28 Nov 2016 : Kerajaan digesa membatalkan dasar pengambilan
pekerja asing warga Myanmar sebagai reaksi awal membantah kekejaman dan
penindasan dilakukan terhadap etnik minoriti Rohingya di negara itu ketika ini.
Presiden Persatuan Bekas Kakitangan Imigresen Malaysia, Che Hassan Che Johan
berkata, kebergantungan pada pekerja asing dari negara itu adalah tidak perlu
memandangkan masih ramai pekerja asing dari negara jiran yang boleh mengisi
pekerjaan di pelbagai sektor di negara ini. "Kami juga mendesak kerajaan
agar menghentikan lanjutan permit kerja kepada warga Myanmar yang bekerja di
negara ini," katanya kepada pemberita di sini, Isnin. Beliau yakin,
Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi mempunyai hak dan keupayaan untuk mengambil tindakan tersebut atas dasar
kemanusiaan sejagat. - Bernama
#saverohingya #selamatkanrohingya
#stopmyanmarworker #hentipekerjamyanmar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan