KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100502

Radhi OAG hisap dadah, masuk jemaah Tabligh


Mudah dan murah sahaja sebenarnya ubat mereka yang ketagih dadah ni. Sembahyang, itu saja.

Kisah sebelum ini berkaitan Bala Dadah di Malaysia :
- Melayu , 1 Rumah , 1 Penagih Dadah http://waghih.blogspot.com/2010/04/melayu-1-rumah-1-penagih-dadah.html
- Rawat penagih dadah dengan Selawat http://waghih.blogspot.com/2010/03/rawat-penagih-dadah-dengan-selawat.html

*****************************
Ramai yang terkejut apabila penyanyi Radhi OAG baru-baru ini membuat pengakuan terbuka telah menjadi 'pelanggan' setia najis dadah sejak berusia 15 tahun.

Katanya, pada malam sambutan Tahun Baru Cina yang lalu, badannya tiba-tiba menjadi panas ketika sedang khayal akibat dipengaruhi najis dadah.

"Akhirnya saya kuatkan perasaan dengan berjalan ke surau untuk mendirikan solat. Alhamdulillah, selepas bersolat tiba-tiba hadir kekuatan dalam diri saya untuk terus meninggalkan tabiat buruk ini," katanya.

Ketika di Masjid Sri Petaling, Radhi telah bertemu dengan penyanyi Dr. Sam (penyanyi lagu Saya Anak Malaysia) yang memberi semangat termasuk mengajaknya mengikut kumpulan TABLIGH selama beberapa hari bermula di daerah Gombak.

"Hari pertama ikut mereka saya rasa betul-betul terseksa. Ketika azan subuh, saya tidak boleh bangun. Tapi dia orang tak paksa. Akhirnya saya gagahkan juga untuk melakukan solat.

"Dari tiga hari saya sambung sehingga sepuluh hari sehinggalah mengikut mereka ke Tanah Merah, Kelantan untuk mendekatkan diri dengan Islam," ujarnya yang sekarang ini masih lagi terlibat dengan kumpulan berkenaan.


Salah satu cara yang saya buat apabila teringatkan dadah, saya akan melakukan solat sunat dua rakaat.

Bayangkan kerana najis dadah, wang simpanannya hasil daripada lakonan dan nyanyian yang pernah dikumpul kira-kira RM500,000 lesap begitu sahaja.

Radhi yang turut mengamalkan puasa sunat dua kali seminggu berharap seluruh pembaca dapat berdoa supaya dia benar-benar berubah kerana sudah serik dengan kehidupan seperti ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0502&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_15.htm

2 ulasan:

Awanama berkata...

moga2 slrh hidupnya

Unknown berkata...

alhamdulilah....