KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120131

Tolong selamatkan keluarga ibu tunggal tertekan ini



Malam tadi saya mendapat SMS dari nombor yang tidak dikenali yang mengatakan dia seorang ibu tunggal yang kemalangan, anak 5 orang, 2 darinya ada sakit jantung, rumah pula akan dilelong. Betul ke SMS ni, tak ada nama, tak tahu hujung pangkal cerita? Lalu saya membuat carian di internet, memang betul apa yang diceritakan. Dan nombor SMSnya sama dengan nombor yang disiarkan dalam Utusan Malaysia.
Lalu saya minta Puan Faizah SMSkan nombor akaun banknya agar ada rakyat Malaysia yang sudi sedikit seorang menyumbang kepada beliau sekeluarga.

Kepada mereka yang ingin membantu sila salurkan ke akaun atas nama Faizah bte Mohamed Kassim, No akaun Maybank 152116174237. No Tel 017-5825890

Sudah pasti keluarga ini amat memerlukan bantuan, entah sekolah entah tidak anak-anaknya ketika ini. Entah ke hospital, entah tidak anak-anaknya ketika ini. Entah dapat kerja, entah tidak ibu tunggal tersebut.

Ibu tunggal tertekan anak sakit jantung, rumah bakal dilelong
Utusan Malaysia

PADANG SERAI 27 Sept. 2011 - Dua daripada lima anaknya menghidapi sakit jantung sementara rumahnya di Taman Sejahtera di Lunas dekat sini bakal dilelong oleh pihak bank.

Inilah nasib malang yang menimpa ibu tunggal Faezah Mohd. Kassim, 39.

Dia sendiri kurang sihat ekoran kemalangan jalan raya yang dialami tahun lalu.

"Akibat keadaan tersebut saya sering tidak dapat ke tempat kerja yang menyebabkan gaji selalu berkurangan kerana banyak cuti sakit.

"Permohonan saya untuk mendapat pampasan Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) telah ditolak,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Faezah berkata, anak sulungnya, Nursyazwani, 17, akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada November ini tetapi kerap pengsan yang dipercayai akibat penyakit jantung yang dideritainya sejak berumur sembilan tahun.

Nursyazwani mendapat rawatan di Hospital Kulim sebanyak dua hingga tiga kali sebulan.

Anak ketiganya Nuradila, 14, juga mengalami sakit jantung berlubang dan sakit akibat tulang belakang tidak seimbang dan perlu mendapatkan rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang.

Tiga lagi anaknya juga masih bersekolah.

"Saya pernah menganggur selama lebih enam bulan dan oleh itu saya tidak membayar pinjaman rumah sejak dua tahun lalu. Rumah saya akan dilelong pada bila-bila masa,” kata Faezah.

Orang ramai atau badan-badan amal yang berhasrat membantu keluarga ini boleh menghubungi Faezah di talian 017-5825890. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0927&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_20.htm

Tiada ulasan: