KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100506

Pelajar 13 tahun tiada lesen maut kemalangan


Kerajaan, Polis, JPJ, ibu bapa dah hilang punca. Remaja, pelajar sekolah termasuk pelajar sekolah rendah bawa motosikal dah terkawal lagi dah. Malaysia dah jadi negara tanpa undang-undang. Baca kisah Malaysia dah jadi negara Koboi di http://waghih.blogspot.com/2010/04/malaysia-dah-jadi-negara-koboi.html

Pelajar Tingkatan 1 Maut Dalam Kemalangan Di Lanchang

KUANTAN, 6 Mei 2010 (Bernama) -- Seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu maut selepas terbabit dalam satu kemalangan berhampiran Sekolah Kebangsaan Bolok, Lanchang, Rabu petang.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata ketika kejadian, mangsa, Muhammad Afiq Suhaimi, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lanchang sedang menunggang motosikal dari arah Lanchang pada pukul 6.20 petang.

Katanya ketika tiba di tempat kejadian, mangsa cuba membelok ke simpang sebelah kiri jalan sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa yang tidak memakai topi keledar dan tidak memiliki lesen memandu meninggal dunia dalam perjalanan ke Poliklinik Lanchang akibat kecederaan teruk di kepala," katanya kepada pemberita di sini, pada Khamis.

Beliau berkata kenderaan pacuan empat roda berkenaan turut melanggar motosikal lain ketika cuba mengelak motosikal mangsa namun penunggang dan pemboncengnya hanya mengalami kecederaan ringan.

Pemandu pacuan empat roda tersebut juga tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=495935

Tiada ulasan: