KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100127

Jangan diMuziumkan Adat Perpatih, bangkit anak N9

Ramai orang cakap mengenai Adat Perpatih. Adakah Adat Perpatih ini sekadar dibincang dalam seminar sejak bertahun-tahun ? Saya adalah dari suku Lela Maharaja di Rembau kerana ikut sebelah ibu. Ayah saya dari suku Sedia Raja.

Pada 26 Januari 2010 telah diadakan "SEMINAR SEHARI SIRI PERTAMA ADAT PERPATIH" di Wisma Negeri, Seremban.

Dengar cerita agak tinggi juga kos untuk menganjurkan seminar ini. Nak tahu berapa, tanyalah penganjur.

Ini apa yang dikhabarkan kepada saya benar atau tidak, saya tidak pasti, sebab saya tidak dijemput ke seminar tersebut hanya untuk Warga Dato' -Dato' Adat Negeri Sembilan dan Kakitangan Kerajaan dan lain-lain dengan kehadiran hampir 300 orang. Tak pastilah yang hadir itu dari suku mana.

Diceritakan kepada saya MB dan beberapa EXCO lain dan wakil rakyat BN tidak hadir seminar tersebut. Yang merasmikan seminar ialah EXCO YB Razi.

Diceritkan juga wakil rakyat dari Pakatan Rakyat tidak dijemput dalam seminar tersebut.

Diceritakan Dato Lembaga sejak sekian lama hanya mendapat elaun RM 80 sebulan, betul ke tidak ?

Buat Seminar Adat Perpatih untuk apa ?

Tolonglah tengok betapa banyaknya rumah pusaka yang tinggal, yang usang, yang roboh di Rembau, di Kuala Pilah, di Johol, di Jelebu. Berapa banyak tanah terbiar, kalau diusahakan pun dipajak dengan harga yang murah.

Buat Seminar Adat Perpatih mesti ada hasilnya. Agar terbela nasib anak-anak Negeri Sembilan yang bersuku-suku ini. Agar terbela nasib Dato Lembaga dan Buapak agar hubungan dengan anak buah menjadi akrab untuk menyelesaikan masalah setempat.

Ini adalah masalah adat, bukan masalah politik.

Saya sayangkan daerah saya, saya sayangkan suku saya, saya sayangkan Raja saya. Janganlah Adat Perpatih ini sekadar diseminarkan saja atau dimuziumkan saja.

Itu baru Seminar Adat Perpatih Siri Pertama, tak tahu pula bila Siri Kedua dan seterusnya.

**********************************************
Pampasan kerajaan, malang sungguh orang N.Sembilan

Macamana murah sangat pampasan tanah yang diberi kerajaan untuk projek landasan kereta api berkembar Seremban Gemas ? Di N.Sembilan pampasannya ialah minima RM 1.20 sekaki persegi, tapi di Melaka ialah minima RM 7.00 sekaki persegi.

Ini bermakna orang Negeri Sembilan dapat pampasan ciput, iaitu RM 52,272.00 untuk tiap satu ekar, tapi di Melaka RM 304,920.00 untuk tiap ekar.

Adakah kerana di N.Sembilan nilaiannya terlalu rendah atas faktor Tanah Adat Perpatih ? Atau adakah kerana tanah di N.Sembilan ini berkasta rendah ?

Apa beza orang di N.Sembilan dan orang Melaka ? Dua-dua Melayu, dua-dua darah warna merah.

Orang Negeri Sembilan, lu fikirlah sendiri , kenapa tanah kita ni terlalu mudah untuk diambil kerajaan dengan harga yang teramat murah berbanding dengan Melaka.

************************
Sinar Harian 17 Jan 2010

60 penduduk bantah nilai pampasan tanah

PULAU SEBANG - Kira-kira 60 penduduk di Kampung Kuala Ina di sini, membantah nilai pampasan yang ditawarkan kerajaan Negeri bagi pembinaan projek landasan kereta api elektrik berkembar dari Seremban ke Gemas, semalam.

Mereka mendakwa nilai ditawarkan bagi setiap kaki persegi tanah yang diambil terlalu rendah dan tidak setimpal dengan projek pembangunan bertaraf komersial itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak bagi pemilik-pemilik tanah membabitkan keluasan kira-kira enam hektar, Abu Samah Abu Kaseh berkata, nilai tanah yang ditawarkan kepada mereka oleh kerajaan Negeri adalah antara RM7 hingga RM12 sekaki persegi.

Menurutnya, nilai itu terlalu rendah berbanding yang ditalsirkan beberapa penilai swasta dilantik penduduk sendiri, iaitu sekitar RM20 hingga RM30 setiap kaki persegi.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6379586.asp

************************
Berita Harian 18 Julai 2009

REMBAU: "Kami hanya mahu ganti rugi yang setimpal berdasarkan nilai harta sebenar. Jangan aniaya kami hanya kerana kami orang kampung," kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Tanah Adat Rembau, Chik Tak Datuk Amat.

"Bayaran RM1.20 hingga RM2.80 kaki persegi yang dibayar atas pengambilan tanah kami belum cukup untuk mendirikan rumah baru. Jadi, kami berharap penilaian semula tanah dapat dibuat bagi memberi keadilan kepada orang kampung," dakwanya.

Cerita sepenuhnya nasib tanah orang Melayu Negeri Sembilan di pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2009/09/pengambilan-tanah-orang-melayu-di.html

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakah perlantikan Undang Luak Sungai Ujong dan AlShahbandar sekarang sah disisi adat perpatih seperti yang di jelaskan dalam perlembagaan N9? Apakah nas-nas ia sah atau tidak sah? Dan apakah ini memberi kesan yang terlalu besar dari aspek daulah YDP Besar?

Kudin

Tanpa Nama berkata...

saya teringin sgt nak mengetahui tgt adat pepatih & suku2 yg ada dN9.. lebih2 lagi emak tgt salah silah suku belah arwah mak & abah saya...

arwah mak suka biduanda d raja dan arwah abah suku pagar ruyung.. kat mana saya boleh dapat detail2 tgt suku keturunan saya ini..