KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100123

Luahan Ketua Polis Balai di N.Sembilan

Baru-baru ini saya ada urusan di sebuah Balai Polis di Negeri Sembilan. Berjumpa Ketua Balai, berpangkat SM (Sarjan Mejar).

SM pada masa tu sedang menaip borang menggunakan masin taip yang saya fikir layak masuk muzium. Saya perhatikan SM agak sibuk, macam-macam borang dan surat yang perlu diisi, dibalas, ditaip dan sebagainya.

Selepas selesai SM berbicara urusan saya. SM buka cerita mengenai masalah setempat, di kampung-kampung, sikap JKKK, sikap orang kampung.

SM mengadu kadang-kadang orang di taman perumahan atau kampung mengadu remaja lepak tengah malam. Saya setuju dengan SM , perkara tersebut perkara remeh temah, yang sepatutnya diselesaikan oleh orang kampung sendiri.

Lainlah kalau kes pecah rumah, rompakan bersenjata, pengedaran dadah dan seumpama.

Saya dengan SM bersetuju bahawa para belia dan remaja ini harus didampingi dan dibimbing dengan pelbagai aktiviti. Ini ada JKKK yang syok sendiri, bermesyuarat di kalangan warga veteran. Anak muda sepatunya ada dalam JKKK, dalam AJK Masjid dan sebagainya.

Bayangkanlah satu Balai Polis berapa sangat ada anggota yang nak kawal satu daerah ?

JKKK, AJK Masjid, Persatuan Beliau dan seumpamanya di Malaysia ini harus bersikap apolitikal, iaitu bersikap terbuka kepada mana-mana parti politik.

Kalau tidak sampai bila-bila masalah remaja dan belia di Malaysia ini tak akan selesai.

Kesian tengok SM, macam-macam aduan diterima, tapi JKKK, AJK Surau, AJK Taman tak boleh nak bersatu menyelesaikan perkara remeh temeh di kejiranan mereka sendiri. SM pun ada keluarga, SM pun ada isteri, SM pun ada anak-anak sendiri nak dijaga.

Lepas tu SM kena guna mesin taip lama. Patutnya semua Balai Polis di Malaysia ini guna komputer sepenuhnya , baik untuk membuat Repot Polis, menulis surat atau mengisi apa-apa borang.

Orang-orang atas tak turun ke balai-balai ke tengok macamana Ketua-Ketua Balai buat kerja ? Mana borang yang patut dimansuhkan atau diupgradekan untuk memudahkan pengurusan.

Tiada ulasan: