KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120131

Terkini Palestin 3 Feb 2012 di Seremban



KABAR TERKINI GAZA DAN MESIR



Bersama Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Tarikh : 3 Feb 2012, Jumaat
Masa : 7.30 mlm
Tempat : Surau An Nur, Taman Tasik Jaya - Fasa 2, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Info lanjut di http://aqsasyarifn9.blogspot.com/

Sekolah Rendah Islam penyelamat khazanah Melayu



Tulisan jawi di Malaysia kini semakin pupus. Yang peliknya orang Melayu tak risau, yang risau ialah Professor dari Korea, orang India yang bernama V. Kamala Devi. Tahukah kita bahawa terdapat begitu banyak manuskrip Melayu lama dalam tulisan jawi yang tersimpan di muzium-muzium dan beberapa perpustakaan di Eropah. Dan manuskrip tulisan jawi ini kebanyakannya membicarakan ilmu sains dan teknologi, ilmu perubatan, ilmu saikologi, astronomi dan sebagainya.

Barat menyimpan, menghargai serta mengkaji tulisan Jawi yang terdapat pada manuskrip Melayu lama ini. Tapi kita di Malaysia semakin meminggirkan tulisan Jawi.

Yang benar-benar memperjuangkan tulisan Jawi ialah Sekolah Rendah Islam. Tapi malangnya sepengetahuan saya Sekolah Rendah Islam ini kebanyakannya adalah milik swasta atau persendirian, bukan bantuan penuh kerajaan. Bukan setakat itu sahaja pelajar-pelajar sekolah rendah Islam ini telah didiskriminasi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia apabila lepasan UPSR Sekolah Rendah Islam yang cemerlang tidak layak untuk memohon ke Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah berprestasi tinggi seperti yang saya laporkan di http://waghih.blogspot.com/2011/09/sekolah-agama-didiskriminasi-juara.html

Ketahuilah Sekolah Rendah Islam ini bukan setakat mengajar Agama Islam , mereka sebenarnya penyelamat khazanah Melayu dalam bidang sains, teknologi, angkasa lepas (astronomi) yang semakin pupus.

Malay manuscripts are handwritten documents mostly written in the Jawi-Arabic script and dates as early as the 15th century. It is invaluable (rare) and a national heritage that must be preserved for posterity. The manuscripts extend over diverse areas, studies on Malay language, Islamic studies, Astrology, Folk literature (syair, gurindam, hikayat), traditional medicine, handwritten Quran and its interpretations, historiography, laws and discourses on Malay society and culture.
http://mymanuskrip.fsktm.um.edu.my/Greenstone/images/html/introduction.htm

A few Malay manuscripts were acquired in 1753 in the Sloane, Harley and Egerton foundation collections of the British Museum. Most, however, came into the Library in the first half of the 19th century from the collections of John Crawfurd, Colin Mackenzie and John Leyden, who had all served with the East India Company in Southeast Asia. There are about 100 Malay manuscript volumes which originate mostly from Java and the Malay peninsula, with a strong focus on literature, history and law, but with relatively few works on Islam.
http://www.bl.uk/reshelp/findhelplang/malay/malaycollections/malaycollections.html


PENSYARAH KOREA BIMBANG TULISAN JAWI AKAN PUPUS

Tulisan Arab yang diadaptasikan ke bahasa Melayu untuk pengejaannya dinamakan sebagai tulisan Jawi. Tulisan inilah yang pernah membangunkan tamadun Melayu dan pernah mencorak ketuanan Melayu di zaman pra-kemerdekaan. Pada tahun 2007 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengisytiharkan bahawa tulisan Jawi bukan satu mata pelajaran bahkan tidak diwajibkan kepada pelajar sekolah menengah.

Akhirnya tulisan Jawi sudah tidak lagi relevan kerana tidak mempunyai
nilai komersial di kalangan pembaca. Ia sekadar dikenali dalam lipatan sejarah sebagaimana pada catatan rahsia batu Rosetta di Mesir yang akhirnya diungkap oleh arkeologi Perancis, Jean Francois Champollion. Jika masyarakat Melayu kehilangan qudrat untuk membaca tulisan Jawi saat ini, adakah kita mahu meminta Champollion 2 membaca tulisan Jawipada masa akan datang?

Sikap yang beranggapan bahawa tulisan jawi adalah semata-mata tulisan untuk unsur-unsur keagamaan perlu dipupuskan, kerana dahulunya ia turut diaplikasikan secara meluas oleh semua kaum di tanah Melayu. Hal ini dibuktikan melalui pengalaman ilmu yang dimiliki oleh V. Kamala Devi, bangsa India yang mahir membaca dan menulis Jawi (Ruj: Kamala Devi Masters Jawi Despite Dropping Out Of School, Bernama.com. June 16, 2007).

Ketahuilah, tulisan Jawi adalah tulisan bagi sebuah tamadun dunia yang tinggi dan pernah diakui di peringkat antarabangsa. Jika orang Iraq Kufah dengan khat Kufinya, Iran dengan khat Farsinya, tidak diragui bahawa umat Melayu merupakan pelopor kepada seni khat Jawi.

Sebaiknya, masyarakat Melayu sedar betapa mustahaknya tulisan Jawi agar ia tidak disisihkan dalam pendidikan negara dan diberikan fungsi semula.

PENSYARAH KOREA BIMBANG TULISAN JAWI SEMAKIN DILUPAKAN
30 Jan 2012

Seorang pakar tulisan jawi berbangsa Korea melahirkan kebimbangan tulisan itu semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia. Prof Dr Kang Kyoung Seok, daripada Pusan University of Foreign Studies, mula mengkaji tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia. Menurutnya, tulisan jawi sedang "tenat" dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti.

Speaking in fluent Malay, the professor who lectures at the Sultan Idris University of Education (UPSI) in Tanjung Malim, added: “Many experts I became acquainted with have retired without replacements.

“For us, the Korean language and script are the identity of our people.

“And, in my opinion, the Jawi script is the identity of Malaysians.

“As such, Malaysians should learn Jawi to ensure they have a true Malaysian identity,” said Prof Kang, who came to Malaysia in 1984 to undertake further research into the script.

Prof Kang said to draw more Malaysians particularly the young to use the script, the Jawi spelling system should be reverted to the Za'ba Jawi spelling system, which is simple and easy to learn. - Bernama

**********************
Pensyarah Korea bimbang tulisan jawi semakin dilupakan

KUALA LUMPUR 29 Jan. 2012 – Seorang pakar tulisan jawi berbangsa Korea melahirkan kebimbangan tulisan itu semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia.

Prof Dr Kang Kyoung Seok, daripada Pusan University of Foreign Studies, mula mengkaji tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia.

Menurutnya, tulisan jawi sedang "tenat" dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti.

"Malaysia perlu mendidik generasi muda dalam tulisan jawi. Sekarang terlalu ramai pakar saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi nanti?" kata Dr Kyoung Seok yang fasih berbahasa Melayu.

Beliau yang juga pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris, menegaskan media memainkan peranan penting dalam memastikan tulisan jawi digunakan secara lebih meluas.

Dr Kyoung Seok berharap akhbar yang menggunakan bahasa jawi seperti Utusan Melayu Mingguan diberi nafas baru untuk menarik minat rakyat di negara ini membacanya.

Selain itu, pihak terlibat seperti Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka perlu memainkan peranan dalam menterjemahkan lebih banyak buku ke tulisan jawi, katanya. – BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

Monday January 30, 2012
Jawi at risk of extinction

KUALA LUMPUR: A Korean expert in Jawi has expressed concern that the script is increasingly being forgotten in Malaysia and may become extinct.

“Malaysia has to educate the young generation in the Jawi script,” said Prof Dr Kang Kyoung Seok of the Pusan University of Foreign Studies.

Prof Kang, who began his research into Jawi in 1974, regards the script as a one-of-a-kind asset of Malaysia.

Speaking in fluent Malay, the professor who lectures at the Sultan Idris University of Education (UPSI) in Tanjung Malim, added: “Many experts I became acquainted with have retired without replacements.

“Without the experts, who is going to take charge of safeguarding the Jawi script?

“Malaysia should produce more experts in the Jawi script, especially among the young, to succeed the retired experts,” he said.

He said the media plays an important role in ensuring the wide use of Jawi and hoped newspapers using the script, such as Utusan Melayu, would be given a boost to attract more readers.

He suggested the Malaysian Institute of Translation and Books as well as Dewan Bahasa dan Pustaka to translate more books into Jawi script.

“In (South) Korea, we translate many books because we want our people to master the Korean language and script more than any other language.

“For us, the Korean language and script are the identity of our people.

“And, in my opinion, the Jawi script is the identity of Malaysians.

“As such, Malaysians should learn Jawi to ensure they have a true Malaysian identity,” said Prof Kang, who came to Malaysia in 1984 to undertake further research into the script.

He said Malaysians were comfortable with the romanised script, which was more widely used compared to Jawi.

He added this was the main reason why Jawi was being forgotten.

Western influence was also a reason because the romanised spelling was adopted from the English language, he said.

Prof Kang said to draw more Malaysians particularly the young to use the script, the Jawi spelling system should be reverted to the Za'ba Jawi spelling system, which is simple and easy to learn. - Bernama

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/1/30/nation/10562169&sec=nation#13278810665231&if_height=294

**************
Tulisan Jawi: Khazanah Pendidikan al Quran Di Tanah Melayu

Tulisan Arab yang diadaptasikan ke bahasa Melayu untuk pengejaannya dinamakan sebagai tulisan Jawi. Tulisan inilah yang pernah membangunkan tamadun Melayu dan pernah mencorak ketuanan Melayu di zaman pra-kemerdekaan.

Berdasarkan berita yang bertarikh 5 Julai 2007, Harakahdaily melaporkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengisytiharkan bahawa tulisan Jawi bukan satu mata pelajaran bahkan tidak diwajibkan kepada pelajar sekolah
menengah.

Akhirnya tulisan Jawi sudah tidak lagi relevan kerana tidak mempunyai
nilai komersial di kalangan pembaca. Ia sekadar dikenali dalam lipatan sejarah sebagaimana pada catatan rahsia batu Rosetta di Mesir yang akhirnya diungkap oleh arkeologi Perancis, Jean Francois Champollion. Jika masyarakat Melayu kehilangan qudrat untuk membaca tulisan Jawi saat ini, adakah kita mahu meminta Champollion 2 membaca tulisan Jawipada masa akan datang?

Sikap yang beranggapan bahawa tulisan jawi adalah semata-mata tulisan untuk unsur-unsur keagamaan perlu dipupuskan, kerana dahulunya ia turut diaplikasikan secara meluas oleh semua kaum di tanah Melayu. Hal ini dibuktikan melalui pengalaman ilmu yang dimiliki oleh V. Kamala Devi, bangsa India yang mahir membaca dan menulis Jawi (Ruj: Kamala Devi Masters Jawi Despite Dropping Out Of School, Bernama.com. June 16, 2007).

Ketahuilah, tulisan Jawi adalah tulisan bagi sebuah tamadun dunia yang tinggi dan pernah diakui di peringkat antarabangsa. Jika orang Iraq Kufah dengan khat Kufinya, Iran dengan khat Farsinya, tidak diragui bahawa umat Melayu merupakan pelopor kepada seni khat Jawi.

Sebaiknya, masyarakat Melayu sedar betapa mustahaknya tulisan Jawi agar ia tidak disisihkan dalam pendidikan negara dan diberikan fungsi semula.
http://bkasm.org/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=205

Tolong selamatkan keluarga ibu tunggal tertekan ini



Malam tadi saya mendapat SMS dari nombor yang tidak dikenali yang mengatakan dia seorang ibu tunggal yang kemalangan, anak 5 orang, 2 darinya ada sakit jantung, rumah pula akan dilelong. Betul ke SMS ni, tak ada nama, tak tahu hujung pangkal cerita? Lalu saya membuat carian di internet, memang betul apa yang diceritakan. Dan nombor SMSnya sama dengan nombor yang disiarkan dalam Utusan Malaysia.
Lalu saya minta Puan Faizah SMSkan nombor akaun banknya agar ada rakyat Malaysia yang sudi sedikit seorang menyumbang kepada beliau sekeluarga.

Kepada mereka yang ingin membantu sila salurkan ke akaun atas nama Faizah bte Mohamed Kassim, No akaun Maybank 152116174237. No Tel 017-5825890

Sudah pasti keluarga ini amat memerlukan bantuan, entah sekolah entah tidak anak-anaknya ketika ini. Entah ke hospital, entah tidak anak-anaknya ketika ini. Entah dapat kerja, entah tidak ibu tunggal tersebut.

Ibu tunggal tertekan anak sakit jantung, rumah bakal dilelong
Utusan Malaysia

PADANG SERAI 27 Sept. 2011 - Dua daripada lima anaknya menghidapi sakit jantung sementara rumahnya di Taman Sejahtera di Lunas dekat sini bakal dilelong oleh pihak bank.

Inilah nasib malang yang menimpa ibu tunggal Faezah Mohd. Kassim, 39.

Dia sendiri kurang sihat ekoran kemalangan jalan raya yang dialami tahun lalu.

"Akibat keadaan tersebut saya sering tidak dapat ke tempat kerja yang menyebabkan gaji selalu berkurangan kerana banyak cuti sakit.

"Permohonan saya untuk mendapat pampasan Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) telah ditolak,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Faezah berkata, anak sulungnya, Nursyazwani, 17, akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada November ini tetapi kerap pengsan yang dipercayai akibat penyakit jantung yang dideritainya sejak berumur sembilan tahun.

Nursyazwani mendapat rawatan di Hospital Kulim sebanyak dua hingga tiga kali sebulan.

Anak ketiganya Nuradila, 14, juga mengalami sakit jantung berlubang dan sakit akibat tulang belakang tidak seimbang dan perlu mendapatkan rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang.

Tiga lagi anaknya juga masih bersekolah.

"Saya pernah menganggur selama lebih enam bulan dan oleh itu saya tidak membayar pinjaman rumah sejak dua tahun lalu. Rumah saya akan dilelong pada bila-bila masa,” kata Faezah.

Orang ramai atau badan-badan amal yang berhasrat membantu keluarga ini boleh menghubungi Faezah di talian 017-5825890. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0927&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_20.htm

20120130

Putera Raja yang begitu prihatin terhadap negeri dan rakyatnya



Artikel di bawah ini yang ditulis oleh Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz iaitu Putera kedua Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir , Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Tunku Zain Al-'Abidin telah melawat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Tunku Zain Al-'Abidin amat prihatin akan nasib para graduan USIM yang sukar mendapatkan pekerjaan di sektor swasta, serta memberi pandangan kebaikan USIM serta IPTA lain diberi kuasa autonomi seperti mana yang dinikmati oleh Universiti Al Azhar di Mesir pada tahun 972 M ke tahun 1812 Masihi dimana dana wakaf adalah sama sekali bebas dari campurtangan kerajaan pada ketika itu.

*****************
Gonging for autonomy
by Tunku ‘Abidin Muhriz. First published in The Star 27 January 2012

Gong Xi Fa Cai! Although this time Chinese New Year occurred earlier in the Gregorian calendar, the long weekend was widely welcomed with too many projects adding to the pile of procrastinations.

Alas, while long weekends are usually a welcome bonus in terms of getting work done or revisiting dormant projects, this one was comparatively unproductive as so many friends returned home from Singapore and Hong Kong, requesting long afternoon teas until the firecrackers marked the beginning of open house season.

Attention then focused on eating Teochew oranges and trying to receive ang pow from my married Chinese friends, who gave conflicting predictions about my (Water Dog) fortunes in the Year of the Water Dragon. Before the religious authorities descend upon my tail I should stress that my decisions are in no way affected by the recommendations of Feng Shui masters, however scientific their approach.

The visit to Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) on Wednesday morning provided an excellent opportunity to refocus the mind. This university, founded in 2000, appointed a new Chancellor two months ago. This is the Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, who presented degrees to hundreds of graduates at the Putrajaya International Convention Centre in the ceremony that took place in November.

The university’s main campus is situated in Nilai, a town whose impressive story of growth is a merit to the state government. Even though some aspects of the planning could be better (the forests of signs obscure one another), urbanisation here seems to have taken place in a more organised manner than settlements in the Klang Valley.

Capitalising on the opportunities for merantau provided by the proximity to Kuala Lumpur, Seremban, KLIA and Putrajaya, a new education hub next door, Bandar Enstek, is coming into fruition too. Cempaka International Ladies’ College is already here on a vast, stunning campus. The top-performing Tunku Kurshiah College will soon open here, and Epsom College is opening here too, providing competition to Marlborough College already under construction in Iskandar in Johor.

Unlike those colleges, USIM is a publicly-funded institution of higher learning. This, together with its label as an “Islamic university” might trigger some assumptions – if not images of fully veiled-ladies and gutra-topped jubbah-clad bearded scholars wandering around dome-tipped academic blocks, then perhaps of agitation and controversy that the International Islamic University Malaysia is sometimes host to.

The Chancellery, centrepiece of the campus, does indeed have a dome, is oriented towards Mecca, and it is state-of-the-art. A briefing was given in the Senate room, whose technological gadgetry was complemented by rustic chandeliers and flags of the federation in the correct order (states with monarchs ordered by length of reign unless serving as Yang di-Pertuan Agong, then states with governors ordered by length of service, and the Federal Territories flag at the end) instead of randomly, which one unfortunately sees even in government departments these days.

This was followed by a tour of the Faculty of Leadership & Management, of which the counselling training rooms were the most spectacular feature. Dropping by the campus radio station, run by the students, I asked: “Do the university authorities censor you?” With one eye on the Vice-Chancellor, the young lady replied “We have our own editor,” and the VC immediately added “I don’t stop them from saying whatever they like; same with the university newspaper.” Curious – so the university’s radio station and newspaper have more freedom than those licensed outside for public consumption. Yet anyone can visit radio.usim.edu.my.

Throughout the library tour, I had some interesting side discussions. One lament was that USIM’s graduates have a tough time securing employment in the private sector: “the private sector only employ privately-educated students”. I have heard exactly this complaint before – but from the other side – at a private university, a senior administrator complained that her graduates find it difficult to secure employment because of discrimination against privately-educated students.

One way to combat such perceptions is to enable public universities to behave like private universities. Already, some public universities have been granted some autonomy from the government.

I asked if USIM wanted the same. “Of course,” came the reply. I suggested to the assembled executives, board members and academics that USIM, and indeed all public universities in Malaysia, would be better off if more decisions could be made by them instead of at the Ministry of Higher Education – recalling that another Islamic university I recently visited, Al-Azhar, is in the midst of claiming greater autonomy for itself too, remembering the period from 972 to 1812 when its waqf (trust) funding was truly free from government interference.

“Tunku,” they anxiously chorused, “please don’t get us into trouble with the Minister”.

Enough said!

Tunku ‘Abidin Muhriz is the president of IDEAS

Sumber : http://ideas.org.my/?p=4632

20120129

Tawaran Menaja Sistem PA untuk Surau di Rembau


Surau Taman Chembong Utama di Rembau memohon sumbangan kewangan untuk membeli peralatan sistem pembesar suara (PA System) yang amat diperlukan untuk aktiviti harian, majlis ilmu serta ceramah.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke Akaun CIMB Rembau atas nama SURAU TAMAN CHEMBONG UTAMA , No Akaun 0501-0002587-20-5

Semoga dengan sedikit sumbangan kita di dunia ini, Allah akan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda di akhirat nanti, insyaAllah.

Terlebih dahulu terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi menyumbang serta sudi memanjangkan (forward) hajat saudara kita dari Taman Chembong Utama.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi AJK Surau di 014-2268837

20120128

Ceramah Us Norazman Mohamad 8 Feb 2012 di Senawang


CERAMAH MAULID NABI

Oleh Ustaz Nor Azman bin Mohamad

Tarikh : 8 Feb 2012, Rabu

Masa : 7.45 malam

Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Muslimin serta muslimat semua dijemput hadir

Sambutan MaulidurRasul Bandar Seremban Selatan Februari 2012


CERAMAH MAULIDUR RASUL

Tarikh : 4 Februari 2012 (Sabtu)

Masa : 7.30 malam - 9.30 malam (solat maghrib berjamaah)

Tempat : Surau An-Naim, Bandar Seremban Selatan Fasa 3B

Tetamu : Ustaz Yusmi Hanif bin Ariffin http://yusmialfaruqi.blogspot.com (Nazir Masjid Jamek Bandar Baru Salak Tinggi)


CERAMAH MAULID NABI

Tarikh : 10 Februari 2012 (Jumaat)

Masa : 7.30 malam - 9.30 malam (solat maghrib berjamaah)

Tempat : Surau An-Nur, Bandar Seremban Selatan Fasa 2

Tetamu : Ustaz Johari bin Mohd Som


Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

Adik ini perlu bantuan masuk Sekolah Asrama Penuh

Saya panjangkan permohonan seorang sahabat yang saya terima melalui e-mel seperti berikut : Adik Nurul Natasya binti Yaakob dari SMK Pendeta Zaba, Seremban telah mendapatkan keputusan yang amat cemerlang dalam PMR 2011 iaitu 9A (termasuk A dalam Bahasa Arab). Kini beliau telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 di sebuah sekolah berasrama penuh iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) di Klang, Selangor.

Ayah adik Natasya ini , iaitu Encik Yaakob bukanlah dari golongan yang berada , serta tidak mempunyai pekerjaan yang tetap , disamping sering berpindah randah kerana tidak mampu membayar sewa rumah di Seremban ini.

Sudah pasti apabila bertukar sekolah, keperluan adik Natasya ini akan bertambah dari pakaian seragamnya, pakaian ko kurikulumnya, buku tambahannya , baju batiknya, cadar dan macam-macam lagi.

Kepada sesiapa yang sudi membantu adik Natasya ini , memenuhi impian beliau untuk belajar di sebuah sekolah yang berprestij dengan harapan akan dapat membela nasib mereka sekeluarga kelak, insyaAllah, sila hubungi keluarga tersebut di 014-7361945.

Atau boleh juga menghubungi Puan Wani, Ketua Muslimat Rembau di 013-3851202.

Antara keperluan pelajar baru di KISAS ialah dari laman web KISAS di http://kisas.org/pendaftaran-tingkatan-4-2012/ :

Bayaran Yuran Asrama (Makan): Pendapatan ibu/bapa/penjaga kurang RM5000 sebulan dikenakan bayaran Yuran Asrama RM125/penggal.

Bayaran Yuran Asrama penggal 1 boleh dibayar sebelum 30 April 2012

Bayaran Majalah: RM12 sekeluarga.

Senarai Keperluan Wajib Yang Boleh Dibeli di Koperasi:

Cadar, Sarung bantal, Selimut (mengikut warna rumah) –> 2 unit/pelajar

Kad Matrik — 1 unit/pelajar

Tali Leher (lelaki sahaja) — 1 unit/pelajar

Baju T-Shirt SBT — 2 unit/pelajar

Kain Tenun Bersulam (kain rasmi hari Jumaat) — 1 unit/pelajar puteri

Sampin Tenun Bersulam (Sampin rasmi hari Jumaat) — 1 unit/pelajar lelaki

Kain untuk kelas persediaan — 2 unit/pelajar

Stiker kenderaan — 2 unit/pelajar

Kad Kebenaran Keluar ke Bandar / Balik Bermalam — 1 unit/pelajar

Baju Batik Rasmi KISAS — 1 unit/pelajar

Nota: Harga barangan ini akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

Senarai Barang Keperluan Yang Perlu Disediakan Oleh Bakal Pelajar:

Pakaian Persekolahan (Perempuan):

1.Baju kurung berwarna putih dan kain berwarna biru.

2.Stokin hitam tanpa belang.

3.Kasut kulit/PVC hitam (kasut kanvas tidak dibenarkan).

4.Tudung labuh berwarna putih.

Pakaian Riadah (Perempuan):

1.T-shirt labuh yang sesuai.

2.Seluar trek berwarna gelap.

3.Kasut sukan yang sesuai.

4.Stokin yang sesuai.

5.Tudung labuh yang sesuai.

Pakaian Kelas Persediaan Lelaki dan Perempuan:

1.Lelaki: Berbaju melayu/raihan mengikut warna yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan berseluar hitam.

2.Perempuan: Berbaju kurung mengikut warna yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Barang keperluan lain yang perlu disediakan oleh pelajar lelaki dan perempuan:

1.Peralatan membasuh (berus, baldi, sabun dsb)

2.Peralatan penjagaan peribadi (ubat gigi, pencuci muka, berus gigi, sikat dsb)

3.Kain pelikat/kain batik/kain sarong.

4.Selipar.

5.Mangga kecil (padlock).

6.T-shirt secukupnya.

7.Stokin secukupnya.

8.Pakaian harian secukupnya.

9.Dan lain-lain keperluan yang difikirkan sesuai.

Nota: Barangan keperluan ini ada dijual di koperasi sekolah. Para pelajar juga tidak digalakkan membawa peralatan / pakaian secara berlebihan kerana ruang almari yang terhad.

Guru JQaf di Sarawak mohon tukar 6 kali ditolak

28 Jan 2012, JOHOR BAHRU: “Ketika isteri yang tinggal di Sarawak keguguran pada 17 Januari lalu, saya sedih kerana tidak mampu membantu sebaliknya hanya mendoakan keselamatannya kerana tinggal berjauhan (di Johor),” kata pekerja hotel, Mohd Fauzi Borhan, 37, yang amat bimbangkan keadaan isterinya kerana sudah dua kali keguguran dalam tempoh tiga tahun, dipercayai akibat tekanan hidup.

Menurutnya, lebih mengecewakan apabila usaha isterinya, Lida, 32, yang bekerja sebagai guru Lepasan Ijazah J-Qaf di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Sarawak, untuk bertukar ke Johor, tidak mendapat maklum balas positif sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, hasratnya membuat rayuan pertukaran isterinya itu menemui jalan buntu apabila tidak dibenarkan berbuat demikian oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya.

Katanya, keluarganya dimaklumkan pengurusan di Putrajaya bahawa permohonan dikemukakan isterinya ditolak berikutan tidak menerima sokongan daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.

“Saya dan isteri tinggal berjauhan sejak enam tahun lalu dan isteri sudah membuat permohonan pertukaran tempat kerja sebanyak enam kali iaitu dua kali setahun (sejak tiga tahun lalu).

“Dua tahun lalu, dia keguguran kali pertama, tetapi kami bersyukur kerana dikurniakan anak lelaki pertengahan Mei lalu,” katanya.

Fauzi berkata, kini dia terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak lelakinya berusia lapan bulan berikutan permohonan kali keenam pada November lalu ditolak tanpa alasan dan dia difahamkan keputusan itu muktamad.

“Apa yang kami minta ialah budi bicara, isteri sudah enam tahun berkhidmat di Sarawak, wajarlah dia berpindah balik ke sini. Saya risaukan keadaan isteri kerana doktor menasihatkannya banyak berehat, namun disebabkan tinggal berseorangan, dia perlu bekerja dan mengurus anak. “Saya harap kementerian prihatin dengan masalah kami dan membenarkan pertukarannya,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Permohonanditolakenamkali/Article/index_html

20120127

Kejohanan Futsal 12 Feb 2012 di Kota, Chembong



KEJOHANAN TERTUTUP FUTSAL KAMPUNG DAERAH REMBAU
Tarikh : 12 Februari 2012 (AHAD)
Tempat : Gelanggang Futsal Terbuka Kg Sungai Layang, Rembau
Yuran : RM 50/pasukan

Hadiah :
Tempat Pertama : RM800 + Medal
Tempat Kedua : RM500 + Medal
Tempat Ketiga : RM300 + Medal
Tempat Keempat : Saguhati dan Medal

Untuk pertanyaan dan penyertaan sila hubungi :
Syukur 013-2124086
Azman 019-9519544

Sila dapatkan borang dan syarat penyertaan di http://yam-ns.blogspot.com/

Berapa gaji wakil rakyat kita dan apa kerja mereka sebenarnya?



Apa sebenarnya tugas seorang wakil rakyat ni, samada mereka ini Ahli Dewan Undangan Negeri ataupun Ahli Parlimen? Adakah mereka ini sekadar hadir apabila ada kematian, apabila ada kenduri kendara, apabila ada perasmian bangunan, apabila ada banjir atau kebakaran, apabila ada borang permohonan rumah, tanah, biasiswa untuk ditandatangani? Apa kerja wakil rakyat kita sebenarnya?

Kalau rakyat tidak faham apa tugas seorang wakil rakyat yang sebenarnya, lebih teruk lagi apabila wakil rakyat sendiri pun tidak faham apa tugas mereka, tak tahulah apa nak cakap.

Saya cuba cari di internet apa tugas dan tanggunjawab wakil rakyat di Malaysia ini. Setakat ini saya tak jumpa. Yang ada sedikit panduan di http://calonpasn9.blogspot.com/ dan juga di laman web Parlimen Kanada yang dengan jelas menyatakan apa peranan ahli Parlimen mereka dan butiran terperinci gaji dan elaun yang diterima oleh semua ahli Parlimen serta Menteri Kabinet.

Macamana kita nak matang dalam berpolitik dan bersikap terbuka dalam politik jika peranan wakil rakyat pun kita tidak faham. Kalau tak percaya cuba minta TV3 buat temuramah , tanya rakyat, lebih-lebih lagi yang mengundi apa tugas wakil rakyat. Macam-macam jawapan akan keluar.

11 TANGGUNGJAWAB ASAS SEORANG WAKIL RAKYAT
Sumber : http://calonpasn9.blogspot.com/

1. Menyuarakan permasalahan serta pandangan rakyat di kawasan yang diwakili semasa sidang Dewan Undangan Negeri atau Parlimen agar dapat diselesaikan di peringkat kerajaan negeri atau kerajaan pusat.

2. Mengetahui keluasan kawasan yang diwakilinya antaranya daerah, kampung-kampung serta taman perumahan.

3. Mengenali ketua-ketua kampung, pengerusi persatuan penduduk, imam serta nazir masjid/surau, ketua-ketua agama , pengerusi belia , pengerusi wanita di kawasan yang diwaklili.

4. Mengenali ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun di kawasan yang diwakili.

5. Mengadakan lawatan berkala meliputi seluruh daerah yang diwakili untuk mengenal pasti permasalahan semasa yang dihadapi oleh rakyat.

6. Menyalurkan maklumat serta permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat di kawasan yang diwakilinya kepada agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun yang berkaitan.

7. Memberi penerangan kepada rakyat dasar-dasar kerajaan yang sedang dan yang akan dilaksanakan yang melibatkan kepentingan rakyat setempat.

8. Menyediakan pusat khidmat masyarakat serta dimaklumkan kepada penduduk setempat waktu berurusan.

9. Menyediakan kemudahan kepada rakyat yang diwakili untuk mengemukakan cadangan atau aduan melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) , sistem faksimili , borang maklumbalas , alamat surat menyurat atau laman web.

10. Melantik pembantu sebagai wakil untuk memudahkan urusan rakyat apabila berada di luar kawasan atas urusan rasmi atau pun urusan peribadi.

11. Menjadi jambatan penghubung antara rakyat serta agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun.

Role of Canadian Members of Parliament

Representing Constituents in Parliament
Members of parliament represent the regional and local concerns of the constituents in their ridings (also called electoral districts) in the House of Commons. Members of parliament solve problems for constituents on a wide variety of federal government matters - from checking on individual problems with federal government departments to providing information on federal government programs and policies. Members of parliament also maintain a high profile in their ridings and take part in local events and official functions there.

Making Laws
While it is public servants and cabinet ministers who have direct responsibility for drafting new legislation, members of parliament can influence legislation through debates in the House of Commons and during all-party committee meetings to examine legislation. Even though members of parliament are expected to "toe the party line," both substantive and fine-tuning amendments to legislation are often made at committee stage. Votes on legislation in the House of Commons are usually a formality following party lines, but can be of significant strategic importance during a minority government. Members of parliament can also introduce legislation of their own, called "private members bills," however it is rare that a private members bill passes.

Watchdogs on Government
Canadian members of parliament can influence federal government policy by participating in House of Commons committees which review federal government department activities and spending, as well as legislation. Government members of parliament also raise policy issues in caucus meetings of members of parliament of their own party and can lobby cabinet ministers. Members of parliament in opposition parties use the daily Question Period in the House of Commons to raise issues of concern and bring them to the attention of the public.

http://canadaonline.about.com/cs/parliament/a/rolemps.htm

Salaries of Canadian Members of Parliament

The salaries and allowances of Canadian members of parliament are adjusted on April 1 each year. Increases to the salaries of members of parliament are based on an index of base-wage increases from major settlements of private-sector bargaining units maintained by the federal Department of Human Resources Development.

Member of Parliament $157,731
Prime Minister* $157,731 $315,462
Speaker* $ 75,516 $233,247
Leader of the Opposition* $ 75,516 $233,247
Cabinet Minister* $ 75,516 $233,247
Minister of State $ 56,637 $214,368
Leaders of Other Parties $ 53,694 $211,425
Government Whip $ 28,420 $186,151
Opposition Whip $ 28,420 $186,151
Other Party Whips $ 11,165 $168,896
Parliamentary Secretaries $ 15,834 $173,565
Chair of Standing Committee $ 11,165 $168,896
Caucus Chair - Government $ 11,165 $168,896
Caucus Chair - Opposition $ 11,165 $168,896
Caucus Chairs - Other Parties $ 5,684 $163,415

http://canadaonline.about.com/od/houseofcommons/a/salaries-canadian-members-parliament.htm

Pelajar Dakwa Duit PTPTN Dirompak Kolej Sendiri



Pelajar Dakwa Duit PTPTN Dirompak Kolej Sendiri
January 26, 2012

KUALA LUMPUR – Sebuah kolej di Mantin, Negeri Sembilan didakwa ‘merompak’ secara senyap duit Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar-pelajarnya.

Duit yang sepatutnya untuk kegunaan harian pelajar-pelajar didakwa telah diseleweng dengan kaedah ‘debit akaun’ atau dipotong terus daripada akaun apabila duit sudah dimasukkan ke dalamnya

Menurut Pengarah Sekretariat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dr. Izham Nayan, pihak kolej telah menyeleweng duit pinjaman sebanyak RM18,000 bagi setiap seorang pelajar.

“ PTPTN telah memberikan sebanyak RM56,000 sebagai pinjaman kepada pelajar untuk membayar yuran pengajian sebanyak RM36,000 dan baki pinjaman seharusnya digunakan untuk perbelanjaan pelajar sendiri.

“Tetapi baki pinjaman itu tidak diterima oleh pelajar, kemana wang itu pergi? Saya agak kecewa dengan tindakan kolej tersebut yang ‘merompak’ duit pelajar-pelajarnya sendiri,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Hafisza Abdul Ghani, 24, pelajar tahun akhir jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan yang mewakili pelajar-pelajar lain yang ‘ditipu’ berkata, mereka telah dipaksa untuk menandatangani satu borang ‘tambahan’ yang tidak diketahui tujuannya.

Bukan itu sahaja, katanya, pihak kolej langsung tidak memberikan masa yang cukup untuk mereka menyemak dan membaca segala peraturan pinjaman PTPTN dengan terperinci serta tidak dibenarkan bertanya dengan lanjut akan perihal borang ‘tambahan’ tersebut.

“ Kami dipaksa untuk tanda tangan borang pinjaman dan tak ada masa nak semak butir-butir pinjaman termasuklah terpaksa meniru tanda tangan ibu bapa kami. Selepas selesai proses itu, baru kami tahu borang tambahan tu sebenarnya borang kebenaran memotong duit PTPTN dari akaun kami,” terang Hafisza.

Ekoran dari ‘keterpaksaan’ menanda tangani borang pinjaman tersebut, Hafisza dan rakan-rakannya terpaksa menanggung ‘derita’ apabila tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menampung pengajiannya.

Malah, katanya, dia terpaksa bekerja sambilan untuk mencari sumber kewangan sendiri memandangkan keluarganya tidak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung.

“Selepas proses pinjaman, duit yang masuk dalam akaun RM100 sahaja. Bayangkan, apa yang saya boleh buat dengan duit sebanyak tu selama enam bulan setiap semester?” terang Hafisza.

Sebelum ini, laporan berkenaan isu ini telah pun dibangkitkan dan dua laporan polis telah dilakukan pada hujung tahun 2010 dan awal tahun 2011, namun, tiada sebarang tindakan polis yang dikenakan terhadap pihak kolej.

Mungkin kerana takut imejnya akan terjejas, pihak kolej berkenaan ‘berjanji’ akan memulangkan semula duit ‘rompakan’ RM18,000 kepada setiap para pelajar.

Tetapi, pihak pengurusan kolej hanya membayar duit berkenaan sebanyak RM9,000 sahaja kepada lima orang pelajar sebagai menutup ‘mulut’ para pelajar dari terus menuntut hak mereka.

Pun begitu, pihak kolej sekali lagi berani melakukan penipuan ini dan terus menindas hak pelajar-pelajar dengan mengugut akan menjejaskan prestasi pembelajaran pelajar-pelajar yang terbabit.

Justeru itu, PPIM menggesa Kementerian Pengajian Tinggi tampil dan mengambil tindakan tegas terhadap kes ini demi membela nasib pelajar-pelajar di kolej tersebut –

Oleh NAIMAH SHAARI / Foto Malay Mail
http://mynewshub.my/2012/01/26/pelajar-dakwa-duit-ptptn-dirompak-kolej-sendiri/

Kolej `rompak’ duit PTPTN
26/01/2012 7:51pm

KUALA LUMPUR - Sekumpulan pelajar sebuah kolej swasta di Negeri Sembilan menggesa pihak berkenaan mengambil tindakan terhadap kolej itu, yang didakwa mereka “merompak” duit sara diri bulanan pelajar.

Kumpulan 432 pelajar tahun akhir itu mendakwa, daripada RM535 sebulan yang diberi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), hanya RM100 ditinggalkan di dalam akaun bank mereka oleh pihak pentadbir kolej tersebut.

"Sebelum ini saya dan rakan-rakan yang lain pernah menandatangani satu dokumen ”direct debit” yang dikeluarkan pihak kolej di awal permohonan untuk membuat pinjaman PTPTN,” kata wakil mereka yang mahu dikenali sebagai Fisza.

Pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan itu ditemui bersama tujuh lagi pelajar kolej tersebut ketika membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini hari ini.

Kumpulan pelajar itu mendakwa perkara tersebut dialami semua pelajar termasuk mereka yang telah menamatkan pengajian.

"Kami juga telah membuat dua laporan polis tahun lepas, namun sehingga kini tiada tindakan diambil,” katanya yang mendakwa pihak kolej turut mengugut mereka agar menarik balik laporan itu jika tidak mahu prestasi pengajian terjejas.

Menjawab soalan, Fisza berkata, mereka dipaksa menandatangani dokumen ”direct debit” itu tanpa diberi penjelasan mengapa langkah tersebut dibuat.

Fisza juga mendakwa selepas mendapat tahu ada aduan dibuat terhadap kolej, pihak pengurusan bertindak membayar separuh daripada jumlah keseluruhan duit sara diri tersebut kepada enam pelajar.

Pihak kolej juga meminta pelajar menandatangani dokumen perakuan bahawa mereka telah menerima bayaran penuh dan tidak akan membuat sebarang tuntutan lain selepas itu, katanya.

Kata gadis itu, secara purata setiap pelajar tahun akhir kolej terbabit

“kerugian” kira-kira RM18,000 bagi tempoh tiga tahun pengajian.

Sementara itu, Pengarah Sekretariat PPIM Dr Izham Nayan berkata tindakan kolej terbabit adalah satu penipuan dan pihak berwajib khususnya Kementerian Pengajian Tinggi harus mengambil tindakan menyiasat dakwaan pelajar.

“PTPTN pula perlu memastikan wang pinjaman yang disalurkan pergi tepat kepada sasaran, jangan biarkan kebebasan mutlak pihak pengurusan kolej untuk memastikan berapa jumlah wang sara diri yang perlu diberikan kepada para pelajar ini,” katanya.

- BERNAMA
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0126&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_14.htm

20120126

Cuti Tahun Baru Cina, Hidupkan Sunnah Nabi



Cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini saya sekeluarga menghidupkan satu sunnah Nabi saw yang telah bertahun-tahun tidak diamalkan kerana kekangan masa sebelum ini. Sunnah Nabi tersebut ialah berenang. Sebagai ibu bapa kita perlu mengajar anak-anak kita asas berenang, niat kerana nak hidupkan sunnah Nabi Muhamad Ar Rasul saw. serta menuruti saranan Khalifah Amirul Mukminin Umar Al Khattab ra.

Dek begitu lama tak amalkan sunnah Nabi ini, pada mulanya nak berenang sejauh 15 meter pun mengah juga.

Dan sabdanya lagi:
"Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: (1) Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah). (2) Seorang yang mendidik kudanya. (3) Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya. (4) Belajar berenang." (Riwayat Thabarani)

Dan berkatalah Umar:
"Ajarlah anak-anakmu berenang dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda."

http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/4034.html

Tawaran Diploma Pengubatan Islam di Senawang



PENGAJIAN DIPLOMA PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR
Tempat : Dewan Kuliah, Masjid Bandar Baru Senawang
Waktu : Hari Isnin (Setiap Minggu Pertama & Ketiga)
Masa : Selepas Solat Isyak (9.30 mlm)

Pendaftaran : 6 Februari 2012 (Hari Isnin) , Jam 9.00 mlm

Penyertaan adalah terhad. Bagi yang berminat sila hubungi segera talian dibawah ini:
1. Tuan Hj. Syarifuddin Salem Al-Ansari: 013-2045467
2. Saudara Azmi Al-Ansari: 012-6833740

Maklumat lanjut di http://darulansarmalaysia.blogspot.com/

Ceramah Maulid Nabi 28 Jan 2012 di Senawang



CERAMAH MAULID NABI
Oleh Ustaz Dato Hj Md Daud Che Ngah
Tarikh : 28 Jan 2012, Sabtu
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Matahari Height, Senawang
Muslimin serta muslimat semua dijemput hadir

Peluang ke Kuliah dan Pengajian di Madrasah Hj Ibrahim

KULIAH UMUM MADRASAH ISLAMIAH HAJI IBRAHIM
Tempat : Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim , Bongek Acheh , Rembau
Hari : Setiap Hari Rabu
Masa : 9 pagi hingga 11 pagi

Minggu Pertama - Ustaz Abdul Raof An-Nuri , Munyatul Musolli dan Hikam
Minggu Kedua - Ustaz Kamaruddin bin Said , Sabilal Muhtadin
Minggu Ketiga - Ustaz Sofan bin Abdul Halim , Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Minggu Ke4 & Ke5 - Ustaz Mohd Khairuddin bin Yusoff , Siarussalikin dan Manhaj Fiqh Syafie

Jadual tertakluk kepada perubahan.
Sila hubungi 012-3752240 atau 013-2300595 untuk pengesahan.
Sila bawa kitab Siarussalikin setiap minggu, kerana sekiranya terdapat ustaz yang mengundurkan diri saat akhir akan digantikan dengan kitab tersebut.

Maklumat lanjut di http://madrasahbongek.blogspot.com/

**************

JADUAL PENGAJIAN MADRASAH ISLAMIAH HAJI IBRAHIM

ISNIN
Mengaji dan Menghafaz (lepas Subuh - 8 pg)
Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah (9 pg - 11 pg)
Idaman Penuntut (2.30 ptg - 4 ptg)
Bacaan Sirah Nabi & Cerita Kebesaran Allah Taala (lepas Asar - 30 minit)
Dakwah Dan Tabligh (lepas Maghrib - 9 mlm)

SELASA
Mengaji dan Menghafaz (lepas Subuh - 8 pg)
Tuntunan Ibadah (9 pg - 11 pg)
Idaman Penuntut (2.30 ptg - 4 ptg)
Bacaan Sirah Nabi & Cerita Kebesaran Allah Taala (lepas Asar - 30 minit)
Kuliah Umum (lepas Maghrib - 9 mlm)

RABU
Mengaji dan Menghafaz (lepas Subuh - 8 pg)
Kuliah Umum (9 pg - 11 pg)
Idaman Penuntut (2.30 ptg - 4 ptg)
Bacaan Sirah Nabi & Cerita Kebesaran Allah Taala (lepas Asar - 30 minit)
Idaman Penuntut (lepas Maghrib - 9 mlm)

KHAMIS
Mengaji dan Menghafaz (lepas Subuh - 8 pg)
Minggu 1,3&5=Aqidah, Minggu 2&4=Jawi (9 pg - 11 pg)
Idaman Penuntut (2.30 ptg - 4 ptg)
Bacaan Sirah Nabi & Cerita Kebesaran Allah Taala (lepas Asar - 30 minit)
Zikir (lepas Maghrib - 9 mlm)

JUMAAT
Mengaji dan Menghafaz (lepas Subuh - 8 pg)
Tajwid (9 pg - 11 pg)
Idaman Penuntut (2.30 ptg - 4 ptg)
Bacaan Sirah Nabi & Cerita Kebesaran Allah Taala (lepas Asar - 30 minit)
Ibadah (lepas Maghrib - 9 mlm)

SABTU
Mengaji dan Menghafaz (lepas Subuh - 8 pg)
Ikut Giliran Ustaz Bertugas (9 pg - 11 pg)
Rehat (2.30 ptg - 4 ptg)
Bacaan Sirah Nabi & Cerita Kebesaran Allah Taala (lepas Asar - 30 minit)
Mengulangkaji (lepas Maghrib - 9 mlm)

AHAD
Mengaji dan Menghafaz (lepas Subuh - 8 pg)
Rehat (9 pg - 11 pg)
Rehat (2.30 ptg - 4 ptg)
Bacaan Sirah Nabi & Cerita Kebesaran Allah Taala (lepas Asar - 30 minit)
Musolli (lepas Maghrib - 9 mlm)

• Jadual adalah tertakluk kepada perubahan.
• Selepas solat Subuh, pelajar dikehendaki mendengar bacaan hadis-hadis Nabi, membaca Yasin dan mesyuarat harian.

20120125

Ceramah Pengubatan Islam 4 Feb 2012 di Senawang


CERAMAH PENGUBATAN ISLAM

Tajuk : "Misteri Alam Jin & Rawatan Alternatif Islam Berlandaskan Al-Quran Dan Sunnah"

Oleh : SF. Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim Al-Idrisi , Pengasas Pengubatan Islam Darul Ansar

Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang, N.Sembilan

Tarikh : 4 Februari 2012 , Sabtu

Masa : Selepas Solat Maghrib.

Insya Allah akan diijazahkan Al-Husun Al-Mani'ah Sayyid Ahmad bin Idris RA

Anjuran : Masjid Bandar Baru Senawang dengan kerjasama Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan

Untuk keterangan sila hubungi:

1. Tuan Hj. Sharifuddin Salem: 013-2045467

2. Sdr. Azmi: 012-6833740

Seluruh Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir

Maklumat dari laman web Darul Ansar Malaysia di http://darulansarmalaysia.blogspot.com/2012/01/ceramah-pengubatan-islam-masjid-bandar.html

20120123

Saya bangga sebagai seorang Waris Jakun


Selama ini saya beranggapan bahawa Orang Asal atau Orang Asli adalah merupakan bangsa yang jauh dari saya. Tetapi sejak minat mengenali dan menjejak balik sejarah bangsa bukan setakat sejarah kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957 tetapi menjejaki balik asal usul Negeri Sembilan ini. Rupa-rupanya saya ini adalah keturunan Orang Asli juga dari Waris Jakun.

Saya bangga kerana nenek moyang saya yang waris Jakun inilah antara yang paling awal menerima Islam sejak kurun ke 15 lagi berkat dari usaha dakwah dari orang seberang iaitu dari Minangkabau.

Lebih 500 tahun dulu usaha dakwah terhadap Orang Asli ini telah berjaya menyatukan antara ketua Orang Asli iaitu Tok Batin Sekudai dan wakil dari Pagar Ruyung iaitu Dato Lela Balang yang akhirnya terbentuklah Rembau, kemudian barulah terbentuknya Negeri Sembilan.

Begitu besar peranan yang dimainkan oleh Orang Asli waris Jakun dalam sejarah pembukaan Negeri Sembilan serta sejarah kemasukan Islam di kalangab orang Asli.

Saya amat berharapkan sejarah kegemilangan dakwah dan penyatuan antara kaum di Malaysia ini seharusnya lebih hebat lagi dari kurun ke 15 dengan kecanggihan sains dan teknologi serta pelbagai kemudahan infrstruktur.

Rozmal bin Malakan, Waris Jakun


1540 - 1555 Dato' Sri Rama bin Datuk Lela Balang (Waris Jakun)

http://www.royalark.net/Malaysia/rembau.htm

1723 - 1747 Y.A.M. Dato' Putri Kunung Siti Awan [Setiawan I], 1st Datuk Undang Luak of Johol

http://www.royalark.net/Malaysia/johol.htm

1757 Dato’ Moyang Salleh, 3rd Dato’ Penghulu, and 1st Undang of Jelebu

http://www.royalark.net/Malaysia/jelebu3.htm

1760 - 1780 Y.A.M. Dato' Bador bin Dato' Penghulu Chantak [Waris Hulu], Dato' Klana Petra Sri Jaya

http://www.royalark.net/Malaysia/sungai.htm

20120122

Jemputan jadi AHLI KELAB IKRAM JUNIOR Negeri 9


Dari Facebook Ikram Negeri Sembilan

Assalamualaykum warahmatullah.

Buat ibu bapa, ikhwah akhawat yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak (6 - 12 tahun) sebagai AHLI KELAB IKRAM JUNIOR Negeri 9.

PENDAFTARAN & PERJUMPAAN KELAB IKRAM JUNIOR AKAN DIADAKAN PADA

TARIKH : 28 JANUARI 2012

HARI : SABTU

MASA : 9.30 PAGI - 11.30 PAGI

TEMPAT : MASJID BANDAR BARU SENAWANG

(Berhampiran dengan Balai Polis Senawang & Giant Senawang)

ATUR CARA

9.30 PG - 10.30 PG : PENDAFTARAN

10.30PG - 11.30 PG : ICE BREAKING / AKTIVITI ANAK-ANAK

11.30 PG : JAMUAN UNTUK ANAK-ANAK

Ibu bapa/ ikhwah akhawat yang telah mengisi borang pendaftaran, sila bawa bersama waktu pendaftaran.

Mari bersama isikan masa anak-anak anda dengan aktiviti yang mendidik & menyeronokkan.

"GIAT BERMANFAAT GENERASI HEBAT!!"

Sumber : http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100001992671059

20120121

Bekas Ahli Parlimen ditipu warga Nigeria


Kalau bekas Ahli Parlimen yang berpendidikan tinggi pun boleh menjadi mangsa penipuan internet warga Nigeria. Apatah lagi kita rakyat kebanyakan terutama para pengguna internet di kalangan para pelajar, wanita dan kanak-kanak.

Sila baca artikel saya sebelum ini yang bertajuk “Pendakwah perlu tiru kesungguhan penjenayah warga Nigeria” di http://www.waghih.blogspot.com/2011/12/pendakwah-perlu-tiru-kesungguhan.html

Pelajar Kolej Warga Nigeria Didakwa Tipu Bekas Anggota Parlimen

Mstar, Jumaat Januari 20, 2012

MELAKA: Seorang pelajar kolej swasta warga Nigeria pada Jumaat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas lapan tuduhan menipu bekas Ahli Parlimen Bukit Katil, Prof Dr Mohd Ruddin Abd Ghani melalui internet membabitkan kerugian RM483,870.

Tertuduh Agoson Noyce, 31, didakwa memperdaya Mohd Ruddin, 57, dengan menawarkan RM4.3 juta sebagai dorongan untuk mendapatkan wang dalam beberapa jumlah berasingan iaitu RM115,000; RM100,000; RM45,000; RM64,270; RM26,400; RM43,200; RM70,000 dan RM20,000.

Tertuduh, yang tinggal di Kondominium Klebang Delima, Jalan Klebang, di sini, telah menerima wang tersebut daripada mangsa melalui akaun bank.

Agoson didakwa melakukan kesalahan itu bersama seorang rakan senegara Ago Uche, 27, yang telah didakwa sebelum ini, di pejabat No 944, Jalan Sidang Hassan, Bukit Katil, dekat sini antara 26 Mei 2009 hingga 22 jan 2010.

Agoson didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Zaharah Hussain menetapkan 27 Jan ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Fairuz Syuhada Amran.

Pada Isnin lalu, Ago Uche, mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas empat pertuduhan sama menipu Mohd Ruddin melalui internet membabitkan kerugian wang tunai RM183,200 antara 26 Jan 2009 hingga 22 Jan 2010. - BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=/2012/1/20/mstar_mahkamah/20120120185532&sec=mstar_mahkamah

20120119

Kejohanan Futsal Kampung 12 Feb 2012 di Rembau



KEJOHANAN TERTUTUP FUTSAL KAMPUNG DAERAH REMBAU
Tarikh : 12 Februari 2012 (AHAD)
Tempat : Gelanggang Futsal Terbuka Kg Sungai Layang, Rembau
Yuran : RM 50/pasukan

Hadiah :
Tempat Pertama RM800 + Medal
Tempat Kedua RM500 + Medal
Tempat Ketiga RM300 + Medal

Untuk pertanyaan dan penyertaan sila hubungi :
Syukur 013-2124086
Azman 019-9519544

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com/ dengan kerjasama Teratak Amal Rembau

Syarat asas penyertaan :
1. Peserta lelaki berumur 18 tahun ke atas yang menetap di daerah Rembau
2. Nama kumpulan Futsal mestilah ada kaitan dengan daerah Rembau atau Adat Perpatih
3. Terhad kepada 16 pasukan sahaja yang daftar awal

Kepada sesiapa atau mana-mana pihak yang ingin menaja hadiah untuk kejohanan ini sila hubungi Hakki 013-3840022 atau Izamri 013-2124086

Objektif Kejohanan :
1. Menanamkan rasa cinta terhadap kampung halaman
2. Merapatkan ukhuwwah di kalangan belia-belia di kampung
3. Memperatkan kerjasama di kalangan masyarakat
4. Mendedahkan para belia dan masyarakat setempat terhadap kegiatan sukarela

Ceramah PRU13 24 Jan 2012 di Seremban Selatan



CERAMAH PRU 13
Bersama :
Ustaz Nasrudin Hassan , Ketua Pemuda PAS Pusat
Yb Hj Taufek , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Abdullah Sani , Ahli Parlimen Kuala Langat
Siti Aisyah , Ketua Srikandi PKR
Tarikh : 24 Jan 2012, Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : PASTI Al Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut, Seremban
Semua dijemput hadir

Bob Lokman di Seremban 23 Jan 2012



CERAMAH UMUM
Penceramah : Bob Lokman, Dr Badrulamin Bahron dan Zulkefly Mohamad Hj Omar
Tarikh : 23 Jan 2012, Isnin
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAS Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)

Semua dijemput hadir

Dato Tuan Ibrahim di Lenggeng 27 Jan 2012



CERAMAH PERDANA
Tarikh : 27 Jan 2012, Jumaat
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAS Lenggeng, Taman Ulu Beranang, Lenggeng, N.Sembilan
Penceramah :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man - Ketua Penerangan PAS Pusat
Shamsul Iskandar Md Akin - Ketua AMK Pusat
Zulkefly Mohamad Hj Omar - AJK PAS Pusat

Semua dijemput hadir

20120118

Masih ramai rakyat yang teraniaya di Malaysia

Kisah di bawah ini adalah sebahagian sahaja daripada beribu, mungkin puluhan ribu masalah yang seumpama atau lebih teruk lagi dari apa yang dialami oleh nasib keluarga di bawah ini. Institusi kekeluargaan dan masyarakat harus diperkukuhkan. Masjid dan surau setempat mesti dihidupkan dengan solat jemaah 5 waktu setiap hari seramai mungkin dengan kuliah agamanya. Khidmat kaunseling Majlis Agama Islam harus diperluaskan di setiap bandar, pinggir bandar dan kampung, diperkukuhkan dengan khidmat kaunseling atas talian atau secara maya. Pemberian wang tunai perlu dikaji semula, dengan memberikan barangan keperluan untuk mengelakkan penyalahgunaan wang ringgit yang diberikan.

Duit susu beli dadah

Harian Metro 18 Jan 2012

JOHOR BAHRU: “Wang RM200 sumbangan Baitulmal membeli susu Syafiqah yang juga orang kelainan upaya (OKU) diguna suami bagi membeli dadah.

“Keadaan menjadi lebih teruk apabila suami ketagihan keluar rumah dengan alasan mahu membawa Syafiqah bersiar sebelum melencong ke tempat penagih,” kata suri rumah, Norazlina Samad atau Ina, 30, semalam.

Menurut Ina, sudah hampir setahun dia terpaksa memberi susu manis kepada anak perempuan bongsunya yang berumur empat tahun itu yang tidak sesuai bagi kanak-kanak seusianya.

Ina yang berkahwin suami hanya dikenali sebagai Amran, 35, sejak lapan tahun lalu, mempunyai dua anak iaitu Syafinah, 6, dan Syafiqah.

Menurut Ina, Syafiqah pernah menjalani pembedahan usus, jantung serta hati sejak dua tahun lalu dan pemberian susu manis kepada anaknya itu mungkin menyebabkannya mengalami masalah tumbesaran selain lemah pertuturan.

http://www.hmetro.com.my/articles/Duitsusubelidadah/Article

20120117

Sheikh Nuruddin Banjari 21 Jan 2012 di Seremban

KULIAH MAGHRIB

Oleh: Sheikh Muhamad Nuruddin Marbu Al Makki Al Banjari
Tajuk: Ajaran-ajaran yang menyesatkan Aqidah dan Amal

Tarikh : 21 Jan 2012, Sabtu
Masa : 7.30 mlm
Tempat : Masjid Taman Paroi Jaya, Seremban

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Pakatan Rakyat membuka mata isu Adat Perpatih



Kesungguhan Pakatan Rakyat untuk memperkasakan institusi Adat Perpatih di Negeri Sembilan yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan Menjelang Pilihan Raya Umum Ke 13 bertemakan “Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat” - Tonggak Nan Sembilan telah membuka mata rakyat di Negeri Sembilan ini untuk lebih memahami akan Adat Perpatih ini serta kaitannya dengan kehidupan harian mereka.

Manifesto tersebut menyatakan akan menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak.

Pertama sekali, sebelum sesiapa ingin memberi pandangan, kritikan atau komen mengenai Adat Perpatih, hendaklah terlebih dahulu faham mengenai adat ini dari sumber yang sebenar, bukan cakap-cakap orang kampung, atau cakap-cakap kedai kopi, atau cakap-cakap di Facebook.

Tanah adat bukanlah harta pusaka. Ianya adalah tanah milik sesuatu suku atau puak dalam adat, dimana pihak perempuan diamanahkan untuk menjaga dan pihak lelaki mentadbir. Apa-apa harta yang bukan tanah adat, ianya dibahagi mengikut hukum faraid.

Adat Perpatih adalah merupakan sistem demokrasi yang pertama di Malaysia sebelum ianya diamalkan oleh mana-mana parti yang ada sekarang, samada dari Barisan Nasional mahupun dari Pakatan Rakyat.

Malah dalam laman web Jabatan Peguam Negara sendiri di bawah ini , telah mengiktiraf Adat Perpatih sebagai satu sistem demokrasi yang adil.

Semoga dengan kesungguhan Pakatan Rakyat untuk menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak, akan memperkasakan lagi institusi Adat Perpatih, justeru itu akan dapat merungkai pelbagai masalah berkaitan adat antaranya permasalahan tanah dan rumah terbiar, serta orang-orang tua yang keseorangan di kampung-kampung.

***********
According to Wilkinson (1908) the “adat perpatih” was democratic and addressed to the common people and find expression in quaint sayings that seem to belong to the homely province of proverbial philosophy.
http://www.academicjournals.org/jlcr/PDF/pdf%202010/Feb/Zaki%20et%20al.pdf

Dari laman web Jabatan Peguam Negara :

1.4.1 Adat pepatih

Only comparison with the despotic law of other states of Malaya can explain why in Negeri Sembilan the matrilireal customary law lived as a magna carta in the hearts and memories of the Minangkabaus it had saved for centuries from oppression. 28 It is because in the other states where the adat law is not clear, justice were often in the hands of the rulers. This had led to constant oppression by the ruling class. Adat pepatih on the other hand has provided a democratic constitutional structure to some extent in order to safeguard justice compared to adat temenggong. In other words the adat pepatih is more organized so as to win the heart of its followers.

Adat pepatih finds expression in traditional verses and sayings of the matriarchal tribes in Negeri Sembilan. The sayings were handed down from generation to generation and are known to everyone and the ignorance of law cannot be an honest and valid excuse. The sayings are simple and can be easily memorised. There may be variety of meanings attributable to some of them. The interpretation of these sayings appears to be less difficult than the interpretation of a statute in common law court; for the interpretation of the sayings along with the significance of the metaphores or other figures of speech contained in it is handed down from generation to generation. This recource to what one might regard as prepatory work to the enuciation of the rules makes the saying not unduly difficult of understanding.

http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/?p=77

Adat Perpatih ( Customary Law of Perpatih ) merupakan satu system sosial yang lengkap diguna pakai dalam masyarakat Mekayu tradisi turun menurun berkurun-kurun.Sistem sosial Adat Perpatih mengandungi beberapa subsistem termasuklah subsistem politik, ekonomi, agama, sosial, perundangan, budaya dan kekeluargaan.Kesemua subsistem ini berfungsi untuk mewujudkan dan menstabilkan masyarakat yang aman, damai, mesra, bekerjasama, bantu-membantu dan bergerak progresif.

Keseluruhan Adat Perpatih menjadi asas system pengurusan utama masyarakat berprinsip demokrasi.Amalan Adat Perpatih yang merangkumi urusan ekonomi,politik dan kekeluargaan dan harta tanah adalah berlandaskan dua aspek ‘ codes of cultural ethics’.Pertama ialah konsep budaya permuafakatan (cultural consensus agreement ) yang bercorak demokratik ; dan kedua konsep budaya menyeraya, bekerjasama dan bergotong royong ( cultural reciprocal aids, cooperation and group efforts ).Semasa menjalankan tugas harian kedua-dua konsep ini diguna pakai secara timbal-balas.

Komponen penting dalam system Adat Perpatih ialah corak, bentuk dan cara penyampaiannya berupa budaya pendidik tidak formal.Adat Perpatih menekankan pentingnya pemupukan perpaduan dalam sesuatu keluarga dan masyarkat dan juga iklim kemesraan, keamanan, dan kesejahteraan hidup.Adat Perpatih menyifatkan yang setiap individu sebagai suatu asset terpenting dalam keluarga dan masyarakat.Adat Perpatih mendidik, melatih, mengasuh, membimbing dan memimpin generasi muda dengan penuh kesantunan dan menghormati golongan warga emas.

http://www.mkns.com.my/?lang=my&id=24&mnu=24

20120116

Jangan perlekehkan Institusi Adat Perpatih




Ramai orang , termasuk orang Negeri Sembilan sendiri yang keliru dengan Adat Perpatih ini. Jangan lupa Negeri Sembilan ini diteroka oleh Orang Asal (Orang Asli) dengan dibantu oleh orang Indonesia dari Minangkabau. Antara isu paling besar yang menjadi permasalahan utama sekarang ini ialah isu tanah adat yang terbiar.

Banyak seminar, banyak kertas kerja yang dibentangkan yang menelan belanja jutaan ringgit tapi hasilnya pada saya boleh dikatakan kosong.

Yang peliknya kenapa di zaman penjajahan British , institusi istana dan Undang, tidak timbul masalah tanah adat yang terbiar? Institusi Adat pada zaman British telah berjaya memberi geran-geran kepada orang Melayu.

Dalam tangan saya ada 3 salinan geran milik arwah nenek saya. Walhal nenek saya bukannya sekolah tinggi, tapi dia ada geran atas namanya. Kini saya menghadapi masalah untuk menukar nama geran tersebut ke nama ibu saya, atau nama kakak saya, kerana memerlukan banyak dokumen serta karenah birokrasi untuk menyelesaikan proses penukaran nama tersebut.

Cuba fikirkan, zaman British, zaman Undang mempunyai banyak kuasa, mereka boleh berfikir untuk rakyat, memastikan setiap rakyat yang ada hak geran tanah, ada geran tanah, kenapa sekarang zaman ramai yang hendak membela orang Melayu, dengan kemudahan sistem komputer yang canggih , susah untuk membuat proses tersebut?

Oleh itu perlu dimartabatkan insitusi Undang dan Datuk Lembaga Adat ini. Perlu dibukukan bahan rujukan untuk memudahkan anak-anak buah membuat rujukan dalam permasalahan adat terutama yang melibatkan tanah adat.

Maka usaha Pakatan Rakyat untuk menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak yang diisytiharkan dalam Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan yang dilancarkan pada 15 Januari 2012 di Gemas adalah merupakan satu langkah awal untuk menyelesaikan pelbagai permasalahan adat dan tanah adat di Negeri Sembilan ini.

Amat sukar untuk saya mencari bahan rujukan mengenai permasalahan Adat Perpatih di internet. Sumber yang boleh diharapkan hanyalah dari seorang Blogger yang secara sukarela membicarakan isu Adat Perpatih di http://nagarinansembilan.blogspot.com/

**************
Tanah lot selepas raya – MB
August 19, 2010

SEREMBAN 18 Ogos – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini berkata, lot tanah untuk rumah bagi generasi kedua peneroka di negeri ini akan diberikan seawal-awalnya selepas Aidilfitri ini.

Beliau berkata, buat permulaan, pemberian lot tanah itu hanya melibatkan satu rancangan tanah Felda sahaja dan nama Felda itu dirahsiakan buat masa sekarang.

Tanah rancangan Felda yang dipilih itu mempunyai keluasan tanah dan jumlah generasi kedua Felda yang bersesuaian dan akan dijadikan sebagai projek perintis sebelum diperluaskan di Felda lain di negeri ini, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

“Bukan semua anak peneroka akan dapat. Mereka yang membantu ibu bapa, sudah berkahwin dan tinggal dalam kawasan Felda sahaja akan diberi lot-lot tanah untuk membina kediaman mereka,” katanya.

Katanya, tanah yang akan diberikan itu merupakan tanah lebihan milik Felda dan untuk projek perintis ini, membabitkan kira-kira 2,000 hektar.

Menteri Besar turut mengumumkan kenaikan elaun sebanyak RM200 sebulan berkuatkuasa Januari lepas untuk datuk-datuk Lembaga Adat di negeri yang mengamalkan adat perpatih ini.

Negeri Sembilan mempunyai seramai 177 orang datuk Lembaga Adat dan ada di kalangan mereka yang menerima elaun sebanyak RM4 atau RM80 dan pada zaman British, mereka menerima elaun sebanyak 50 sen.

“Kita naikkan setiap orang mendapat RM200 sebulan mulai (dibayar) Ogos ini tetapi sebenarnya ia telah diluluskan sejak Januari, jadi mereka semua akan menerima tunggakan tujuh bulan,” katanya.

Ini merupakan penghargaan kerajaan negeri kepada golongan yang memelihara dan mengamalkan adat perpatih,” katanya. – BERNAMA

http://n9kini.com/tanah-lot-selepas-raya-%E2%80%93-mb/

Derma bulanan RM20 atas nama arwah ayah



Setelah puas berkempen untuk sumbangan ke sekolah tahfiz di Seremban, baru pagi tadi berkesempatan untuk beri sumbangan bulanan tersebut sebanyak RM20. Selepas masukkan ke akaun SRIIDU , saya pun SMSlah ke Ustaz Nazri Zainuddin, Bendahari SRIIDU menyatakan baru masuk dalam akaun SRIIDU sumbangan bulanan RM20 atas nama arwah ayah, almarhum Hj Malakan bin Hj Kamaruddin.

Tiba-tiba tersebak, bila teringatkan sumbangan RM20 ini.

Apabila arwah ayah saya sedang nazak di atas katil di hospital Seremban, ayah saudara (saya panggil Acek) sebelah emak datang menziarahi ayah saya. Acek saya ini merupakan seorang bekas tentera , orang yang hidup di bawah paras kemiskinan, tiada berpencen.

Apabila Acek nak pulang, ayah saya dalam keadaan lemah panggil saya mengatakan sesuatu. Saya tak berapa dengar. Lalu ayah buka topeng oksigen, katanya “Beri Acek kau RM20, nanti abah bayar balik” . Lalu saya pun berilah Acek RM20.

Rupa-rupanya RM20 tersebut memberi makna yang mendalam sekarang ini kepada saya.

Jangan tertipu ribuan hadir ke ceramah

Malam tadi telah diadakan ceramah oleh Ustaz Azhar Idrus di Masjid Bandar Baru Senawang. Alhamdulillah, dikhabarkan ribuan yang hadir, banyak kereta di sepanjang jalan macam waktu solat Jumaat. Bagaimana pun saya tak dapat hadir kerana menjaga emak yang tidak berapa sihat. Alhamdulillah saya berkesempatan solat Subuh di Masjid Bandar Baru Senawang pagi tadi.

Agak menyedihkan, solat Subuh jemaah pagi tadi macam biasa, tidak sampai 2 saf pun. Seolah-olah ribuan yang hadir ke ceramah malam tadi tidak terkesan dengan ceramah yang disampaikan.

Adakah yang hadir malam tadi semuanya pendengar atau jemaah yang diimport, bukan penduduk setempat ?

Di mana silapnya masih ramai penduduk setempat yang tidak hadir ke ceramah malam tadi ?

Ceramah hanyalah sebahagian dari pendekatan dakwah. Pelbagai pendekatan perlu dilakukan, seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw.

Ada orang yang dapat hidayah setelah meneliti Al Quran. Ada yang dapat hidayah hanya dengan satu potong ayat Al Quran. Ada pula yang dapat hidayah hanya dengan menziarahi dan merawat wanita tua yang sering mencemuh Nabi saw.

Hanya sekadar renungan dan peringatan untuk kita semua, khususnya untuk diri saya sendiri sekeluarga.

20120115

SMS Pelaburan Kekal Abadi Selamanya


Begitu mudah untuk buat pahala sekarang pada zaman sains dan teknologi ini. Dengan SMSnya, dengan e-melnya, dengan Twitter dan Facebook dan macam-macam lagi.

Daripada kita sebarkan e-mel atau SMS yang tidak tentu samada dapat pahala atau dosa, lebih baik kita sebarkan SMS dan e-mel galakkan orang berderma, bersedekah dan sebagainya. InsyaAllah akan lebih banyak rahmat Allah turun di bumi Malaysia ini, dan insyaAllah akan berkuranganlah Skim Cepat Kaya, Skim Gores dan Menang dan sebagainya.

Tak tahu apa SMS atau e-mel nak disebarkan, bolehlah tolong sebarkan SMS ini :

“Tawaran RM20 sumbangan bulanan utk Tabung Sekolah Tahfiz Darul Ulum SRIIDU Seremban. Akaun CIMB 05040000993100 Tel Us Nazri 0196644320 Bendahari. Sebarkan”

Atau boleh juga sebarkan artikel di bawah ini melalui e-mel, Facebook, Blog dan sebagainya :

Peluang pelaburan bulanan Sekolah Tahfiz serendah RM20

Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU) ditubuhkan pada tahun 2009, dan berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

SRIIDU ditubuhkan oleh siswazah lepasan Universiti Al Azhar, Mesir bertujuan untuk mewujudkan sistem pendidikan Tahfiz Al Quran dan Akademik bermula di peringkat sekolah rendah.

SRIIDU ketika ini beroperasi di Ad-Dirasah Ilmiah IT Centre, Taman Rasah Jaya, Seremban, Negeri Sembilan.

Kini terdapat 52 orang pelajar di SRIIDU.

SRIIDU juga membiayai pengajian untuk anak-anak yatim dan pelajar yang kurang berkemampuan yang belajar di sini.

Sehubungan dengan itu SRIIDU membuka peluang kepada orang ramai untuk memberi sumbangan bulanan sebanyak RM20 untuk kos pengurusan, makan minum para pelajar dan sebagainya.

Untuk sebarang pertanyaan atau sumbangan sila hubungi :

019-6500927 (Mudir) Ustaz Mohd Khairi

019-6644320 (Bendahari) Ustaz Mohd Nazri

Sumbangan melalui bank atas nama SRI DARUL ULUM

No akaun bank CIMB : 05040000993100

Atau alamatkan ke :

Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU)

No 3694, Tingkat 1 & 2, Jalan RJ 6/9,

Taman Rasah Jaya,

70300 Seremban,

Negeri Sembilan


Untuk keterangan lanjut sila dapatkan di www.facebook.com/SriiTahfizDarulUlum

Hadis-hadis Rasulullah Tentang Kelebihan Bersedekah

Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka. (Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain. (Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana. (Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)

Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah." (Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka." Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala. (Hadis Riwayat: Imam Muslim)

Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu. (Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Sumber http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=46

20120114

Lagi kejadian lemas di Port Dickson 14 Jan 2012


Walaupun keadaan laut di Port Dickson tidaklah sebegitu bergelora dibandingkan dengan keadaan laut di pantai timur, namun telah kerap kali berlaku kejadian lemas di Port Dickson. Harap pengunjung pantai sentiasa berhati-hati apabila mandi manda di Port Dickson. Bak kata pepatah “Air tenang jangan disangka tiada buaya”. Takziah diucapkan kepada waris mangsa lemas ini.

Pelajar Lemas Ketika Aktiviti Riadah Di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson

Sabtu Januari 14, 2012

PORT DICKSON: Mayat seorang pelajar kolej swasta, Nazaruddin Bisul Rahman, 20, yang dipercayai lemas ketika mengadakan aktiviti riadah di Pantai Cahaya Negeri (Batu 4) di sini, ditemui kira-kira tiga jam selepas kejadian dilaporkan, Sabtu.

Penolong Pengarah Operasi negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Ahmad Nizam Sapaiee berkata bilik gerakkan bomba menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 9.02 pagi.

"Kita kemudian melancarkan gerakan mencari dan menyelamat dengan disertai 20 anggota termasuk pasukan penyelamat di air bermula dengan pencarian di lokasi mangsa dilaporkan hilang," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata operasi mencari kemudian diperluaskan ke kawasan sekitar sehingga mayat Nazaruddin ditemui kira-kira 12.30 tengah hari berhampiran kawasan dia dilaporkan hilang.

Katanya kejadian itu berlaku ketika air laut sedang pasang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Supt Baljeet Singh berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dibawa ke Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat.

Katanya mangsa datang dari Petaling Jaya bersama empat rakannya lelakinya untuk bercuti, selain dua rakan perempuan dari Seremban.

"Kesemua mereka adalah rakan sekolej," katanya. - BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2012/1/14/mstar_jenayah/20120114211708&sec=mstar_jenayah

Harian Metro 9 Nov 2010

10 minit tenggelam di laut

PORT DICKSON: “Saya sempat menasihatkannya segera naik ke darat sebelum terlambat kerana menyedari air laut mula pasang tetapi tiba-tiba mendapatinya sudah hilang dari pandangan dan menyangka dia bergurau.”

Begitu kata Fazli Yahya, 22, apabila rakannya, Mohd Farid Abdullah, 23, yang mandi-manda bersamanya di Pantai Cermin, dekat sini, kelmarin hampir lemas apabila tenggelam selama 10 minit dipercayai dihanyutkan arus deras ketika air laut pasang secara tiba-tiba.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, kedua-dua sahabat berkenaan mengalami detik mencemaskan ketika mandi dalam jarak 50 meter dari pantai apabila seorang daripada mereka ‘hilang’ ketika berenang ke darat.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/10minittenggelamdilaut/Article/index_html

Pemancing lemas air laut bergelora

Harian Metro 24 Okt 2010

PORT DICKSON: Memilukan apabila seorang lelaki yang memancing dan menjala ikan di pantai Telok Pelandok, Batu 10, di sini, ditemui lemas kerana dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri apabila air laut bergelora, kelmarin.

Berita Harian 23 Feb 2010

PORT DICKSON: Pembangunan pesat dan sejarah aktiviti menyedut pasir suatu ketika dulu di sebahagian kawasan pantai di daerah ini menyebabkan wujudnya tebing tinggi yang didakwa menjadi punca kebanyakan kejadian lemas.

New Straits Times 4 Oct 2010

PORT DICKSON: A father jumped into a swimming pool to retrieve the body of a child who drowned at a resort here on Saturday, not realising that it was his own son. Norain Mohd Rahim, 38, jumped into the 1.5m-deep pool at the Bougainvilla Resort in Telok Kemang here when he heard someone shouting that there was a body in it.

Sinar Harian 17 Feb 2010

PORT DICKSON – Belum pun reda kesedihan tiga keluarga apabila salah se-orang daripadanya mati lemas ketika berkelah di pantai Port Dickson seperti yang dilaporkan Sinar Harian semalam, sekali lagi pantai Port Dickson dikejutkan dengan penemuan mayat remaja lemas.

Utusan Malaysia 15 Feb.2010

PORT DICKSON - Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika sedang mandi bersama lima saudaranya di Pantai Batu 1 di sini, semalam, ditemui lemas awal pagi tadi.

MStar Januari 31, 2010

PORT DICKSON: Seorang pemuda ditemui mati lemas di Pantai Batu 8, dekat sini, pagi ini. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Mazlan Othman berkata, mayat Siow Hon Peng, 33, dari Taman Rasah Jaya, Seremban ditemui orang ramai terdampar di tepi pantai itu pada kira-kira pukul 7.40 pagi.

Bernama 22 Jul 2007

PORT DICKSON, 22 Julai (Bernama) — Kejohanan Triathlon Antarabangsa 2007 Port Dickson (PDIT) yang berlangsung di sini hari ini mencatat sejarah hitam dalam sukan tanah air apabila seorang atlet dari Malaysia mati lemas pada cabaran pertama acara itu, pada pukul 10 pagi ini.

Utusan Malaysia 13 Jun 2005

PORT DICKSON 12 Jun - Kegembiraan sebuah keluarga dari Batu Pahat, Johor yang menghabiskan cuti sekolah berakhir dengan tragedi apabila seorang ahli keluarga mereka mati lemas di kolam renang sebuah hotel di sini, semalam.

PORT DICKSON, Tues. - A family outing ended in tragedy when a 24- year-old man drowned while swimming with a new friend at Km7.2 Jalan Pantai yesterday.

While Muhammad Kadis Untung Kadir's body was recovered four hours after the incident at 9pm, a search involving seven frogmen from the Fire and Rescue Department is still under way for his missing friend whose identity is not known.

http://www.encyclopedia.com/doc/1P1-82624421.html

SEREMBAN: A 6-year-old boy was found drowned at a swimming pool in a Port Dickson resort near here on Friday. G. Adiland's body was found floating by hotel guests who alerted police of the 7pm

http://www.encyclopedia.com/doc/1P1-163562839.html

KUALA LUMPUR, Wed. - Seven-year-old Radin Najme Radin Shamsul Kamar, who

drowned in a swimming pool in Port Dickson yesterday, was an intelligent and mature boy.

http://www.highbeam.com/doc/1P1-106446463.html