KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110724

Ketagihan judi sakit mental


KETAGIHAN terhadap judi menular kepada permainan dalam talian yang mendedahkan generasi muda kepada tabiat buruk tersebut. - Gambar hiasan.

Kosmo 24 Jul 2011

KUALA LUMPUR – Ketagihan judi di kalangan masyarakat negara ini kini dianggap satu daripada elemen penyakit mental yang semakin serius dan wajar ditangani segera. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kesan daripada ketagihan judi mendorong kepada peningkatan masalah seperti hutang, bankrap, tekanan hidup selain masalah sosial yang memberi kesan terhadap hubungan kekeluargaan.

“Hampir setiap hari kita boleh membaca mengenai masalah berjudi di media. Ia merupakan masalah yang sangat serius, lebih parah daripada penagihan dadah. “Kami sedang melihatnya sebagai satu penyakit, agar kita boleh mengambil rawatan perubatan dan langkah untuk merawatnya,’’ katanya pada pemberita selepas merasmikan Majlis Ceramah Umum Mengenai Masalah Perjudian anjuran Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) di sini semalam. Tiong Lai juga bimbang sindrom itu mendorong perkembangan permainan judi di internet yang mensasarkan kepada golongan muda.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0724&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

2 ulasan:

azmie berkata...

kono tanyo mentori nih, adik beradik dio yg saman kerajaan kelantan tu sakit mental jugak kot

khalifah roket berkata...

kerajaan slangor & penang pun kena la tutup pusat judi & rumah urut yg bersepah tu jugak.. dah nk ramadan ni.. lim guan eng kata nk tiru khalifah umar abd aziz..keh,keh,keh..