KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150311

Siapa tahu lebih lanjut mengenai Institut Teknologi Yayasan N.Sembilan?




Siapa tahu lebih lanjut mengenai Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan di Gentam, Kuala Pilah milik anak syarikat N.Sembilan? Berapa yuran belajar di sini, adakah diiktiraf, adakah disediakan biasiswa Yayasan Negeri atau biasiswa Baitulmal untuk anak N.Sembilan dsbnya?

Membangunkan Tanah Adat Perpatih




Saya sedang mengumpul maklumat bagaimana untuk membangunkan Tanah Adat Perpatih sebagai projek perumahan rakyat, khususnya untuk anak-anak N.Sembilan, serta mereka yang menyemondo atau berkodim. Kepada mereka yang ingin mengemukakan cadangan, kertas kerja, proposal dsbnya sila e-melkan ke rozmal@yahoo.com

Keluarga ini mengharapkan bekalan elektrik




InsyaALLAH, selepas ini kita akan bantu keluarga ini untuk mendapatkan bekalan elektrik dari TNB. Mungkin perlu membeli beberapa tiang elektrik. Jika ada sesiapa ingin membayar kos tiang elektrik ini sila hubungi saya 012-2267406.

JELEBU – Kediaman pasangan Norhayati Johari, 44, dan suaminya Radzuan Halim, 53, hanya lebih kurang tiga kilometer dari pekan Kuala Klawang, tetapi mereka sekeluarga tidak mendapat bekalan elektrik dari talian TNB seperti kita.

“Sekitar pertengahan tahun 2014, ketua kampung dan wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) ada melawat persekitaran rumah saya.

Norhayati berkata sejak empat tahun lepas beliau menggunakan generator yang didermakan.

“Walaupun ada generator yang saya hanya gunakan pada waktu malam, tetapi kosnya jauh lebih tinggi dari kos tarif elektrik.

“Saya perlu membelanjakan RM8 sehari untuk kos diesel.

Lebih malang, kaki kiri Radzuan baru sahaja dipotong awal bulan ini kerana komplikasi penyakit kencing manis.

“Malah jalan masuk ke kediaman keluarga ini juga agak berlopak dan tidak rata. Jalan masuk ke kediaman keluarga ini perlu diturap dan kalau boleh lampu jalan turut dipasang,” katanya.

20150310

Sumbangan laptop utk pelajar IPT yg tak mampu


Minggu lepas saya siarkan kisah pelajar IPTA di Pahang dari keluarga yg ramai dan tidak berkemampuan amat memerlukan laptop utk buat kerja kursus yg banyak.

Alhamdulillah, hari ini 10 Mac 2015 pelajar tersebut menerima laptop tersebut melalui poslaju sumbangan seorang hamba ALLAH.

Terima kasih kpd semua yg membantu, mendoakan dan menyumbang.

Pasti masih ada pelajar IPTA lain yang susah, datang dari keluarga kais pagi makan petang.

SEMINAR KECEMERLANGAN SPM 2015

SEMINAR KECEMERLANGAN SPM 2015
Teknik Menjawab Terbaik - Siri 1
Tarikh : 15 Mac 2015, AHAD
Masa : 8.30 pagi hingga 2 ptg
Tempat : Dewan D Ark , Taman Sri Kasih , Senawang
Anjuran : YAMN9

Khusus untuk pelajar-pelajar SPM Tahun 2015
Terhad 50 peserta sahaja
Yuran cuma RM10
Untuk pendaftaran sila hubungi Sdr Saiful 0129718829 , 0136840323 Whatsapp

Tentatif
8.00 pagi : Pendaftaran
8.30 pagi : Motivasi Pelajar Bersama Juara PU 2014 Ustaz Azman Syah - PU AZMAN
9.30 pagi : Slot Cemerlang untuk Subjek Bahasa Inggeris
11.30 pg : Slot Cemerlang untuk Subjek Sejarah
130 tgh : Sesi Perkongsian Pengalaman bersama Pelajar Cemerlang SPM tahun 2014
2.00 ptg : Bersurai

20150309

Terima kasih kepada semua yang membantu keluarga ini



Terima kasih kepada semua yang membantu keluarga ini, samada secara langsung atau tidak langsung.


Kes elektrik kena potong, kena halau tak bayar sewa makin meningkat



Nampaknya kes elektrik kena potong kerana tunggakan bil, kena halau dari rumah kerana tunggakan sewa yang banyak, tak mampu masuk IPTA, PTPN tak dapat lagi, rumah usang menunggu roboh dan macam-macam lagi kes seperti ini akan terus meningkat, hari demi hari.

Harap kita semua prihatin apa yang berlaku di sekeliling kita, lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan jiran tetangga kita dan sanak saudara kita.

Kepada mereka yang mampu, tolonglah bantu, demi untuk kebaikan kita bersama.

Kesnya amat-amat banyak, cuma tidak dilaporkan dan mendapat liputan yang meluas di dada akhbar.

20150308

MH370, hanya ALLAH yang boleh temukannya


Sudah setahun, tiada sebarang petunjuk. Betapa lemahnya manusia ini. Hanya ALLAH yang boleh temukannya. Mungkin elok diambil pendekatan yang dilakukan oleh Indonesia dengan menerbangkan para alim ulamak serta mereka yang takutkan ALLAH semata-mata, di Lautan Hindi dalam usaha mencari MH370.

Tokoh agama berdoa di laut minta cuaca bersahabat
6 Januari 2015

Delapan tokoh agama yang ada di Pangkalan Bun terbang menggunakan helikopter SA-330 Puma TNI AU untuk berdoa di laut meminta cuaca bersahabat agar pesawat beserta seluruh penumpang AirAsia QZ 8501 segera ditemukan.

Informasinya Tim evakuasi telah bekerja keras selama 9 hari namun kondisi cuaca selalu tidak menentu sehingga mengganggu pencarian, kata Muhammad Ali Alawi, perwakilan tokoh agama Pangkalan Bun itu sebelum naik ke helikopter di Pangkalan Udara TNI AU Iskandar, Selasa.

"Alam tidak bisa di lawan, oleh karena itu kita harus meminta kepada petunjuk dan perlindungan dari Allah. Kami terpanggil untuk membantu tim evakuasi, setidaknya melalui doa di atas laut, lokasi yang mungkin dugaan pesawat AirAsia jatuh," tambah dia.

"Kami akan berzikir di helikopter yang sedang berputar, dan jika memungkinkan juga di dalam kapal pencari pesawat AirAsia. Kami tetap berkoordinasi dengan pihak TNI maupun Badan SAR Nasional," kata dia yang juga pengurus Majelis Zikir Pangkalan Bun itu.