KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150429

Istimewa untuk para muslimat di Rembau



JEJAK MENARA GADING 2015




JEJAK MENARA GADING 2015

Program Jejak Menara Gading (JMG) Siri Akhir, bakal menemui adik-adik.
Program khas untuk remaja lepasan SPM/ STPM/ STAM/ MATRIKULASI

Tarikh  :  8 , 9 & 10 MEI 2015
Hari   :  Jumaat , Sabtu, Ahad
LOKASI: Gua Batu Maloi, Johol, N.Sembilan

Sasaran : 50 peserta lepasan SPM/STPM/STAM sekitar Negeri Sembilan
( Terbuka Untuk Semua )

Yuran:RM80
( T-shirt untuk 40 penyertaan terawal sahaja )


APA YANG MENARIK ?

HIKING                    
TADABBUR ALAM 
BEST PRESENTER
SI BUTA SI BISU    
MAFIA                     

Tarikh Tutup Pendaftaran : 5 Mei 2015

LIKE FB : IKRAMTEENS NS

20150428

Jom Sokong Hotel 100 peratus Halal




Jom sokong satu-satunya Hotel di N.Sembilan yang bertaraf 4 bintang yang menyediakan perkhidmatan yang seratus persen halal.

MAINS  Hotel  Sdn.  Bhd.  (MHSB) yang  juga  dikenali  dengan  nama  Klana  Beach
Resort satu-satunya hotel yang dimiliki oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang menawarkan perkhidmatan makanan dan minuman yang 100 peratus halal.

MHSB turut menempatkan Kompleks Baitul Hilal iaitu balai cerapan yang menjadi pusat
rujukan  untuk  kegiatan  melihat  anak  bulan,  kaji  bintang  dan  planet.  Kompleks  tersebut dilengkapi  dengan  sebuah  teleskop  dan  kemudahan  lain  antaranya  dewan  utama,  bilik mesyuarat, surau, mini theatrette serta galeri pameran peralatan astronomi dan kaji bintang

Kerajaan Kemboja pentingkan kesejahteraan anggota tentera daripada membeli senjata pemusnah.




Kemboja 'tidak mampu' untuk membeli senjata dari Indonesia
23 April 2015

Mengakui hubungan persahabatan di antara negara, jurucakap kerajaan Phay Siphan berkata Kemboja tidak akan membeli senjata kerana "kita tidak mempunyai apa-apa wang" untuk berbuat demikian.

"Wang dalam bajet negara adalah untuk membangunkan integrasi ketenteraan dan kesejahteraan anggota tentera," kata beliau sambil menambah bahawa Kemboja tidak perlu "senjata pemusnah besar-besaran".

"Kami menggunakan saluran diplomatik dan cara yang aman untuk menyelesaikan konflik tradisional."

MAJLIS KESYUKURAN SERTA MERAIKAN LEPASAN SPM 2014



MAJLIS KESYUKURAN SERTA MERAIKAN LEPASAN SPM 2014

Yang akan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Pondok atau IPT

Tarikh : 16 Mei 2015, Sabtu
Masa : 5 ptg
Tempat : Teratak Amal, Sg Layang, Rembau

Mereka yang ingin menyumbang saguhati untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah adalah amat dialu-alukan.

Sila hubungi Tn Hj Ishak Omar 0123494041

Mampukan anak-anak kita membeli rumah?




Rumah teres 1 tingkat di Rembau dengan keluasan 20' x 65' kini sudah mencecah RM216K (mungkin belum masuk GST).

Kalau kampung pun dah tinggi harganya, berapalah harga rumah di kawasan bandar sekarang?

Mampukah anak-anak kita nanti membeli rumah sendiri? Atau mereka akan terus menyewa atau tinggal bersama ibu bapa walaupun sudah berkeluarga?