KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150520

KULIAH BULANAN




KULIAH BULANAN
Bersama Ustaz Mohd Fuad Othman
Sabtu, 23 Mei 2015
Selepas solat Maghrib
Di Surau Darul Hikmah, Kg Chenong, Chengkau, Rembau
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20150518

Terpaksa jual perkakas rumah tampung keluarga


Sinar Harian
18 Mei 2015

PORT DICKSON – Sepasang suami isteri di sini, terpaksa menjual beberapa barangan dalam rumahnya bagi menampung kos hidup mereka sekeluarga.

Nurasnida Simail, 29, berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana tiada punca pendapatan selepas tidak bekerja.

Menurutnya, sebelum ini, dia bekerja di kilang penapis minyak, namun terpaksa mengambil cuti tanpa gaji sejak enam bulan lalu bagi menjaga suaminya, Mohd Rosdi Mohidin, 35, yang mengidap pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, paru-paru berair dan masalah jantung.

"Kini suami saya sedang menerima rawatan di Hospital Port Dickson (HPD) sejak dua minggu lalu. Antara barangan yang kami jual adalah peti ais, televisyen dan almari dapur. Barangan ini milik emak saya yang tidak digunakan lagi.

"Sebelum ini, suami saya juga dulu bekerja di kilang sama tetapi terpaksa berhenti sejak dua tahun lalu sebab sering mengambil cuti sakit dan kini keadaannya bertambah teruk," katanya.

Katanya, kini dia hanya bergantung kepada wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM400 sebulan.

"Walaupun mendapat bantuan JKM, namun duit hanya cukup untuk membayar sewa rumah iaitu RM350 sebulan. Kami memang tiada duit simpanan sebab itulah terpaksa jual barang dalam rumah,” katanya.

Nurasnida berkata, dia juga sering mengharapkan belas ihsan dan simpati daripada adik iparnya.

“Tapi adik ipar saya pun bukanlah keluarga senang, dia hanya tolong mana yang mampu sahaja,” katanya.

Ibu kepada tiga anak ini berkata, dia juga runsing memikirkan nasib anak-anaknya.

“Dua orang anak saya tinggal bersama, namun seorang lagi dijaga oleh kakak.

"Saya bertambah susah hati sebab bantuan sekolah anak seperti Rancangan Makanan Tambahan dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin sudah diberhentikan.

"Saya juga belum membayar yuran sekolah dan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru pada tahun ini," katanya yang turut memberitahu bil elektrik dan air rumahnya juga sudah lama tertunggak.

Tambahnya, mungkin dalam masa terdekat suaminya akan dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan jantung.

“Sebenarnya suami saya perlu menjalani rawatan jantung pada Mac lalu tapi terpaksa ditunda Oktober nanti kerana masalah tekanan darah rendah.

“Memanglah kos perubatan ditanggung oleh kerajaan tetapi kami memerlukan kos untuk pengangkutan. Kami suami isteri akan menaiki teksi dan komuter untuk ulang alik dari Hospital Serdang kerana kami tiada kereta,” katanya.

Orang ramai yang mahu menyumbang boleh menghubungi Nurasnida di talian 011-18841235 atau nombor akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0510-3290-0022-4127 atas nama Mohd Rosdin Mohideen.


Isu pelarian Rohingya

Berapa banyak pekerja Myanmar di Malaysia menghantar pulang wang ke negara mereka setiap bulan?

Berapa banyak agensi pekerjaan dapat keuntungan setiap bulan dari pekerja Myanmar yang bekerja di Malaysia?

Nak masuk tingkatan 6 pun masih ada yang tak mampu

Nak masuk tingkatan 6 pun masih ada yang tak mampu dari segi kewangan, inikan pula nak masuk IPTA, Matrikulasi, UITM, Politeknik dsbnya.

Fikir fikirkanlah

Semoga kita semua menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur

Semoga kita semua menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur. Berikut mesej yang saya terima hari ini 18 Mei 2015 dari seorang ibu yang perlukan bantuan ;

Mcm ni ank sya yg blajr kt matrik , nak kne pi rembau ambil sijil peperiksaan dia pd ari khamis ni , dia ada minta duit kat sya , sya dh usaha pinjm kt saudara ,tpi semua xkp x de duit , boleh x klau sya nak pinjam duit tuan hj dlm rm150 je , nti seblum bln puasa ni sya dpt duit zakat ,sya byr blik , dn minta maaf ,sya sush hati lusa ari khamis ank sya kne pi ambil sijil dia ,tpi sya x de duit nk bgi dia ..tlong lh sya sekjp

Sentiasalah kita menjadi hamba Allah yang bersyukur

Sentiasalah kita menjadi hamba Allah yang bersyukur

Berikut beberapa mesej yang saya terima hari ini;

1. Salam pakcik rozmal, pakcik sy cuma nk bgtauu sy dah mmg bbetul takde duit untuk mkn. Bberapa hari lalu sy puasa je

2. Assalammualaikum.. tn hj esok saya nak urus petukaran anak tingkatan 6 ke sek dekat dgn rumah..ari tu g daftar je..nak ulang alik jauh..nak sewa rumah atau tompang rumah org payah

3. Assalamualaikum. semalam sya baru daftar anak sya masuk ting.6 rendah di S.M.K.Tunku Ampuan Durah.Sya trpaksa tukarkan anak sya dr S.M.Seri Ampangan krn masalah pengangkutan.Sya masukkan dia di asrama.Esok sya kena uruskan byrn di asrama.Sya trpaksa guna duit sewa bulan ini utk urusan itu,sewa bln ini masih ttunggak.Hasil jualan sya pn kurang skrg ni.sya perlukan bantuan utk byrn sewa bln ini serta untuk membeli sepasang baju pengakap utk koko setiap rabu.itu belum masuk buku yg kena bli.sya harap tuan dpt tlg sya. terima kasih yg tak terhingga.

20150516

Pasar Tani Rembau diarah tutup sambut TPM?


Pagi tadi Sabtu 16 Mei 2015 saya dan isteri ke Pasar Tani Rembau. Selepas membayar peniaga tadi kata minggu depan tak berniaga. Saya tanya kenapa pula? Peniaga tadi kata mereka diarah tidak berniaga kerana Timbalan Perdana Menteri akan turun Rembau 23 Mei 2015 kerana ada program besar peringkat kebangsaan.

Betul ke ada arahan demikian? Kalau ada arahan dari siapa?

Tahu tak orang di Putrajaya, Rembau ni meriah sebab ada Pasar Tani pada hari Sabtu. Zaman GST ni, inilah masa peniaga pasar tani cari rezeki.

Apa salahnya kalau TPM datang, biar TPM sendiri tengok, jumpa peniaga pasar tani, adakah perniagaan mereka meningkat, terjejas atau sama saja lepas GST?

Sekiranya benar pasar tani diarah tutup, adakah para peniaga pasar tani ini akan mendapat pampasan?

20150514

Sumbangan baik pulih atap diperlukan




Saya dimaklumkan sebuah rumah kawasan penduduk miskin di PPRT Legong, Rembau atap bahagian dapurnya banyak yang bocor. Perlu bantuan segera tambahan musim hujan sekarang ini. Kos atap zink sekitar RM1,000 sahaja, insyaAllah akan diadakan gotong royong untuk tukar atap. Penghuni rumah ini hanya bekerja kampung, mengambil upah menebas rumput dan sebagainya.

Mereka yang ingin menyumbang atap boleh hubungi saya 0122267406, Rozmal

20150512

Peluang lepasan SPM menyertai Kolej Sri Ayu (KSA), N.Sembilan, Sesi 2015




Tidak mendapat tempat di IPTA?? Tidak tahu di mana melanjutkan pelajaran selepas SPM??

Peluang lepasan SPM menyertai Kolej Sri Ayu (KSA), N.Sembilan, Sesi 2015

Kursus yang ditawarkan

■Diploma Pentadbiran Perniagaan + Sijil Kemahiran Pentadbiran Pejabat.

*Graduan akan memperolehi ilmu pengurusan & perniagaan merangkumi bidang2 pentadbiran, pengurusan,sumber manusia, undang2, "online marketing", perniagaan, dan pemasaran.

2)KENAPA PERLU MEMILIH KSA??
■Diploma di iktiraf MQA & JPA
■Peluang menyambung pengajian ke peringkat sarjana muda di mana2 IPTA/IPTS
■Silibus pengajian memenuhi keperluan industri dan tmpt kerja
■Tempoh pengajian hanya 2thn stgh shj
■KOS pengajian yg rendah
■Tenaga pensyarah yang terlatih
■Fasiliti yang mesra pengguna
■Peluang menjadi penjawat awam
■Asrama disediakan secara PERCUMA spnjg pegajian
■Pelbagai kegiatan luar disediakan
■Mendapat diploma berserta sijil kemahiran dr UTM SPACE
■Institut yang telah beroperasi hampir 24thn

Bersama membantu anak muda ke arah peluang kerjaya dan pendapatan yang tinggi.

"Menjadi Kolej Sri Ayu sbg Pusat kecemerlangan pendidikan yg berkualiti"

Jika berminat..
● Sila hubungi En Jafrey (Pegawai Pengambilan Pelajar)
Telefon, SMS 01118786340
Whatsapp 0196558614

Seminar MS 2577:2014 – Kod Amalan Seni Bina Dan Pengurusan Aset Masjid



Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia) akan menganjurkan Seminar MS 2577:2014 – Kod Amalan Seni Bina Dan Pengurusan Aset Masjid di bawah kelolaan SIRIM Berhad yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh   :  2 Jun 2015 (Selasa)
Masa     :  8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat   :  Auditorium Dato’ Yahaya Ahmad SIRIM Berhad, Shah Alam

Justeru itu, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri seminar ini. Tiada yuran Penyertaan yang dikenakan. Penyertaan adalah PERCUMA.

· Setiap penyertaan akan menerima Seminar material, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, sijil penyertaan dan tidak akan menerima sebarang Malaysian Standard.

 Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan, bengkel ini bertujuan untuk:

1. Memberi pengetahuan mengenai keperluan untuk merancang dan mereka bentuk masjid, pengurusan aset dan operasi penyelenggaraan masjid.

2. Mengaplikasikan penggunaan MS 2577:2014 dalam rekabentuk pembangunan masjid.

3. Menggalakkan penyertaan aktif daripada sektor swasta dan awam dalam aktiviti – aktiviti standard untuk pembangunan masjid.

Sekian, kerjasama dan jasa baik YBhg. Datuk/ Dato’/Tuan/ Puan adalah didahului dengan terima kasih



20150510

Bantuan modal perniagaan

Sahabat saya, Hj Ishak Omar, menyampaikan bantuan modal perniagaan kpd peniaga buah potong, En Ramli dari Kg Penajis, Rembau


SEMINAR PENDIDIKAN DAN KERJAYA

Anak yang lembap sebenarnya mereka pintar. Jangan lepaskan peluang ini khusus untuk guru dan ibu bapa juga pusat pendidikan kanak-kanak yang mempunyai pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran.



SEMINAR PENDIDIKAN DAN KERJAYA
Dari Perpektif Khas Orang Kelainan Upaya
Sabtu, 16 Mei 2015
Jam 8 pagi – 1 ptg
Di Dewan Hotel One Garden (berhampiran Balai Polis dan Masjid Bandar Baru Senawang)
Yuran Cuma RM50

Untuk pendaftaran hubungi 019-2971504 / 010-3362990

ALBERT Einstein tidak pernah belajar membaca sehinggalah umur beliau sembilan tahun. Seorang guru sekolah yang mengajar Thomas Edison melabelkannya sebagai murid yang lembap. Biar pun kedua-dua tokoh ternama itu mengalami disleksia, namun kekurangan itu tidak pernah menjadi batu penghalang untuk mereka mencapai kejayaan.

Pengalaman sama turut dialami Baki Zainal yang menyedari dia sebenarnya menghidap disleksia. Pada awalnya, pengacara dan pelakon itu tidak tahu pengalaman semasa sekolahnya dulu merupakan simptom-simptom disleksia.

DISLEKSIA - Ciri kanak Bermasalah Pembelajaran • Kecerdasan normal, tetapi prestasi pembelajaran di bawah tahap yang dijangkakan • kurang memberi perhatian terhadap pembelajaran • perkembangan kognitif lambat • keupayaan koodinasi motor yang lemah • masalah membuat persepsi dan tanggapan • kesulitan dalam pertuturan • kesukaran dalam bacaan • kesukaran dalam tulisan • kesukaran dalam matematik • tingkah laku sosial tidak sesuai.

20150506

Ramai Orang Asli di N.Sembilan dahagakan ilmu agama



Rupanya banyak perkampungan Orang Asli yang ramai antara kita tidak tahu. Mereka yang memeluk agama Islam amat dahagakan ilmu agama. Mereka sentiasa ternanti-nantikan para ustaz, pendakwah bebas dan sukarelawan mengajar ilmu agama.

Disebabkan kedudukan perkampungan Orang Asli jauh di pedalaman walaupun ada akses jalanraya adalah amat sukar untuk menempatkan guru agama di sini secara tetap atau berkala.

Mereka amat dahagakan ilmu agama. Semua pihak perlu berganding bahu kerana usaha ini bukanlah usaha bermusim.

Kepada individu, mana-mana persatuan, NGO yang ingin menyemarakkan usaha dakwah di kalangan Orang Asli di N.Sembilan sila hubungi saya 0122267406

Hj Rozmal bin Malakan
6 Mei 2015