KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090215

Jangan sibuk Jemaah Tabligh, tengok yang tak sembahyang

Pernah rakan saya menceritakan kepada saya, ada orang yang tak senang dengan aktiviti Jemaah Tabligh. Lalu orang ini mengadulah kepada Mufti Negeri Sembilan pada ketika itu iaitu Dato Hj Mohd Murtadza Hj Ahmad. Lalu Dato Hj Murtadza memberitahu orang yang mengadu tadi lebih kurang ertinya, kenapa nak sibuk orang yang sembahyang dan mengajak orang sembahyang, pergi tengok orang Melayu yang tak sembahyang melepak di kompleks membeli belah itu lagi ramai.

Mudah sahaja jawapan mantan Mufti tadi. Orang kita ni ada yang tak senang tengok orang pergi masjid, tapi dia tak kisah tengok orang melepak di pasaraya, orang penuh kunjungi pasar malam waktu maghrib , kedai judi dan kedai arak di kejiranan mereka dan sebagainya.

Sebenarnya Jabatan Mufti Negeri Sembilan pada era Dato Hj Mohd Murtadza Hj Ahmad menjadi Mufti begitu banyak membantu kerja dakwah di negeri ini, begitu banyak menerbitkan buku agama, tapi jarang diberi publisiti yang sepatutnya oleh pihak media.

Antara buku-buku terbitan Jabatan Mufti Negeri Sembilan terdapat di pautan berikut http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/2009/02/buku-buku-terbitan-jabatan-mufti.html

Tiada ulasan: