KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20060221

NST Malaysia pula siar kartun hina Nabi

Difahamkan akhbar New Straits Times Malaysia keluaran 20 Februari 2006 menyiarkan satu kartun dimuka 20 ruangan Life & Times yang boleh disifatkan menghina Nabi.

Kartun pada halaman 8 Life & Times semalam tersebut mempunyai unsur menghina Rasul saw.

Satu laporan polis telah dibuat oleh pihak tertentu di Balai Polis Dang Wangi bagi membantah penyiaran itu

NST semalam menyiarkan satu kartun yang dilukis oleh Wiley Miller bertajuk Non Sequitur.

Antara perkara yang disiarkan dalam kartun itu adalah "Caricatures of Muhammad while you wait!".

3 MAC 2006 HARI PROTES SEDUNIA

Gerakan Islam seluruh dunia termasuk Malaysia akan menjadikan 3 Mac 2006 sebagai hari protes antarabangsa terhadap kartun yang menghina Rasulullah yang disiarkan oleh sebuah akhbar Jerman dan diikuti oleh media lain.

Perhimpunan akan dilancar di seluruh negara sebaik sahaja selesai solat Jumaat pada hari tersebut.

Perhimpunan hendaklah dibuat di sebuah masjid sahaja untuk setiap negeri bagi memastikan keberkesanannya.

Orang ramai yang prihatin dengan penghinaan terhadap Rasulullah ini dijemput hadir beramai-ramai.

Kempen memboikot barangan keluaran negara yang terbabit dengan penyiaran kartun itu akan dilancarkan pada hari itu juga.