KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100131

Melayu dilanda virus W1H1N lebih bahaya

Nabi Muhammad saw yang kita kasihi telah meramalkan bahawa umat Islam akan dilanda satu penyakit iaitu dikenali sebagai W1H1N atau Wau Alif Ha Alif Nun iaitu WAHAN. WAHAN ialah cintakan dunia, takutkan mati.

Apa nak dicintakan dunia ini , semua pinjaman. Kejarlah dunia tapi gunakan untuk akhirat. Ingat mati selalu , dan buat persiapan sebagai bekalan sesudah mati.

Hidup di dunia sekelip mata, hidup di akhirat kekal selama-lama-lama-lamanya.

Penawar untuk virus W1H1N ini ialah buat semua yang Allah suruh, tinggal semua yang Allah tegah. Solat jangan tinggal.

***************************
Mungkin benarlah apa yang pernah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. pada satu ketika: “Akan tiba satu masa di mana seluruh umat hampir mengelilingi kamu seperti mereka mengelilingi hidangan makanan.” Seorang sahabat bertanya. “Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit hingga boleh diperlakukan sebegitu rupa?”

Baginda menjawab, “Tidak, bahkan bilangan kamu pada hari itu ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di lautan. Pada saat itu Allah akan mencabut perasaan gerun dari hati-hati musuh kamu dan tersemat di dalam hati-hati kamu penyakit ‘wahan’.” Lalu sahabat bertanya lagi, “Apakah yang dimaksudkan dengan ‘wahan’ itu ya Rasulullah?”

Baginda menjawab, “Wahan ialah sikap cintakan dunia dan takutkan mati.” (Riwayat Abu Dawud dan Ahmad dari Thawban).

http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2006&dt=0723&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba_03.htm&arc=hive

Peniaga Melayu dihalau diroboh di Seremban


Lebih 23 tahun peniaga Melayu menjual hasil tanaman dekat Paroi, tepi jalan utama Seremban ke Kuala Pilah.

Disebabkan pelebaran jalan, kini gerai mereka akan diroboh dan mereka dihalau tanpa sebarang pampasan. Lebih menyedihkan tidak disediakan sebarang tempat yang sama strategik seperti dulu.

Apalah nasib orang Melayu di Negeri Sembilan ini ?

Baca dan lihat wajah peniaga Melayu ini di http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/01/satu-lagi-mangsa-pembangunan.html

Pembalakan Haram di hutan Rembau ?


Apakah sedang berlaku pembalakan haram sekarang ini di hutan Miku, Kg Batu, Rembau ? Tolong siasat Blog seorang wakil rakyat pada pautan berikut http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/01/hutan-miku-diceroboh.html

Jangan dah terhantuk baru nak terngadah. Jangan sampai nasi menjadi bubur.

Kalau dah berlaku banjir lumpur, tanah runtuh, masing-masing menuding jari nanti.

Judi, tlg jangan beli Utusan, Berita, Metro, Kosmo

Tak ada perasaan dan iman ke bila kita lalu depan kedai judi di pekan Senawang, pekan Rembau dan lain-lain tempat di kedai judi berlesen di Malaysia ini, majoriti pelanggannya ialah orang Melayu, tak kira tua muda.

Makin parah orang Melayu di Malaysia ini. Yang tak sembahyangnya, yang buang anak, yang berzina, yang minum arak, yang berjudi dan macam-macam hal.

Marilah kita ajar suratkhabar yang tak reti bahasa ini, yang menghancurkan orang Melayu dengan menyiarkan iklan-iklan judi dalam akhbar mereka.

InsyaAllah kalau dah tak ada lagi iklan judi dalam akhbar mereka, sesiapa nak beli akhbar ini selepas itu terpulanglah.

Selamatkanlah bangsa Melayu kita. Cuba lalu depan kedai judi kalau tak percaya.

Jangan disebabkan oleh kita membeli akhbar Utusan, Berita, Metro dan Kosmo ini akan menyebabkan kita ditanya macam-macam semasa roadblock oleh pihak berkuasa dalam kubur dan di akhirat nanti.

20100130

99 peratus Melayu tak kenal ALLAH

Semasa majlis kenduri doa selamat di Taman Alamanda, Senawang siang tadi saya diberitahu oleh seorang AJK Masjid Bandar Baru Senawang bahawa menurut satu kajian 99 peratus pelajar Tingkatan 5 di sebuah sekolah tidak solat fardu 5 waktu.

Wahai para ustaz, wahai para alim ulama, wahai pejuang Islam, wahai JAKIM, wahai Jabatan Agama, wahai Majlis Agama Islam, wahai pemimpin Islam, sedar ke tak ni ?

Kalau 99% remaja Melayu tak sembahyang , bermakna mereka tidak kenal ALLAH. Macamana kita hendak mempertahankan Islam, mempertahankan kalimah ALLAH kalau 99% remaja Melayu tak solat.

Tolonglah tengok turun padang, pergi setiap masjid dan surau seluruh Malaysia, di kampong-kampung, di Felda-Felda, di pedalaman, di bandar.

Macamana nak selesai masalah gejala sosial, buang bayi, fenomena Si Tanggang dan lain-lain masalah kalau solat pun semua pihak pandang ringan.

Solat perkara pertama akan disoal di akhirat nanti.

INGAT ALLAH, INGAT MAUT, INGAT SEMUA KITA AKAN DIPERSOALKAN NANTI.

SEMARAKKAN MAJLIS ILMU DI REMBAU !

******************************************
Jadual Pengajian Islam di Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Kg Selemak, Jalan Kg Batu-Inas, Rembau, N.Sembilan

Kuliah Mingguan Setiap Ahad selepas Maghrib

Minggu Pertama –
Ustaz Mohamad Mohsein , Hadis Imam Nawawi
Ustaz Md Nazri Md Yusof , Tasauf , Kitab Nasihat Agama & Wasiat Iman (Imam Habib Abdullah Haddad)

Minggu Kedua –
Ustaz Abd Ghani Zaigu , Aqidah Islamiah (Dr Mustafa Said Al Khin & Sheikh Muhyiddin Dib Misto)
Ustaz Sufian Daud , Fiqh Sirah (Dato Seri Hj Abd Hadi Awang)

Minggu Ketiga –
Ustaz Ramli Abu Bakar Al Hafiz , Tafsir Al Jalalain
Ustaz Abd Mukti Baharudin , Tafsir Maududi

Minggu Keempat –
Ustaz Jaafar , Feqah Ibadah (Sheikh Daud AlFathani)
Ustaz Hassan Alias, Fikrah

Blog Madrasah Tuan Guru Haji Abdul Rahman http://madrasahselemak.blogspot.com

**************************************
JADUAL PENGAJIAN KITAB THUTRUTH
Di Madrasah Teratak Amal, Kg Bongek, Rembau
Sabtu Minggu Ke 4 setiap bulan
2:30 ptg – 3:30 ptg – Ustaz Zulkifli Dari , Aqidah
3:30 ptg – 4:30 ptg – Ustaz Mohamad Kasim
5:00 ptg – 6:00 ptg – Ustaz Sulaiman

*************************************

Kelas Agama Ustaz Zulkifli Mat Zari Bulan Februari

A.6,13,20,27 Februari-Kelas Usuluddin Remaja dan Wanita-10.30 pagi-Surau Taman Rembau Utama

B.7,14,21,28 Februari-Kuliah Usuluddin Dewasa Lelaki dan Wanita-Lepas Maghrib-Surau Taman Rembau Utama

C.13 Februari -Kuliah Usuluddin Dewasa Lelaki dan Wanita -Lepas Maghrib-Masjid Annur Rembau

D.Setiap Isnin,Selasa,Khamis dan Jumaat-Kelas Al-Quran Remaja-4.30-6.30 ptg-Surau Taman Rembau Utama

E.Setiap malam Isnin,Selasa,Rabu,Khamis-Kelas Al-Quran Remaja-8.00-9.00 mlm-Rumah Ustaz
318 RU 16.

F.1 dan 15 Februari-Kelas Usuluddin Dewasa Lelaki dan Wanita-Lepas Maghrib-Masjid Senama Rembau N.S

Maklumat lanjut di http://sejarahdaniktibar.blogspot.com/2010/01/kelas-agama-ustaz-zulkifli-mat-zari.html

20100129

Tunggu orang mati baru kerajaan ambil tindakan ?


Saya dah hampir fed up dengan projek Pembentungan Berpusat di Senawang, sejak bertahun-tahun tak siap-siap.

Tak siap satu hal. Sekarang lebih dari 10 kolam pembentungan ini di tengah laluan orang ramai menunggu masa untuk meragut nyawa manusia.

Agaknya tunggu ramai orang mati jatuh dalam kolam ni kerajaan nak buka mata.

Tengoklah sendiri kolam-kolam maut buatan projek kerajaan di pautan berikut http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/01/kolam-ikan-rakyat.html

Tolong hentikanlah kegiatan politik buat sementara waktu, lobi melobi, jatuh menjatuh, tengoklah rakyat. Janganlah sibuk nak suruh Ketua Pemuda berhenti.

Nasib peniaga Melayu di Seremban, mana pejuang ?

Agak-agaknyalah lepasan IKM atau Giat MARA kalau nak buka bengkel cat kereta di Senawang mampu ke nak sewa kedai beribu-ribu ringgit ?

Dulu banyak dibuat konsep bengkel MARA di bandar-bandar. Tapi sekarang rasanya tak adalah lagi dah konsep bengkel MARA. Lagi nak dirobohkan adalah, tambahan di kawasan bandar dan pinggir bandar.

Buat Bazaar MAINS nak tolong Melayu dibuatnya tengah-tengah bandar Seremban yang bukan majoriti orang Melayu.

Akhirnya bukalah Melayu gerai burger depan Family Store, buka warung nasi ayam bawah pokok.

Lepasan IKM dan Giat MARA , bekerjalah dengan kedai-kedai motosikal atau kedai cat kereta bangsa lain.

Tidak hairanlah taman-taman sekitar Senawang ini ramai orang Melayu buka kedai bengkel motosikal, bengkel besi, bengkel cat kereta di halaman rumah. Nak dibuat aduan pada Majlis Perbandaran, mana pula mereka nak berniaga.

Rasanya fenomena ini berlaku di seluruh negara.

Mana perginya pejuang Melayu ? Sibuk berpolitik agaknya. UMNO nak tambah ahli. PAS nak tambah ahli. PKR pun nak tambah ahli.

Ada pun gerai Majlis Perbandaran Nilai di Taman Tuanku Jaafar , banyak pula masalah. Sila tengok dan baca keluhan peniaga Melayu di Taman Tuanku Jaafar, Senawang di http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/01/medan-selera-taman-tuanku-jaafarmohon.html

Daif miskin sungguh guru agama di N.Sembilan

Sedang semua pihak sibuk mengatakan masing-masing adalah pejuang agama, tak kiralah UMNO ke atau PAS ke, guru-guru agama yang mengajar di KAFA di Negeri Sembilan masih berada di tahap miskin tegar rasanya.

Siapa nak membela guru-guru agama ini ? Guru-guru agama inilah yang sedang mendidik anak-anak kita.

Saya diberitahu pada tahun 2010 guru KAFA di Negeri Sembilan mendapat elaun dari Jabatan sebanyak RM 380 sebulan, tolak KWSP RM 40, tolak Takaful RM 76.70. Betul ke ? Banyak betul tolak Takaful ?

Kita semua memang MENANG SORAK , AGAMA TERGADAI.

Kalau dah tak ada sangat duit kerajaan Negeri Sembilan atau kerajaan Malaysia buatlah Yayasan Guru KAFA, biar semua umat Islam boleh bantu menaikkan sikit gaji guru KAFA ni.


**********************
Utusan Malaysia 15 Sep 09

SAYA salah seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) di Negeri Sembilan (NS), ingin melahirkan rasa sedih di atas apa yang berlaku kepada kami yang hanya mendapat elaun bukan gaji sebanyak RM500 sebulan.

Bagi kami di NS, sudah berapa kali disajikan dengan cerita kenaikan tetapi sampai sekarang masih tiada apa-apa berita.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

Wanita di Melaka ini perlu dibantu, simpatilah

Kalau tak mampu beri bantuan kewangan, berdoalah serta sebarkan maklumat ini secara meluas. Sebarkanlah kasih sayang.

**********************************
Puan Suhaiza, 42 seorang ibu tunggal yang mempunyai 3 anak yang tinggal di Taman Ayer Keroh Height, Melaka.


Suaminya meninggal dunia kira-kira 6 bulan lalu kerana sakit jatung.

Beliau pula mengidap sakit pernafasan dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan 24 jam.

Beliau tidak boleh melakukan sebarang pekerjaan kerana masalah tersebut. Anaknya yang berumur 11, 9 dan 5 tahun semuanya bersekolah.

Ibunya pula terpaksa menjalani rawatan dialisis 3 kali seminggu kerana sakit buah pinggang.

Alat pernafasan beliau itu pula terpaksa di'servis' dengan perbelanjaan RM400 sekali 'servis'.

Menurut Puan Suhaiza setakat ini beliau telah mendapat bantuan dari beberapa pihak antaranya JAIM, PAS dan badan-badan lain tetapi ianya tidak mencukupi.

2 hari lepas pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat juga ada membuat tinjauan ke rumah setelah dilaporkan oleh ADUN Ayer Keroh beberapa hari lepas. Sebelum ini laporan yang dibuat kepada JKKK tidak mendapat maklum balas yang baik.

Seperkara Puan Suhaiza juga amat mengharapkan manfaat dari skim Takaful arwah suaminya akan dilunaskan oleh pihak Takaful Ikhlas cepat mungkin.

Kepada sesiapa yang ingin membuat sebarang derma dan pertanyaan sila hubungi Che Saidi Ismail , AJK PAS Kawasan Bukit Katil, di talian 0123348412.

Maklumat lanjut di laman Blog Ketua Penerangan PAS Melaka di http://mutaligat.blogspot.com/2010/01/bantulah-insan-tidak-bernasib-baik-ini.html

20100128

Kafir kencing dalam masjid pun Nabi tak marah ?

Kenapalah umat Islam sekarang ini bersifat pembengis, berdendam ? Mana perginya sifat kasih sayang, rahmat, cinta terhadap sesama insan termasuk mereka yang kafir ?

Ingat lagi kisah seorang Arab Badwi (tidak pasti samada kafir atau Islam ketika itu) yang kencing dalam masjid. Para sahabat dah panas baran dan nak menyerang lelaki Arab Badwi tadi. Tapi Nabi saw dengan tenang membiarkan sahaja lelaki tadi kencing dalam masjid dan tidak marah sedikit pun.

Macamana kita hendak berdakwah kepada bukan Islam kalau kita begitu kurang sifat kasih sayang dan cinta ?

Bagaimana kita nak tunjukkan kepada orang bukan Islam kita cintakan masjid tapi kita jarang sekali membersihkan tandas masjid, nampak tahi cicak dalam masjid pun biar siak yang bersihkan.

Macamana kita nak tunjukkan kepada orang bukan Islam kita cintakan masjid tapi sering kita jadikan masjid sekadar tempat laluan, tempat buang air besar atau air kecil serta tempat tukar lampin anak-anak.

Berapa kali saya membuang pampers dalam tandas wanita, membersih tahi-tahi yang dah kering bertaburan dalam tandas lelaki di surau. Kasihan tengok sikap orang Melayu yang tidak cintakan masjid dan surau.

Kalau cintakan masjid, rajinlah datang masjid, nescaya orang bukan Islam pun akan terpikat.

Kalau cintakan agama dan bangsa, Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro dan Kosmo, janganlah disiarkan lagi iklan judi dalam akhbar.

Kalau kasihkan Nabi saw , ikutlah cara hidup Nabi saw, janganlah hidup bermewah-mewah, kejarlah kekayaan, tapi gunakan kekayaan itu untuk membina lebih banyak rumah kebajikan, masjid, surau, madrasah, membantu fakir miskin dan lain-lain amal kebajikan untuk menambah saham kita di akhirat.

Sebarkanlah kasih sayang. Hidup di dunia hanya sekelip mata, hidup di akhirat kekal selama-lamanya.

___________________

Utusan Malaysia 25 Mei 2009

Contohi hikmah Rasulullah sebar risalah Islam
Oleh Panel Penyelidikan, Yayasan Sofa, Negeri Sembilan

Kita telah diingatkan kepada peristiwa seorang Arab Badwi yang telah memasuki masjid Nabi SAW, lalu dengan sewenang-wenangnya membuang air kecil di salah satu sudutnya. Para sahabat yang menyaksikan hal itu menjadi berang dan ingin menerpa ke arah lelaki Badwi tersebut disebabkan kebiadapannya mencemari rumah Allah SWT.

Rasulullah SAW bersama sifat kasih, cinta dan rahmat yang menebal di dalam dirinya menahan para sahabatnya dari bertindak melulu, kasar, mencaci serta menjatuhkan maruah insan lain.

Baginda SAW membiarkan lelaki Badwi tersebut menghabiskan sisa kencingnya tanpa menyergahnya atau melemparkan kata cacian, cercaan dan unsur-unsur yang boleh menjatuhkan maruah.

Bahkan Baginda SAW menasihati dengan baik, penuh hikmah dan kasih sayang. Dalam kekalutan itu, Baginda SAW sempat menyampaikan dengan tenang satu sunnah kepada para sahabat iaitu cara bagaimana hendak menyucikan kencing dan najis dengan sabdanya, "Jiruslah pada air kencingnya itu sebaldi air".

Hikmah kebijaksanaan Baginda SAW menghalang sahabat bertindak kasar terhadap Arab Badwi tersebut, telah dapat mengelakkan kencing Arab Badwi itu bertaburan di dalam masjid kerana melarikan diri dari para sahabat.

Rasulullah SAW juga mengingatkan peranan mereka pada akhir hadis dengan sabdanya: Sesungguhnya kalian diutuskan untuk memudahkan dan kalian tidak diutuskan untuk menyukarkan. (riwayat al Bukhari)

Melalui peristiwa ini, kita akan mendapati suatu contoh amali bagaimana harus subur merimbun di hati seorang pendakwah perasaan rahmat, cinta dan kasih terhadap golongan yang menjadi sasaran dakwahnya.

Memang sewajarnya, setiap muslim itu mencari dan mengutip bekalan ilmiah dan thaqafah Islamiah secukupnya dan bukan hanya bermodalkan sifat cemburu dan ghairah dalam memperjuangkan agama bagi menjamin pencapaian dakwah dan penyebaran risalah yang lebih gemilang. Wallahu a'lam.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0525&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

Roket air dan pelancar untuk dijual


Mereka yang berminat untuk mendapatkan permainan roket air yang terdiri dari roket dan pelancar sila ke laman Blog Kelab AMAL N.Sembilan di http://amal-ns.blogspot.com/2010/01/roket-air-dan-pelancar-untuk-dijual.html

Tahniah SDAR, tapi bukan kerana Akademik

Tahniahlah den nak ucapkan kek SDAR (Sekolah Dato Abdul Razak, Seremban, sekolah lamo den tahun 1982 maghin kek Sikamat sobolah Skolah Tunku Durah) bukan kerana dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi akan tetapi kerana mempunyai mempunyai Badan Dakwah dan Rohani atau BADAR yang begitu aktif.

Mungkin ini salah satu kunci kejayaan SDAR.

Laman Blog BADAR SDAR di http://badarsdar.wordpress.com

Ingat lagi den SA zaman den, Cikgu Ahmad Mohd Said habih di taghah budak yang rambut panjang sobolah yo botak.

JOM bersama Ust Mohd Kasim d Gemencheh

GEMENCHEH – Telah menjadi tajuk utama berita dunia sejak dari Perang Dunia Kedua lagi.

KULIAH SUBUH
Penceramah : Ustaz Mohamad bin Kassim
Tempat : Masjid Jamek Gemencheh , N.Sembilan
Hari : Minggu ke 2 dan ke 4

KULIAH MAGHRIB
Penceramah : Ustaz Mohamad bin Kassim
Tempat : Masjid Jamek Gemencheh
Hari : Rabu , Minggu ke 2 dan ke 4
Kitab : Minhajul Abidin Karangan Imam Ghazali.

Semua Muslimin Dan Muslimat Di Jemput Hadir.
Kok sayangkan masjid , datanglah ke majlis ilmu di masjid. Bawalah bersama RM untuk sedekah ke tabung masjid.

Kok sayangkan negeri , belajarlah sejarah , peliharalah tempat bersejarah.

Info lanjut di http://masjidjamekgemencheh-nazir.blogspot.com/2010/01/kuliah-subuh.html

Banyak perkara dan peristiwa menarik di Gemencheh ni. Dari peperangan, pembunuhan dan surau

Terdapat Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua di Gemencheh. Di mana tempat tentera Australia bertempur dengan tentera Jepun di Sg Kelamah. Seramai 400 ke 700 orang tentera Jepun dan 8 ke 11 orang tentera Australia terkorban dalam pertempuran tersebut. Tiang jambatan kayu yang diletupkan oleh tentera Australia masih ada lagi hingga ke hari ini berhampiran tugu tersebut.

Sila lihat pautan berikut :
http://waghih.blogspot.com/2009/12/tugu-peringatan-perang-dunia-yang.html
http://allmalaysia.info/news/story.asp?file=/2008/6/7/state/1325976&sec=mi_negri


Juga di Gemencheh terdapat Maahad Ahmadi. Surau Maahad Ahmadi ini begitu daif. Marilah kita bantu membangunkan semula surau ini. Lihat sini http://waghih.blogspot.com/2010/01/lihatlah-kedaifan-surau-di-nsembilan.html

20100127

Jangan diMuziumkan Adat Perpatih, bangkit anak N9

Ramai orang cakap mengenai Adat Perpatih. Adakah Adat Perpatih ini sekadar dibincang dalam seminar sejak bertahun-tahun ? Saya adalah dari suku Lela Maharaja di Rembau kerana ikut sebelah ibu. Ayah saya dari suku Sedia Raja.

Pada 26 Januari 2010 telah diadakan "SEMINAR SEHARI SIRI PERTAMA ADAT PERPATIH" di Wisma Negeri, Seremban.

Dengar cerita agak tinggi juga kos untuk menganjurkan seminar ini. Nak tahu berapa, tanyalah penganjur.

Ini apa yang dikhabarkan kepada saya benar atau tidak, saya tidak pasti, sebab saya tidak dijemput ke seminar tersebut hanya untuk Warga Dato' -Dato' Adat Negeri Sembilan dan Kakitangan Kerajaan dan lain-lain dengan kehadiran hampir 300 orang. Tak pastilah yang hadir itu dari suku mana.

Diceritakan kepada saya MB dan beberapa EXCO lain dan wakil rakyat BN tidak hadir seminar tersebut. Yang merasmikan seminar ialah EXCO YB Razi.

Diceritkan juga wakil rakyat dari Pakatan Rakyat tidak dijemput dalam seminar tersebut.

Diceritakan Dato Lembaga sejak sekian lama hanya mendapat elaun RM 80 sebulan, betul ke tidak ?

Buat Seminar Adat Perpatih untuk apa ?

Tolonglah tengok betapa banyaknya rumah pusaka yang tinggal, yang usang, yang roboh di Rembau, di Kuala Pilah, di Johol, di Jelebu. Berapa banyak tanah terbiar, kalau diusahakan pun dipajak dengan harga yang murah.

Buat Seminar Adat Perpatih mesti ada hasilnya. Agar terbela nasib anak-anak Negeri Sembilan yang bersuku-suku ini. Agar terbela nasib Dato Lembaga dan Buapak agar hubungan dengan anak buah menjadi akrab untuk menyelesaikan masalah setempat.

Ini adalah masalah adat, bukan masalah politik.

Saya sayangkan daerah saya, saya sayangkan suku saya, saya sayangkan Raja saya. Janganlah Adat Perpatih ini sekadar diseminarkan saja atau dimuziumkan saja.

Itu baru Seminar Adat Perpatih Siri Pertama, tak tahu pula bila Siri Kedua dan seterusnya.

**********************************************
Pampasan kerajaan, malang sungguh orang N.Sembilan

Macamana murah sangat pampasan tanah yang diberi kerajaan untuk projek landasan kereta api berkembar Seremban Gemas ? Di N.Sembilan pampasannya ialah minima RM 1.20 sekaki persegi, tapi di Melaka ialah minima RM 7.00 sekaki persegi.

Ini bermakna orang Negeri Sembilan dapat pampasan ciput, iaitu RM 52,272.00 untuk tiap satu ekar, tapi di Melaka RM 304,920.00 untuk tiap ekar.

Adakah kerana di N.Sembilan nilaiannya terlalu rendah atas faktor Tanah Adat Perpatih ? Atau adakah kerana tanah di N.Sembilan ini berkasta rendah ?

Apa beza orang di N.Sembilan dan orang Melaka ? Dua-dua Melayu, dua-dua darah warna merah.

Orang Negeri Sembilan, lu fikirlah sendiri , kenapa tanah kita ni terlalu mudah untuk diambil kerajaan dengan harga yang teramat murah berbanding dengan Melaka.

************************
Sinar Harian 17 Jan 2010

60 penduduk bantah nilai pampasan tanah

PULAU SEBANG - Kira-kira 60 penduduk di Kampung Kuala Ina di sini, membantah nilai pampasan yang ditawarkan kerajaan Negeri bagi pembinaan projek landasan kereta api elektrik berkembar dari Seremban ke Gemas, semalam.

Mereka mendakwa nilai ditawarkan bagi setiap kaki persegi tanah yang diambil terlalu rendah dan tidak setimpal dengan projek pembangunan bertaraf komersial itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak bagi pemilik-pemilik tanah membabitkan keluasan kira-kira enam hektar, Abu Samah Abu Kaseh berkata, nilai tanah yang ditawarkan kepada mereka oleh kerajaan Negeri adalah antara RM7 hingga RM12 sekaki persegi.

Menurutnya, nilai itu terlalu rendah berbanding yang ditalsirkan beberapa penilai swasta dilantik penduduk sendiri, iaitu sekitar RM20 hingga RM30 setiap kaki persegi.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6379586.asp

************************
Berita Harian 18 Julai 2009

REMBAU: "Kami hanya mahu ganti rugi yang setimpal berdasarkan nilai harta sebenar. Jangan aniaya kami hanya kerana kami orang kampung," kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Tanah Adat Rembau, Chik Tak Datuk Amat.

"Bayaran RM1.20 hingga RM2.80 kaki persegi yang dibayar atas pengambilan tanah kami belum cukup untuk mendirikan rumah baru. Jadi, kami berharap penilaian semula tanah dapat dibuat bagi memberi keadilan kepada orang kampung," dakwanya.

Cerita sepenuhnya nasib tanah orang Melayu Negeri Sembilan di pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2009/09/pengambilan-tanah-orang-melayu-di.html

Dato Ismail Kamus dan Wanita 6 Feb Seremban

KURSUS KESEDARAN WANITA ISLAM
Tarikh : 6 Feb 2010 / Sabtu
Masa : 8 pg – 5 ptg
Tempat : Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Kg Gedung Lalang Lama, Ampangan, Seremban

Yuran penyertaan RM 20 (termasuk makan minum)

ATURCARA
7:30 pg – Pendaftaran
8:30 pg – Ceramah oleh Ust Nursalam Abd Mutalib Al Hafiz : Akhlak Wanita Sejati
10 pg – Jamuan ringan
10:20 pg – Ceramah oleh Dato Ust Hassan Mahmud Al Hafiz : Ciri-Ciri Isteri Solehah
11.40 pg – Ceramah oleh Sdr Hafizan Fauzi : Halal & Haram dalam Pemakanan & Perawatan
1.20 tgh – Solat Zuhur dan makan tengahari
2.30 ptg – Ceramah oleh Dato Ismail Kamus : Tanggungjawab Isteri terhadap Suami
4.30 ptg – Solat Asar dan bersurai

Untuk pendaftaran hubungi Cikgu Hassan Taha 013-3426346 , 06-7636346

Bengkel ke Menara Gading 21 Feb 2010 Senawang

BENGKEL iMeGa 2010 (info Menara Gading)
untuk REMAJA MUSLIM

Tarikh : 21 Feb 2010 / Ahad
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Kuliah, Masjid Bandar Baru Senawang, N.Sembilan

Terhad 50 peserta sahaja

Yuran pendaftaran RM 20 (termasuk makan minum)
50% diskaun jika daftar sebelum 17 Feb 2010

Matlamat :
- Memberikan panduan pemilihan kursus di IPTA/IPTA kepada lepasan SPM/STPM
- Membekalkan maklumat dan panduan pengisian borang permohonan kemasukan serta borang bantuan kewangan
- Memberikan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain mulai sesi akademik 2010/2011
- Membina keyakinan diri dan halatuju peribadi Muslim di menara gading

Berminat sila hubungi :
Pn Wani 013-3851202
En Akob 012-3781945
Cik Atriza 013-6485597
Cik Najihah 013-9474951

ANJURAN:
NISA Rembau
Yayasan Amal Malaysia Cawangan NS
Surau Alamanda, Senawang
Surau Al-Hikmah, Taman Tasik Jaya

Gotong Royong Surau Alamanda 31 Jan 2010

Program Gotong Royong Surau Taman Alamanda
Ahad 31 Jan 2010
Jam 8:30 pagi
Semua penduduk taman dijemput hadir

Belajar Quran dan Tusyen di Rumah

BELAJAR AL-QURAN DI RUMAH
- Terbuka kepada semua golongan (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas)
- Terbuka untuk semua peringkat bacaan (iqra', muqaddam & al-quran)
- Terbuka untuk semua tahap bacaan (lemah, sederhana & lancar)
- Berdasarkan ilmu tajwid & kaedah penulisan al-Quran rasm Uthmani

TUISYEN DI RUMAH
Sekolah Rendah :- UPSR - JQAF - KAFA - Asas 3M (membaca, mengira & menulis) - Asas jawi (mengeja & menulis) -
Sekolah Menengah : - Tingkatan 1, 2 & 4 - PMR - SPM

KEISTIMEWAAN
* hanya melibatkan 1-3 orang pelajar sahaja
* keselamatan anak lebih terjamin (anak belajar di rumah, pemantauan berterusan)
* lebih tumpuan (face to face learning)
* tutor yang datang rumah
* tutor yang berpengalaman & komitmen
* waktu pembelajaran yang fleksibel

BERMINAT?
1) Emailkan maklumat seperti berikut :
- Nama
- Alamat Rumah / Pejabat / Premis
- No. HP / Rumah / Pejabat
- Pakej yang dipilih
- Masa & hari untuk temujanji perbincangan ke infitahtraining@yahoo.com atau infitahtraining@gmail.com

2) SMS : ke 016-373 3607 @ 013-200 6840.

3) Hubungi terus 016-373 3607 @ 013-200 6840.
INFITAH TRAINING & CONSULTANCY (NS0059148-W)
infitahtraining@yahoo.com
infitahtraining@gmail.com
facebook : Infitah Training & Consultancy
396, JALAN JASMIN 6, TAMAN JASMIN, 70450 SENAWANG, NSDK.

Betul ke kita sayang bangsa Melayu kita ?

Akhir-akhir ini timbul mengenai hak orang Melayu, pertahankan, perkasakan.

Betul ke kita betul-betul nak memperkasakan bangsa kita ?

Apa identiti orang Melayu ?

Bahasa pun kita tak mampu nak perkasakan. Bahasa rojak, bahasa pasar, lu gua. UMNO pun lu gua, PAS pun lu gua, PKR pun lu gua.

Dalam teknologi pun kita malas nak cari perkataan baru.

Contohnya peluru berpandu , 6 sukukata. Dalam Bahasa Inggeris Missile 2 sukukata. Dalam Bahasa Indonesia Rudal 2 sukukata, singkatan untuk peluRU kenDALi.

Janganlah masing-masing kata perjuangkan bangsa , tapi akhirnya Menang Sorak Kampung Tergadai.

Kok sayangkan bangsa, gunalah bahasa dengan cara yang molek.
Kok panjang nak disebut, carilah perkataan yang cantik.

Kalau tak , malu pada Dr Lim Swee Tin , Cina Kelantan yang lebih Melayu dari Melayu.

Kg Penajis di Rembau bila nak ditukar ke Kg Penajeh ?

Kok sayangkan bangsa , sama-samalah kita ingat mengingati akan mati. Buat semua yang Allah suruh, tinggal semua yang Allah larang.

20100126

Melayu mesti pertahankan HAK yang ini

Kadang-kadang bila duduk kedai kopi kita dengar orang cakap berdegar-degar pasal politik, tapi tak daftar sebagai pengundi, isteri pun sama, anak-anak sendiri yang dah 21 tahun pun dua kali lima.

Disebabkan sistem di Malaysia pada masa ini memerlukan mendaftar dengan SPR untuk menjadi pengundi, pergilah daftar. Bukannya kena bayaran pun. Usahalah sikit. Janganlah nak tunggu sistem pendaftaran otomatik.

Kalau Melayu, Cina, India yang warganegara Malaysia malas nak daftar sebagai pengundi , baik berikan sahaja kewarganegaraan itu kepada pendatang asing.

Yang penting daftar dulu. Undilah siapa nak undi pun. Nak undi BN ke, PAS ke, PKR ke, DAP ke , Bebas ke. Kalau tengok BN tak “perform” tukar ke PAS. Tengok PAS tak “perform” tukar ke Bebas. Tengok Bebas tak “perform” tukar balik ke BN.

Kadang-kadang SPR ada buka kaunter di pasaraya. Pergilah daftar. UMNO ada buka kaunter masa karnival, pergilah daftar. PAS dan PKR ada buka kaunter masa ceramah, pergilah daftar. DAP pun ada buka kaunter di jalanan, pergilah daftar. Daftar je lah kat mana-mana, undi lain kira.

Kalau 2.9 juta orang Melayu belum mendaftar sebagai pengundi , ini menunjukkan UMNO, PAS dan PKR gagal dalam politik demokrasi. Pemerintah dan pembangkang , sama-sama gagal.

Kalau HAK jadi pengundi berdaftar pun gagal dipertahankan, apalah boleh diharapkan pada generasi akan datang.

******************************
Satu undi tentukan masa depan negara

TIMBALAN Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0121&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm&arc=hive

Karnival JOM Masuk U 6 Feb 2010 N.Sembilan


Karnival Pengajian Tinggi Negara
JOM MASUK U 2010
Tarikh : 6 - 7 Feb 2010 (Sabtu - Ahad)
Lokasi : Stadium Tertutup Nilai , N.Sembilan

Objektif program adalah menjadi Pusat Sehenti (One Stop Centre) bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti pemohon, ibu bapa, guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi akreditasi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf

Siapa Patut Hadir ?
Lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma dan lain-lain.
Kaunselor, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat.

- Ceramah dan forum kepada kumpulan sasaran oleh IPTA dll
- Pameran Pendidikan ‘’ JOM MASUK U’’
- Cabutan bertuah ‘’JOM MASUK U’’ kepada pengunjung
- Cabutan Perdana ‘’JOM MASUK U’’ kepada pengunjung
- Pengagihan brosur program pengajian yang ditawarkan oleh IPTA dll
- Khidmat Bimbingan dan Kaunseling
- Pameran Pendidikan

Maklumat lanjut JOM MASUK U sila hubungi;

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia,
Aras 1, Blok E9, Parcel E, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62505 Putrajaya.
Telefon : 03-8883 5801/5802
Faks : 03-8889 4260
Emel : upu@mohe.gov.my

Sumber :
http://upu.mohe.gov.my/portal/outreach/hebahan_kptn2010.pdf
http://eputra.com/karnival-pengajian-tinggi-negara-jom-masuk-u-2010/

KWSP, PERKESO, ATM boleh bantu Masuk IPT

Tak lama lagi keputusan SPM, STAM, STPM. Poninglah kepalo ibu bapa mikirkan mano nak cokau duit buek belanjo anak masuk U, Politeknik ko, U ko. Minyak lak nak naik lagi bulan Mei nanti.

Poning anak-anak masuk skolah awal 2010 bolum habih.

InsyaAllah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Suruhlah anak-anak yang tunggu SPM tu kerja sementera, lopeh juga duit setem nanti.

Susah-susah minta sedekah depan bank, tunjukkan slip keputusan SPM dan surat masuk U dan Poli ke. Tak salah minta sedekah , kalau dah tak ada cara lain untuk dapat biasiswa atau pinjaman.

Jauh lebih baik minta sedekah dari menipu dengan skim cepat kaya, skim gores dan menang, rasuah, penipuan Kad Kredit ATM, merompak dan sebagainya.

Mintalah pada sanak saudara, jiran tetangga, AJK Masjid atau Surau. Janganlah minta kat Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen je. Rabak poket mereka.

Yang ada duit beribu-ribu, berpuluh ribu, beratus ribu, berjuta-juta dalam bank atau Tabung Haji , janganlah kedekut. Kalau kena tipu skim cepat kaya, penipuan kad kredit dan ATM , buang sial, lagi parah, ada yang rugi berjuta-juta.

Yang dah kayo tu berilah keutamaan kepado yang miskin atau berpendapatan sederhana untuk dapat biasiswa atau pinjaman.

Mungkin ada yang belum tahu bahawa simpanan KWSP kita boleh digunakan untuk membiayai yuran pengajian anak kita di IPT.

PERKESO juga ada kemudahan pinjaman pendidikan untuk anak pencarum yang layak.

Begitu juga dengan anak-anak Veteran ATM.

*********************************

BANTUAN KEMASUKAN KE IPTA VETERAN ATM
Skim bantuan kemasukan ke IPTA ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke Institut Pengajian TInggi Awam bagi anak-anak Veteren ATM sebagai memberi galakan dan motivasi untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.
Kadar bantuan secara pembayaran sekaligus adalah RM700.00 untuk pengajian peringkat diploma dan RM1,000.00 untuk pengajian peringkat Ijazah Pertama.
Pembayaran kepada penerima bantuan akan dibuat 2 kali setahun iaitu pada bulan Julai dan Disember setiap tahun.

Sumber : http://www.jhev.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=55&Itemid=175&lang=bm

*********************************
PENGELUARAN PENDIDIKAN KWSP
Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian anda/anak anda (termasuk anak tiri dan anak angkat) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.

Sumber : http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2members&pg=bm_p2members_wdrawtype&ac=29

*********************************
FAEDAH PENDIDIKAN PERKESO
Pemohon hendaklah seorang Pelajar yang memenuhi syarat-syarat berikut :-
1) Anak Tanggungan kepada Orang Berinsurans yang sedang menerima:-
a) Faedah Orang Tanggungan atau Pencen Penakat; atau
b) Pencen Ilat atau Hilang Upaya Kekal secara berkala.
Sumber : http://www.perkeso.gov.my/6b.pdf

*********************************
PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN
Permohonan adalah dipelawa daripada anak-anak Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di institusi-institusi berikut untuk dipertimbangkan tajaan pinjaman pendidikan Yayasan Negeri Sembilan bagi mengikuti kursus peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma, Sijil dan Sijil Kemahiran.

Sumber : http://www.yns.gov.my/v3/index.php?option=com_content&task=view&id=51&Itemid=72

*********************************
PINJAMAN PELAJARAN BAITULMAL NEGERI SEMBILAN
Sumber : http://www.baitulmalns.gov.my/

20100124

Melayu Buta tak dapat bantuan JKM di N.Sembilan ?


Dari Blog Buletin Labu, N.Sembilan


Ladang Labu Bt 10.


Disahkan Buta, Disahkan terencat akal dan berdasarkan Kad Kuning Jabatan Kebajikan Masyarakat bertarikh 29.08.06 Jenis Ketidakupayaannya diklasifikasikan sebagai Masalah pembelajaran


Khairul Nizlan Mohd Shah, 18 tahun yang mempunyai KP 910401055137 diistiyarkan tidak layak mendapat bantuan kebajikan masyarakat


Ibunya, Puan Kamariah Abdul Rahman, 50 tahun, bekerja sebagai pencuci di Kilang sawit berhampiran dengan gaji bersih RM 300 tidak dapat untuk berkata apa-apa.


Apatah lagi selepas pemergian suaminya kerahmatullah beberapa bulan yang lalu.


Kisah penuh dan gambar nasib malang Puan Kamariah dari Labu , Negeri Sembilan di http://buletinlabu.blogspot.com/2010/01/adun-labu-abaikan-warga-oku-nasib.html

KFC baru Seremban atas tanah Pusat Zakat


Restoran KFC yang baru telah beroperasi di tengah-tengah Bandar Seremban sejak akhir tahun 2009 yang terletak tidak jauh dari Bazaar MAINS.

Pelbagai persoalan timbul kerana terpampang di depan KFC ini papan tanda Tanah Hak Milik Pusat Zakat Negeri Sembilan , Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Cerita dan gambar di http://pasns.blogspot.com/2010/01/kfc-baru-seremban-atas-tanah-pusat.html

Makan Malam Amal DUN Paroi 18 Jan 2010

JAMUAL MAKAN MALAM AMAL DUN PAROI
Bersama Tetamu :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man , Naib Presiden PAS
Dato Fauzi Abd Rahman , Mantan Timbalan Menteri
YB Hj Mohamad Taufek , ADUN Paroi

Tarikh : 18 Februari 2010 / Khamis
Masa : 8.00 malam
Tempat : Restoran Tom Yam , Senawang

Kupon RM 30 seorang

Untuk tempahan kupon atau sumbangan sila hubungi :
Hassan 019-2171942
Sufian 013-3589328

20100123

Surau SMAP Labu N.Sembilan pun daif, JOM Melabur


Bukan Surau di Maahad Ahmadi, Gemencheh, N.Sembilan sahaja yang uzur dan tak cukup ruang tempat solat untuk para pelajar sekolah agama http://waghih.blogspot.com/2010/01/lihatlah-kedaifan-surau-di-nsembilan.html

Surau di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, N.Sembilan pun dua kali lima juga.

SMAP Labu memerlukan surau setaraf dengan sekolah berasrama penuh yang lain.
Surau Al-Mustaqim hanya dapat menampung kira-kira 400 orang jemaah berbanding dengan jumlah keperluan yang hampir 1000 orang.

Ayuh, marilah kita menambah SAHAM AKHIRAT kita.

Terutamanya orang Negeri Sembilan, bekas pelajar SMAP Labu, usahawan Islam di N.Sembilan. Korporat Islam dari N.Sembilan yang berada di luar N.Sembilan atau luar negara.

*********************************
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh, aliran agama Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pelbagai kemudahan fizikal dan infrastruktur disediakan termasuk sebuah surau kecil yang diberi nama Surau Al-Mustaqim. Surau ini tidak dapat menampung semua pelajar untuk berjemaah menunaikan solat di samping aktiviti keagamaan yang dijalankan.

Anggaran Perbelanjaan RM 2,500,000.00

Sumbangan dalam bentuk cek hendaklah ditulis atas nama JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU BARU SMAP LABU dan dihantar ke alamat sekolah.

Manakala dalam bentuk wang tunai boleh dimasukkan ke dalam akaun BANK ISLAM yang bernombor 05-012-01-006384-5 atau diserahkan kepada bendahari. (Ustazah Salwa bt Sheikh Ahmad).

Hubungi:
Dr. Wn Azhr Wan Ahmad - H/P 019-2644496 (Pengerusi)
Ust. Mohd Nasaruddin Mohd Hassim - H/P 0136306951 (Setiausaha)
Ustz. Salwa Sheikh Ahmad - H/P 019-3514437 (Bendahari)

Maklumat lanjut di http://9002jeddah.blogspot.com/2009/07/cadangan-membina-sebuah-surau-baru.html

Adakah UBO yang menyerang pantai Port Dickson ?

UBO ialah Unidentified Biting Object (Makhluk Menggigit Belum Dikenalpasti) , nama yang diberikan oleh beberapa Blogger.

Mengikut rekod terdapat 4 jenis haiwan laut yang mempunyai gigi tajam yang ada rekod menyerang manusia, iaitu ikan yu, buaya, ikan barakuda dan belut laut.

Tahukah kita bahawa mereka yang mati lemas adalah 300 kali ganda lebih ramai dari mereka yang mati diserang ikan yu.

Kalau dah ajal tu , ada di mana-mana. Ajal sudah ditentukan tarikh, saat dan di mana sejak kita dilahirkan. Sedialah bekalan banyak-banyak untuk dibawa selepas mati.

Apa nak ditakutkan mandi di Port Dickson ? Ambillah langkah keselamatan , berdoa dan tawakkal. Mereka yang mati kemalangan di Malaysia ini lebih ramai dari yang mati diserang buaya. Kalau macam tu janganlah menaiki kenderaan, takut mati kemalangan.

Laman web berikut amat menarik menceritakan haiwan berbahaya di laut http://www.coremap.or.id/downloads/Ikan_laut_berbahaya.pdf

Jadi haiwan apakah yang menyerang pengunjung pantai PD baru-baru ini , yu, buaya, ikan barakuda atau belut laut atau UBO? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Ajal ada di mana-mana. Kalau nak ke laut tu bacalah apa-apa doa yang patut, yang penting solat jangan tinggal.

Banyak amalan doa berkaitan laut dan sungai. Doa Nabi Muhammad saw, Doa Nabi Nuh, Doa Nabi Ibrahim, Doa Nabi Yunus, Doa Nabi Musa dan sebagainya.

Kalau diserang ikan yu, untuk menewaskannya tikam pada insang.
Kalau diserang buaya, untuk menewaskannya cucuk pada mata.

********************


Moray Eels
Scary looking, they can reach 6 to 8 feet. Their teeth are razor sharp and their bites can lead to profuse bleeding and often get infected. Usually moray eels aren’t aggressive toward divers. They even sometimes get fed. But sometimes they can be territorial or become aggressive and go after speared fish.



Barracuda
Large carnivorous fish (up to 7 feet). Can be found in large schools.
Doesn’t feed on humans, but have reported to accidentally attack people wearing brightly colored things (watch, necklace, dive lights (especially at night), etc.
Source http://www.nativeplanet.org/health/dangeroussealife.htm
http://aquaviews.net/meet-the-barracuda-the-bad-boys-of-the-sea/
http://www.dive-the-world.com/creatures-moray-eels.php
http://ambergriscaye.com/critters/morayeel.html

PORT DICKSON, 22 Julai (Bernama) — Kejohanan Triathlon Antarabangsa 2007 Port Dickson (PDIT) yang berlangsung di sini hari ini mencatat sejarah hitam dalam sukan tanah air apabila seorang atlet dari Malaysia mati lemas pada cabaran pertama acara itu, pada pukul 10 pagi ini.
http://bitz.wordpress.com/2007/07/

PORT DICKSON 12 Jun - Kegembiraan sebuah keluarga dari Batu Pahat, Johor yang menghabiskan cuti sekolah berakhir dengan tragedi apabila seorang ahli keluarga mereka mati lemas di kolam renang sebuah hotel di sini, semalam.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm&arc=hive

PORT DICKSON, Tues. - A family outing ended in tragedy when a 24- year-old man drowned while swimming with a new friend at Km7.2 Jalan Pantai yesterday.
While Muhammad Kadis Untung Kadir's body was recovered four hours after the incident at 9pm, a search involving seven frogmen from the Fire and Rescue Department is still under way for his missing friend whose identity is not known.
http://www.encyclopedia.com/doc/1P1-82624421.html

SEREMBAN: A 6-year-old boy was found drowned at a swimming pool in a Port Dickson resort near here on Friday. G. Adiland's body was found floating by hotel guests who alerted police of the 7pm
http://www.encyclopedia.com/doc/1P1-163562839.html

KUALA LUMPUR, Wed. - Seven-year-old Radin Najme Radin Shamsul Kamar, who
drowned in a swimming pool in Port Dickson yesterday, was an intelligent
and mature boy.
http://www.highbeam.com/doc/1P1-106446463.html

Camne PD nak tarik pelancong, sampah tak kutip

Beria-ialah kita nak bantu promo secara percuma Medan Ikan Bakar Kampung Telok Pasir Panjang di http://waghih.blogspot.com/2009/10/medan-ikan-bakar-kg-telok-pasir-panjang.html untuk keuntungan semua pihak, peniaga dan pelancong. Tapi pihak yang bertanggungjawab tidak serius dan tolak menolak.

Memalukan orang Negeri Sembilan saja. Nak tolong ke , tak nak tolong peniaga Melayu ni ?

************************
Bau sampah jejas selera pengunjung
Sinar Harian 22 Jan 2010

KAMPUNG TELOK – Peniaga Medan Ikan Bakar Kampung Telok Pasir Panjang yang terletak di bangunan blok kedai, di sini bingung memikirkan pelbagai aduan pelanggan yang tidak selesa berkunjung ke situ.

Kebanyakan peniaga mendakwa menerima banyak aduan daripada pelanggan bahawa keseronokan mereka menikmati hidangan terganggu disebabkan bau busuk daripada sampah yang dibuang di tepi jalan berhampiran.

Noriah Osman, 48, berkata masalah bau busuk sampah sudah berlarutan terlalu lama dan perkara ini juga mendapat liputan beberapa media namun ia tetap tidak dapat menarik perhatian pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikannya.

Menurutnya, permasalahan ini timbul disebabkan ada pihak membuang sampah di seberang jalan kedai makan terbabit.

“Apabila sampah lambat dikutip, ia akan mengeluarkan bau dan mengganggu keselesaan pelanggan ditambah apabila ada anjing dan monyet yang menyelongkar sisa makanan tersebut sehingga mengundang lalat serta mengeluarkan bau busuk.

“Kawasan ini memang banyak monyet dan anjing kerana ia bersebelahan dengan Hutan Lipur Pasir Panjang,” katanya yang berniaga di situ sejak 12 tahun lalu.

