KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120108

Seronoknya dapat jumpa 4 Ulama dalam 1 Hari


Dah malam pada hari Jumaat 6 Januari 2012 baru saya tersedar rupa-rupanya dalam satu hari tadi sejak selepas solat Jumaat hinggalah ke Isya , Alhamdulillah , dengan izin Allah saya telah berkesempatan berjumpa dan berbual juga mendengar nasihat dari empat orang ulama dari pelbagai latar belakang.

Bangun pagi keesokan hari baru tersedar semacam ada kelainan dan semangat baru setelah berjumpa para ulama dan ustaz tadi.

Mula-mulanya selepas solat Jumaat berjumpa dengan Al Fadhil Ustaz Zakaria Talib dari Madrasah Az Zakirin, Chengkau. Beliau merupakan anak murid Sheikh Mahmud al Mazjub dari Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat. Panjang juga cerita dengan beliau, banyak pesanan dan nasihat yang diberikan. Beliau katanya ada membuat buku mengenai 8 syarat kemenangan, tapi belum berkesempatan untuk menerbitkannya kerana memerlukan dana.

Tapi Ustaz Zakaria mengizinkan saya memuat turun buku beliau tersebut. InsyaAllah saya akan kongsi apa 8 syarat kemenangan tersebut dalam artikel lain.

Kemudian jumpa pula Al Fadil Ustaz Khairuddin Yusof dari Madrasah Hj Ibrahim, Bongek yang merupakan cucu kepada ulama terkenal di N.Sembilan iaitu Tuan Haji Ibrahim.

Maghrib pula jumpa dengan Ustaz Dato Hj Arshad Abdul Samad, merupakan bekas Ketua Hakim Syarie N.Sembilan, seorang yang tinggi ilmu, banyak pengalaman, rendah diri, juga seorang Chef di kala kenduri kahwin dan juga tukang sembelih.

Kemudian hadir pula kuliah Tuan Guru Ustaz Ahmad Tajuddin Jali, menceritakan satu hadith yang agak panjang. Di mana kesimpulan hadith tersebut ialah , kita ini dalam zaman yang ke 5, dimana kita perlu berada dalam kumpulan jemaah Islam. Jika tiada kumpulan jemaah, maka hendaklah kita duduk dalam hutan.

Teringat pula pada Ustaz Zakaria Talib. Walaupun beliau bersama dengan jemaah Islam, beliau juga mendirikan Madrasah yang dipanggil Madrasah Az Zakirin di satu tempat yang terpencil di pinggir hutan. Ustaz Zakaria ada memelihara kuda, burung, ayam dan dalam perancangan untuk memelihara kambing dan lembu.

Ustaz Zakaria beritahu saya , sebelum kita hendak mendidik manusia, kita hendaklah belajar pelihara binatang. Kata Ustaz Zakaria bukan senang juga nak memelihara binatang.

Tidak hairanlah para-para Nabi bekerja sebagai pengembala kambing.

Walaupun 4 ulama di atas mempunyai latar belakang yang berlainan, mesejnya sama sahaja, iaitu pengabdian diri kepada Allah swt secara total atau mutlak.

1 ulasan:

ujang kutik berkata...

Tuan,

Terima kasih di atas info Ust Zakaria Talib dari Az-Zakirin,Chengkau. Chengkau di kampung mana tuan?

Sudi kiranya dapat tuan respond ke atas pertanyaan saya ini. T.kasih.