KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100119

Buaya , Port Dickson , Melayu , Kalimah ALLAH

Nama lama untuk Port Dickson ialah Tanjong. Nama lain untuk Port Dickson juga ialah Arang dimana dulu terdapat lombong arang di Batu 1 , Jalan Pantai , Port Dickson.


Dipercayai pihak Inggeris telah memindahkan pelabuhan dari Pengkalan Kempas ke Tanjong dan memberi nama Port Dickson sempena nama Pegawai Inggeris yang bertanggungjawab ketika itu Sir John Frederick Dickson pada tahun 1889.


Kenapalah masih nak kekalkan lagi nama penjajah Inggeris di Negeri Sembilan ini ?


Mana pergi pejuang bahasa dan bangsa orang Melayu ?


Pengkalan Kempas amat penting dalam sejarah Negeri Sembilan dan Malaysia kerana di sini terdapat makam ulama zaman Kesultanan Islam Melaka iaitu Sheikh Ahmad Majnun yang dipercayai wali Allah.


Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas mengandungi perkuburan misteri yang mengunakan batu megalit yang berbentuk pedang dan senduk. Sejarawan percaya kubur ini dibina pada abad ke-2 dan ke-3 Masehi. Sebahagian batu megalith ini ada ukiran yang menyerupai tulisan Arab dan Sumatra. Batu ini terdapat Inskripsi Hindu yang terdapat huruf Arab ( Allah ) , Batu Inskripsi Raja Aditiya Warma, 137 Masehi dan pada batu itu tertulis perkataan Allah dengan huruf Arab.


Kalimah ALLAH rupanya telah ada di Tanah Melayu pada abad ke 2 Masihi lagi sebelum junjungan kita Nabi Muhammad saw lahir dan sebelum Islam datang ke Tanah Melayu


Nampaknya isu buaya di Port Dickson telah membuka mata rakyat Malaysia khususnya orang Melayu untuk mengkaji sejarah.


Pada setiap satu kejadian itu , ada hikmahnya.


Terima kasih buaya-buaya di Sungai Linggi.


Harap-harap bertambahlah pelancong dari seluruh negara dan seluruh dunia untuk berkunjung ke PD dan Pengkalan Kempas.


Sumber :

http://pasns.blogspot.com/2009/10/tukar-nama-pd-ke-pengkalan-damai.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengkalan_Kempas

http://wikitravel.org/en/Port_Dickson



Tiada ulasan: