KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20121030

Kongres Pengubatan Islam


Kuliah Ustaz Dato Arshad 2 November 2012


KULIAH HADITH 40

Bersama Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad (mantan Ketua Hakim Syarie N.Sembilan)
Tarikh : 2 November 2012, Jumaat
Masa : 7.15 mlm, selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20121024

Hutang kenduri kahwin masalah besar di negara ini.


Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mendedahkan ramai pasangan yang melangsungkan perkahwinan menghadapi masalah hutang yang serius disebabkan kos majlis perkahwinan yang tinggi. Hinggakan ada yang meminta bantuan nasihat AKPK apabila keluarga pengantin perempuan menetapkan mas kahwin sehingga RM20,000. Dan ada juga ibu bapa yang menggunakan simpanan KWSP untuk perbelanjaan perkahwinan anak-anak, di mana simpanan KWSP sepatutnya digunakan untuk hari tua.

Sudah menjadi lumrah sekarang ini rakyat Malaysia membuat pinjaman dan menggunakan kad kredit untuk membayar kos perbelanjaan majlis perkahwinan.

Wedding debt a serious problem
The Sun Daily

KUALA LUMPUR (Oct 24, 2012):The problem of Malaysians running up debts because of their weddings has become serious.

Credit Counselling and Debt Management Agency (AKPK) chief executive officer Koid Swee Lian advised young couples who are planning their weddings to consult the agency for advice and guidance.

She said the agency found that it has become increasingly common for Malaysians to take loans or depend on their credit cards to pay for their marriage expenses.

The money is usually spent on wedding receptions or infant formula when the first-born arrives.

She said many factors cause married couples to run into debt, chief among them being the hefty wedding bill.

She disclosed that a would-be-bride once sought the agency's help because her mother was asking the would-be-groom for RM20,000 in dowry.

"We also found parents taking out their EPF to help pay for their children's weddings. This is not encouraged," she said.

According to statistics, from 2006 to September this year, a total of 198,870 people had sought AKPK's help and 81,596 of them are enrolled in the agency's debt management programme.


PENGERTIAN WALIMATUL ‘ARUS
Oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka

Walimatul ‘arus ialah kenduri bagi meraikan atau merayakan pengantin baru.

Walimah ialah jamuan agama, bukan jamuan adat kebiasaan yang dibuat kerana Allah, bukan jamuan kebanggaan dan bukan sumber untuk mendapat keuntungan duniawi.

PENSYARI‘ATAN WALIMATUL ‘ARUS

Mengadakan majlis walimah adalah sangat digalakkan dalam Islam.

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam:

Maksudnya : “’Abdul Rahman bin ‘Awf melakukan perkahwinan, maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda kepadanya: Hendaklah anda mengadakan walimah walaupun dengan seekor kambing.”    (Al-Hadith)

HUKUM MENGADAKANNYA

Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakkad (sangat dituntut) sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Kata Nabi s.a.w. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun hanya menyembelih seekor kambing".


Perkahwinan Dan Hukum-Hukum Yang Berkaitan Dengannya

Bab : WALIMATUL URUS

1) HUKUM MENGADAKANNYA
Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakad ( yang sangat dituntut) sebagaimana  sabda Nabi S.A.W. :

Ertinya : Kata Nabi S.A.W. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun menyembelih seekor kambing.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


20121021

Masjid pun bukan lagi tempat selamat sekarang ini

Di mana silapnya?

Pasang CCTV tangani kecurian
21 Oktober 2012

KUALA NERUS – Dek kerana tidak tahan dengan kes kecurian barangan berasaskan besi dan tembaga, Jawatankuasa Masjid Al-Mustaqim, di sini, terpaksa mengambil pendekatan dengan memasang rakaman litar tertutup (CCTV) serta menggantikan peralatan seperti kepala paip besi kepada plastik.

Kes kecurian di kawasan masjid berkenaan yang dilaporkan berlaku hampir setiap minggu itu bukan sahaja mengundang masalah kepada jawatankuasa masjid, malah jemaah yang lain akibat ketiadaan kepala paip untuk mengambil air sembahyang serta penutup longkang yang dilarikan penjenayah terbabit.

Bagaimanapun, setelah CCTV dipasang kira-kira tiga bulan yang lalu, masalah membabitkan kecurian tidak lagi berlaku dan nyata langkah yang dibuat jawatankuasa masjid yang mengeluarkan belanja kira-kira RM3, 000 lebih untuk membeli peralatan keselamatan berbaloi.

Menurut pengerusinya, Amran Abdullah, kali terakhir kes kecurian dilaporkan berlaku di masjid berkenaan adalah kira-kira tiga bulan lalu, sehari selepas alat CCTV berkenaan dipasang, namun selepas itu tiada lagi kes barangan masjid yang dilarikan.

“Sebelum ini, kita (jawatankuasa) sering berada dalam keadaan berjaga-jaga serta mengeluarkan belanja yang besar untuk menggantikan peralatan yang telah dilarikan pencuri, tetapi kini kebimbangan sedkit berkurang kerana alat CCTV di pasang di semua sudut masjid serta laluan masuk ke kampung.

“Malah, tabung derma masjid juga antara ‘mangsa’ utama pencuri sebelum ini hingga kita terpaksa mengikatnya dengan menggunakan rantai besi yang besar, namun nyata pencuri lebih bijak kerana mereka dapat membuka peti besi berkenaan,” katanya.

Sementara itu, seorang jemaah yang ditemui, Razlan Aziz, masjid berkenaan merupakan persinggahan tetap dirinya setiap kali berulang alik dari Setiu untuk ke tempat kerjanya di Kuala Terengganu dan pernah sekali ketika ingin mengambil air sembahyang, kepala paip tiada.

“Saya sebenarnya kesal dengan kes kecurian yang berlaku di masjid kerana ia bukan sahaja menjadi tempat suci bagi umat Islam dan tidak seharusnya menjadi sasaran penjenayah untuk mencari ‘rezeki’ kotor sedemikian.

“Malah, keprihatinan dan tanggungjawab semua pihak untuk menjaga keselamatan dan kebersihan kawasan masjid bukan menjadi tugas jawatankuasa masjid semata-mata, tetapi perlu dipikul semua pihak,” katanya.

Katanya, dia turut memuji langkah jawatankuasa masjid berkenaan yang memasang CCTV untuk menangani masalah kecurian yang berleluasa di tempat ibadat itu.

20121017

Pertandingan Mencipta Logo Madrasah Haji Ibrahim

Sertai pertandingan Mencipta Logo Madrasah Haji Ibrahim dan serahkan logo yang dicipta sebelum 12 tengahari Sabtu 10 November 2012 ke Meja Urusetia Majlis Sambutan Jubli Intan Madrasah Haji Ibrahim, Kampung Bongek Acheh, Rembau, Negeri Sembilan.

Hadiah Menarik menanti Pemenang! 

Sambutan Jubli Intan Madrasah Islamiah Haji Ibrahim 8 ke 10 Nov 2012

SAMBUTAN JUBLI INTAN MADRASAH ISLAMIAH HAJI IBRAHIM
Kampung Bongek Acheh, Rembau, Negeri Sembilan
Tarikh :
8, 9 & 10 Nov 2012 (Majlis Umum)
11 - 19 Nov 2012 (Majlis Tertutup)

Tempat : Madrasah Al-Islamiah Haji Ibrahim & Bangunan Sekolah Rendah Agama Rakyat Haji Ibrahim, Kampung Bongek Acheh
Aktiviti : Ceramah Umum, Forum Perdana, Majlis Perasmian, Majlis Bacaan Hadis Sohih Muslim, Pertandingan Qosidah, Pameran dan Gerai Jualan, Pertandingan Dewasa dan Kanak-kanak, Lain-lain

TENTATIF PROGRAM

(KHAMIS) 8 NOVEMBER 2012
9.00 mlm - 10.30 mlm : CERAMAH UMUM
Penceramah : Ustaz Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir (Personaliti al-Kulliyah,Tanyalah Ustaz dan Penulis Buku-Buku Agama)

(JUMAAT) 9 NOVEMBER 2012
8.30 pg - 6.30 ptg : Aktiviti Umum
- Pameran dan Gerai Jualan
- Pertandingan Dewasa dan Kanak-Kanak

8.30 mlm - 11 mlm : Forum Perdana “Bertuahnya Diriku Seorang Muslim”
Moderator : Ustaz Soffhan bin Abdul Halim – Mudir Madrasah Aliyah,Seremban
Ahli Panel : Al-Fadhil Ustaz Haji Ahmad Naim bin Haji Muhammad – Pengerusi Lajnah Akhlak dan Ibadat Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan & Sohibul Fadhilah Ustaz Haji Nor Azamir bin Alias – Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

(SABTU) 10 NOVEMBER 2012
6.30 pg - 8 pg : Solat Fardhu Subuh Berjemaah
- Tazkirah Subuh
- Sarapan Pagi

8.30 pg - 6.30 ptg : Aktiviti Umum
- Pameran dan Gerai Jualan
- Pertandingan Dewasa dan Kanak-Kanak

2.30 ptg - 4.30 ptg : PERTANDINGAN QOSIDAH
5.30 ptg : PERTUNJUKAN SILAT
8.30 mlm - 11 mlm : MAJLIS PERASMIAN JUBLI INTAN MADRASAH ISLAMIAH TUAN GURU HAJI IBRAHIM
- Bacaan al-Quran
- Tayangan Video 75 Tahun Madrasah 1936-2011
- Ucapan Aluan
- Ucapan Perasmian
- Ucapan Nasihat – Sohibus Samahah Dato’ Haji Murtadza bin Haji Ahmad
- CERAMAH – SHEIKH SAMIR AL-NASH DARI SYRIA (DENGAN TERJEMAHAN KE BAHASA MELAYU)
- Penyampaian hadiah dan cenderamata
- Minum Malam

(AHAD) 11 NOVEMBER 2012 HINGGA ( ISNIN ) 19 NOVEMBER 2012
Sesi Tertutup ( Terhad 300 Peserta Sahaja )
Sesi Bacaan Hadis Sohih Muslim oleh Sheikh Samir al-Nash dan murid beliau Sheikh Firas Salu
6.30 pg - 8.30 pg : Sesi 1 , Minum pagi
10 pg - 1.00 tgh : Sesi 2 , Makan Tengahari , Solat Zuhur Berjemaah dan Rehat
4.30 ptg - 6.30 ptg : Sesi 3 , Makan Malam , Solat Fardhu Maghrib dan Isyak Berjemaah
8.30 mlm - 10.30 mlm : Sesi 4 , Minum Malam


20121016

Solat Jumaat, Ketua Jabatan jangan hina Islam !

Minggu ini pada 19 Oktober 2012 waktu Jumaat masuk pada jam 12.59 tengahari di Seremban. Kita harus beri amaran kepada ketua-ketua jabatan yang beragama Islam di Malaysia ini agar tidak mengadakan mesyuarat atau lain-lain urusan kerja pada waktu solat Jumaat. Jangan jadi macam ketua-ketua jabatan beragama Islam di bawah ini yang biadap menghina Islam di bumi Malaysia. Apakah perlu umat Islam bangkit berdemonstrasi di hadapan pejabat kementerian berkenaan sekiranya isu ini masih berterusan? Khutbah Jumaat harus mengetengahkan isu mereka yang menghina Islam terutama oleh orang Islam sendiri. Apakah ketua jabatan berkenaan merupakan pengikut ajaran sesat Kumpulan Islam Jemaah?

MESYUARAT TETAP DITERUSKAN KETIKA AZAN SOLAT JUMAAT BERKUMANDANG
27 Sep 2012

SUNGGUH mengecewakan apabila pihak pengurusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan di Putrajaya sanggup mengetepikan kewajipan solat Jumaat semata-mata untuk bermesyuarat pada minggu lalu.

Pengerusi mesyuarat, seorang pegawai atasan kementerian, tetap meneruskan mesyuarat bersama wakil daripada media walaupun azan solat Jumaat sedang berkumandang dengan jelas.

Tiga pegawai kanan kementerian (lelaki Islam) dalam mesyuarat itu juga seolah-olah tiada rasa bersalah apabila pegawai atasan itu memutuskan untuk tidak menghentikan mesyuarat ketika azan kedengaran dari Masjid Sultan Mizan, kira-kira 150 meter sahaja dari bangunan itu.

Lebih menyedihkan, seorang pegawai kanan kementerian itu dalam mesyuarat tersebut (Islam dan bergelar Datuk), sanggup memberi 'sokongan' kepada pegawai atasan itu untuk meneruskan mesyuarat tanpa berhenti untuk solat Jumaat.

Diharap pihak Ketua Setiausaha Negara memandang serius perkara ini supaya individu yang dipilih menerajui pentadbiran atasan sesebuah kementerian tidak memperlekehkan hal agama kerana Islam adalah agama rasmi negara ini apatah lagi jika melibatkan pegawai beragama Islam.

TAKUT DOSA
Kuala Lumpur


AMBIL TINDAKAN PEGAWAI TERUSKAN MESYUARAT KETIKA AZAN JUMAAT BERKUMANDANG
12 Okt 2012

SAYA ingin merujuk kepada surat bertajuk 'Mesyuarat tetap diteruskan ketika azan solat Jumaat berkumandang' oleh Takut Dosa di ruangan ini pada Khamis 27 Septembr lalu.

Memang amat menyedihkan apabila kita sedang sibuk melaungkan slogan kecaman terhadap penghinaan ke atas Rasulullah dilakukan di seluruh dunia, di dalam negara kita sendiri terdapat penjawat awam yang memperlekehkan agama Islam.

Dalam hal berkenaan, pengerusi mesyuarat perlu bertanggungjawab penuh kerana beliau yang menentukan perjalanan sesuatu mesyuarat, apatah lagi beliau seorang pegawai tertinggi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang sepatutnya lebih sensitif dengan hal agama.

Pengabaian solat Jumaat bukan suatu yang boleh dipandang ringan. Jika dirujuk kepada undang-undang Syariah, Seksyen 14 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan (Akta 559) telah menyatakan bahawa tidak bersolat Jumaat boleh dihukum denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya.

Jika tidak tindakan tegas diambil bagi kes ini, pastinya akan wujud persepsi masyarakat bahawa kerajaan mengambil mudah hal-hal agama Islam dalam pentadbiran organisasi kerajaan, sedangkan kerajaan sudah menggariskan peraturan yang cukup jelas dan serba lengkap dalam aspek perundangan Islam.

Seperti mana yang kerap ditegaskan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), pegawai atasan perlu sentiasa mengambil berat aspek kebajikan manakala aspek agama adalah sebahagian daripadanya.
Diharap apa yang berlaku tidak berulang dan menjadi iktibar kepada semua penjawat awam seluruh negara.

JUSA PENCEN
Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Kawan makan kawan


Dalam keadaan dunia dan ekonomi yang semakin mendesak, kita semua harus berhati-hati dalam apa-apa urusan jual beli terutama kereta walaupun sesama rakan karib, jiran tetangga, saudara mara terdekat atau yang jauh. Pastikan tukar hak milik nama dilakukan dengan betul untuk mengelak dari disenarai hitam pihak bank, PDRM atau JPJ.

Jual kereta dapat musibah

16 Okt 2012 - DENGKIL: Akibat terlalu mempercayai rakan karib, seorang tukang sapu menerima padah apabila kereta dijual kepada rakannya yang tidak ditukar nama pemilik, tidak disambung bayar sejak enam bulan lalu, menyebabkan namanya disenarai hitam pihak bank.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wan, 39, mendakwa lebih malang lagi apabila kereta Proton Iswara itu kini tersadai di sebuah bengkel di Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda dekat sini, kerana sahabatnya yang dikenali sebagai Mazlan, 47, tidak mampu membayar wang membaik pulih berjumlah kira-kira RM11,000.

Katanya, dia menjual kereta berkenaan kepada rakan karibnya itu pada Ogos 2007 selepas lelaki terbabit tertarik untuk membelinya dan memberitahunya mahu meneruskan bayaran ansuran bulanan.
“Saya menjual kereta itu kepadanya dan dia membayar wang pendahuluan RM1,500 dan membuat surat akuan perjanjian pembelian kereta itu daripada saya. “Manakala tukar nama pemilik akan dibuat sehingga pengeluaran duit simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diluluskan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jenderam Hilir, di sini, semalam.

Wan berkata, pada 2009 rakannya itu berjumpanya untuk meminta bantuan mengeluarkan kereta itu yang ditarik pihak bank kerana tertunggak dua bulan,” katanya.

Baru-baru ini dia menerima sepucuk surat yang mengatakan kereta itu sudah enam bulan tidak dibayar.

20121014

Rayuan Sumbangan KAFA Taman Alamanda

Adalah dimaklumkan KAFA (Kelas Al Quran dan Fardu Ain) Taman Alamanda, Senawang mula beroperasi pada 8 Jan 2007. Dengan pengambilan pelajar setiap tahun KAFA Taman Alamanda memerlukan bantuan untuk mengganti beberapa peralatan kelas serta pejabat yang telah lama dan usang.

Antara peralatan yang diperlukan ialah :
- 2 set komputer (baru atau terpakai yang masih elok)
- 2 unit pencetak (printer) beserta dakwat
- 20 rim kertas A4
- 40 batang white board marker
- Peralatan pengajaran dan pembelajaran

Kepada mereka yang ingin menyumbang samada dalam bentuk kewangan atau peralatan sila hubungi Guru Besar KAFA Taman Alamanda, Ustazah Siti Nawani, Tel : 019-3465659 , 012-9433839.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui cek atau deposit atas nama : KAFA TAMAN ALAMANDA , Akaun di Maybank (Senawang), No Akaun : 555126502286.

Sebarang bantuan daripada mereka yang sudi menyumbang adalah amat diharapkan dan dihargai.

Bahan sumbangan boleh juga dihantar terus ke :

KAFA Taman Alamanda
No 3A/4A & 4B,
Jalan Alamanda 1,
Taman Alamanda, Senawang
70450 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

20121011

TNB yang tidak berhati perut dan tak professional


Begitu terkejut sekali saya pada 11.10.2012 saya menerima NOTIS PEMOTONGAN BEKALAN ELEKTRIK dari TNB yang bertarikh 19.9.2012 mengatakan bayaran bil tertunggak sebanyak RM85.05 yang perlu dijelaskan sebelum 27.9.2012. Kenapa hampir sebulan baru dapat notis berkenaan? Bila semak balik bil, saya membuat pembayaran pada 19.9.2012 di Pejabat Pos Senawang, dan bayaran bil beberapa tahun yang lalu adalah menepati masa.

Sebelum ini banyak yang dilaporkan kepada saya golongan susah di Rumah Pangsa Senawang (Projek Perumahan Rakyat) yang bekalan elektrik mereka dipotong. 2 hari sudah kenalan saya terpaksa cuti tanpa gaji untuk menyelesaikan NOTIS PEMOTONGAN TNB dengan merayu di Majlis Agama Islam N.Sembilan untuk mendapatkan bantuan membayar bil.

Masih ingat lagi cerita dibawah, satu keluarga maut akibat tak mampu bayar bil elektrik. Atau Melayu mudah lupa?


Rakan-rakan dalam TNB, saya minta maaf. Saya tahu anda hanya menjalankan arahan dari pihak atasan, dan pihak atasan pula dapat arahan dari pihak lagi atas.

MISKIN PUNCA RENTUNG -- TIDAK MAMPU BAYAR BIL ELEKTRIK SEBABKAN 5 BERANAK MAUT

KLUANG 9 Ogos 2007 - Pasangan suami isteri yang terkorban bersama tiga anak mereka dalam satu tragedi kebakaran di Kampung Tengah di sini awal pagi ini merupakan ayah dan ibu yang hidup dalam kesempitan kerana sebahagian besar pendapatan mereka digunakan untuk menyara keluarga dan membiayai pendidikan anak-anak.

Si suami, Kasmuri Jasman, 44, ialah seorang pekerja sebuah kilang mozek di sini dengan gaji yang sederhana.

Isterinya, Sufiah Abdul Karim, 41, pula seorang suri rumah tangga.

Bergaji hanya RM1,800 sebulan, Kasmuri menyara anak-anaknya seramai tujuh orang dengan tiga daripadanya sedang menuntut di institusi pengajian tinggi.

Mereka sekeluarga tinggal di rumah sewa dua bilik dengan kadar sewa RM200 sebulan.

Pemilik rumah yang disewanya, Jaliah Osman, 60-an, berkata, Sufiah pernah mengadu keluarganya kesempitan wang.

Lima hari lalu bekalan elektrik ke rumah itu dipotong kerana Kasmuri tidak dapat menjelaskan tunggakan bil sebanyak RM800.

Kasmuri menggunakan sebahagian besar daripada wang yang dimiliki untuk membiayai tiga anaknya yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi,” kata Jaliah.

Jiran-jirannya percaya kebakaran pada pukul 3.30 pagi di rumah Kasmuri dan Sufiah di Lorong Osman Mohamad Salleh, Kampung Tengah di sini berpunca daripada api lilin.

Sejak lima hari lalu keluarga itu menggunakan api lilin untuk menerangi rumah.

Dalam kebakaran itu, Kasmuri, Sufiah serta dua anak lelaki mereka, Hishammuddin, 13 dan Izwanuddin, 9, dijumpai rentung bersama anak perempuan, Nurul Macella, 8.

Seorang lagi anak perempuan mangsa, Norfarhana Kasmuri, 15, terselamat kerana sempat melarikan diri melalui pintu depan dan kemudian menjerit meminta tolong.

Semasa kejadian, tiga daripada tujuh anak Kasmuri tidak berada di rumah kerana menuntut di tiga institusi pengajian tinggi tempatan iaitu anak sulungnya, Faezah, 20, di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang; Salahuddin, 19, pelajar jurusan kejuruteraan elektrik di Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM), Batu Pahat dan Juliana, 18, pelajar kolej matrikulasi di Pulau Pinang.

Menurut Jaliah, keluarga itu yang menyewa di situ sejak 12 tahun lalu memang rapat dengannya dan dianggap saudara sendiri.

Hamzah Md. Said, 52, dan isterinya Jim Alias, 55, yang berjiran dengan Kasmuri memberitahu, keluarga lelaki itu menggunakan lilin sejak lima hari lalu selepas bekalan elektrik di rumah tersebut dipotong.

Yang saya tahu mereka memang menggunakan api lilin sebab bekalan elektrik dipotong. Kenapa dipotong tidak pula saya tahu, katanya dalam nada sebak ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang di sini.

Hamzah merupakan jiran rapat kepada Kasmuri dan keluarganya yang terkorban dalam kebakaran rumah batu separuh papan itu.

Mayat Kasmuri ditemui dalam sebuah bilik air manakala Hishammuddin dijumpai di bilik lain yang terletak bersebelahan.

Mayat Sufiah pula ditemui bersama-sama dua lagi anaknya, Izwanuddin dan Nurul Macella, di pintu bahagian belakang rumah sewa tersebut. Turut musnah dalam kebakaran itu ialah sebuah kereta Wira Aeroback milik mangsa yang diletakkan di lorong sebelah kiri rumah tersebut.

Kebakaran itu disedari oleh Hamzah dan isterinya apabila mereka terdengar jeritan minta tolong daripada anak mangsa yang terselamat.

Sewaktu kejadian, Hamzah, isteri dan cucunya tidur di ruang tamu yang terletak di bahagian hadapan rumahnya yang berkembar dengan rumah Kasmuri yang terbakar.

Pegawai Operasi Bomba Kluang, Zahari Hassan memberitahu, bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.57 pagi dan tiba di tempat kejadian 48 minit kemudian.

Sementara itu, isteri Hamzah, Jim menyifatkan dia dan suaminya bagaikan diberi nyawa baru kerana terselamat dalam kejadian tersebut gara-gara mereka memilih untuk tidur di ruang tamu dan tidak di dalam bilik seperti kebiasaan.

Jim berkata, seandainya mereka tidur di bilik tidur tersebut dia dan suaminya mungkin turut terkorban bersama-sama keluarga Kasmuri dan Sufiah.

20121010

Pendaftaran Pelajar SRIIDU 2013


PENDAFTARAN PELAJAR KAFA TAMAN ALAMANDA


HARI PENDAFTARAN :
5 – 9 NOV 2012 (ISNIN-JUMAAT) & 29 DIS 2012 (SABTU)

WAKTU PENDAFTARAN :
8 PG – 11.30 PG & 2.30 PTG – 5.30 PTG

SESI PERSEKOLAHAN KAFA BERMULA PADA 7 JANUARI 2013

HUBUNGI 019-3465659 , 012-2672603

YANG DAFTAR AWAL AKAN DIUTAMAKAN

LAMAN WEB : kafa-alamanda.blogspot.com

20121003

Kuliah Ustaz Dato Arshad 5 Oktober 2012

KULIAH HADITH 40

Bersama Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad (mantan Ketua Hakim Syarie N.Sembilan)
Tarikh : 5 Oktober 2012, Jumaat
Masa : 7.15 mlm, selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Rayuan Sumbangan KAFA Taman Alamanda

Adalah dimaklumkan KAFA Taman Alamanda, Senawang memerlukan bantuan untuk mengganti peralatan KAFA yang lama dan usang serta untuk pengurusan kelas KAFA.

Antara peralatan yang diperlukan ialah :

2 set komputer (baru atau terpakai yang masih elok)
2 unit pencetak (printer) beserta dakwat
20 rim kertas A4
40 batang white board marker

Kepada mereka yang ingin menyumbang sila hubungi Guru Besar KAFA Taman Alamanda, Ustazah Siti Nawani, Tel : 012-9433839 , 019-3465659 atau hantar terus ke KAFA Taman Alamanda, No 4, Tingkat Bawah , Jalan 1, Taman Alamanda, 70450 Senawang, N.Sembilan.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun atas nama : KAFA TAMAN ALAMANDA , Akaun di Maybank (Senawang), No Akaun : 555126502286

20121001

Petir sebabkan rumah hangus terbakar


Begitu hebat fenomena alam semulajadi ciptaan Allah SWT. Koleksi peristiwa petir di Malaysia negara tertinggi panahan petir di dunia di http://kilatmalaysia.blogspot.com

Petir masuk rumah
1 Okt 2012

DUNGUN: “Panahan kilat itu menyambar begitu kuat sehingga membakar rumah jiran,” kata Tengku Hasmita Tengku Ismail, 38, menceritakan kejadian panahan petir sehingga rumah jirannya hangus dalam kebakaran di Kampung Paya, Balai Besar, kelmarin.

Menurutnya, ketika kejadian dia duduk di atas sebuah sofa bermain dengan anak saudaranya yang berusia dua tahun di ruang tamu rumah jam 3.30 petang.

“Hujan lebat disusuli dua panahan petir sebelum itu tidaklah kuat. Tiba-tiba satu lagi panahan petir yang kuat sehingga cahayanya masuk ke rumah menyebabkan saya dan anak saudara tercampak dari kerusi sofa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, dia segera memeluk anak saudaranya yang menangis begitu kuat sebelum terpandang dinding rumah jirannya mula dibakar api.

“Saya yang cemas dan hanya mampu menjerit memberitahu jiran melalui tingkap rumah kerana bimbang turun dari rumah berikutan hujan lebat dan bimbang dipanah petir,” katanya.