Terpaksa buang sampah di pekan

Menurutnya, oleh kerana kawasan medan ikan bakar ini tidak mempunyai tempat pembuangan sampah yang khusus, ada individu tidak melonggokkan sampah mereka di kawasan seberang jalan kedai makan ini.

Noriah berkata, sepatutnya apabila melonggokkan sampah di situ, individu tersebut haruslah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihannya namun tong yang sudah terbalik pun mereka biarkan begitu sahaja dan sesuka hati membuang sampah di luar tong pula.

“Sedangkan saya sendiri mengambil inisiatif untuk membuang sampah di tempat pembuangan sampah yang disediakan berdekatan dengan Kem Program Latihan Khidmat Negara, di sini.

“Apabila selesai berniaga pada sebelah malam, saya akan membuang sampah di situ semasa dalam perjalanan pulang ke rumah,” katanya lagi.

Pendapat Noriah disokong seorang lagi peniaga, Soleha Ajol, 55, yang mengakui terpaksa membuang sampah di tong sampah besar yang disediakan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di kawasan Pekan Pasir Panjang.

“Saya terpaksa berbuat demikian memandangkan di sini tiada tempat pembuangan sampah yang khas dan ia juga bagi mengelakkan bau busuk dan ketidakselesaan kepada pelanggan malah kami juga.

“Memandangkan di sini kawasan di tepi laut, angin sentiasa kuat dan bau busuk sampah memang sentiasa ada,” katanya.

Menurutnya, tempat ini ada rumah sampah tetapi ia berkunci dan tidak dapat dimanfaatkan oleh peniaga di sini.

Selesai segera masalah

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Khairul Nizam Mohamad, 34, mendakwa rumah sampah yang terdapat di kawasan ini tidak pernah dibuka oleh pihak bertanggungjawab untuk kegunaan peniaga di sini.

“Rumah sampah yang sepatutnya dibuka untuk kegunaan peniaga dikunci dan tidak pernah dibuka sejak ia siap dibina. Sekurang-kurangnya jika rumah sampah ini boleh digunakan, peniaga di sini akan membuang sampah di situ,” katanya.

Khairul Nizam berkata, jika menggunakan rumah sampah, sampah dalam keadaan tertutup sekali gus mengurangkan bau busuk serta selamat daripada diselongkar oleh anjing dan monyet.

“Masalah bau busuk sampah dan lalat juga dapat dikurangkan dan ini akan memberikan keselesaan kepada pelanggan.

“Tempat makan ini sering dikunjungi oleh pelancong dari luar dan kebiasaannya menjadi tumpuan pada hujung minggu,” katanya.

Malah, katanya, medan selera di sini juga dikenali sebagai salah satu produk pelancongan yang ada di Port Dickson namun jika masalah bau sampah berkenaan berterusan, dikhuatiri ia akan membawa imej buruk Port Dickson selain menjejaskan pendapatan peniaga.

Menurutnya, lebih malang lagi kerana jadual pemungutan sampah di kawasan ini juga tidak teratur dan mendakwa pernah satu ketika hampir tiga minggu sampah tidak dikutip dan pastinya ia memberikan satu bebanan kepada peniaga di sini.

“Adalah diharapkan pihak berkuasa segera membantu peniaga di sini menyelesaikan permasalahan sampah yang sudah lama dihadapi ini.

“Walaupun medan makan kami terletak agak pedalaman tetapi ia merupakan antara destinasi tempat makan yang sering menjadi perhatian pelancong kerana keenakan ikan bakarnya,” katanya lagi.

MPPD jawab rungutan

Sementara itu, Yang Dipertua MPPD, Abd Wahab Samsudin ketika ditemui Sinar Harian berkata, ketika ini, medan ikan bakar itu masih dalam peringkat akhir untuk diserahkan pengurusannya daripada Pejabat Daerah ke MPPD.

“Dalam masa terdekat ini tempat berkenaan akan diambil alih oleh MPPD. Selepas itu, MPPD akan mengkaji semula konsep tempat berkenaan dan juga akan dilakukan penambahbaikan jika perlu untuk beberapa kemudahan agar keselesaan peniaga dan pengunjung terjamin,” katanya kepada Sinar Harian.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6411418.asp

Indahnya Kuala Klawang N.Sembilan


Jeram Toi, Jelebu, Negeri Sembilan

Daya tarikan Jeram Toi adalah air terjunnya bertingkat tujuh, mengalir deras dari puncak Gunung Telapak Buruk.Kawasan ini sesuai sekali untuk beriadah bersama keluarga dikelilingi alam rimba yang mempersona dan mendamai.

Untuk melihat keindahan alam ciptaan ALLAH di Negeri Sembilan sila ke pautan berikut http://sriklawang.blogspot.com/

Luahan Ketua Polis Balai di N.Sembilan

Baru-baru ini saya ada urusan di sebuah Balai Polis di Negeri Sembilan. Berjumpa Ketua Balai, berpangkat SM (Sarjan Mejar).

SM pada masa tu sedang menaip borang menggunakan masin taip yang saya fikir layak masuk muzium. Saya perhatikan SM agak sibuk, macam-macam borang dan surat yang perlu diisi, dibalas, ditaip dan sebagainya.

Selepas selesai SM berbicara urusan saya. SM buka cerita mengenai masalah setempat, di kampung-kampung, sikap JKKK, sikap orang kampung.

SM mengadu kadang-kadang orang di taman perumahan atau kampung mengadu remaja lepak tengah malam. Saya setuju dengan SM , perkara tersebut perkara remeh temah, yang sepatutnya diselesaikan oleh orang kampung sendiri.

Lainlah kalau kes pecah rumah, rompakan bersenjata, pengedaran dadah dan seumpama.

Saya dengan SM bersetuju bahawa para belia dan remaja ini harus didampingi dan dibimbing dengan pelbagai aktiviti. Ini ada JKKK yang syok sendiri, bermesyuarat di kalangan warga veteran. Anak muda sepatunya ada dalam JKKK, dalam AJK Masjid dan sebagainya.

Bayangkanlah satu Balai Polis berapa sangat ada anggota yang nak kawal satu daerah ?

JKKK, AJK Masjid, Persatuan Beliau dan seumpamanya di Malaysia ini harus bersikap apolitikal, iaitu bersikap terbuka kepada mana-mana parti politik.

Kalau tidak sampai bila-bila masalah remaja dan belia di Malaysia ini tak akan selesai.

Kesian tengok SM, macam-macam aduan diterima, tapi JKKK, AJK Surau, AJK Taman tak boleh nak bersatu menyelesaikan perkara remeh temeh di kejiranan mereka sendiri. SM pun ada keluarga, SM pun ada isteri, SM pun ada anak-anak sendiri nak dijaga.

Lepas tu SM kena guna mesin taip lama. Patutnya semua Balai Polis di Malaysia ini guna komputer sepenuhnya , baik untuk membuat Repot Polis, menulis surat atau mengisi apa-apa borang.

Orang-orang atas tak turun ke balai-balai ke tengok macamana Ketua-Ketua Balai buat kerja ? Mana borang yang patut dimansuhkan atau diupgradekan untuk memudahkan pengurusan.

20100121

Lihatlah kedaifan Surau di N.Sembilan, jom bantu


Maahad Ahmadi adalah satu–satunya sekolah di N.Sembilan yang menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Surau di Maahad Ahmadi ini telah berusia lebih 30 tahun itu dibina dengan kayu dan hanya boleh menampung 400 - 500 jamaah dlm satu-satu masa. Sedangkan jumlah pelajar sekarang telah menjangkau hampir 1,000 orang.

Sedih sungguh tengok keadaan surau macam ni di N.Sembilan, tambahan pula diguna oleh para pelajar agama.

Jomlah kita bantu. Janganlah harap kerajaan tanggung semua, tambahan pula tahun 2010 ini banyak peruntukan kerajaan yang dipotong. Dulu diarahkan budak yang tinggal asrama balik setiap minggu kerana tak cukup bajet untuk makan di asrama pada hujung minggu. Inikan pula nak membina surau baru.

Kalau setiap kita sumbang RM 10 seorang, kemudian kita sasarkan 50,000 orang menyumbang, boleh dapat RM 500,000.00

Ya , RM 500,000.00. Siapa nak sumbang lebih lagi bagus.

RM 10 atau RM 100 atau RM 1000 yang kita sumbangkan ini ialah untuk diri kita juga. Saham kita di akhirat insyaAllah. Jom umat Islam di N.Sembilan, para ustaz, staf Jabatan Agama dan Majlis Agama, bekas pelajar dan sesiapa jua yang prihatin RM 500,000 sasaran kita. Ya RM 500,000.00

Kalau semua umat Islam di Negeri Sembilan ini menyumbang RM 10 saya rasa sasaran RM 500,000.00 boleh tercapai, kalau lebih lagi bagus.

Sumbangan boleh disalurkan ke :
Akaun Tabung Pembinaan Surau Maahad Ahmadi - Maybank 555078135419

Cerita dan gambar surau usang dari kayu di http://maahad-ahmadi.blogspot.com/2010/01/rayuan-derma-surau-maahad-ahmadi.html

********************

Rayuan Derma Surau Maahad Ahmadi

DIMAKLUMKAN bahawa pihak Maahad Ahmadi dalam usaha untuk membina surau baru bagi menggantikan surau lama yang uzur dan tidak mampu menampung jumlah jamaah yang semakin ramai.

Untuk makluman, surau yg telah berusia lebih 30 tahun itu dibina dengan kayu dan hanya boleh menampung 400 - 500 jamaah dlm satu-satu masa. Sedangkan jumlah pelajar sekarang telah menjangkau hampir 1,000 orang.

Maahad Ahmadi adalah satu-satunya sekolah agama negeri yang mempunyai pengajian ilmu-ilmu Islam dalam Bahasa Arab sepenuhnya dan STAM. Mudah-mudahan maahad ini mampu untuk melahirkan para ulamak yang menyebarkan ilmu Islam dan memperjuangkan agama Allah di muka bumi ini.

Maahad Ahmadi atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Agama Menengah Atas Dan Senawi (SAMAS) adalah satu–satunya sekolah di bawah Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus yang menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah tadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ini terletak di kampung Sri Asahan Gemencheh iaitu 25 km dari Tampin dan 1 km dari pekan Gemencheh. Maahad Ahmadi yang mempunyai keluasan kira– kira 20 ekar ini ditubuhkan pada tahun 1975 hasil cetusan ilham dan usaha beberapa orang tokoh.

1. Memenuhi tuntutan fardu kifayah, ke arah melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam pengajian agama, bahasa arab dan akedamik.

2. Menyerlah identiti tersendiri dengan menekankan pengajian dan pengkajian agama dan bahasa arab.

3. Melahirkan bakal pemimpin dan ulamak yang berwibawa sejajar dengan wawasan pendidikan negara dan tuntutan Islam.

4. Menampung kekurangan para ulamak dan ahli cendikawan agama di Malaysia amnya dan di Negeri Sembilan khasnya.

Maahad Ahmadi ini ditubuhkan dengan bermatlamat pencapaian cemerlang seratus peratus pelajarnya dalam pembelajaran di bidang Agama dan Bahasa Arab. Selain itu, mereka turut dibekalkan dengan pelajaran dan pengetahuan akedamik sebagai tambahan melengkapkan diri sebagai pelajar yang sempurna dengan ilmu duniawi dan ukhrawi.

Akaun Tabung Pembinaan Surau Maahad Ahmadi - Maybank 555078135419

Demonstrasi Bantah Judi di Terengganu berjaya


Penduduk Kg Batu Enam, Kuala Terengganu telah mengadakan Demonstrasi Aman untuk membantah kegiatan kedai judi di tempat mereka.

Penduduk tempat lain , negeri lain , bila lagi ? Orang Rembau, orang Senawang, orang Pilah bila lagi ?

Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo bila lagi nak buang iklan judi ?

Ayuh selamatkan agama dan bangsa kita !

Cerita dan gambar penduduk kampung berdemo di
http://pemudabatuenam.blogspot.com/2010/01/bantahan-penduduk-batu-enam-terhadap.html

KUALA NERUS – Lebih 100 orang penduduk sekitar Kampung Batu Enam dekat sini telah keluar ke jalanraya dan menyatakan bantahan mereka terhadap dua buah kedai yang menjalankan operasi menjual ‘judi haram’.

Bantahan yang bermula jam 5.30 petang (hari ini) 20 Januari, 2010, berakhir sejam kemudian, dengan keadaan aman.

http://kerangngeleber.blogspot.com/2010/01/penduduk-demo-bantah-judi-haram.html

20100120

JUDI, Akhbar Melayu khianat bangsa dan agama


Semakin ramai Blogger yang mendesak agar umat Islam terutamanya orang Melayu memboikot dari membeli akhbar-akhbar Bahasa Melayu antaranya Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro dan Kosmo selagi akhbar-akhbar ini menyiarkan iklan judi.

Sampai bila akhbar-akhbar ini akan menjadi akhbar perosak agama dan bangsa dengan menyiarkan iklan judi ?

BERSATU UNTUK TENTANG AKHBAR PROMOSI JUDI
http://shahrulpeshawar.wordpress.com/2010/01/13/bersatu-untuk-tentang-akhbar-promosi-judi/

MANSUHKAN UNSUR TIDAK ISLAMIK DALAM DUNIA PERSURATKHABARAN
http://lanh14.blogspot.com/2010/01/mansuhkan-unsur-tidak-islamik-dalam.html

AKHBAR MELAYU LAHIRKAN KAKI JUDI
http://sokongpr.blogspot.com/2009/12/akhbar-melayu-lahirkan-kaki-judi.html

EKOR KUDA 4D
http://ahmedbadri.wordpress.com/2009/05/21/ekor-kuda-4d/

AKHBAR HARIAN METRO JADI KITAB RUJUKAN KAKI JUDI
http://www.anwaribrahimclub.com/2009/06/akhbar-harian-metro-jadi-kitab-rujukan-kaki-judi/

METRO AHAD DAN JUDI 4D
http://wmfirdaus.blogspot.com/2008/05/metro-ahad-dan-judi-4d.html

HARIAN METRO PEMANGKIN JUDI EKOR 4D
http://kuihmanis.blogspot.com/2009/06/harian-metro-pemangkin-judi-ekor-4d.html

JUDI, CINA HORMAT ISLAM TAPI AKHBAR MELAYU ?
http://waghih.blogspot.com/2009/06/judi-cina-hormat-islam-tapi-akhbar.html

Bank Negara, Tipu kad ATM, simpan bawah Bantal

Pada Disember 2009 seorang Eksekutif di Seremban telah kerugian lebih RM 7,500.00 apabila ditipu oleh seseorang yang mengguna nama Bank Negara, ceritanya di http://amkns.blogspot.com/2010/01/nak-tahu-teknik-curi-duit-guna-kad-atm.html

Kes ini mungkin berlaku setiap hari di seluruh negara. Harian Metro 20 Jan 2010 melaporkan seorang jurutera kerugian RM40,000.00 juga disyakki oleh sindiket yang sama, juga menggunakan nama Bank Negara.

Ayah saya sendiri hampir tertipu oleh sindiket serupa. Syukur kepada ALLAH pada masa itu duit dalam akaun bank ayah tak sampai RM 20.

Walaupun Bank Negara, Maybank dan lain-lain bank ini tidak terlibat dalam penipuan ini, dan walaupun Notis Amaran telah dikeluarkan di setiap mesin ATM, namun masih ramai yang telah tertipu , sedang tertipu dan akan tertipu.

Kepercayaan orang ramai terhadap sistem perbankan di Malaysia ini nampaknya semakin pudar.

Bank Negara dan institusi perbankan harus lebih agresif menangani penipuan ini. Edar risalah kartun yang mudah difahami, iklan kartun dalam TV, keluar tiap-tiap hari rencana dalam TV mengenai isu ini untuk mendidik rakyat bagi mengelakkan kes penipuan sebegini.

Jangan salahkan orang ramai, kalau orang ramai kembali menyimpan duit dalam periuk nasi, bawah bantal, bawah tilam, dalam tempayan dan sebagainya.

**************************
Satu panggilan RM3,511 hilang sekelip mata

Harian Metro 20 Jan 2010 - KUALA LUMPUR: Bermodalkan suara lunak di gagang telefon, beberapa ahli sindiket penipuan profesional kad kredit dikesan ‘menyedut’ wang orang ramai dengan hanya menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia.

Sindiket penipuan profesional berkenaan didakwa hanya perlu meyakinkan mangsa menyerahkan nombor siri kad kredit sebelum wang mangsa lesap dalam tempoh beberapa minit.

Dalam beberapa kes, suspek menyamar sebagai pegawai Jabatan Siasatan Penipuan Kad Kredit Bank Negara yang sedang melakukan intipan dan operasi membongkar individu yang melakukan penipuan.

Kejadian terbaru pada 11 Januari lalu membabitkan seorang kerani bernama Low, 40, yang dihubungi suspek yang kononnya menjalankan siasatan, kira-kira jam 8.45 malam.

Lelaki terbabit bertanya sama ada mangsa ada membuat pembelian barang kemas di premis menjual barang kemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mangsa yang curiga dengan identiti lelaki berkenaan bagaimanapun menafikan sebelum meletakkan telefon itu.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian mangsa menerima pula panggilan telefon daripada seorang lagi lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Bank Negara.

Dengan nada tegas dan meyakinkan, suspek mendakwa mangsa diperdaya pihak tertentu dengan menggunakan kad kredit palsu dengan nombor kad kredit miliknya.

Lakonan hebat itu menyebabkan mangsa yakin dakwaan berkenaan selepas suspek memberitahu pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenal pasti suspek yang menyamar itu.

Suspek berpura-pura membacakan nombor kod kad kredit mangsa bagi tujuan penyemakan sebelum meminta mangsa mengesahkan nombor rahsia kad kredit.

Pada masa sama, suspek mengarah mangsa ke mesin pengeluaran wang automatik bagi menyemak 16 digit nombor kad kreditnya secepat mungkin.

Malah, suspek turut menyuruh mangsa menukar nombor pin kad kredit miliknya itu bagi tujuan keselamatan.

Bagaimanapun, mangsa mula curiga menghubungi pihak bank bagi penyemakan baki akaun penggunaan kad kreditnya.

Namun, agak terlambat apabila suspek terlebih dulu mengeluarkan wang RM3,511.22 tanpa disedari mangsa.

Susulan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Danau Kota.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Micheal Chong berkata, kes penipuan terbaru itu kedua selepas seorang jurutera berusia 40-an turut diperdaya sindiket membabitkan kerugian RM40,000.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/HanyasatupanggilanRM3_511hilangsekelipmata/Article

Kejohanan Futsal Islami 6 Feb 2010 Seremban


Kejohanan Futsal Islami (KAHFI) 2010
Tarikh : 6 Februari 2010 , Sabtu
Masa : 8 pagi – 3 ptg
Tempat : Kompleks Sukan dan Belia Negeri Paroi , N.Sembilan

Yuran : RM 100 setiap pasukan
Kategori Remaja (Bawah 18 tahun)
Kategori Belia (19-40 tahun)

Tarikh tutup pendaftaran : 3 Februari 2010

Pemain/Penonton/Pengiring perlu memastikan pemakaian sopan dan menutup aurat sepanjang penganjuran karnival

Anjuran :
Kelab Remaja ISMA (KRIM) N.Sembilan
Persatuan Belia Nasional (PEMBINA) N.Sembilan

Maklumat lanjut hubungi :
Norhelmi Jamil 019-2445736
Mohd Firdaus 019-2749117

Borang pendaftaran di http://krimns.wordpress.com/2010/01/19/ayuh-remaja-sahut-cabaran-kejohanan-futsal-islami-kahfi-2010/

Yu harimau serang posmen di PD?

Kosmo 20 Jan 2010

YU Harimau.
--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Mungkinkah posmen, Mohamad Helme Leman, 25, digigit oleh spesies ikan yu harimau semasa bermandi-manda di pantai peranginan Port Dickson, pada 2 Januari lalu?

Persoalan itu dicetuskan oleh seorang pakar marin dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Zulfigar Yassin yang tertarik dengan pendedahan Kosmo! mengenai ujian 'pemadanan' pelbagai jenis rahang ikan yu dan kesan gigitannya terhadap mangsa.

Ia sekali gus mencabar kesimpulan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Wan Muhammad Aznan Abdullah kelmarin bahawa Mohamad Helme bukan mangsa ikan yu tetapi haiwan lain yang belum diketahui.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0120&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

**************************
Yu haiwan marin pemalu

Realitinya, yu yang ada di negara ini pemalu dan takut kepada manusia jika tidak mengalami sebarang provokasi daripada manusia.


YU sirip hitam antara haiwan marin yang menghuni perairan Malaysia.
--------------------------------------------------------------------------------

Ini kerana jika ada sesuatu terjadi di laut, spesies prasejarah itulah yang dijadikan kambing hitam termasuklah ketika kes yang terjadi di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Dalam kejadian itu, seorang posmen, Mohamad Helme Leman, 25, koyak kaki kanan dan terpaksa menerima 50 jahitan ketika mandi di Port Dickson 2 Januari lalu.

Dakwa Helme, kakinya ditarik dan digigit sesuatu yang leper, keras dan kehitam-hitaman dan diyakini buaya air masin.


KECEDERAAN pada kaki Helme semasa mandi di pantai Port Dikson, baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------

Namun pihak berkuasa tempatan menafikan kawasan itu mempunyai buaya air masin dan terus membuat andaian ikan besar termasuk yu.

Apa pun, menurut kajian yang dijalankan oleh Divisyen Ictiologi, Muzium Sejarah Asli Florida, University of Florida, Amerika Syarikat (AS) hanya ada satu serangan ikan yu tanpa provokasi di perairan Malaysia di antara tahun 1580 hingga 2008.

Kemalangan itu yang disifatkan bukan sebagai serangan juga tidak membabitkan kematian.


YU putih yang terdapat di perairan Australia terkenal dengan karakternya yang ganas.
--------------------------------------------------------------------------------

Walaupun fakta yang mengatakan yu amat sensitif dengan darah walaupun setitik, namun sehingga artikel ini ditulis, tidak ada satu laporan yang mengatakan yu mengejar penyelam atau perenang yang mengalami pendarahan akibat kecederaan di negara ini.

Ini kerana jika tidak kemungkinan Mohamad Helme bakal menjadi makanan kepada yu selepas kakinya luka berdarah.

Jadi realitinya, yu yang ada di negara ini ‘pemalu’ dan takut kepada manusia
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0120&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

20100119

Buaya , Port Dickson , Melayu , Kalimah ALLAH

Nama lama untuk Port Dickson ialah Tanjong. Nama lain untuk Port Dickson juga ialah Arang dimana dulu terdapat lombong arang di Batu 1 , Jalan Pantai , Port Dickson.


Dipercayai pihak Inggeris telah memindahkan pelabuhan dari Pengkalan Kempas ke Tanjong dan memberi nama Port Dickson sempena nama Pegawai Inggeris yang bertanggungjawab ketika itu Sir John Frederick Dickson pada tahun 1889.


Kenapalah masih nak kekalkan lagi nama penjajah Inggeris di Negeri Sembilan ini ?


Mana pergi pejuang bahasa dan bangsa orang Melayu ?


Pengkalan Kempas amat penting dalam sejarah Negeri Sembilan dan Malaysia kerana di sini terdapat makam ulama zaman Kesultanan Islam Melaka iaitu Sheikh Ahmad Majnun yang dipercayai wali Allah.


Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas mengandungi perkuburan misteri yang mengunakan batu megalit yang berbentuk pedang dan senduk. Sejarawan percaya kubur ini dibina pada abad ke-2 dan ke-3 Masehi. Sebahagian batu megalith ini ada ukiran yang menyerupai tulisan Arab dan Sumatra. Batu ini terdapat Inskripsi Hindu yang terdapat huruf Arab ( Allah ) , Batu Inskripsi Raja Aditiya Warma, 137 Masehi dan pada batu itu tertulis perkataan Allah dengan huruf Arab.


Kalimah ALLAH rupanya telah ada di Tanah Melayu pada abad ke 2 Masihi lagi sebelum junjungan kita Nabi Muhammad saw lahir dan sebelum Islam datang ke Tanah Melayu


Nampaknya isu buaya di Port Dickson telah membuka mata rakyat Malaysia khususnya orang Melayu untuk mengkaji sejarah.


Pada setiap satu kejadian itu , ada hikmahnya.


Terima kasih buaya-buaya di Sungai Linggi.


Harap-harap bertambahlah pelancong dari seluruh negara dan seluruh dunia untuk berkunjung ke PD dan Pengkalan Kempas.


Sumber :

http://pasns.blogspot.com/2009/10/tukar-nama-pd-ke-pengkalan-damai.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengkalan_Kempas

http://wikitravel.org/en/Port_Dickson



Jom ke Taman Buaya Port Dickson di Port Kempas

Negeri Sembilan banyak tempat menarik sebenarnya. Tapi kurang dipromosikan. Pada saya ianya lebih menarik dan lebih semulajadi (natural) dari tempat lain.


Syarikat YBH di Port Dickson ada menyediakan Pakej Api-Api (Firefly) dan Taman Buaya di sepanjang Sungai Linggi pada harga yang amat berpatutan.


Saksikan keindahan flora dan fauna serta pelbagai spesis burung dan hidupan air serta darat di sepanjang Sungai Linggi.


Lepas tu boleh menjamu selera di tempat yang istimewa dengan harga lagi amat berpatutan di Medan Ikan Bakar Pasir Panjang tak jauh dari situ. Nak tahu mana Medan Bakar Pasir Panjang ni sila ke pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2009/10/medan-ikan-bakar-kg-telok-pasir-panjang.html


Nak tahu Pakej Api-Api (Firefly) dan Taman Buaya Sg Linggi , Port Dickson sila ke laman web YBH http://kumpulanybh.com/php/index.php?option=com_content&task=view&id=27&Itemid=49


Pakej Sg Linggi Firefly and Crocodile Park ini terletak di Pengkalan Kempas (bukan Kem PAS , jangan pula ditukar nama selepas ini).


Terdapat Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas yang mengandungi Batu Megalit wujud sejak abad ke 2 dan ke 3. Kompleks ini juga menempatkan Makam Syeikh Ahmad Majnun merupakan seorang pendakwah menyebarkan syiar Islam di Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Makam Syeikh Ahmad Majnun dianggap salah sebuah makam Islam yang tertua di Malaysia. Ini berdasarkan inskripsi batu bersurat yang terukir tahun 1467-1468 dipercayai tarikh Syeikh Ahmad Majnun meninggal dunia. Beliau dianggap oleh pengikutnya sebagai seorang Wali. Terdapat bunga rampai yang masih hijau dengan bunga-bungaan di atas makam. Sumber http://rm-destinasisilam.blogspot.com/2008/12/kompleks-sejarah-kempas.html


Untuk maklumat lanjut mengenai Api-Api dan Taman Buaya semulajadi hubungi :

YBH Goups of Companies

No. 42A, Wisma YBH, Jalan Mahajaya, PD Centre Point

P.O Box 51, 71007 Port Dickson

Negeri Sembilan

Tel : 06-647 1777 , 06-647 3280 , 06-647 1888 , 06-647 1999

Laman web http://kumpulanybh.com


Nota : Nama lain untuk api-api ialah kelip-kelip atau kunang-kunang




Minyak naik 1 Mei 2010 , jualan kereta merudum


Jualan kereta di Malaysia dijangka akan merudum atau kaku. Ini adalah kerana Pak Menteri telah umumkan minyak akan naik pada 1 Mei 2010 bergantung pada cc atau kapasiti enjin kenderaan.

Kereta

berapa cc yang akan dapat subsidi masih tak tahu lagi. Kereta 660 cc ke , 850 cc ke , 1000 cc ke , 1500 cc ke , 1600 cc ke , tak tahulah.


Lepas tu untuk kenderaan di Sabah dan Sarawak mereka akan terus dapat subsidi iaitu kekal harga lama selepas 1 Mei 2010 kerana Pak Menteri kata orang Sabah dan Sarawak ramai guna 4WD yang cc besar kerana jalan di pedalaman yang teruk.


Nampaknya akhir-akhir ini banyak pula keistimewaan orang Sabah dan Sarawak bah.


Lepas tu lagi Pak Menteri kata orang Semenanjung mula 1 Mei 2010 ini akan dapat beli minyak pada harga subsidi satu orang satu kereta sahaja. Banyak pula konsep 1 sekarang ni.


Jadi kalau satu keluarga ada 3 kereta atas nama suami, diguna oleh isteri dan anak, mungkin perlu tukar nama pula ke nama isteri dan anak-anak. Wah , duit lagi nak tukar nama pula.


Apa-apa pun , kepada mereka yang nak beli kereta , jangan salahkan sesiapa , kerana amaran telah diberi minyak akan naik 1 Mei 2010 ini. Mungkin mereka tak kata minyak akan naik, tapi minyak akan dijual mengikut subsidi atau cc kereta.


Kepada mereka yang guna Naza Ria , walaupun harganya lebih kurang Exora mungkin kena bayar lebih untuk minyak , atau mungkin kena jual Naza Ria di Sabah atau Sarawak.


Fakta diatas dari temubual Pak Menteri yang bertanggungjawab dalam akhbar The Star 17 Jan 2010 :


Still in the dark over system


I agree but we have not fully settled on the exact mechanism. It’s still under discussion, that’s why we are still unable to announce details at this moment.


That May 1 date is still on target but it will only be for the peninsula. For Sabah and Sarawak, the implementation will be later. The people there use four-wheel drive vehicles to get around and most are about 3,000cc.

With cars, the best is to look at engine capacity. It’s wrong to go by the brand because that would be perceived as discriminating against a make.


We are considering putting a chip into our MyKad to register the car that’s entitled to the subsidised petrol. Each person is eligible for subsidised petrol for only one car.


Temubual sepenuhnya di http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/17/focus/5485032&sec=focus