KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110721

Kelantan Benarkan Jual Makanan Selepas 3 Petang



Takkan Kelantan saja, negeri lain macam mana? Ada yang restoran Islam, sarapan pagi seawal 7 pagi pun ada jual nasi lemak dan roti canai apa cerita? Pengunjung Islam yang datang semua pakai helmet, beli bungkus atau masuk ikut pintu belakang. Takkan nak tambah penguatkuasa jabatan agama sampai 2000 orang setiap negeri pergi tangkap orang tak puasa?

**************
Puasa : Kelantan Hanya Benarkan Penjualan Makanan Selepas Pukul Tiga Petang

KOTA BAHARU, 20 Julai 2011 (Bernama) -- Kerajaan PAS Kelantan hanya membenarkan penjualan makanan seawal pukul 3 petang sepanjang bulan puasa ini, termasuk di restoran makanan segera.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata bagaimanapun restoran makanan segera di pasar raya dan kompleks perniagaan yang kebanyakannya dikunjungi bukan Islam dan pelancong dikecualikan daripada peraturan itu dan dibenar beroperasi mulai pukul 10.30 pagi hingga 10.30 malam.

Beliau berkata pengusaha kedai makan dan restoran makanan segera yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan kompaun atau denda di mahkamah tidak melebihi RM500.

Garis panduan mengenai peraturan itu telah dihantar kepada semua peniaga dan ia tertakluk di bawah Undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) dan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini, katanya.

Tahun lepas kira-kira sembilan restoran telah diambil tindakan kerana melanggar peraturan itu, katanya.

Beliau berkata untuk tahun ini hampir RM1 juta diperuntukkan melalui MPKB untuk mengadakan program Perkampungan Ihya'Ramadan di sepanjang bulan puasa ini yang akan diadakan di dataran Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Baharu.

Antara pengisian program itu ialah Program Jejak Belia yang melibatkan remaja berkampung untuk berbuka puasa, bersahur serta mengikuti aktiviti keagamaan.

http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=602626

Tiada ulasan: