KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130905

Petrol naik 20 sen dan kesusahan pemilik motosikal


Seorang pekerja kilang di Senawang peringkat bawahan yang saya kenal dahulu memandu kereta buruk ke tempat kerja serta menghantar anak ke sekolah. Beberapa bulan lalu kerana tak mampu bayar ansuran dan senggara kereta dia lepaskan kereta tersebut.

Kini dia hanya mampu guna motosikal buruknya yang lama, yang telah bertahun tiada cukai jalan dan tiada perlindungan insuran. Motosikal buruk inilah yang dia guna untuk ke tempat kerja dan menghantar anak ke sekolah.

Ramai golongan seperti kawan saya ini memang tidak mampu untuk memperbaharui cukai jalan yang hanya RM2, kerana insuran atau takaful untuk motosikal buruk mencecah RM200 setahun.

RM200 mungkin bagi sesetengah kita apalah sangat, tapi bagi kawan saya ini RM200 ini lepas belanja dapur yang asas untuk sebulan.

Harap adalah Menteri atau Perdana Menteri sendiri turun padang, buat kaji selidik berapa ramai mereka yang benar-benar susah, tidak mampu memperbaharui cukai jalan yang cuma RM2.

Oleh itu antara mekanisma yang boleh difikirkan untuk membantu golongan seperti ini yang tiada pilihan perlu guna motosikal ialah mengecualikan cukai jalan dan perlindungan insuran untuk motosikal di bawah 120cc.

Itu belum lagi masuk berapa ramai saudara saya di kampung yang menunggang motosikal tanpa lesen, kerana RM300-RM400 untuk kursus lesen memandu boleh digunakan oleh orang kampung untuk belanja dapur asas selama 2 bulan.

Oleh itu perlu dicadangkan agar motosikal di bawah 120cc tidak perlu lesen memandu asalkan mereka berumur 16 atau 17 tahun ke atas.

20130904

Wanita Islam berpakaian ketat dikira tidak menutup aurat dan bertelanjang


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)

Bila minyak naik, harga barang akan naik, lebih ramai rakyat akan susah.

Gunakanlah kesempatan ini untuk menggembelingkan tenaga kita, menggerakkan ahli keluarga kita, ahli jemaah kita, ahli taman kita yang berkemampuan untuk membantu mereka disekeliling kita yang ramai kesusahan tapi mereka tidak meminta-minta termasuk segelintir yang meminta-minta.

Marilah kita berlumba-lumba berbuat kebajikan, bukan untuk menunjukkan jemaah atau parti kita lebih berkebajikan, tetapi hanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, agar manusia kembali berharap sepenuhnya kepada Allah.

Siapa yang ada duit, beri sumbangan duit. Siapa yang ada rumah lebih yang terbiar tapi masih elok, berilah tumpang mereka yang tidak berumah. Siapa yang ada tanah lebih yang tidak diusahakan, berilah kepada mereka yang hendak mengusahakan. Siapa ada kereta lebih, berilah mereka yang perlukan kereta. Amalkan berkongsi kereta untuk menguatkan ukhuwwah, bukan untuk berjimat cermat.

Carilah rakan kongsi yang amanah, kerana Allah akan menjadi rakan kongsi kita yang ketiga.

Bendera Kerajaan Rembau


Kerajaan Rembau terbentuk jauh lebih awal dari kerajaan Negeri Sembilan dan jauh lebih awal dari kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu sejak lebih 600 tahun yang lalu.

Bolehkah bendera kerajaan Rembau dikibar pada 31 Ogos dan 16 September setiap tahun untuk memperingati kehebatan dan jasa kerajaan Rembau satu ketika dulu dalam usaha menentang penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris serta jasa kerajaan Rembau membangunkan Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor?

20130903

KULIAH HADITH 40


KULIAH HADITH 40
Bersama Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad
Tarikh : 6 September 2013, Jumaat
Masa : 7.30 mlm, selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

20130829

Rayuan bantuan makanan dan pembayaran bil tertunggak


Berikut saya panjangkan surat rayuan dari satu keluarga yang amat memerlukan bantuan dikala kita masih dalam suasana gembira dengan rumah terbuka dan menyambut kemerdekaan.

Rayuan bantuan makanan dan pembayaran bil tertunggak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Adalah dimaklumkan suami saya yang bekerja di sebuah kilang di Senawang telah pun diisytiharkan bankrap oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Gaji suami saya untuk bulan Ogos 2013 telah dipotong kesemuanya oleh pihak Jabatan Insolvensi Malaysia dan bulan-bulan berikutnya akan dipotong sebahagian dari gaji suami saya.

Saya hanyalah seorang surirumah dan mempunyai 3 orang anak berumur 4 tahun dan 2 orang lagi bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lavender Height, Senawang.

Sehubungan dengan itu kami keputusan kewangan untuk membeli barang keperluan makanan harian untuk bulan September ini. Sebelum ini beberapa agensi kerajaan telah membantu kami, namun untuk bulan September ini kami perlu berusaha sendiri.

Antara barang yang diperlukan ialah :
Beras 10 kg – cukup untuk 1 bulan
Minyak 2 paket – cukup untuk 2 minggu
Roti 1 buku – cukup untuk bekal anak ke sekolah untuk 2 hari
Susu 4 tin – cukup untuk 1 minggu
Milo 1 paket 500 g – cukup untuk 2 minggu
Teh 1 paket kecil – cukup untuk 1 minggu
Gula 2 paket – cukup untuk 1 bulan
Telor 30 biji – cukup untuk 3 minggu
Bawang besar 1 kg – cukup untuk 1 bulan
Bawang putih 0.5kg – cukup untuk 1 bulan
Sardin 2 tin besar – cukup untuk 1 bulan

Kami juga mempunyai bil air dan elektrik yang tertunggak untuk beberapa bulan. Kepada mereka yang ingin membantu menjelaskan tunggakan bil kami, berikut nombor akaun bil tersebut ;

Bil Air Syarikat Air Negeri Sembilan, No Akaun : 05001024050712 , Tunggakan RM 276.10

Bil TNB, No Akaun : 03200059372010 , Tunggakan RM 225.45

Untuk penghantaran barangan makanan atau pembayaran bil sila hubungi suami saya di 017-6055185.

Kepada mereka yang sudi membantu, kami ucapkan ribuan terima kasih, semoga Allah memberkati mereka yang membantu kami.

Sekian, wassalam.

Liza binti Jamaludin
Blok N N6/1,
Rumah PPR Senawang 3,
Taman PPR Senawang, 70450 Seremban, N.Sembilan
28 Ogos 2013

20130828

Masalah zina dan remaja terlanjur di kawasan Felda perlu perhatian


Beberapa hari lepas saya dihubungi oleh seorang lelaki. Dia ingin bertanyakan pusat perlindungan remaja wanita yang terlanjur. Menurutnya, saudaranya mempunyai anak perempuan berumur 18 tahun yang sudah 5 bulan hamil anak luar nikah. Dia sedang membantu saudaranya ini untuk menghantar remaja ini ke pusat perlindungan.

Disebabkan saudaranya ini tinggal di Felda, mereka tidak mampu hendak menghantar anak perempuan mereka ke pusat perlindungan swasta.

Dia mendapat telefon saya apabila terbaca artikel dalam blog saya mengenai masalah ke mana nak hantar remaja perempuan yang terlanjur ini. Saya kata, saya hanya bantu iklankan beberapa pusat perlindungan remaja, tetapi saya tidak menguruskan atau bekerja di pusat perlindungan tersebut.

Saya pun tak pasti samada di Negeri Sembilan ada pusat perlindungan remaja perempuan yang hamil yang diusahakan oleh Felda, Majlis Agama Islam atau kerajaan negeri serta pusat.

Lalu saya nasihatkan dia supaya cuba menghubungi pihak Majlis Agama Islam N.Sembilan.

Saya amat sedih dan hampa kerana ini sebelum ini telah banyak panggilan seumpama ini yang diterima, saya hanya mampu minta mereka bersabar dan berserah pada Allah, kerana kelemahan diri saya sendiri yang tidak tahu ke mana hendak diarahkan begitu ramai remaja perempuan Melayu/Islam yang terlanjur ini.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

20130823

TOYOTA INNOVA UNTUK DIJUAL




Toyota Innova (M) Tahun 2009
Low Mileage (kurang 100,000km), Accident Free
Warna Biru Metalik, Full accessories/skirting
Pemilik wanita
Harga : RM65,000 (boleh dirunding)
Hubungi pemilik 0136227432 (Senawang)

20130820

Lagi anggota tentera maut dipanah petir




Sudah 3 kes yang menyebabkan kematian empat anggota tentera akibat dipanah petir di Kota Tinggi. Satu angka yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Malaysia adalah negara yang kedua tertinggi di dunia yang menerima kekerapan panahan petir. Adakah Kota Tinggi antara kawasan yang paling kerap menerima panahan petir dan apakah doa serta langkah keselamatan yang perlu diambil?

Anggota tentera maut disambar petir
20 Ogos 2013

JOHOR BAHRU - Seorang anggota tentera maut manakala seorang pegawainya terselamat akibat disambar petir ketika berkawal di Pos Tentera Tuan Seh, Tanjung Sedeli di Kota Tinggi semalam.

Dalam kejadian pukul 3.25 petang itu, Lans Koperal Ku Amirul Ku Rahim, 30, dari Markas Tentera Darat cawangan Sumber Manusia Kementerian Pertahanan, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pegawainya, Kapten Madin Marcus, 40, hanya pengsan.

**********   
Pada 26 Julai 2013 seorang anggota tentera terbunuh dan seorang lagi cedera dipanah petir di Kg Temenin Baru, Kota Tinggi, Johor semasa latihan ketenteraan.

Pada 29 Oktober 2009 dua anggota tentera maut dipanah petir ketika menjalankan rondaan mencegah pendaratan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi.

Himpunan berita kejadian petir di Malaysia di http://kilatmalaysia.blogspot.com

Titik gempa bumi menghampiri Malaysia




Guru, pelajar sekolah di Baling rasai kesan gegaran
20 Ogos 2013

KEDAH : Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Ricther yang melanda daerah ini pagi tadi turut dirasai guru dan pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Bandar, Siong dekat sini. Guru Besar sekolah itu, Muhd Fadzli Shaari berkata guru dan pelajar yang berada di tingkat satu bangunan sekolah merasai gegaran kecil yang berlaku dalam beberapa ketika sehingga menyebabkan mereka berasa loya.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, gempa bumi yang melanda Kupang di sini pada 8.26 pagi, berpusat di 11km selatan Baling dan kesan gegaran boleh dirasai di sekitarnya.

Beberapa laporan gempa bumi di Malaysia sebelum ini serta laporan titik gempa yang menghampiri Malaysia di http://gempamalaysia.blogspot.com

Kelas Ibtidai' , I'dadi dan Tahfiz di Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim




Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim di Rembau kini menawarkan tiga kelas untuk pengajian pelajar pelbagai peringkat, iaitu :

1. Kelas Ibtidai' : Khusus untuk pelajar yang baru mula mengenal pengajian Islam
2. Kelas I'dadi : Khusus untuk pelajar yang baru mula melanjutkan pengajian agama dengan menggunakan Bahasa Arab
3. Kelas Tahfiz : Khusus untuk pelajar yang ingin menghafal al-Quran

Tempat adalah terhad
Tenaga pengajar yang berkelayakan

Untuk pendaftaran sila hubungi :
Ustaz Khairuddin 012-3752240
Ustaz Faizal 013-2300595
Ustaz Afiq 017-2138006

Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim,
Kampung Bongek Acheh,
71300 Rembau.
Fax : 06-6858468

20130818

PAS MELAKA BATAL JAMUAN RAYA, GANTI DENGAN SUMBANGAN PADA RAKYAT MESIR


Melaka : Badan Perhubungan PAS Melaka membatalkan jamuan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi menghormati nasib yang dihadapi umat Islam dan rakyat Mesir yang dizalimi oleh rejim tentera. Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata PAS Melaka menghormati penderitaan umat Islam Mesir yang terus dizalimi oleh rejim kerajaan zalim.

'Pas Melaka mengambil sikap menggantikan jamuan Aidilfitri kepada dana rakyat Mesir yang dizalimi. Bagi PAS kawasan dan cawangan yang sudah bersedia mengadakan sambutan aidilfitri, disarankan mengadakan secara sederhana disamping mewujudkan dana bantuan untuk rakyat Mesir." ujar beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Sementara itu Bendahari PAS Melaka, Husni Ali berkata semua sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank PAS Melaka yang boleh diperolehi di dalam blog PAS Melaka iaitu http://pasmelaka.blogspot.com

Majlis sambutan Aidilfitri PAS Negeri Melaka sepatutnya diadakan pada 24 Ogos ini di Bukit Katil, segala persiapan awal telah diadakan sejak minggu lepas.