KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100114

Pertandingan Reka Cipta Tudung Batik Bazaar MAINS


Pertandingan Mereka Cipta Tudung Berasaskan Batik
BULAN JANUARI 2010 MERUPAKAN BULAN BATIK DI FLEA MARKET BAZAAR MAINS , Seremban

Maklumat lanjut di laman web Bazaar MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan) di http://www.bazaarmains.myportal.my/

Peraduan Utama bulan ini merupakan 'REKACIPTA TUDUNG MUSLIMAH BERTEMAKAN BATIK'.

Hadiah-hadiah lumayan termasuk Pakej Percutian disediakan untuk pemenang Peraduan.

Syarat-syarat Peraduan;
- Rekacipta mestilah rekaan asli.
- Rekacipta boleh menggunakan sebarang jenis tekstil tetapi mesti berunsurkan batik.
- Borang penyertaan dan tudung yang dipertandingkan hendaklah sampai ke meja Setiausaha sebelum atau pada 22 Januari 2010 pukul 3 petang (Tarikh Tutup Peraduan)
- Keputusan pengadil adalah muktamad.
- Yuran penyertaan sebanyak RM10 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dikenakan ke atas setiap peserta.
- Setiap peserta boleh menyertakan tidak lebih daripada 2 (dua) tudung untuk penyertaan.
- Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan atas apa alasan sekali pun.
- Tudung-tudung yang memenangi pertandingan ini akan menjadi hak milik Persatuan Usahawan Bazaar Mains dan akan digunakan untuk tujuan promosi dan komersial.
- Peserta mesti hadir sendiri semasa acara saringan dan semasa keputusan peraduan di umumkan.
- Sebarang maklumbalas, hubungi Encik Zamri di 0133155808 atau email ke bazaarmains@yahoo.com

Hadiah Untuk Pertandingan Rekacipta Tudung Berasaskan Batik :

Tempat Pertama Penginapan Di Hotel 2H/1M, Tunai RM100 & Hamper
Tempat Ke Dua Voucher Makan, Tunai RM80 & Hamper
Tempat Ke Tiga Voucher Makan, Tunai RM50 & Hamper
3 Hadiah Saguhati Hamper

Tiada ulasan: