KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20060224

Demo Aman 3 Mac Masjid Jamek Ampangan , Seremban

Semua dijemput untuk menghadiri Demo Aman sempena Hari Protes Umat Islam Seluruh Dunia seperti berikut :

Tarikh : JUMAAT 3 Mac 2006
Masa : 2 ptg – Selepas Solat Jumaat
Tempat : Masjid Jamek Ampangan, Seremban (Jln Seremban-Jelebu)

Demo Aman ini akan diadakan pada tarikh tersebut di seluruh dunia dan sebuah masjid terpilih di setiap negeri di Malaysia. Peringkat N.Sembilan adalah di Masjid Jamek Ampangan. Sila sebarkan maklumat ini secara meluas melalui e-mel. SMS, talipon, perbualan, di papan kenyataan masjid serta surau.

Sila bawa poster, kain rentang atau apa-apa yang sesuai seperti :
KAMI CINTAKAN NABI MUHAMMAD SAW
JANGAN HINA NABI MUHAMMAD SAW
JANGAN HINA ISLAM
KAMI RELA BERKORBAN UNTUK RASULULLAH
BOIKOT BARANGAN DENMARK

20060222

Hotel Malaysia pula HINA kakitangan ISLAM pakai tudung

Ayuh bangkit semua UMNO, PAS, PKR, ABIM, JIM, para ulamak, para Mufti, para pemenang Tokoh Maal Hijrah dan semua lelaki Islam di Malaysia ini pertahankan maruah Wanita UMNO, Puteri UMNO, Muslimat PAS, Muslimat ABIM dan semua muslimat di Malaysia !!

HINA sangatkah tudung seorang wanita Islam dibandingkan dengan serban lelaki beragama Sikh ??

Kakitangan Hotel Diminta Letak Jawatan Jika Pakai Tudung
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=181792

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Seorang kakitangan sebuah hotel bertaraf lima bintang melahirkan rasa kesal terhadap majikannya yang tidak membenarkan beliau memakai tudung ketika bekerja.

Habsah Jaafar, yang memegang jawatan sebagai Pengarah Akaun (Pengarah Jualan) bagi sektor kerajaan dan diplomatik di hotel berkenaan telah diberi pilihan untuk menanggalkan tudung semasa bertugas atau berhenti bekerja jika enggan berbuat demikian.

"Saya telah diberi pilihan itu sekembalinya saya daripada menunaikan haji bulan lepas pada 9 Feb lepas," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Biro Pengaduan Awam Pergerakan Pemuda Umno di sini.

Walaupun masih bekerja di hotel itu, beliau tidak dibenarkan datang bekerja kerana bertudung.

"Bagaimana saya mahu bekerja jika tidak dibenarkan datang bekerja kerana bertudung?," katanya sambil menjelaskan bahawa surat tawaran kerja yang beliau terima dan buku panduan pekerja tidak menyatakan bahawa kakitangan hotel tidak dibenarkan bertudung semasa bekerja.

Habsah berkata, selama ini beliau terpaksa menanggalkan tudung apabila melakukan tugas kerana pemakaian tudung tidak dibenarkan oleh pihak pengurusan hotel.

Katanya selain itu, beliau turut menghadapi masalah untuk mendapatkan cuti bagi tujuan mengerjakan haji pada tahun lepas.

"Mulanya saya bertemu majikan saya untuk bercuti bagi mengerjakan haji, tetapi tidak dibenarkan. Kemudian saya minta cuti tanpa gaji. Lima hari sebelum tarikh saya bertolak ke Mekah baru cuti saya diluluskan," katanya.

Katanya beliau tidak sanggup menanggalkan tudung dan mengambil keputusan meletakkan jawatan pada Jumaat lepas.

"Sebagai seorang rakyat Malaysia yang beragama Islam, saya sedih dan tersinggung dengan pendekatan yang digunakan oleh hotel yang bertaraf antarabangsa yang beroperasi di negara ini," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pergerakan Pemuda Umno Datuk Subahan Kamal meminta kerajaan memandang serius masalah ini kerana ia tidak melibatkan hanya seorang pekerja sebaliknya ramai lagi pekerja terpaksa berhadapan dengan masalah yang sama.

"Masalah ini nampak kecil. Tetapi sebenarnya ia bukan masalah kecil kerana ia melibatkan isu kaum dan agama. Adakah prestasi kerja kita akan terjejas jika kita memakai tudung?" katanya.

Beliau berkata Kementerian Pelancongan, sebagai pengeluar lesen perniagaan kepada pengusaha hotel perlu mengambil tindakan wajar berhubung masalah itu supaya tidak ada pihak yang dinafikan hak mereka.

"Kita mahu kementerian mengambil tindakan tegas supaya perkara ini tidak berlaku lagi," katanya.

Katanya biro itu telah menyerahkan memorandum berkaitan perkara itu kepada Menteri Pelancongan Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr Fong Chan Onn.

-- BERNAMA

20060221

NST Malaysia pula siar kartun hina Nabi

Difahamkan akhbar New Straits Times Malaysia keluaran 20 Februari 2006 menyiarkan satu kartun dimuka 20 ruangan Life & Times yang boleh disifatkan menghina Nabi.

Kartun pada halaman 8 Life & Times semalam tersebut mempunyai unsur menghina Rasul saw.

Satu laporan polis telah dibuat oleh pihak tertentu di Balai Polis Dang Wangi bagi membantah penyiaran itu

NST semalam menyiarkan satu kartun yang dilukis oleh Wiley Miller bertajuk Non Sequitur.

Antara perkara yang disiarkan dalam kartun itu adalah "Caricatures of Muhammad while you wait!".

3 MAC 2006 HARI PROTES SEDUNIA

Gerakan Islam seluruh dunia termasuk Malaysia akan menjadikan 3 Mac 2006 sebagai hari protes antarabangsa terhadap kartun yang menghina Rasulullah yang disiarkan oleh sebuah akhbar Jerman dan diikuti oleh media lain.

Perhimpunan akan dilancar di seluruh negara sebaik sahaja selesai solat Jumaat pada hari tersebut.

Perhimpunan hendaklah dibuat di sebuah masjid sahaja untuk setiap negeri bagi memastikan keberkesanannya.

Orang ramai yang prihatin dengan penghinaan terhadap Rasulullah ini dijemput hadir beramai-ramai.

Kempen memboikot barangan keluaran negara yang terbabit dengan penyiaran kartun itu akan dilancarkan pada hari itu juga.

Kejohanan Bolasepak Remaja Masjid dan Surau

KEJOHANAN BOLASEPAK 7 SEBELAH REMAJA SURAU DAN MASJID

Tarikh : AHAD 12 Mac 2006
Masa : 8 pagi
Tempat : Padang Taman Alamanda , Senawang

Syarat-syarat penyertaan :
Terbuka kepada pasukan mewakili surau atau masjid seluruh N.Sembilan
Setiap surau/masjid boleh menghantar lebih daripada satu pasukan
Setiap pasukan diwakili oleh 7 orang pemain , 2 pemain simpanan dan seorang pengurus dewasa
Pemain remaja lelaki (Islam atau bukan Islam) 15 tahun ke bawah
Pemain dikehendakki memakai seluar lebih paras lutut atau memakai "tight"
Nama pasukan mestilah nama dalam Bahasa Arab
Pemain tidak dibenarkan memakai jersi yang ada lambang/jenama arak
Setiap pasukan dikehendaki menyediakan satu set jersi berwarna dan satu set jersi putih
Pertandingan secara 7 sebelah, 2 separuh masa dengan 7 minit setiap separuh masa
Sekiranya lebih 6 pasukan yang bertanding , perlawanan adalah secara kalah mati.
Sekiranya 6 pasukan atau kurang , perlawanan adalah secara liga
Yuran penyertaan RM 20 setiap pasukan
Sila hantar senarai nama penuh, No Kad Pengenalan, alamat pemain dan pengurus

Tarikh tutup penyertaan 6 Mac 2006
Hadiah berupa hamper untuk tempat 1, 2, 3, 4

Anjuran :
Biro Rakan Muda Taman Alamanda
Maklumat lanjut hubungi :
Zul : 012-6231552
Rozmal : 012-2267406

Ceramah Kanser Wanita 26 Feb Senawang

Program : Ceramah Kesihatan
Tajuk : “Kanser Golongan Wanita – Rawatan dan Pencegahan”
Oleh : Dr. Marlinda Mohamad
Tarikh : AHAD 26 FEBRUARI 2006
Masa : 10 pagi
Tempat : Surau Taman Alamanda , Senawang

Maklumat lanjut hubungi : Pn Norwani : 013-3851202

20060215

Pekilang arak Malaysia harus hormat Islam sebagai agama rasmi

Setelah dunia Islam dikejutkan dengan karikatur yang menghina junjungan kita Nabi Muhammad saw yang pada mulanya disiarkan oleh akhbar dari Denmark, barulah umat Islam tercari-cari apakah tindakan yang harus diambil memandangkan akhbar berkenaan enggan meminta maaf kerana telah melukakan hati ribuan juta umat Islam di seluruh dunia.

Antaranya ialah dengan mengadakan demonstrasi, menghantar surat bantahan serta memboikot produk yang berasal dari Denmark. Tapi bagaimana umat Islam hendak memboikot sesuatu barangan yang pada hukumnya memang haram dan dikilangkan pula di negara Islam ?

Yang paling ketara ialah jenama arak Carlsberg yang berasal dari Denmark , dikilangkan di Shah Alam, Selangor serta menguasai lebih 50% pasaran arak tempatan serta diekspot pula ke negara-negara Asia lain.

Inilah masanya kerajaan Malaysia yang berpegang kepada prinsip Islam Hadhari serta menjadi Pengerusi kepada Persidangan Negara-Negara Islam OIC agar mengambil pendekatan yang realistik terhadap pekilang-pekilang arak, lebih-lebih lagi pekilang arak dari negara Denmark yang hingga ke saat ini tidak mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf kepada semua umat Islam di dunia.

Sekiranya negara barat boleh mengenakan pelbagai sekatan ekonomi serta meletakkan pelbagai syarat perdagangan untuk melindungi syarikat tempatan mereka, mengapa kita tidak dapat berbuat demikian agar pelabur-pelabur yang melabur di Malaysia terlebih dahulu menjaga sensitiviti agama Islam sebagai agama rasmi ?

Pekilang-pekilang arak yang ingin beroperasi di Malaysia haruslah dikenakan beberapa syarat antaranya ialah mereka hanya dibenarkan mengambil pekerja bukan Islam untuk bekerja di kilang atau syarikat mereka. Sekiranya pada ketika ini kita boleh mengenakan syarat seperti hanya warga Indonesia dan Filipina sahaja boleh diambil sebagai pembantu rumah, pekerja Vietnam sebagai pekerja kilang dan seterusnya, mengapa tidak diletakkan pula syarat kilang arak hanya dibenarkan mengambil pekerja bukan Islam , baik pekerja tempatan ataupun pekerja asing.

Malah bukan setakat pekerja sahaja pekilang arak mesti mengambil orang bukan Islam , malah jawatan lain termasuk pengarah syarikat , pembekal, pengedar dan peruncit juga haruslah diambil dari kalangan orang bukan Islam.

Begitu juga dengan tempat operasi kilang arak berkenaan, hendaklah ianya tidak beroperasi di kawasan penduduk yang majoritinya beragama Islam. Sekiranya hasil daripada pembangunan semasa serta kepadatan penduduk yang bertambah, maka lesen pekilang arak tidak sepatutnya diperbaharui, serta pekilang arak berkenaan harus diberi tempoh agar mereka dapat berpindah ke kawasan yang majoriti penduduknya adalah bukan Islam.

Islam begitu bertoleransi dengan penganut agama lain. Islam tidak menghalang pengikut agama lain makan apa yang mereka suka, serta minum apa yang mereka suka, asalkan pengikut agama lain menjaga sensitiviti umat Islam setempat.

Sebagai sebuah negara Islam juga , Malaysia boleh meletakkan syarat bahawa pekilang arak yang beroperasi di Malaysia ini hendaklah memastikan bahawa pengeluaran arak mereka hanyalah untuk pasaran tempatan sahaja, bukannya untuk pasaran ekspot. Adalah agak pelik Malaysia sebuah negara Islam menjadi pengeluar arak utama bagi rantau Asia Tenggara atau pun rantau Asia. Apatah lagi pekilang arak tersebut berasal dari negara Denmark, negara dimana akhbar mereka memulakan penyiaran karikatur yang menghina Nabi Muhammad saw.

Mufti-Mufti Malaysia beri kata dua kepada Duta Denmark

Bil ()dlm.MN.PK.A351.PTA/05/08

Tarikh : 8 Muharram 1427 - 7 Februari 2006

Kpd :
H.E. Borge Petersen
Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary
22nd Floor, Wisma Denmark, 86, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Tuan Yang Terutama,

BANTAHAN TERHADAP PENYIARAN KARIKATUR NABI MUHAMMADSAW OLEH AKHBAR JYLLANDS-POSTEN

Saya mewakili Majlis Mufti-mufti Malaysia membantah sekeras-kerasnya perbuatan biadap akhbar Jyllands-Posten yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW kerana perbuatan berkenaan adalah merupakan satu penghinaan kepada agama Islam dan seluruh penganut Islam yang sukar untuk dimaafkan.

Kami berkepercayaan bahawa agama adalah hak manusia dan tidak boleh mana-mana pihak menghina dan mencaci agama lain. Keharmonian beragama yang masih bertahan di negara ini adalah disebabkan tiada perbuatan jijik dan hina seperti yang telah dilakukan oleh akhbar berkenaan yang menggambarkan sikap tidak menghormati sensitiviti agama lain.

Penganut Kristian dan agama lain bebas mengamalkan ajaran masing-masing di Negara ini kerana umat Islam amat berpegang kepada ajaran kitab suci Al Quran yang menegaskan :
“Bagi kamu agama kamu , bagiku agamaku”
“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah”

Kami menuntut penyiaran karikatur berkenaan dihentikan serta merta dan perbuatan yang tidak bertamadun berkenaan tidak diulangi pada masa akan datang. Kami juga menuntut akhbar berkenaan memohon maaf kepada seluruh umat Islam SEBELUM SAMPAI KE SITUASI KAMI MUFTI-MUFTI GAGAL LAGI MENGAWAL PERASAAN UMAT ISLAM DI NEGARA INI.

Sekian.

DATO SERI DR HJ HARUSSANI BIN HJ ZAKARIA
SMP, DPMP, SIM, AMN, PKT, PJK
Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan
Mewakili Majlis Mufti-Mufti Malaysia

(Surat ini disiarkan dalam dalam web Jabatan Mufti Perak http://mufti.perak.gov.my/berita/surat%20rasmi%203.pdf )

Tun Dr Mahathir sokong boikot barangan Denmark

PUTRAJAYA, 13 Feb (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata bantahan umat Islam terhadap penerbitan karikatur Nabi Muhammad S.A.W. patut memberi mesej bahawa tindakan tidak sensitif terhadap Islam tidak seharusnya berulang.

Bekas perdana menteri itu bagaimanapun berkata bantahan itu tidak wajar berpanjangan.

"Umat Islam mesti buat protes, dan jika perlu, buat mereka rasa keperitan dengan memboikot. Ia bertujuan memberi isyarat supaya mereka tidak mengulanginya," katanya semasa ditemui selepas menerima kunjungan bekas Presiden Iran Mohammad Khatami di sini hari Isnin.

Dr Mahathir diminta mengulas bantahan umat Islam membabitkan penerbitan karikatur yang memperkecil-kecilkan Nabi Muhammad dalam sebuah akhbar Denmark dan penyiaran semula bahan itu oleh akhbar-akhbar di Eropah dan beberapa negara lain yang mencetuskan tindakan marah daripada umat Islam di seluruh dunia.

"Ia tidak sensitif (menyiar semula kariraktur), dan saya berpendapat umat Islam bertindak tepat untuk membantah," katanya.

Dr Mahathir menyatakan bahawa ada penduduk di Eropah telah hilang kepercayaan terhadap agama mereka.

Dan kerana mereka menganggap agama sebagai tidak relevan, beliau berkata adalah salah untuk mereka menganggap umat Islam mempunyai perasaan yang serupa apabila agama mereka diperlekehkan.

"Kebanyakan penduduk Eropah pada asasnya tidak mempunyai agama, dan mereka tidak nampak mengapa kita ambil kisah mengenai perkara itu," kata Dr Mahathir menjelaskan mengapa akhbar menyiarkan semua karikatur yang menghina itu.

Seperti kebanyakan negara Islam lain, Malaysia mengutuk penerbitan karikatur itu, yang dilaporkan menggambarkan Nabi Muhammad memakai serban berbentuk seperti bom.

Mengenai pertemuan itu, Dr Mahathir berkata Khatami mahu beliau menganggotai satu kumpulan yang akan bekerja ke arah mewujudkan dialog antara budaya.

Memandangkan beliau sudahpun menjadi anggota kumpulan seumpama itu, Dr Mahathir berkata beliau akan mengkaji jemputan berkenaan sebelum membuat sebarang komitmen.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=180148

20060213

Pemain Bola Mesir Rela Mati Untuk Rasulullah

Mesir memenangi Kejuaraan Berprestij Bolasepak Piala Afrika pada 11 Feb 2006. Media utama hanya menyiarkan bagaimana penyokong Mesir meraikan kemenangan mereka. Tetapi gambar pemain penyerang utama Mesir Abu Trika berlari keliling padang meraikan kejayaan sambil memaparkan baju yang tertulis dalam Bahasa Arab yang bermaksud “Kami Rela Mati Untuk Mu Ya Rasulullah” tidak digembar gemburkan oleh media. Pemain bolasepak Mesir memakai baju ini sebagai membantah tindakan penyiaran kartun yang menghina junjungan kita Nabi Muhammad saw.

Laporan dari Islam Onlline 11 Feb 2006

http://www.islamonline.net/English/News/2006-02/11/article03.shtml

Stiker kereta Kristian di Senawang

Tengahari tadi balik rumah jap. On the way pergi kerja balik di traffic light Taman Kobena, Senawang nampak satu kereta Kancil lama warna Hijau, pemandunya mungkin perempuan India tak silap saya.

Pada cermin belakang kereta ada satu stiker yang jelas tertulis “ I NO GO UNIVERSITY, I ONLY GOD JESUS (GOD), I AM HAPPY MA !” Maksudnya lebih kurang “SAYA TAK PERGI UNIVERSITI, TAPI SAYA CUMA ADA JESUS (TUHAN), SAYA RASA SENANG HATI”

Orang Kristian begitu bersungguh-sungguh mempertahankan agama mereka.

Baru semalam saya berbicara dengan seorang sahabat. Benarlah hadith Nabi yang mengatakan umat Islam diakhir zaman ini lemah sebab ada satu penyakit. Iaitu penyakit “WAHAN” , Cintakan keduniaan , takutkan mati”. Dalam hati kecil saya mengatakan penyakit tersebut melanda umat Islam secara umumnya dari kecil hinggalah yang tua, dari yang tidak berilmu hinggalah yang tinggi ilmunya.

Namun penyakit WAHAN ini tidak melanda orang bukan Islam.

20060211

Dato Bandar London ketuai demo bantah kartun hina Nabi

SUBHANALLAH. Dato Bandar London, Mayor Ken Livingstone telah mengetuai perarakan aman yang disertai beribu-ribu penunjuk perasaan di kotaraya London bagi membantah penyiaran kartun menghina Nabi saw pada hari Sabtu 11 Februari 2006

Dato Bandar KL, Ipoh, Johor Bharu, Melaka, Menteri-Menteri Besar, Wakil-Wakil Parlimen dan Wakil Rakyat kat Malaysia ni bila pula nak ketuai perarakan aman membantah penyiaran kartun junjungan kita Nabi Muhammad saw ?

Laporan dari Islam Online 11 Feb 2006
http://islamonline.net/English/News/2006-02/11/article01.shtml

Livingstone Leads Cartoon Protest, Norway Apologizes

"I am supporting this event because it will allow the views of the mainstream Muslim community to be properly heard," said Livingstone.

LONDON, February 11, 2006 (IslamOnline.net & News Agencies) – London Mayor Ken Livingstone leads Saturday, February 11, thousands of Britons in a London rally to protest at Danish cartoons that mocked Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) as a Norwegian magazine that published the blasphemous drawings apologized to the Muslim world.

"I am supporting this event because, unlike some of the BBC's coverage, it will allow the views of the mainstream Muslim community to be properly heard," Reuters quoted Livingstone as telling reporters.

He was referring to the British broadcaster’s devoting too much coverage to a rally by a "tiny minority" -- as he put it -- of Muslim hardliners who had taken part in the highly publicized protest at the Danish embassy last week.

Livingstone also criticized the BBC for briefly showing the cartoons on some of its news bulletins.

"There is no excuse for breaking the law and anyone who does so should and will face prosecution, but there is no getting away from the fact that this whole episode has allowed much of Europe's media to engage in an orgy of Islamophobia," Livingstone said.

Pemeriksaan Kesihatan Percuma 26 Feb Senawang

PROGRAM KHIDMAT KESIHATAN PERCUMA

AHAD 26 FEBRUARI 2006
9.00 pagi – 1.00 tgh

Tempat :
SURAU TAMAN ALAMANDA , SENAWANG

Acara Menarik :
Pemeriksaan Kesihatan Percuma Untuk Semua Golongan :
•Tekanan darah
•Indeks berat badan
•Gula dalam badan
Ceramah Kesihatan " Kanser Golongan Wanita serta Rawatan "
Pameran kesihatan
Galeri Yayasan Amal
Kuiz kesihatan (hadiah untuk pemenang)
Gerai jualan buku/kaset/CD kanak-kanak

TERBUKA UNTUK SEMUA KAUM DAN AGAMA

Anjuran :
Biro Helwa Surau dan Taman Alamanda

Dengan kerjasama :
Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan

Dan
Nisa’ Kawasan Rembau

Maklumat lanjut hubungi
Pn Norwani : 013-3851202
Pn Rahana : 013-2593670
Pn Faridah : 012-6634079
Sdr Rozmal : 012-2267406

20060209

Susu Dumex pun Denmark punya !

Bukan saja kilang arak Carlsberg di Shah Alam berasal dari Denmark, malah Susu Dumex pun berasal daripada Denmark sejak tahun 1958 lagi.

Silap percaturan Malaysia akan diboikot oleh negara Arab dan negara Islam lain, kerana kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi tidak akan memboikot produk Denmark dan tindakan yang diambil ke atas Sarawak Tribune yang menyiarkan kartun Nabi saw tidak sepantas dan setegas tindakan mengISAkan KMM (Kumpulan Militan Malaysia) yang melawan Yang Di Pertuan Agong.

http://www.dumex.com.my/about/index.php

Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd.

In operation since 1958, Dumex (Malaysia) is owned by The East Asiatic Company Ltd (EAC), Denmark, and Permodalan Nasional Berhad. The company manufactures infant and child nutritional products at its Nilai plant, and these products are then distributed in Malaysia and Singapore with exports to more than 15 countries in Asia, Middle East and Europe.

Dumex's 470-strong teams places top priority on maintaining quality standards both in terms of product and services, by implementing the company's core values, which are Performance, Customer, Innovation, People and Integrity.

Through these values, Dumex has been able to sustain its position as market leader. It ranked number one in overall customer satisfaction in a study conducted among medical professionals and the retail trade by AC Nielsen. Dumex was also named a Top Three Brand Family by AC Nielsen in 2002 and 2003 & 2005 Best Employer in Malaysia 2003. The Dumex Quality & Food Safety Management and Dumex Environmental Management System are certified to the international standards of ISO 9001, ISO 14001 & HACCP (hazard analysis critical control point).

To the Ambassador of Denmark in Malaysia

Dear Sir,

In response to the call of protest from UMNO Youth Chief Dato Hishamuddin Tun Hussein, Malaysia Minister of Education , I, Rozmal bin Malakan a muslim and a citizen of Malaysia would like to emphasize that any depictions of Prophet Muhammad are absolutely prohibited in Islam, what more about blasphemous caricature.

The cartoons are an insult to Islam and the Prophet and I demand a formal apology from Jyllands-Posten to all muslim around the world.

**********************************************************
Dari Laman Web Pemuda UMNO http://www.pemudaumno.org.my

Suarakan Bantahan.....Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Hari Ini Mengajak Seluruh Rakyat Di Negara Ini Bersama Menyuarakan Bantahan Terhadap Kebiadapan Dan Keceluparan Akhbar Denmark Yang Menyiarkan Karikatur Yang Menghina Nabi Muhammad SAW Baru-baru Ini. Mereka Yang Ingin Menyuarakan Bantahan Bolehlah Menghantarnya Di Alamat : H. E. Borger Peterson, Ambassador, Royal Danish Embassy, 22nd, Floor Wisma Denmark, 86, Jalan Ampang, 50480 Kuala Lumpur. Atau telefon : 03-2032 2001/2004/2005, Fax : 03-2032 2012/2015 dan Email : kulamb@um.dk

20060208

Kilang Arak Carlsberg kepunyaan Denmark rupanya !

Rupa-rupanya kilang arak Carlsberg yang berdiri megah tepi Lebuhraya Persekutuan di Shah Alam itu adalah dari Denmark.

Apa komen kerajaan Malaysia, UMNO, PAS, ABIM, JIM, PPIM, PERKIM, JAKIM, IKIM dan lain-lain mengenai kilang Carlsberg di Shah Alam ini dan hubung kaitnya dengan kerajaan Denmark yang tidak mengambil tindakan ke atas akhbar Denmark yang menyiarkan kartun-kartun yang menghina Nabi saw. ?

Carlsberg
100 Ny Carslberg Vej
Copenhagen V
1799
Denmark
Tel: 45 33 27 33 00
Fax: 45 33 27 47 01
Web: www.carlsberg.com

Sambutan Forum 121 (1A) Perlembagaan Diluar Jangkaan

Forum penjelasan isu Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang diadakan di Seremban 6 Februari yang lalu adalah diluar jangkaan. Walaupun pada saat akhir tempat forum berkenaan yang sepatutnya diadakan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi telah ditukar pada saat-saat akhir, namun ianya tidak mematahkan semangat umat Islam di Negeri Sembilan ini untuk mendengar kupasan terperinci Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh kepentingan umat Islam di Malaysia ini.

Lebih daripada 1000 orang telah membanjiri tempat forum yang diadakan di tempat terbuka. Semua golongan masyarakat Islam seluruh Negeri Sembilan memberikan tumpuan sepenuhnya semasa forum dijalankan termasuklah lebih 100 orang pelajar IPTA dan IPTS seluruh Negeri Sembilan.

Secara tidak langsung ianya telah menunjukkan kesepaduan kata umat Islam di Negeri Sembilan ini dalam mempertahan kuasa mahkamah syariah.

Forum tersebut adalah merupakan anjuran bersama beberapa NGO antaranya Yayasan Pembangunan Ummah, ABIM, JIM, Teras Pengupayaan Melayu serta Badan Amal Rayyan.

20060207

Sertai Perarakan Aman Bantah Kartun Hina Nabi 10 Feb K.Lumpur

Umat Islam diseru menyertai perarakan aman pada hari Jumaat 10 Februari 2006 selepas solat Jumaat bagi membantah penyiaran kartun-kartun yang menghina junjungan kita Nabi Muhammad saw di akhbar-akhbar Eropah termasuk akhbar tempatan Sarawak Tribune yang telah menyiarkan kartun tersebut.

Perarakan akan bermula selepas solat Jumaat bermula dari Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur hinggalah ke perkarangan kedutaan di Wisma Denmark.

Umat Islam juga diseru mengadakan perarakan dan perhimpunan dengan aman. Umat Islam yang menyertai perarakan ini dilarang bertindak ganas, membakar bendera serta patung, mengeluarkan kata-kata keji dan penghinaan. Pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mereka yang bertindak ganas.

Umat Islam diseru berarak dengan sopan dalam kumpulan, mengikut arahan petugas trafik. Menyediakan sepanduk yang menyeru agar akhbar-akhbar yang telah menyiarkan kartun-kartun tersebut meminta maaf, serta menyeru kerajaan yang terlibat agar mengambil tindakan ke atas akhbar-akhbar yang terlibat. Umat Islam juga disarankan mengadakan sepanduk yang memuji sifat-sifat Nabi Muhammad saw, berselawat, bertasbih, bertakbir, bertahmid dan bertahlil.

Semoga perarakan aman yang ditunjukkan oleh umat Islam di Malaysia ini akan menjadi contoh kepada umat Islam di seluruh dunia.

Justeru itu semua umat Islam di Malaysia disarankan menyertai perarakan ini, termasuk parti-parti politik UMNO, PAS, NGO-NGO , ABIM, JIM, PERKIM, Jawatankuasa Masjid dan lain-lain.

Semoga Allah memberkati perarakan aman ini.

20060205

Forum Artikel 121 6 Feb Seremban diteruskan

Adalah dimaklumkan oleh pihak penganjur Forum Penjelasan Isu Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan oleh Tokoh-Tokoh Perundangan dan Perlembagaan Negara pada hari Isnin 6 Feb 2006 jam 9 malam yang pada awalnya bertempat di Pusat Dakwah Islamiah Paroi akan diteruskan.

Pihak penganjur telah mendapat beberapa tempat yang sesuai sekitar 1 km daripada Pusat Dakwah Islamiah Paroi. Mereka yang ingin menghadiri forum percuma ini bolehlah mendapat maklumat lanjut mengenai perubahan tempat bermula jam 8 malam di luar pintu pagar Pusat Dakwah Islamiah Paroi. Pihak penganjur akan mengedarkan makluman serta lokasi perubahan tempat kepada orang ramai.

Ahli panel forum ini terdiri dari Prof Dr Abdul Aziz Bari (UIA), Pn Kamar Ainiah (Peguam Syarie) dan Sdr Zainur Zakaria (Peguam).

Forum ini adalah dianjurkan oleh NGO-NGO seperti ABIM, JIM, YPU, TERAS, RAYYAN dan lain-lain.

20060202

Menteri Bukan Islam Boikot Barangan Israel, kita bagaimana ?

http://www.islamonline.net/English/News/2006-01/05/article05.shtml
Laporan Islam On Line 5 Januari 2006 – Menteri Norway Boikot Barangan Israel. Menteri Kewangan Norway Kristin Halvorsen menyatakan “Sejak sekian lama saya tidak membeli barangan Israel dan saya menyokong kempen parti saya yang memboikot barangan dan perkhidmatan daripada Israel”. Tujuan menteri tersebut memboikot barangan Israel ialah sebagai sokongan ke atas kebebasan hak rakyat Palestin, dan menentang polisi Israel yang melanggar hak asasi manusia.

Nah, seorang menteri bukan Islam dari negara barat memboikot barangan Israel. Bagaimana kita rakyat Malaysia atas perjuangan hak asasi manusia dan lebih-lebih lagi umat Islam di Malaysia ini atas nama saudara dalam Islam ?

Mungkin tindakan kita tidak membeli barangan Israel yang harganya RM 1 – RM 1000 atau lebih tidak akan melemahkan negara Israel. Tapi ingat kepada kisah seekor burung kecil ketika Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup. Maka apa jawapan kita kepada Allah kelak apabila ditanya “Apa yang kita telah buat untuk saudara kita di Palestin ? “

Semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang-alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, "Buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu?" Lalu dijawab oleh burung tersebut, "Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak."


Berikut ialah sebahagian daripada produk buatan Israel yang perlu diboikot yang disenaraikan dalam laman web di bawah :

KFC, Arbys, McDonalds, McBurger, Pizza Hut, Chilies, Hardees, Paridies, Pizza Little Sitzer, Jack in the Box, A&W, Kantez, Baskin Robbins, Wimpy, Dominos Pizza, Texas, Slizer, Pepsi, Mirinda, 7up, Coca-Cola, Sprite, Fanta, Nike, Adidas, Kate, Calvin Klein, Power, Union Air, Clifinitour , Admiral, Harmony, Alaska, Duncan, Motorola, Alcatel, Eveready, Energizer, Ford, Chrysler, Hammer, Chevrolet, Puck, Procter and Gamble, Johnson & Johnson, Nectar, Avon, Revlon, Bank America International, American Express, Bank of America, Bank of New York, Marlboro, LM, More.

Berikut ialah laman-laman web berkaitan isu Palestin :

Laman web senarai barangan Israel yang perlu diboikot http://www.inminds.com/boycott-brands.html
Laman web isu Palestin dalam Bahasa Malaysia http://palestinkini.info
Laman web isu Palestin dalam Bahasa Indonesia http://www.infopalestina.com

Gotong Royong Perdana Masjid Senawang 4 Feb

GOTONG ROYONG PERDANA MASJID BANDAR BARU SENAWANG

Semua muslimin dan muslimat ahli kariah Masjid Bandar Baru Senawang dijemput ke Program Gotong Royong Perdana membersih kawasan perkarangan masjid pada :

SABTU 4 Februari 2006
JAM 8:30 pagi
DI Perkarangan Masjid Bandar Baru Senawang

Harap maklumkan kepada semua ahli surau dan taman masing-masing. Kehadiran NGO-NGO, parti-parti politik, Putera UMNO, Pemuda PAS, Unit Amal, Amal Nisa, Puteri UMNO, JIM, ABIM, Belia 4B amat dialu-alukan.

Sila bawa peralatan bersama (parang , kapak, gergaji dll)

Taman-taman perumahan dalam kariah Masjid Bandar Baru Senawang ialah :

1. Taman Anggerik
2. Taman Widuri
3. Taman Senawang Indah
4. Taman Jasmin
5. Taman Bandar Baru Senawang
6. Taman Kobena
7. Taman Teratai
8. Taman Desa Ixora
9. Taman Desa Flora
10. Taman Satria
11. Taman Desa Melor
12. Taman Alamanda
13. Taman Desa Dahlia

20060201

Rugi Tak Pergi Sambutan Maal Hijrah N.Sembilan

Rugi ! Rugi ! Rugi ! Itulah yang ada pada fikiran saya, kalau saya tidak pergi ke acara sambutan Maal Hijrah peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Dataran Senawang pada 1 Muharram 1427 bersamaan dengan 31 Januari 2006.

Terlebih dahulu sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan yang telah memulakan tahun baru hijrah pada kali ini dengan satu acara yang telah dapat menaikkan syiar Islam dikalangan masyarakat Islam di Negeri Sembilan.

Sambutan yang diberikan oleh orang ramai yang hadir ke majlis tersebut adalah diluar dugaan, malah ribuan lautan manusia yang hadir boleh menandingi sebarang konsert yang diadakan di Dataran Senawang sebelum ini.

Apa yang menarik ialah ahli panel yang memberikan Forum Maal Hijrah yang bertajuk “Keunggulan Ilmu Teras Kemajuan Ummah” ialah penerima Anugerah Penghargaan Maal Hijrah 1427 peringkat Kebangsaan Dr Mohd Yusof bin Othman serta pakar motivasi Dato Dr Fadilah Kamsah. Peluang ini tidak dilepaskan apabila saya sempat bergambar serta mengucapkan tahniah kepada Dr Mohd Yusof Othman diatas anugerah yang diterima beliau.

Malah anak-anak turut sama terhibur dengan selingan nasyid oleh kumpulan Rabbani dan kumpulan Hijjaz. Sementara ayah bergambar dengan ilmuwan Islam si anak-anak pula sempat bergambar dengan kumpulan nasyid kegemaran mereka.

Kesimpulan yang dapat diambil daripada acara Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sembilan ini, ialah masyarakat sekarang ini dahagakan ilmu serta hiburan yang berteraskan Islam, oleh itu semua pihak daripada individu Islam, jawatankuasa masjid dan surau, Jabatan Agama Islam serta persatuan-persatuan Islam haruslah senantiasa berganding bahu menganjurkan aktiviti turun padang untuk mendekatkan masyarakat dengan ajaran Islam.

Rozmal bin Malakan
Setiausaha Surau Taman Alamanda, Senawang, NS