KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120118

Masih ramai rakyat yang teraniaya di Malaysia

Kisah di bawah ini adalah sebahagian sahaja daripada beribu, mungkin puluhan ribu masalah yang seumpama atau lebih teruk lagi dari apa yang dialami oleh nasib keluarga di bawah ini. Institusi kekeluargaan dan masyarakat harus diperkukuhkan. Masjid dan surau setempat mesti dihidupkan dengan solat jemaah 5 waktu setiap hari seramai mungkin dengan kuliah agamanya. Khidmat kaunseling Majlis Agama Islam harus diperluaskan di setiap bandar, pinggir bandar dan kampung, diperkukuhkan dengan khidmat kaunseling atas talian atau secara maya. Pemberian wang tunai perlu dikaji semula, dengan memberikan barangan keperluan untuk mengelakkan penyalahgunaan wang ringgit yang diberikan.

Duit susu beli dadah

Harian Metro 18 Jan 2012

JOHOR BAHRU: “Wang RM200 sumbangan Baitulmal membeli susu Syafiqah yang juga orang kelainan upaya (OKU) diguna suami bagi membeli dadah.

“Keadaan menjadi lebih teruk apabila suami ketagihan keluar rumah dengan alasan mahu membawa Syafiqah bersiar sebelum melencong ke tempat penagih,” kata suri rumah, Norazlina Samad atau Ina, 30, semalam.

Menurut Ina, sudah hampir setahun dia terpaksa memberi susu manis kepada anak perempuan bongsunya yang berumur empat tahun itu yang tidak sesuai bagi kanak-kanak seusianya.

Ina yang berkahwin suami hanya dikenali sebagai Amran, 35, sejak lapan tahun lalu, mempunyai dua anak iaitu Syafinah, 6, dan Syafiqah.

Menurut Ina, Syafiqah pernah menjalani pembedahan usus, jantung serta hati sejak dua tahun lalu dan pemberian susu manis kepada anaknya itu mungkin menyebabkannya mengalami masalah tumbesaran selain lemah pertuturan.

http://www.hmetro.com.my/articles/Duitsusubelidadah/Article

Tiada ulasan: