KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20091129

KFC Baru Seremban, Bazaar MAINS, Flea Market



Pagi tadi Ahad 29 November 2009 sekitar jam 7:30 pagi ke bandar Seremban. Lalu depan Bazaar MAINS di Jalan Dato Abdul Rahman. Tahniah keperihatinan pihak MAINS dah letak beberapa papantanda untuk menunjuk arah Bazaar MAINS.

Terperanjat tengok dah ada KFC baru sederet dengan Bazaar MAINS. Mungkin dengan adanya KFC baru di tengah bandar Seremban ini akan merancakkan lagi aktiviti perniagaan di Bazaar MAINS milik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

FLEA MARKET
Bazaar MAINS Seremban akan mengadakan jualan lambak berkonsepkan Flea Market Bazaar MAINS pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula 5 dan 6 Disember 2009 ini dengan kadar sewaan tapak yang amat-amat berpatutan iaitu RM 10 sehari.

Kepada mereka yang berminat sila SMSkan Nama , No tel, jenis produk ke 013-6367565

Maklumat lanjut di laman web Bazaar MAINS di http://bazaarmains.com/ atau http://bazaarmains.blogspot.com/

Tiada ulasan: