KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100129

Wanita di Melaka ini perlu dibantu, simpatilah

Kalau tak mampu beri bantuan kewangan, berdoalah serta sebarkan maklumat ini secara meluas. Sebarkanlah kasih sayang.

**********************************
Puan Suhaiza, 42 seorang ibu tunggal yang mempunyai 3 anak yang tinggal di Taman Ayer Keroh Height, Melaka.


Suaminya meninggal dunia kira-kira 6 bulan lalu kerana sakit jatung.

Beliau pula mengidap sakit pernafasan dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan 24 jam.

Beliau tidak boleh melakukan sebarang pekerjaan kerana masalah tersebut. Anaknya yang berumur 11, 9 dan 5 tahun semuanya bersekolah.

Ibunya pula terpaksa menjalani rawatan dialisis 3 kali seminggu kerana sakit buah pinggang.

Alat pernafasan beliau itu pula terpaksa di'servis' dengan perbelanjaan RM400 sekali 'servis'.

Menurut Puan Suhaiza setakat ini beliau telah mendapat bantuan dari beberapa pihak antaranya JAIM, PAS dan badan-badan lain tetapi ianya tidak mencukupi.

2 hari lepas pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat juga ada membuat tinjauan ke rumah setelah dilaporkan oleh ADUN Ayer Keroh beberapa hari lepas. Sebelum ini laporan yang dibuat kepada JKKK tidak mendapat maklum balas yang baik.

Seperkara Puan Suhaiza juga amat mengharapkan manfaat dari skim Takaful arwah suaminya akan dilunaskan oleh pihak Takaful Ikhlas cepat mungkin.

Kepada sesiapa yang ingin membuat sebarang derma dan pertanyaan sila hubungi Che Saidi Ismail , AJK PAS Kawasan Bukit Katil, di talian 0123348412.

Maklumat lanjut di laman Blog Ketua Penerangan PAS Melaka di http://mutaligat.blogspot.com/2010/01/bantulah-insan-tidak-bernasib-baik-ini.html

Tiada ulasan: