KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120128

Adik ini perlu bantuan masuk Sekolah Asrama Penuh

Saya panjangkan permohonan seorang sahabat yang saya terima melalui e-mel seperti berikut : Adik Nurul Natasya binti Yaakob dari SMK Pendeta Zaba, Seremban telah mendapatkan keputusan yang amat cemerlang dalam PMR 2011 iaitu 9A (termasuk A dalam Bahasa Arab). Kini beliau telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 4 di sebuah sekolah berasrama penuh iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) di Klang, Selangor.

Ayah adik Natasya ini , iaitu Encik Yaakob bukanlah dari golongan yang berada , serta tidak mempunyai pekerjaan yang tetap , disamping sering berpindah randah kerana tidak mampu membayar sewa rumah di Seremban ini.

Sudah pasti apabila bertukar sekolah, keperluan adik Natasya ini akan bertambah dari pakaian seragamnya, pakaian ko kurikulumnya, buku tambahannya , baju batiknya, cadar dan macam-macam lagi.

Kepada sesiapa yang sudi membantu adik Natasya ini , memenuhi impian beliau untuk belajar di sebuah sekolah yang berprestij dengan harapan akan dapat membela nasib mereka sekeluarga kelak, insyaAllah, sila hubungi keluarga tersebut di 014-7361945.

Atau boleh juga menghubungi Puan Wani, Ketua Muslimat Rembau di 013-3851202.

Antara keperluan pelajar baru di KISAS ialah dari laman web KISAS di http://kisas.org/pendaftaran-tingkatan-4-2012/ :

Bayaran Yuran Asrama (Makan): Pendapatan ibu/bapa/penjaga kurang RM5000 sebulan dikenakan bayaran Yuran Asrama RM125/penggal.

Bayaran Yuran Asrama penggal 1 boleh dibayar sebelum 30 April 2012

Bayaran Majalah: RM12 sekeluarga.

Senarai Keperluan Wajib Yang Boleh Dibeli di Koperasi:

Cadar, Sarung bantal, Selimut (mengikut warna rumah) –> 2 unit/pelajar

Kad Matrik — 1 unit/pelajar

Tali Leher (lelaki sahaja) — 1 unit/pelajar

Baju T-Shirt SBT — 2 unit/pelajar

Kain Tenun Bersulam (kain rasmi hari Jumaat) — 1 unit/pelajar puteri

Sampin Tenun Bersulam (Sampin rasmi hari Jumaat) — 1 unit/pelajar lelaki

Kain untuk kelas persediaan — 2 unit/pelajar

Stiker kenderaan — 2 unit/pelajar

Kad Kebenaran Keluar ke Bandar / Balik Bermalam — 1 unit/pelajar

Baju Batik Rasmi KISAS — 1 unit/pelajar

Nota: Harga barangan ini akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

Senarai Barang Keperluan Yang Perlu Disediakan Oleh Bakal Pelajar:

Pakaian Persekolahan (Perempuan):

1.Baju kurung berwarna putih dan kain berwarna biru.

2.Stokin hitam tanpa belang.

3.Kasut kulit/PVC hitam (kasut kanvas tidak dibenarkan).

4.Tudung labuh berwarna putih.

Pakaian Riadah (Perempuan):

1.T-shirt labuh yang sesuai.

2.Seluar trek berwarna gelap.

3.Kasut sukan yang sesuai.

4.Stokin yang sesuai.

5.Tudung labuh yang sesuai.

Pakaian Kelas Persediaan Lelaki dan Perempuan:

1.Lelaki: Berbaju melayu/raihan mengikut warna yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan berseluar hitam.

2.Perempuan: Berbaju kurung mengikut warna yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Barang keperluan lain yang perlu disediakan oleh pelajar lelaki dan perempuan:

1.Peralatan membasuh (berus, baldi, sabun dsb)

2.Peralatan penjagaan peribadi (ubat gigi, pencuci muka, berus gigi, sikat dsb)

3.Kain pelikat/kain batik/kain sarong.

4.Selipar.

5.Mangga kecil (padlock).

6.T-shirt secukupnya.

7.Stokin secukupnya.

8.Pakaian harian secukupnya.

9.Dan lain-lain keperluan yang difikirkan sesuai.

Nota: Barangan keperluan ini ada dijual di koperasi sekolah. Para pelajar juga tidak digalakkan membawa peralatan / pakaian secara berlebihan kerana ruang almari yang terhad.

Tiada ulasan: