KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20161130

Hentikan pengambilan pekerja Myanmar, harap pihak Istana bersuara




29 Nov 2016 : Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa kerajaan menghentikan serta merta pengambilan pekerja Myanmar serta memboikot perniagaan warga negara itu sebagai tanda bantahan terhadap kekejaman ke atas etnik Rohingya. Gesaan lain termasuk menghentikan visa kemasukan pekerja Myanmar ke negara ini dan membatalkan Myanmar sebagai negara sumber. Presiden Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Dr Noorazman Mohd Samsuddin, berkata dengan pembatalan visa itu, kerajaan dicadangkan mengeluarkan pas khas kepada pelarian Rohingya di negara ini untuk bekerja. Katanya, mekanisme itu bagi memenuhi keperluan tenaga asing di negara ini dan orang pelarian akan dapat meneruskan hidup sebelum mereka dihantar pulang. Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Persatuan Anak Muda Islam Malaysia dan Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia di sini, hari ini. Noorazman berkata, seramai 143,623 warga Myanmar bekerja di negara ini sudah banyak menimbulkan pelbagai masalah sosial dan jenayah sehingga menimbulkan rasa tidak selesa rakyat tempatan. Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, pula menggesa semua pihak supaya bersatu membantu nasib rakyat Rohingya. "Saya juga berharap pihak Istana selaku ketua agama Islam campur tangan dan bersuara dalam isu ini," katanya.
- Berita Harian

Jejak Asnaf Parlimen Rembau



Tn Hj Ishak Omar dari Ihsan Amal dan Pn Rusilah Md Som dari Skuad Prihatin pada 29 November 2016 telah menyampaikan barangan dapur sumbangan orang ramai kepada 15 keluarga miskin sekitar kawasan parlimen Rembau di Taman Desa Permai, Kg Senama, Kg Pulau Hanyut, Pulau Besar, Kg Sg Radin, Kg Sg Timun, Kg Titian Akar, Kg Titian Bintangor, PPRT Legong Ulu, Rumah Rakyat Pekan Kota, Kg Jawa dan Kg Sri Kendong.




Rumah nak kena lelong, apa yang perlu dibuat?



Rumah nak kena lelong, apa yang perlu dibuat?

Isu 1 : Boleh ke jual rumah sebelum rumah di lelong ?
Jawapannya : Boleh

Isu 2 : Boleh ke seseorang itu jatuh muflis atau bankrap kesan akibat rumah dilelong oleh pihak bank ?
Jawapannya : Boleh dan Tak.
Jika setelah rumah dilelong dan masih lagi mempunyai baki pinjaman dengan bank, melebihi RM30,000 (minimum untuk isytihar bankrap) , maka pihak bank yang melelong rumah anda akan terus menuntut baki hutang tersebut. Sekiranya masih tidak mahu bayar, maka pihak bank akan teruskan usaha untuk bankrap/muflis.

Berbalik kepada isu no 1. Boleh ke jual ?
Rumah tersebut masih lagi milik tuan rumah, maka tuan rumah berhak membuat apa sahaja terhadap rumah itu tadi.

CARA PERTAMA
1. Bayar semua jumlah tunggakan bayaran bulanan.
2. Secara otomatik, pihak bank akan menarik balik rumah anda daripada lelongan.
3. Jual kepada pembeli.

CARA KEDUA
1. Hubungi pegawai bank yang terlibat.
2. Bincang dengan beliau sekiranya boleh kompromi.
3. Salah satu ialah pengeluaran wang daripada akaun 2 KWSP. Anda juga boleh memohon meminta tempoh masa untuk menjual rumah tersebut. Sudah ada pembeli dan mereka meminta pengesahan rumah itu tidak akan dilelong dalam masa terdekat ini.
(ini bergantung kepada budi bicara pegawai tersebut. Ada yang beri, ada yang tak)

20161129

Batal Pengambilan Pekerja Dari Myanmar




28 Nov 2016 : Kerajaan digesa membatalkan dasar pengambilan pekerja asing warga Myanmar sebagai reaksi awal membantah kekejaman dan penindasan dilakukan terhadap etnik minoriti Rohingya di negara itu ketika ini. Presiden Persatuan Bekas Kakitangan Imigresen Malaysia, Che Hassan Che Johan berkata, kebergantungan pada pekerja asing dari negara itu adalah tidak perlu memandangkan masih ramai pekerja asing dari negara jiran yang boleh mengisi pekerjaan di pelbagai sektor di negara ini. "Kami juga mendesak kerajaan agar menghentikan lanjutan permit kerja kepada warga Myanmar yang bekerja di negara ini," katanya kepada pemberita di sini, Isnin. Beliau yakin, Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempunyai hak dan keupayaan untuk mengambil tindakan tersebut atas dasar kemanusiaan sejagat. - Bernama

#saverohingya #selamatkanrohingya
#stopmyanmarworker #hentipekerjamyanmar


KARNIVAL MERAIKAN SUNNAH



KARNIVAL MERAIKAN SUNNAH


SAR Qariah Masjid Selemak, Kg Selemak, Rembau
Ahad, 11 Dis 2016
9.00 pg - 9.30 mlm

Semua dijemput hadir

Aturcara:
9.00 pg - Pendaftaran
10.00 pg - Bengkel Smart Solat: Sunnah Dalam Solat, Percuma
- terhad untuk 30 peserta untuk pelajar sekolah rendah dan menengah
10.00 pg - Motivasi Keluarga: Rumahku, Syurgaku (Umum)
11.30 pg - Kaunseling & Pemeriksaan Kesihatan Percuma (Umum)
2.00 ptg - Bengkel Memanah : Jom Memanah Ikut Sunnah, Percuma untuk peserta bengkel Smart Solat
7.30 mlm - Ceramah Perdana : Menghidupkan Sunnah
8.30 mlm - Penyampaian hadiah

Untuk pertanyaan, sila hubungi Khairul Ikhwan 0136350756, Ustaz Nazri 0196823159
FB : Ihsan Amal ihsanamalent@gmail.com

20161128

SAVE ROHINGYA: Bantuan Kemanusiaan Masyarakat Rohingya



SAVE ROHINGYA: Bantuan Kemanusiaan Masyarakat Rohingya

Mereka dizalimi dan dibunuh
Mereka dihalau
Kediaman mereka dibakar
Kini musim hujan
Mereka kebuluran dan kesejukan

Sumbangan anda akan dihantar kepada masyarakat Rohingya:
1. Kewangan
2. Ubat-ubatan
3. Selimut, pakaian

Sila salurkan sumbangan ke CIMB (Yayasan Amal Malaysia) 8600-296-190

Atau hubungi:
1. 03-89280660 Pejabat Yayasan Amal Malaysia
2. 0182226796 Hj Jamulidin Elias
3. 0199831927 Hj. Zaman Abdullah

#saverohingya
#amalmalaysia