KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100509

Jangan jadi Boss punca orang bunuh diri

Bukan senang nak jadi boss , menteri , pengarah , ketua jabatan , guru besar , ketua keluarga dan sebagainya. 1 dari 10 orang rakyat Malaysia dikhuatiri mengalami masalah sakit mental. Bunuh diri pula akan menjadi penyebab kematian kedua tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung.

Apa ke tidaknya. Semua nak cemerlang, SPM nak skor 9A, ijazah nak dapat 4 flat , boss suruh buat itu, boss suruh buat ini, sekolah nak dapat cemerlang, ketua pengarah nak macam-macam, menteri nak macam-macam.

Pada Sabtu 8 Mei 2010 saya telah menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang Permata Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said atau SHAMS di Seremban.

Ianya telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abdullah bin Salleh , Timbalan Pengarah (Pengurusan Institusi Pendidikan Agama), Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.



Malangnya ucapan perasmian beliau macam dengar tak dengar. Maklumlah kami datang lambat, duduk belakang dewan. PA system pula tak power macam konsert. Hadirin pula duk pot pet pot pet je.

Sayang , siapa tak dengar intipati Tuan Haji Abdullah memang teramatlah rugi.

Dia cakap slow sahaja, selamba, baca ayat Quran dan ulas.

Senang saja dia cakap. Mula mula yang dia cakap ialah , kita bukan sahaja meraikan pelajar cemerlang, kita juga perlu meraikan pelajar lain, juga yang kurang cemerlang. Mungkin mereka kurang cemerlang sekarang, mereka akan cemerlang kemudian hari.

Kalau semua pelajar cemerlang kata Tuan Haji Abdullah lagi , siapa pula yang akan bekerja melakukan pembersihan ?

Setiap ucapan beliau , beliau bacakan ayat al Quran dan kaitkan dengan kehidupan seharian.

Katanya kalau kita pergi haji ada dam. Dam ini bermaksud darah. Darah ini ialah dengan menyembelih kambing. Kambing yang ada di Mekah ni bukan diternak di Arab, juga bukan di Malaysia, tapi banyak dari Australia. Pelajar yang dapat skor SPM 9 A hari ni , nak ke bela kambing ?

Inilah boss yang sebenarnya mendatangkan keseronokan untuk bekerja dan belajar. Bukannya senang nak suruh anak buah atau pelajar seronok untuk belajar, seronok untuk bekerja, seronok untuk cemerlang, seronok untuk mencapai target NKRA.

Jadi kepada Ketua Jabatan, Ketua Pengarah, Menteri , Guru Besar dan sebagainya, contohilah orang yang macam ni. Orang yang mendatangkan keseronokan untuk bekerja dan belajar bukan dipaksa.

Orang yang sentiasa menanamkan sifat tawadhu. Orang yang menghargai mereka yang mengutip sampah, menyapu jalan dan sebagainya. Orang yang menyebarkan kasih sayang dan semangat bekerjasama.

Tahniah Tuan Haji, pertama kali saya dengar ucapan perasmian macam ni.

Tiada ulasan: