rubik yang standard

HADIAH MENARIK MENANTI PEMENANG !
Pemenang ialah mereka yang terpantas menyusun Kiub Rubik mengikut warna

Yuran penyertaan hanya RM 1
Tarikh tutup penyertaan 11 Disember 2009

Untuk pendaftaran hubungi Syauqi 017-2435124

Info lanjut mengenai EXPO Pendidikan Islam N.Sembilan di http://waghih.blogspot.com/2009/11/expo-pendidikan-islam-nsembilan-13-dis.html

Orang N.Sembilan akan hidup merempat jika

Sekarang ini sedang rancak projek landasan keretapi berkembar melintasi beberapa kampung di daerah Rembau.

Baru-baru ini jumpa seorang kenalan dari Rembau. Rumah pusaka dan tanah pusaka arwah ibunya terlibat dengan projek ini. Memandangkan ibunya sudah meningggal dan tiada anak perempuan dan nama pada geran tanah masih nama arwah ibunya maka duit pampasan pengambilan tanah tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun Amanah Raya.

Perlulah di bawa kes ini ke mahkamah termasuk Mahkamah Adat untuk menentukan siapa pewaris yang hak untuk mendapatkan wang pampasan tersebut sekiranya ada anak saudara perempuan sebelah ibunya.

Sebenarnya terlalu banyak kes sebegini di Negeri Sembilan. Tanah adat yang tidak jelas status pemiliknya kerana tidak ditukar nama sejak sekian generasi. Yang rugi ialah anak Negeri Sembilan. Tak kiralah anak Negeri Sembilan yang lelaki atau yang perempuan.

Jika ianya berterusan orang Negeri Sembilan lama kelamaan akan hidup merempat. Ada tanah boleh tengok sahaja tak boleh duduk. Ada duit pun boleh tengok sahaja tak boleh belanja.

Siapa yang ada kuasa dan suara dalam tanah adat ini buatlah sesuatu. Kalau nak ikutkan hati, malas saya nak fikir pasal tanah ni, buat apa susah-susah nak sedarkan pengamal adat, saya dah ada rumah, dah ada tanah, tak hidup merempat.

Tapi terfikir akan ditanya di akhirat nanti , apa peranan saya apabila melihat orang Negeri Sembilan hidup merempat sedangkan mereka ada tanah, sedangkan mereka saudara saya, mereka jiran saya, mereka orang kampung saya, mereka sebangsa, mereka seagama.

Betullah pepatah yang mengatakan Menang Sorak , Kampung Tergadai. Menang Piala Malaysia setelah menunggu 61 tahun, tapi kampung halaman makin lama makin tergadai.

Telah banyak saya tulis mengenai Adat Perpatih pada pautan berikut :
http://waghih.blogspot.com/2008/12/siapa-kata-adat-perpatih-tak-boleh.html
http://rozmal.blogspot.com/2008/08/generasi-muda-mahu-adat-perpatih.html

20091123

Bantulah pelajar susah kembali ke sekolah



Amat kurang usaha terancang oleh badan bukan kerajaan dan sektor swasta untuk membantu pelajar miskin kembali ke sekolah.

Hujung minggu lalu kami sekeluarga berkesempatan ke Parkson di Seremban Parade. Ketika membayar saya terpandang satu risalah EDUCARE 2009 yang bertujuan untuk Penyampaian Barangan Keperluan Sekolah Untuk 5000 Murid-Murid Yang Memerlukan Bantuan.

Bermula pada tahun 2001 dengan 800 orang menerima bantuan pada tahun 2008 seramai 5000 pelajar telah menerima bantuan.

Yang menjayakan projek ini ialah Sri Jayanti Association, Yayasan Maha Karuna, Parkson Corporation dan Sri Lanka Buddhist Temple.

PAS Kawasan Rembau juga telah menjalankan kempen serupa , ianya dipanggil iaitu PROGRAM SEKOLAH MEREKA , SIFAR KECICIRAN yang telah masuk Musim Kedua. Maklumat lanjut di http://pasns.blogspot.com/2009/11/pas-rembau-lancar-sekolahkan-mereka.html

Saya terperanjat dengar Radio IKIM pagi tadi , ada yang pergi pakej Haji sampai mencecah RM 100,000. Pakej Umrah tak tahulah mungkin ada yang sampai RM 100,000 juga. Nampaknya ibadah dah menjadi sumber kekayaan bukan sumber rezeki.

Agaknya pelajar-pelajar Islam ini terlalu kaya , sebab itu tak perlu nak buat projek bantuan kembali ke sekolah.

Tolonglah perhatikan jiran sekeliling kita , tak kiralah Melayu ke , Cina ke, India ke, Myanmar ke. Mereka ini begitu ramai yang memerlukan bantuan untuk kembali ke sekolah tahun 2010 ini.

Tak takut ke bila kita ditanya di dalam kubur atau padang Mahsyar, kita ada RM 100,000, dah ada rumah, dah ada kereta, dah pergi haji kenapa tak bantu anak jiran sebelah rumah ?

Bantu Pelajar N.Sembilan di Jordan rawat Leukimia

Saudari Nabilah Huda binti Zaim merupakan pelajar tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang sedang menuntut dalam jurusan Syariah di University of Yarmuk, Irbid, Jordan.

Meskipun mengalami penyakit leukemia, beliau tetap cekal dan bersemangat untuk meneruskan pengajian.

Nabilah Huda akan menjalani pembedahan pemindahan tulang sum-sum pada bulan Disember ini. Kos pembedahan ialah sebanyak RM70,000 (RM50,000 untuk pembedahan dan RM20,000 untuk rawatan susulan).

Sehubungan dengan itu, ISMA N.Sembilan melancarkan Kempen Tabung Bantuan Nabilah Huda sebagai usaha mengumpulkan bantuan kewangan untuk membiayai kos pembedahan beliau.

Sumbangan ikhlas daripada para dermawan boleh disalurkan terus kepada akaun Maybank saudara Zaim bin Shaari, bernombor 162517025794.

Untuk sebarang pertanyaan atau perkembangan lanjut, boleh berhubung terus dengan saudara Zaim di talian 013-3521226.

Maklumat lanjut di Blog ISMA N9 http://isman9.wordpress.com/2009/11/22/kempen-tabung-bantuan-nabilah-huda/

Kerajaan tak serius tangani remaja Melayu mabuk

Bukan saya kata, tapi Mazidul Akmal Sidik ( Hos rancangan TV3 360 dulu 999)

.......jika kerajaan berhasrat serius mengekang umat Islam meminum arak, mereka harus dibekalkan dengan peralatan terbabit.

Komen penuh beliau di http://mazidulakmal.blogspot.com/2009/11/remaja-teguk-arak.html

Seminar Rawatan Alternatih 13 Dis 09 Senawang

SEMINAR RAWATAN ALTERNATIF
Sempena EXPO Pendidikan Islam N.Sembilan
Tarikh : 13 Disember 2009 (Ahad)
Masa : 9 pg – 11 pg
Tempat : Bilik Kuliah, Masjid Bandar Baru Senawang, N.Sembilan

Yuran penyertaan : RM 10 , terhad 30 orang sahaja (termasuk jamuan ringan), yang daftar awal diutamakan.
Peserta : Terbuka kepada umum

- Seminar Rawatan Alternatif antaranya rawatan bekam berdasarkan sunah Nabi Muhammad saw.
- Penerangan terapi lain seperti refleksologi, akupunktur kiropraktik dan rawatan herba.

Untuk pendaftaran dan penyertaan hubungi :
En. Husaini 013-3598318
Puan Rohani 017-6549624
En Sahrizal 017-2218189

Tarikh tutup pendaftaran 10 Disember 2009

Anjuran : Surau Taman Alamanda dan HEALTH http://bekam-sunah.blogspot.com

Info lanjut mengenai EXPO Pendidikan Islam N.Sembilan di http://waghih.blogspot.com/2009/11/expo-pendidikan-islam-nsembilan-13-dis.html

Tukar kalendar lumba kuda ke Islamik 2010


Kalendar Islamik 2010 secara khusus membantu para peniaga untuk mengekalkan pelanggan serta mempertingkatkan pelanggan, setiap hari , sepanjang tahun.

Juga boleh dijadikan projek dana badan kebajikan, masjid, surau dan sebagainya.

Maklumat lanjut di Blog http://kalendar-islamik2010.blogspot.com/

Hubungi :
En. Nazri : 019-9103431
En. Ridwan : 017-2555201
En. Amir : 017-6473776
En. Ja : 017-3251447
Ustaz Nazri : 019-6644320
E-mel kalendarislamik2010@gmail.com

Diterbitkan oleh :
Pustaka Al-Azhar Media
No 11, Bangunan UDA, Jalan Kuala Pilah, Bandar Baru Ampangan, 70440 Seremban, Negeri Sembilan. Tel : 012-6972324 (Norish)

Al-Azhar Media
No 9456, Business Center, Lorong Kekwa 1/1, Taman Guru Melayu, 70450 Senawang. Tel : 06-6794268 (Puan Zahrah). e-mail : kamus_almiftah@yahoo.com . Web : http://www.kamus-almiftah.com/

Harga
Saiz "Biasa"
50 - 99 : RM 3.00
100 - 499 : RM 2.80
500 - 999 : RM 2.60
1000 - 2999 : RM 2.40
3000 > : RM 2.20

Saiz "Comel"
50 - 99 : RM 2.50
100 - 499 : RM 2.30
500 - 999 : RM 2.00
1000 - 2999 : RM 1.80
3000 > : RM 1.50

Design : RM 20.00
Penghantaran : tertakluk

20091121

Demam Boikot 7 11 melanda Rembau


Kempen Boikot rangkaian kedai 7 Eleven selagi arak dijual kini melanda Rembau. Terkini Banner Boikot 7 Eleven terpampang di tepi jalan utama Rembau – Tampin.


Bukan setakat kedai yang menjual arak sahaja yang harus umat Islam boikot, tapi akhbar yang mengiklankan keputusan judi pun mesti di boikot seperti yang disarankan oleh Blog berikut http://pmbaj.blogspot.com


Yang mesti sokong usaha boikot ini ialah kaum wanita, kerana kaum wanita sering dizalimi oleh kaki botol dan tahi judi. Tak percaya baca laporan di bawah :


**************************************

JPW pandang serius kes isteri ditinggal suami


JELEBU 19 Nov. - Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) negeri memandang serius kes wanita yang terpaksa mengambil alih tugas menjadi ketua keluarga sedangkan kebanyakan mereka tidak bekerja.


Pengarahnya, Norhafiza Halim Faisal berkata, lebih malang lagi apabila tugas itu dipikul oleh wanita berkenaan seorang diri tanpa ada bantuan daripada sesiapa, sedangkan suaminya masih ada.


''SELAIN ITU JPW JUGA MENGESAN TERDAPAT SUAMI KAKI JUDI DAN PENAGIH DADAH.


''Suami begini sering menjadikan isteri sebagai mangsa keganasan dan meninggalkan tanggungjawab membimbing keluarga seorang diri," katanya di sini, hari ini.


Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_06.htm

Promosi 2010 PASTI Khadijah Chembong, Rembau

Pendaftaran Pelajar PASTI Siti Khadijah, Kg Batu Hampar, Rembau kini dibuka untuk tahun 2010.


Promosi istimewa pengambilan pelajar baru 5 dan 6 tahun.


Untuk pertanyaan dan pendaftaran hubungi 013-2772552


Maklumat lanjut pada pautan berikut http://pasti-n9.blogspot.com/2009/11/promosi-2010-pasti-khadijah-chembong.html

Motivasi Madrasah IHB Bongek 6 ke 12 Dis 09 Rembau

PROGRAM CUTI SEKOLAH

MADRASAH ISLAMIAH HAJI IBRAHIM , Kg Bongek, Rembau, N.Sembilan


Tema : Asas-Asas Muslim

Tarikh : 6 – 19 Disember 2009 (dua minggu Ahad-Sabtu)

Tempat : Madrasah Islamiah Haji Ibrahim http://madrasahbongek.blogspot.com


Peserta : 12 – 19 tahun lelaki sahaja

Yuran : RM 150 sahaja ( termasuk, tempat tinggal bahan pembelajaran dan tenaga pengajar)

Jumlah peserta : Terhad kepada 30 orang sahaja (yang daftar awal diutamakan)


Hubungi : Ustaz Mohd Khairuddin b Yusoff , 012-3752240


OBJEKTIF :

- Memberi motivasi kepada pelajar untuk melakukan ibadah dengan sempurna

- Mendedahkan kepada pelajar syarat kecemerlangan berteraskan ibadah

- Menanamkan benih kecintaan kepada Allah, Rasul, Ibu bapa dan kecemerlangan

- Mewujudkan rasa tanggungjawab di dalam diri pelajar


PENGISIAN :

- Kelas Al Quran, Tauhid, Fiqh dan Adab

- Kelebihan Amalan, Sirah Nabi dan Sahabat

- Sembahyang Berjemaah Lima Waktu dan Qiamullail

- Sembahyang-Sembahyang Sunat, Zikir dan Doa

- Riadhah dan Aktiviti Kemasyarakatan


KEPERLUAN PESERTA :

- Pakaian yang cukup dan sesuai untuk aktiviti agama dan luar

- Keperluan asas seperti ubat gigi, sabun dll

- Bantal, sarung bantal, selimut dan cadar

- Alat membasuh, baldi, hanger dan sepit baju

- Lain-lain yang difikirkan perlu untuk tempoh 2 minggu

20091120

Perkhemahan Motivasi AMAL 18 ke 20 Dis 09 Rembau


PERKHEMAHAN & MOTIVASI AMAL 09
Tarikh : 18 – 20 Dis 2009 (Jumaat-Ahad)
Tempat : SungaiTalan, Kg Bintongan, Rembau

Penyertaan : Lelaki berumur 10 ke 45 tahun
Yuran :
RM30 seorang (untuk ahli Unit Amal)
RM 60 seorang (bukan ahli)

AKTIVITI MENARIK
Kembara Malam
AMAL Race
Mini Street Soccer
Tazkirah Agama
Motivasi Pelajar
Latihan Kawad Statik
Bengkel Nasyid
Bengkel Roket Air
Bengkel Masak Dalam Hutan
Bengkal Roti Canai
Bengkel Apam Balik

Maklumat lanjut hubungi :
Izamri 012-3513434
Mohd Nazri Esa 013-3098775
Husaini Husin 013-3598318

Barangan Yang Perlu Peserta Bawa :
- Pakaian solat dan sukan
- Lampu picit
- Kelengkapan tidur

Anjuran :
Unit Amal Rembau http://unitamaln9.blogspot.com/
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan http://yam-ns.blogspot.com/

Kem Motivasi MAKES 25 ke 27 Dis 09 Rembau


KEM MOTIVASI ANAK KEMBALI KE SEKOLAH (MAKES) SIRI 3/2009
Tarikh : 25-27 Disember 2009 (Jumaat-Ahad)
Tempat : Tapak Perkhemahan Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan.

Peserta : Remaja Lelaki & Perempuan berumur antara 13 hingga 16 tahun.

Yuran : RM 120 (meliputi makan minum, penginapan, bahan pengisian, tag nama, perlindungan takaful dan sijil penyertaan)

ANTARA AKTIVITI MENARIK
- XPDC Mendaki Gunung Datuk
- Menjejak Tapak Hang Tuah
- Visi Intelligent
- Smart Solat
- Cabaran Survivor
- Malam Aspireasi Seni
- Ceramah Multimedia dari penceramah berpengalaman
- Solat jamaah, Zikir Ma’thurat, Kuliah Subuh, bacaan Al Quran dan Qiyamullail

Hubungi :
En Ahmad Shahir Mohd Shah - 019-6020925 ibnushah_apium@yahoo.co.uk
En Ahmad Taufiq Redzuan - 013-2223376 taufq89@yahoo.com
En Hazwan Mohd Nor - 013-2987115 amierwan@gmail.com

Anjuran :
Akademi Latihan Tinta Strategi (ALTIS)
No.2324 Jalan SJ 10/1 Taman Seremban Jaya
70450 Seremban
Tel : 06-6789760
http://altis-academy.blogspot.com/

KEPERLUAN PESERTA
- Keperluan peribadi
- Pakaian riadah (baju sukan,seluar sukan panjang, kasut sukan)
- Kasut
- Al Quran
- Al Ma’thurat
- Pakaian sembahyang (baju melayu, kopiah,songkok, telekung bagi perempuan)
- Selipar / Sandal
- Kain Basahan

Jambori JUNIOR 11 ke 13 Dis 09 Seremban


Jambori Remaja 2009 (JUNIOR '09) - AKTIFKAN DIRIMU!
Tarikh : 11-13 Disember 2009 (Jumaat-Ahad)
Tempat : Taman Malaysia MPS, Seremban

Penyertaan: Terhad kepada 150 orang peserta berumur 9-12 tahun

Aktiviti :
- Meredah Hutan
- Kembara Ilmi
- Operasi Burung Hantu
- ..dan banyak lagi..

Yuran penyertaan : RM 120

Hubungi :
En Ahmad Shahir Mohd Shah - 019-6020925 ibnushah_apium@yahoo.co.uk
En Ahmad Taufiq Redzuan - 013-2223376 taufq89@yahoo.com

Anjuran :
Akademi Latihan Tinta Strategi (ALTIS)
No.2324 Jalan SJ 10/1 Taman Seremban Jaya
70450 Seremban
Tel : 06-6789760
http://altis-academy.blogspot.com/

20091119

EXPO Pendidikan Islam N.Sembilan 13 Dis 09

EXPO PENDIDIKAN ISLAM NEGERI SEMBILAN 09
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Hari : Ahad 13 Disember 2009
Masa : 9 pagi hingga 1 tengahari

Mana nak hantar anak tadika ? Sekolah rendah ? Lepas UPSR ? Lepas PMR ? Lepas SPM ?

OBJEKTIF EXPO
- Memaklumkan kepada masyarakat bahawa N.Sembilan mempunyai banyak institusi pendidikan Islam dari peringkat pra sekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi
- Memberi penerangan kepada ibu bapa dan para pelajar akan peluang-peluang pendidikan Islam di N.Sembilan
- Mengadakan pusat sehenti maklumat berkenaan institusi pendidikan Islam di negeri ini
- Memudahkan pendaftaran para pelajar ke institusi pendidikan Islam dalam N.Sembilan

Expo ini adalah terbuka kepada orang ramai secara percuma dan juga penyertaan secara percuma oleh institusi pendidikan Islam seperti Tadika Islam, Sekolah Rendah dan Menengah Islam, Maahad Tahfiz, Sekolah Pondok dan Pusat Pengajian Islam yang lain.

Kepada pihak pengurusan institusi pendidikan Islam di Negeri Sembilan yang ingin turut serta dalam Expo ini pihak penganjur akan memberikan satu tapak berbumbung seluas 10 ka x 10 ka secara percuma (meja dan kerusi tidak disediakan).

Untuk maklumat lanjut sila hubungi , Rozmal bin Malakan , Setiausaha Surau dan Taman Alamanda Tel : 012-2267406 e-mel rozmal@yahoo.com

Tarikh tutup pendaftaran penyertaan institusi pendidikan Islam pada atau sebelum Sabtu 5 Disember 2009.

Anjuran : Surau Taman Alamanda

PENDAFTARAN PENYERTAAN
Sila isikan maklumat di bawah dan e-melkan ke rozmal@yahoo.com atau poskan ke :

Urusetia EXPO Pendidikan Islam N9
Jawatankuasa Surau dan Taman Alamanda
Peti Surat Surau Alamanda
Jalan 1, Taman Alamanda
70450 Senawang
N.Sembilan

Nama Institusi :
Alamat penuh :
No tel :
No fax :
E-mel :
Laman web :
Nama untuk dihubungi :
Jawatan :
No tel :

Adalah dengan ini kami mengesahkan untuk menyertai EXPO PENDIDIKAN ISLAM NEGERI SEMBILAN 09 pada 13 Disember 2009 di Masjid Bandar Baru Senawang

Bersama kita bangunkan Madrasah Pondok Seri Permai












PROGRAM SUMBANGAN DERMA MEMBINA BANGUNAN MADRASAH

Adalah dimaklumkan Madrasah Dakwah Islamiah , Pondok Sri Permai di Pasir Puteh, Kelantan dalam proses untuk membina sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi beberapa keperluan asas madrasah, iaitu tiga bilik kelas belajar, satu bilik perpustakaan, makmal komputer, pejabat dan bilik penginapan tetamu.

Kos pembinaan adalah dianggarkan sebanyak RM 300,000.00

Segala sumbangan bolehlah disampaikan kepada wakil yang dilantik atau melalui akaun madrasah iaitu No. Akaun : 03-090-02-009151-6 (BIMB).

Wakil di N.Sembilan ialah Ustaz Zulkifli bin Mat Zari atau boleh menghubungi Ustaz Mohd Nazri Yusof 019-3457690


*****************
Madrasah Dakwah Islamiah , Pondok Sri Permai
Pondok Seri Permai Seligi ini telah diasaskan pada tahun 1989M oleh Tuan Guru Abdul Hamid B. Hj. Daud. Terletak kira-kira 45 km dari Pusat Bandar Kota Bharu.

Kawasannya yang dikelilingi kawasan bukit, menjadikannya tempat yang sangat sesuai untuk menuntut ilmu.

Pengerusi Pentadbir
Nama : Tuan Guru Abdul Hamid B. Hj. Daud
Tempat lahir : Pattani
Tahun lahir : 1937M

Pendidikan :
Pondok Dala - 10 Tahun - Haji Abdul Rahman B. Muhd. Irsyad
Pondok Perigi - 5 Tahun - Haji Wan Ismail B. Haji Ibrahim
Pondok Piak - 5 Tahun - Haji Husin Bin Haji Awang

SISTEM PEMBELAJARAN DAN MATAPELAJARAN YANG DIAJAR
Pengajian Umumi (pelajar diberi kebebasan memilih mata pelajaran yang hendak diikuti) Kitab-kitab Pondok

Terdapat kira-kira 100 orang pelajar pondok dan 100 penghuni keluarga

Sumber dan gambar dari http://muttaqim.blogspot.com/2009/10/ziarah-pasir-puteh-1.html


Madrasah Dakwah Islamiah
Pondok Seri Permai Seligi
Kg Permatang Sungkai
16800 Pasir Puteh
Tel 012-9528801 Ustaz Arfan

Sumber Blog E Pondok http://epondok.wordpress.com/2009/11/09/telefon-perhubungan-pondok-ahli-pppb/

20091118

Ceramah Gempa Bumi 19 Nov 09 Masjid Ampangan

CERAMAH MULTIMEDIA
Tajuk : Iktibar Gempa Bumi di Padang , Sumatera, Indonesia
Penceramah : Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad http://berjuangitumanis.blogspot.com , wakil Muslim Care ke Padang
Tarikh : 19 Nov 2009
Masa : 8 malam
Tempat : Masjid Jamek Ampangan, Seremban

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Sila panjangkan/hebahkan makluman program ini

Program Bina Jatidiri 22 Nov 09 N.Sembilan

PROGRAM MEMBINA JATIDIRI SEMPENA CUTI SEKOLAH
Tarikh : 22 Nov 09 ( Taman Alamanda, Senawang) , 23 Nov 09 (Bt 4, PD)
Pendaftaran : 2.00 – 3.00 ptg ( Taman Alamanda )
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah (Lelaki & Perempuan)
Yuran penyertaan : RM 20 seorang

Anjuran : ABIM Senawang
Maklumat lanjut hubungi Azhari Mohd Said 013-3913170

20091117

Kg Penajis, N.Sembilan patut ditukar ejaan


Di Negeri Sembilan berhampiran dengan kampung kelahiran saya iaitu di Kota ada sebuah kampung bernama Kampung Penajis. Walaupun ejaannya Penajis tetapi loghat Negeri Sembilan disebut Penajeh.


Sejarah bermulanya kerajaan Negeri Sembilan ialah di Kampung Penajis dimana Raja Melewar yang berasal dari Minangkabau telah ditabalkan sebagai Yam Tuan Besar Negeri Sembilan yang pertama pada tahun 1773 oleh Datuk-Datuk Penghulu Luak di Kampung Penajis, Rembau.


Begitu signifikan sekali Penajis di Negeri Sembilan ini. Tapi nama Kampung Penajis seakan-akan tenggelam. Mungkin ada pihak yang malu untuk mempromosikan nama Kampung Penajis dan kaitannya dengan pembentukan awal kerajaan Negeri Sembilan.


Kenapa ianya diberi nama Penajis atau asal usul Penajis tidaklah diketahui umum. Akan tetapi menurut bahasa Sanskrit Tajeh berasal dari suku kata Taj yang bermaksud mahkota. Barangkali Penajeh bermaksud orang yang memakai mahkota atau orang yang dimahkotakan.


Sehubungan dengan itu kerajaan Negeri Sembilan , pakar-pakar sejarah di Negeri Sembilan , ketua-ketua adat , Kementerian yang berkaitan haruslah mengkaji semula akan kepentingan Kampung Penajis dalam sistem pemerintahan raja berpelembagaan di negeri ini.


Malah adalah lebih baik Kampung Penajis ini bukannya ditukar nama, akan tetapi ditukar ejaan ke Kampung Penajeh melambangkan tempat Yam Tuan yang pertama dimahkotakan.


DAULAT TUANKU

Rozmal bin Malakan

Kampung Kota Pulau, Kota, Negeri Sembilan



Blog Sekolah Penajis http://pssskpenajis.blogspot.com , http://skpenajis.blogspot.com


Gambar Masjid Kg Penajis http://magnificentpicture.blogspot.com/2009/01/masjid-kampung-penajis.html


TAJ (tahzh)

Variations: Tajh, Taje, Tajeh, Tajee, Taji, Tahj

Gender: M

Origin: Sanskrit

Meaning: "crown"

Cool-sounding name reflecting the magnificence of the seventeenth-century Indian Taj Mahal.

http://nameberry.com/babyname/Taj

Kem Kerohanian Remaja 21 Nov 09 Pilah

ISLAMIC SPIRITUAL CAMP

Tarikh : 21 dan 22 November 2009 (Sabtu-Ahad)

Tempat : Masjid Tok Muar, Kuala Pilah, N.Sembilan

Penyertaan: Pelajar Tingkatan 3 dan 4 (Terhad 40 orang sahaja)


Anjuran : Yayasan Kasih Sayang N.Sembilan


Untuk pendafataran dan pertanyaan hubungi YKSNS 06-4810092 atau di http://yksn9.blogspot.com/2009/11/pengumuman.html


PROGRAM KHIDMAT SUKARELA

Pelajar-pelajar lepasan SPM yang berminat untuk berkhidmat sebagai tenaga kerja sukarelawan dijemput untuk menyertai Skim Printis Sukarelawan.


Program ini akan berlangsung selama 8 minggu. Mereka yang terpilih akan menjalani latihan kerja-kerja kebajikan dan pengurusan program bersama-sama YKSNS. Individu yang terpilih akan diberikan elaun perkhidmatan dalam tempoh mereka bertugas sebagai tenaga khidmat sukarela.


Sila emailkan maklumat peribadi dan no tel untuk dihubungi ke email: maayks@gmail.com

Gotong Royong Surau Alamanda 22 Nov 09

Gotong Royong Surau Alamanda pra Idil Adha 1430 H

Ahad 22 November 2009

Jam 8:30 pagi


SOLAT SUNAT IDIL ADHA

Solat Sunat Idil Adha akan diadakan di Surau Alamanda, Senawang pada hari Jumaat 27 November 2009 bermula jam 8:15 pagi.


TAKBIR RAYA

Kepada mereka yang ingin mengadakan Takbir Raya di rumah pada malam raya (Khamis malam Jumaat 26 Nov 09) harap maklumkan kepada Pengerusi dan Imam Surau Alamanda, Ustaz Khairuzzaman


SELAMAT HARI RAYA IDIL ADHA

20091116

Dasar Otomotif Negara




WIN WIN SITUATION. Satu cara baik untuk melupuskan kereta lama. Gambar ini diambil di Proton berhampiran Dataran Senawang pada 15 Nov 2009.

Program Remaja Islam Dis 09 Rembau

PROGRAM 'TAFAQQUH FI AL DIN 2009
Tempat : Kompleks Yayasan Sofa, Kampung Bukit Sembilan, Chengkau, N.Sembilan
Tarikh : 5 – 12 Disember 2009 (Sabtu-Sabtu)
Peserta : Terbuka kepada semua pelajar berusia 13 hingga 17 tahun

Aktiviti bercorak keagamaan dengan mengadaptasikan kaedah pengajian tradisi ulama dan moden

PENGISIAN PROGRAM :
- Tauhid
- Hadis
- Cinta Rasul
- Solat
- Adab
- Bahasa Arab
- Kuliah Umum dan Amali
- Selawat dan Nasyid

Yuran penyertaan : RM350 seorang (Peserta akan menginap di asrama Sekolah Tinggi Islam As Sofa)

Untuk pertanyaan atau pendaftaran hubungi 019-6554409 ( Ummi Natrah) dan 013-6070587 (Badrul).

Laman web Yayasan Sofa di http://yayasansofa.blogsome.com

Majlis Ilmu Berjadual Teratak AMAL Rembau

Pengajian Agama Islam oleh Guru-Guru Lepasan Pondok Tradisional dan Moden
Tempat : Teratak AMAL, Rembau
Bermula November 2009

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Maklumat lanjut hubugi Ustaz Mohd Nazri Yusof 019-3457690

JADUAL KULIAH

Setiap Isnin Minggu Kedua dan Keempat
Jam 9 malam
Kitab : Usuludin/Aqidah , Risalah Misbahul Munir
Oleh Ust Zulkfili bin Mat Zari, Pondok Seri Permai, Pasir Putih, Kelantan

Setiap Selasa Minggu Kedua dan Keempat
Jam 9 malam
Kitab : Feqah , Hidayatul Sobiyan
Oleh Ust Ahmad , Pondok Seri Permai, Pasir Putih, Kelantan

Setiap Sabtu minggu Keempat
Jam 9 malam
Kitab : Tasauf , Penerang Hati
Oleh Ust Mustafa , Pondok Moden YIK Kelantan

20091113

Malaysia nak beli bot laju, kereta perisai Indonesia



Kemungkinan Malaysia akan membeli bot laju utk TLDM dan kereta perisai utk TDM buatan Indonesia.

Maklumat lanjut pada pautan berikut :

Jawatan Kosong Pengasuh Taska di Senawang

Kriteria - kriteria pengasuh yang ditetapkan, adalah seperti berikut :-
- Lepasan SPM
- Berumur 18 - 28 tahun
- Mempunyai kenderaan sendiri
- Memakai tudung

Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi beliau di no - 0193947036.

Alamat Taska - No. 157, Jalan Matahari Heights, Senawang, Negeri Sembilan

Maklumat lanjut di http://nuyin2u.blogspot.com/2009/11/jawatan-kosong-pengasuh-taska.html