KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150224

Isu politik berjaya alihkan masalah rakyat



Nampaknya isu politik, isu hudud, isu orang bukan Islam berjudi, isu kerajaan perpaduan dsbnya telah berjaya alihkan isu sebenar masalah rakyat.

Saban hari banyak aduan saya terima terutama pelajar IPT tak cukup wang walaupun ada PTPTN, keputusan bekalan makanan, tak ada duit utk ulang alik ke hospital, elektrik di potong dan macam macam lagi.

Tahniah media kerana mengalihkan perhatian rakyat.

InsyaALLAH, saya cuba membantu mereka ini, rezeki adalah dari ALLAH, bukan dari saya atau kamu.

Ada pelajar IPTA belum dapat Biasiswa/Pinjaman Mybrain?



Saya dihubungi oleh seorg pelajar IPTA bawah Program Mybrain Kementerian Pendidikan mohon pinjaman pd tahun lepas lagi kerana belum dapat lagi pembayaran hingga ke hari ini.

Ada sesiapa di Kementerian Pendidikan boleh periksa masalah ini samada kes terpencil atau ada kesilapan teknikal.

Maaf, saya takkan dedahkan nama pelajar tersebut kerana terdapat kes sebelum ini pengadu diganggu.

20150222

Ucapan penghargaan dpd pelajar yg kita bantu

Pagi ini mendapat ucapan penghargaan dpd seorg pelajar di IPTA yg kita, para sahabat, warga FB serta mereka yg bantu sebelum ini dimana pelajar ini hampir tidak dapat daftar ke IPTA ambil Degree Software Engineering kerana tidak cukup duit untuk bayar yuran pendaftaran.

Pelajar tadi ucap terima kasih kpd kita semua dan memaklumkan keputusan periksanya yg terkini mendapat PNGK 3.96.

Semoga pelajar ini menjadi anak yg soleh.

Terima kasih Tuan Guru Sheikh Nuruddin

Terima kasih Tuan Guru Sheikh Nuruddin serta rombongan yang sudi bertamu ke rumah kami.


Jabatan Amal N.Sembilan dalam proses bantu menyiapkan gerai

Alhamdulillah, Jabatan Amal N.Sembilan dalam proses bantu menyiapkan gerai keluarga yg memerlukan di Lubok China. Semoga bertambah ceria keluarga ini. Terima kasih mereka yg membantu keluarga ini.


Wakaf rumah lama untuk kayu terpakai atau kabin untuk tujuan kebajikan

Jika ada sesiapa yg ingin mewakafkan rumah lama di sekitar Rembau untuk dijadikan kayu papan terpakai untuk disedekahkan sila hubungi saya Rozmal 0122267406.

Atau kabin juga boleh diterima, atap dsbnya.

Alhamdulillah, selesai hulur sumbangan

Alhamdulillah, selesai hulur sumbangan kpd keluarga di Legong Ulu, Kota, Rembau sebelum solat Jumaat. Tkasih yg membantu.


Berikut mesej pelajar IPT dari Sabah

Berikut mesej pelajar IPT dari Sabah, datang dari keluarga kais pagi makan pagi, yg sedang kumpul duit utk beli laptop ;

Ya Tn Hj, saya x sangka pula ada org sggup utk membantu. Saya akan tmbh gigih lg dlm pelajaran dan usaha utk memajukan diri saya. Duit tu saya akan simpan sehingga dpt membeli sebuah laptop

20150219

Pelajar IPT tertekan, duit PTPTN tak cukup

Sekarang ni jika ada org susah perlukan bantuan, ada yg saya tak boleh berikan butir peribadi, siapa nama, mana mereka tinggal dsbnya.

Tadi saya dihubungi oleh seorg pelajar IPT yg sedang mencari individu yg boleh beri pinjaman. Duit PTPTN setelah ditolak yuran cuma tinggal RM100 utk belanja 1 semester. Sedangkan ayahnya org susah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Permohonan zakatnya ditolak kerana masalah teknikal.

Saya cuma boleh bantu beri sedikit duit makan, itu saja.

Tolonglah perhatikan anak bangsa kita di IPT. Adakah kita nak tunggu mereka jadi GRO, buat pinjaman Ahlong, jadi keldai dadah dsbnya?

Ini mungkin satu kes dari banyak kes, tip of the iceberg.

Maaf, saya tak dapat berikan butiran pelajar-pelajar yg bermasalah ini utk mengelakkan mereka diganggu atau ada yg ambil kesempatan terhadap mereka.

Impikan zaman tiada org yg terima zakat

Saya amat terimpikan zaman khalifah yg dimana tidak ada org lagi yg meminta minta bantuan atau meminta minta duit zakat.

Bukan bermakna zaman itu org semua kaya harta, semua jutawan.

Tapi zaman itu ialah zaman org kaya iman, kaya jiwa.

Zaman org mencari sanak saudara serta jiran tetangga yg susah utk terus dibantu, bukan disuruh mereka cari JKM, Baitul Mal dsbnya.

Boleh ke? Memang boleh kalau kita nak dan ALLAH izinkan.

Kalau ada waghih Chengkau Ulu atau Suku Biduanda Lela Maharaja Waris Kota yg perlukan bantuan, harap maklum saya.

Waghih kito ghamai seluruh dunia.

N.Sembilan beli air dari Melaka?

Berita mlm tadi kata N.Sembilan akan beli air dari Melaka kerana paras air di Empangan Gemencheh makin kritikal. Daerah Rembau dan Tampin dicatu air sejak beberapa bulan lalu.

Sudahkah Solat Istisqa' diadakan di Empangan Gemencheh? Adakah masjid-masjid serta surau-surau di Rembau juga Tampin subur serta meriah dgn majlis ilmu, majlis zikir, solat jemaah?

Sentiasa redha dan bersyukur


Bertahun tahun tengok pakcik ni berniaga minyak urut dan tisu di pasar Ampangan baru pagi tadi berkesempatan tegur dia di Senawang.

Walaupun buta, dia tetap cari rezeki. Isterinya dah meninggal dunia, duk dgn anak angkat. Anak dia ada KL. Azizan nama pakcik ni.

Ada dapat bantuan kerajaan. Dia reda apa yg ada. Org beri dia ambil, tapi tak meminta minta.

Dulu boleh urut badan org, tapi kini cuma boleh urut kaki kerana tak larat lagi.

Daripada duk rumah, dia lebih suka cari rezeki

20150218

Bimbang bebankan bakal pengantin



Rasanya kalau ada peruntukan dari kerajaan negeri saya rasa kursus perkahwinan ini bukan sahaja boleh dikurangkan bayarannya, bahkan boleh diberi secara percuma. Kepada mana-mana belia di N.Sembilan ini yang ingin berkahwin tetapi benar-benar tidak mampu untuk membayar yuran kursus perkahwinan ini sila hubungi saya 0122267406.

Bimbang bebankan bakal pengantin
18 Februari 2015

JEMPOL - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) diminta tidak menaikkan bayaran kursus pra perkahwinan yang ketika ini pada kadar RM80.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Jempol, Mohd Nizam Aman berkata, pihaknya berharap JHEAINS mengkaji terlebih dahulu hasrat berkenaan agar ianya tidak membebankan bakal pengantin.

"Kita menerima banyak pertanyaan daripada belia mengenai ura-ura kenaikan harga bayaran kursus terssebut yang mana difahamkan ia akan dikuatkuasakan tidak lama lagi.

“Kita berharap JHEAINS mengkaji terlebih dahulu agar ianya tidak timbul kebimbangan di kalangan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Pra Perkahwinan Islam Siri Tiga anjuran Koperasi Kariah Masjid Felda Gugusan Raja Alias Jempol Berhad, dengan kerjasama Noraz Qaseh Enterprise di Dewan Orang Ramai Felda Raja Alias 2.

Bantuan untuk peniaga di Rembau



Ada tak sesiapa sekitar Rembau yang ingin buka gerai goreng pisang, gerai burger dsbnya yang ada pengalaman berniaga dan memang sungguh-sungguh hendak berniaga bukan suka-suka atau saja-saja demi untuk menampung keluarga tetapi tidak cukup modal untuk beli payung dsbnya? Harap maklum kepada saya 0122267406, kerana saya sedang “survey” kalau ada yang sudi membantu.

Kisah keluarga mualaf menguruskan jenazah ibu mereka



Di bawah ini SMS yg saya terima pd 18.2.15 jam 7.36 pg dari satu keluarga mualaf di Selangor. InsyaALLAH saya sedang cuba menghubungi pihak masjid utk menjelaskan pembayaran pengurusan jenazah tersebut hasil sumbangan org ramai ;

“Assalam. Haji Rozmal, dimaklumkan ibu telah kembali ke rahmatulah pagi td sekitar jam 5pagi. Sekarang tgh tunggu adik beradik dtg dr .... Td subuh tuan imam minta irfan sediakan belanja utk sgala kelengkapan urusan pengkebumian sbyk rm900. Irfan cuma ada rm100 saja sisa duit yg abg rozmal beri tempnhari. Tidak cukup rm800 lg. Dlm keadaan fikiran serabut, irfan tak tahu berbuat apa2. Mohon abg rozmal dpt pertimbangkan. Jenazah mungkin akan dikebumikan selepas zohor. Wassalam.”

Sambungan kisah keluarga mualaf di Selangor yg sedang urus jenazah ibu mereka yg juga mualaf. InsyaALLAH tengahari nanti saya akan masukkan sumbangan ke keluarga ini. Di bawah ini SMS pd 18.2.15 jam 8.45 pg. Urusan jenazah oleh pihak surau katanya;

“Efan, akak cakap dengan imam sudah. Imam geleng kepala terus tanya akak, takan adik-beradik kita tiada duit sampai minta sama orang. Imam cakap menyusahkan dan terus berlalu pergi macam itu saja. Tak apalah, akak cuba pinjam dari duit ahli Amanah Ikhtiar Malaysia saja. Mudahan kak salmiah dapat beri pinjamkan dulu. Efan maklumkan pada haji Rozmal, akak minta maaf. tengok gaya tuan imam pun jadi malu. Dah tu imam bercakap depan ramai orang. Kita sabar jak, ada hikmah di sebalik semua ini. Akak akan cuba cara lain.”