KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20080329

Blog Dr Mohamad Khir Toyo

Tahniah kepada Dr Mohamad Khir Toyo yang sudah ada Blog sendiri di http://www.drkhir.blogspot.com/

YB YB yang lain bila lagi nak ada Blog sendiri, supaya mudah rakyat di tempat masing-masing nak berinteraksi ? Tak kiralah YB dari PAS ke, PKR ke, UMNO ke, DAP ke dan seterusnya.

Ini barulah Cakap Serupa Bikin

Keris yang tidak berhulu

Keris ini kepunyaan arwah bapa mertua saya Almarhum Raja Ali dari Kuala Terengganu. Memandangkan ianya terbiar sahaja , saya pun ambillah. Hantarlah ke tukang keris di Kuala Pilah untuk dibuat hulu dan sarung. Namun tidak berjaya. Tukang keris itu kata sudah dua kali dibuat hulu keris tersebut, tapi hulu keris tadi apabila dipasang ianya retak tidak lama kemudian. Dia kata keris ini tidak ada apa-apa salahnya, tiada yang ganjil, hanya ianya tidak boleh dipasang hulu. Mungkin ada sebab tertentu , saya pun tak tahu. Biarkanlah, semua yang ada didunia ini adalah makhluk Allah. Lalu saya pun “frame” kan keris ini yang tidak berhulu dan bersarung. Semua yang berlaku adalah dengan kehendak Allah jua.

20080326

Halal Mart Lavender Height Senawang

Kini Halal Mart telah mula beroperasi di No 255 , Lavender Height , Senawang. Dapatkan pelbagai barangan usahawan Islam. Hubungi Sdr Abdul Rahim bin Omar 019-2467067. Sdr Abdul Rahim adalah merupakan ahli PIBG Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah dan Sekolah Menengah Islam As-Saidiyyah , Seremban.

20080325

Wajarkah Kementerian mewujudkan laman blog ?

Agak terperanjat dan terkejut saya apabila membaca berita bahawa Kementerian Belia dan Sukan bercadang mewujudkan laman blog sendiri sebagai usaha mendekati dan berinteraksi dengan golongan belia di negara ini (Utusan Malaysia 24 Mac 2008)

Sepengetahuan saya laman blog pada kebiasaannya dikendalikan oleh individu atau kumpulan tertentu disebabkan oleh kekangan kewangan dan perhatian media perdana maka mereka menggunakan laman blog yang kebanyakannya adalah percuma untuk menyampaikan mesej atau tulisan mereka kepada orang ramai.

Kenapa perlu sebuah kementerian yang mempunyai kewangan yang mantap, kakitangan yang lengkap, fasiliti teknologi komunikasi terkini ingin menggunakan laman blog ? Apakah ianya sebahagian daripada langkah-langkah ke arah penjimatan perbelanjaan kementerian tersebut ? Sekiranya ya, maka ianya adalah amat-amat dialu-alukan. Akan tetapi mana akan disalurkan nanti lebihan kakitangan bahagian teknologi maklumat di kementerian berkenaan ?

Bukankah setiap kementerian dan jabatan serta agensi kerajaan di Malaysia ini sudah ada laman web mereka sendiri ? Sekiranya orang ramai kurang melayari laman web kementerian tersebut maka ianya menunjukkan maklumat yang terdapat pada laman web kementerian berkenaan mungkin tidak dikemaskini dari masa ke semasa atau pun mungkin sistem aduan melalui internet tidak dilayan dengan sewajarnya.

Satu contoh laman web agensi kerajaan yang amat bermanafaat ialah laman web Majlis Perbandaran Seremban di www.mpsns.gov.my . Laman web MPSNS adalah pada pandangan saya dapat memberi faedah kepada penduduk Seremban dan sentiasa dikemaskini. Setiap aduan yang disalurkan melalui e-aduan mendapat respon dalam tempoh 24 jam. Malangnya masih ramai pengguna internet tidak menggunakan sepenuhnya kemudahan seperti ini.

Kesimpulannya, jika setiap agensi kerajaan dapat mengendalikan dan mengemaskinikan laman web mereka dari masa ke semasa , serta dapat memberi respon yang pantas atas setiap masalah yang diutarakan melalui laman web atau e-mel , mengapa perlu ada laman blog ?

Berikut adalah tafsiran ringkas mengenai laman blog :

Blog merupakan singkatan dari "web log" adalah bentuk aplikasi web yang menyerupai tulisan-tulisan (yang dimuat sebagai “posting”) pada sebuah halaman web umum. Laman web semacam itu biasanya dapat diakses oleh semua pengguna internet sesuai dengan topik dan tujuan dari si pengguna blog tersebut.

Media blog pertama kali dipopularkan oleh Blogger.com, yang dimiliki oleh PyraLab sebelum akhirnya PyraLab diambil alih oleh Google.Com pada akhir tahun 2002 yang lalu. Semenjak itu, banyak terdapat aplikasi-aplikasi yang bersifat sumber terbuka yang diperuntukkan kepada perkembangan para penulis blog tersebut.

Blog mempunyai fungsi yang pelbagai, dari sebuah catatan harian, media publikasi dalam sebuah kempen politik dan sebagainya. Ada blog dikendalikan oleh seorang penulis tunggal, sementara sebahagian lainnya oleh beberapa penulis.

http://id.wikipedia.org/wiki/Blog
http://www.blogdrive.com/blog.html
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0324&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_10.htm&arc=hive

“Jumble Sale Amal” untuk Wanita Mac-Apr sekitar Seremban

Dari laman blog http://nurmutiara.blogspot.com/

Dijemput semua wanita untuk hadir mendapatkan barangan yang murah seperti pakaian, majalah dan beg-beg terpakai “Jumble Sale” (Jualan Amal untuk progam bantuan kebajikan). Harga serendah RM2- RM10 sahaja. Mari kunjungi gerai kami pada tarikh berikut :

Ahad 30 Mac 2008 - Dataran Senawang jam 11pagi - 2 ptg
Sabtu 5 April 2008 - Komplek Sukan Paroi pada jam 8.30 pagi – 11 pagi
Ahad 6 April 2008 - Apartment Seroja, Taman Tasik Jaya pada jam 8.30 pagi – 12 tgh

Majlis Maulidur Rasul Masjid Taman Marida

YB Hj Mohd Taufek , ADUN Paroi pada 25 Mac 2008 telah bersama dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul saw di Masjid Kariah Senawang , Taman Marida. Penceramah pada majlis tersebut ialah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al Hafiz , pendakwah yang tidak asing lagi yang gigih menjalankan usaha-usaha dakwah di Semenanjung Malaysia serta di Sabah. Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al Hafiz adalah merupakan Pengerusi Pusat Pengajian Tahfiz Al Quran Bestari disamping bergiat dalam program dakwah, pendidikan, silaturrahim serta sumbangan kepada fakir miskin, anak-anak yatim, saudara baru, ibu-ibu tunggal serta orang kurang upaya. Untuk mengetahui program yang dijalankan oleh Ustaz Mohd Farhan sila layari laman web http://www.tahfizbestari.com/

20080322

AWAS ! Penyamun lagak tukang paip di Senawang

Pada 20 Mac 2008 kenalan saya di Taman Marida Senawang memberitahu rumah beliau telah dimasukki penyamun pada siang hari ketika isteri dan anak-anaknya ada di rumah pada waktu pagi. Penyamun tadi pada mulanya menyamar mengatakan suami pada suri rumah tersebut yang menyuruhnya membaiki paip bocor dirumahnya. Tanpa banyak usul periksa kerana yakin dengan lagak sebagai tukang paip, maka isteri kenalan saya membenarkan lelaki tadi masuk. Lelaki yang berlagak tukang paip tadi pun melarikan komputer riba (lap top) yang sedang digunakan oleh anak-anak kenalan saya.

Kawan saya telah membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Senawang. Dan diceritakan kumpulan penyamun berlagak tukang paip ini sedang bergerak aktif sekitar Senawang dan mungkin sekitar Seremban. Setakat ini telah ada 3 laporan kejadian serupa sekitar Senawang.

Langkah Keselamatan :
1. Berhati-hati dengan lelaki usia 20 an memandu Proton Satria Biru
2. Pastikan pintu rumah sentiasa dikunci walaupun ada penghuni di dalam
3. Lebih selamat jika pintu pagar dikunci
4. Jangan membuka pintu rumah sekiranya ada orang yang tidak dikenali ingin bertanyakan sesuatu. Cakap melalui belakang pintu atau tingkap.
5. Pasang selak berantai pada pintu depan rumah.
6. Sekiranya ada yang mendakwa mereka Pegawai Polis atau anggota penguatkuasa agensi kerajaan , tukang paip dan sebagainya , minta mereka tunjukkan Kad Kuasa atau Kad Pengenalan, dan talipon Balai Polis berhampiran untuk pengesahan.
7. Pastikan nombor telefon Balai Polis berhampiran mudah diperolehi . Balai Polis Bandar Baru Senawang 06-6792222 , Rakan Cop Hotline IPK NS 06-7619999

Perkasakan Pondok Haji Ali , Rantau

Mari kita bersama perkasakan Pondok Haji Ali di Rantau , Negeri Sembilan. Maklumat lanjut di http://pondokhajiali.blogspot.com

Ceramah Us Farhan Abdullah AlHafiz Senawang 25 Mac

Assalamualaikum wrt wbt,

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke

Ceramah Sambutan Maulidur Rasul saw 1429 Hijrah
Selasa 25 Mac 2008
Selepas Solat Maghrib
Di Masjid Kariah Senawang , Taman Marida , Senawang
Penceramah : Ustaz Farhan Abdullah Al Hafiz , Pengarah Urusan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quraan Bestari ( Bekas Pastor Yohanes )

20080318

Tahap kesihatan kaum India di Seremban membimbangkan

Semua kaum di Malaysia ini yang memerlukan bantuan , haruslah dibantu. Jika tidak jurang perbezaan tahap kehidupan akan mengundang pelbagai masalah sosial yang lain.

Negeri Sembilan khususnya di sekitar Seremban mempunyai begitu ramai kaum India. Ada di kalangan mereka yang berjaya , menjadi professional serta usahawam berjaya dan sebagainya.

Namun masih ramai lagi yang hidup dalam kemiskinan walaupun tinggal di bandar atau pinggir bandar.

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan baru-baru ini telah menjalankan Program Khidmat Kesihatan kepada penduduk di Kg Baru Kombok di Sg Gadut yang majoritinya kaum India yang bekerja sebagai pekerja estet.

Majoriti penduduknya mempunyai tahap kesihatan yang kurang memuaskan. Ramai antara mereka yang menghidap penyakit kencing manis dan penyakit kulit. Mungkin disebabkan kurangnya pengetahuan tentang kesihatan dan kurangnya kemampuan mereka untuk mendapatkan rawatan.

Ini diburukkan lagi dengan pendapatan mereka yang tidak menentu sekarang ini apabila pokok getah ditebang untuk penanaman semula.

Menyedari bahawa semua masyarakat di Malaysia ini perlu dibantu tanpa mengenal batasan agama , kaum serta umur maka Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan melakukan beberapa Program Khidmat Kesihatan Percuma sekitar Seremban dan jika mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan akan diperluaskan ke seluruh Negeri Sembilan.

Kepada mereka yang ingin memberikan sokongan untuk program ini boleh hubungi Ketua Koordinator Program Khidmat Kesihatan Pn Norwani 013-3851202 atau Sdr Hakki 012-3660646

20080317

Space Adventure Putrajaya dilanjut ke 16 April 08

Adalah dimaklumkan MISA – Malaysia International Space Adventure – Pengembaraan Antarabangsa Angkasa Lepas yang sedang berlangsung di Presint 5 Putrajaya dilanjutkan ke 16 April 2008.

Melanconglah sambil menimba ilmu bersama keluarga.

Maklumat lanjut di www.misa.com.my atau hubungi Ad Suria Sdn Bhd Tel 03-40247009 , 03-21661106 , Fax 03-40247008 , E-mail : MISA@adsuria.com atau tel Rahayu 012-3544945

Malam Bersama Mu Palestin Seremban 23 Mac

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke program berikut :

Malam Bersama Mu Palestin
Ahad 23 Mac 2008
Jam 8 malam
Tempat : Pusat Pendidikan Al-Irshad , Seremban

Penceramah :
Dr Zainurrashid Zainuddin
Dr Zainurrashid adalah merupakan Pensyarah Perubatan , Pakar Perubatan , Sukarelawan Aman Palestin yang banyak memberikan khidmat perubatan sukarela membantu mangsa bencana alam dan pelarian di Palestin , Lubnan , Jordan , Mesir , Pakistan , Afghanistan , Indonesia juga di Malaysia. Merupakan anak jati Johor , bekas pelajar MRSM , mendapat ijazah doktor perubatan dari United Kingdom. Sekarang ini beliau sekeluarga menetap di Seremban.

Maklumat lanjut hubungi Us Saifuddin 013-3991359

Anjuran :
PUSAT PENDIDIKAN AL-IRSHAD
Batu 10, Jalan Labu – Nilai
71900 Labu , Seremban , Negeri Sembilan
Tel/Faks : 06-7913721
Laman web http://alirshadns.blogspot.com/

20080316

Forum Maulid Nabi 3 Bahasa 22 Mac Senawang

Muslimin dan Muslimat Semua Dijemput Hadir ke :

FORUM PERDANA MAULIDUR RASUL
“Nabi Muhammad dan Agenda Penyatuan Ummah”

Ahli Panel :
Prof Dr Mohd Yusof Othman – UKM (Bahasa Melayu)
Ustaz Jaml Abd Hamid – MIM (Bahasa Tamil)
Ustaz Yahya Ma Yuqian – Pendakwah dari Negara China (Bahasa Mandarin)

Tarikh : SABTU 22 Mac 2008
Masa : 8:30 malam
Tempat : Dataran Senawang , Senawang , N.Sembilan

Anjuran : Gabungan Pertubuhan Dakwah NS dan Majlis Agama Islam NS

Maklumat lanjut hubungi Cikgu Adnan di Yayasan Kasih Sayang N.Sembilan http://yksns.blogspot.com

Melancong ke Putrajaya

Sabtu 15 Mac 2008 kami sekeluarga “menyalang” ke Putrajaya. Lepas tu sempatlah jalan-jalan di Putrajaya. Walaupun sebelum ni syarikat buat projek di Putrajaya, tapi saya sebenarnya belum pernah pergi Putrajaya. Saja-saja nak pergi, memang tak adalah. Alang-alang pergi , pergilah meronda-ronda. Anak-anak semua seronok dapat solat di Masjid Putrajaya, naik bot di Tasik Putrajaya dan pusing-pusing di beberapa Presint. Memang seronok mereka. Pemandu bot namanya Pak Din juga begitu peramah. Melanconglah dalam negara, banyak tempat menarik, di Negeri Sembilan pun banyak tempat menarik. Banggalah dengan tanahair kita, bumi kurniaan Allah yang penuh berkat.

20080314

Motivasi Anak Soleh 29-30 Mac Jelebu

Assalamualaikum wrwb...
Muslimin-muslimat dijemput menghantar anak-anak ke :
Program : PROGRAM MOTIVASI PERDANA ANAK SOLEH 2008
Tempat : Masjid Jamek Kuala Klawang
Tarikh : Sabtu 29 Mac & Ahad 30 Mac 2008
Masa : 8.30 pagi 29 Mac 2008 - 5.00 petang 30 Mac 2008

Pengarah :
Ustaz Mohd Azmi bin Ismail(Pegawai Hal Ehwal Islam - Imam Masjid Daerah Jelebu)
Ustaz Razis bin Ismail(al-Huffaz Resources)

Penyertaan terbuka kepada kanak dan remaja Muslim berusia 9-20 tahun.
Yuran : RM10 sahaja.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ustaz Mohd Azmi bin Ismail(Pegawai Hal Ehwal Islam - Imam Masjid Daerah Jelebu) di talian 013-3031703 / 017-3793731

Daftarlah Segera Dan Rebutlah Peluang Keemasan Ini.
Ke Arah Melahirkan Generasi Soleh Bermotivasi .

wassalam...

Bersama Sheikh Nuruddin Banjari 16 Mac Seremban

Assalamualaikum, Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke Majlis Samburan MaulidurRasul bersama Ulama’ Tuan Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki

Ahad 16 Mac 2008
Selepas Solat Maghrib
Di Surau As Sobirin , Taman Tuanku Jaafar Fasa 3 (Berdekatan SMK TTJ) , Senawang

Bengkel Asas Penulisan

Bengkel Asas penulisan bersama Profesor Amida (Kak Anis/Dr Amida Abd Hamid)
Tarikh: 16 Mac 2008 (AHAD)
Masa: 9.30 pagi - 5.00 petang
Tempat: Dewan D'Ark- Taman Sri Kasih, Senawang ( dewan tingkat bawah)
Bayaran: RM10.
Terbuka kepada semua yang berminat
Hubungi Pn. Minah (019-6556832) , Pn Norwani (013-3851202), Cik Atriza (0136485597)

20080313

Jemputan ke Majlis Al-Irshad , Seremban 23 Mac

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke program berikut :

MAJLIS AL-IRSHAD
Ahad 23 Mac 2008
Tempat : Pusat Pendidikan Al-Irshad , Seremban

Jualan Amal Nasi Beriani 10 pagi – 2 petang
Sambutan Maulid Nabi 3 ptg – 5 ptg
Malam Bersama Palestin 8 malam – 11 malam

Maklumat lanjut hubungi Us Saifuddin 013-3991359

Anjuran :
PUSAT PENDIDIKAN AL-IRSHAD
Batu 10, Jalan Labu – Nilai
71900 Labu , Seremban , Negeri Sembilan
Tel/Faks : 06-7913721
Laman web http://alirshadns.blogspot.com/

20080312

Kesian tengok orang tua pergi mengundi

Pilihanraya Umum ke 12 sudah pun melabuh tirainya. Namun kehangatannya masih dirasakan. Saya tidak ingin mengulas isu politik di sini. Banyak laman web lain dan blog lain yang mengulas isu politik.

Saya hanya sedih dan kesian tengok orang-orang tua yang pergi mengundi baik di bandar mahu pun di kampung. Pada 8 Mac 2008 yang lalu , saya telah berkesempatan untuk meninjau beberapa tempat mengundi di kawasan Parlimen Rembau. Antaranya ialah Balai Raya Kg Senama, Sekolah Kg Batu, Sekolah Bongek, Sekolah Ulu Gadong, Sekolah Kg Perah, Sekolah Sg Layang, Sekolah Undang Rembau, Sekolah Rendah Senawang, Sekolah Menengah Senawang dan Sekolah Rendah Seri Pagi dan Sekolah Menengah Seri Pagi.

Hampir kesemua tempat mengundi tersebut boleh dikatakan tidak mesra untuk pengundi tua dan tidak mesra untuk orang kurang upaya. Laluan dari pintu pagar ke tempat pembuangan undi tidak sesuai untuk menggunakan kerusi roda dengan adanya beberapa anak tangga dan longkang yang tidak bertutup.

Malah kerusi roda dan petugas yang disediakan pun tidak cukup. Saya merasa begitu kasihan meihatkan seorang pakcik tua yang mengundi di Sekolah Kebangsaan Kg Perah, Kota, N.Sembilan terpaksa dipapah menaiki tangga, selepas itu terpaksa berhenti beberapa kali untuk berehat dan mengambil nafas. Malah kerusi roda di tempat tersebut pun tidak kelihatan, akhirnya seorang petugas parti telah memberi pinjam kerusi roda mereka dari tempat lain.

Hanya satu tempat pembuangan undi sahaja yang saya perhatikan agak selesa untuk pengundi tua dan orang kurang upaya iaitu di Balai Raya Kg Senama, Rembau. Yang lainnya saya perhatikan para pengundi terpaksa berjalan, dipapah, berkerusi roda sejauh beberapa puluh meter malahan ada yang ratusan meter, menuruni dan menaiki tangga. Sehinggakan ada dikhabarkan ada pengundi yang pengsan apabila menaiki bukit di Sekolah Kebangsaan Senawang di Taman Marida.

Justeru itu adalah disarankan kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia agar mengambil langkah yang perlu untuk mempastikan keselamatan dan keselesaan pengundi tua dan pengundi kurang upaya untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Kepada mereka yang beria-ia hendak membawa pengundi-pengundi tua dan orang kurang upaya ini untuk pergi mengundi pastikanlah mempunyai petugas dan peralatan yang cukup agar kita tidak menganiayai orang-orang tua dan orang kurang upaya. Janganlah seronok merayu undi di pondok panas sahaja.

20080305

Satu Lagi Kejayaan Malaysia Dalam Angkasa Lepas

Satu lagi kejayaan rakyat Malaysia dalam bidang pelancongan angkasa lepas. Sila klik link berikut IKAM

Kanak-kanak jantung berlubang perlu bantuan di Rembau

Adik Nur Aisyah Umairah binti Fazil baru berusia 1 tahun 10 bulan. Beliau menghidapi penyakit jantung berlubang serta “down syndrome”. Bapanya Fazil bin Lahadi hanya bekerja sebagai pembantu kantin di salah sebuah kilang di kawasan industri Taman Tasik Jaya, Senawang. Ibunya adalah merupakan suri rumah sepenuh masa dan perlu memberikan sepenuh perhatian kepada puteri kesayangan mereka.

Encik Fazil telah membawa anaknya ke Institut Jantung Negara untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Pada 8 Mei 2008 ini temujanji telah ditetapkan oleh IJN untuk menentukan apakah bentuk rawatan seterusnya. Sekarang ini setiap dua minggu Encik Fazil akan mendapatkan rawatan perubatan untuk anaknya di Hospital Seremban.

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memberikan Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya untuk mendapatkan perubatan percuma. Tiada bentuk bantuan lain yang diterima setakat ini kerana belum berkesempatan untuk menemui mana-mana pihak. Pihak Jawatankuasa Surau dan Taman setempat sementara itu sedang mengusahakan bantuan segera kepada Encik Fazil sekeluarga.

Menurut Encik Fazil , doktor telah menasihatkan beliau supaya memberi susu rumusan khas untuk anaknya iaitu “Progress Gold”. Untuk perbelanjaan susu anaknya sahaja memerlukan belanja RM 300 sebulan. Dengan sewa rumah RM 300 sebulan , perbelanjaan lampin , barangan dapur dan sebagainya menyebabkan Encik Fazil tidak mampu untuk membaiki motosikal lamanya yang telah berbulan-bulan rosak.

Majikannya membantu beliau untuk berulang alik ke tempat kerja.

Menurut Encik Fazil lagi anaknya Nur Aisyah hanya minum susu dan tidak mahu makan apa-apa, walaupun puas beliau mencubanya. Walaupun usia adik Nur Aisyah hampir mencecah 2 tahun, berat badannya hanya 9 kg dan masih belum pandai berjalan.

Encik Fazil serta isteri beliau Hasnah binti Hussin pada ketika ini menyewa di Taman Alamanda dalam DUN Paroi kawasan Parlimen Rembau.

Kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menziarahi Encik Fazil sekeluarga di

No 89 , Jalan Alamanda 5
Taman Alamanda , Senawang
70450 Seremban
Negeri Sembilan
Tel : 017-6328947

Rujukan IJN : No KP 060509050188 Nur Aisyah Umairah binti Fazil